Special for friend

Ukhuwah Persahabatan

January 30, 2011 MS SEHA 0 Comments

Setiap kita pasti ada kawan masing-masing kan.. kalau nak cakap pasal kawan nie mmg x kan habis la...banyak sangat cerita...jadi biar saya ringkaskan ja la..tapi apa pun, kawan sejati tu memang sukar nak cari kan....tapi bila kita dah jumpa, janganlah sia-siakannya..hargailah kawan yang kita ada sekarang...bukan senang tu nak cari, tahu....

Hidup nie kadang-kadang akan jadi sangat membosankan bila kita bersendirian...x pecaya, cubalah test...hehe..sebab tu lah kita nie perlukan seorang kawan...sekurang-kurangnya ada juga kawan kita bercerita kan...tak kan lah nak bercerita dengan bunga pula, macam pelik dah tu..hehe...Tapi kawan nie pun ada bermacam-macam jenis juga, jangan sampai tersilap pilih kawan sudahlah ya...


Terus terang sejak dari dulu lagi, saya x tau siapa kawan sejati saya tapi tak bererti saya x hargai  kawan-kawan yang saya ada sekarang..saya bersyukur sangat dapat kawan-kawan macam mereka..mereka yang sentiasa bersama-sama dengan saya, saat senang dan susah..macam tu la kawan kan...tapi saya pula risau kalau saya x mampu jadi kawan yang baik untuk mereka....Terlalu banyak yang kita harapkan daripada orang lain, sedangkan diri kita sendiri x mampu memberi yang terbaik...huhu..sedih pula..

Terlalu banyak yang saya harapkan dalam berkawan nie, memanglah kita semua nak kan kawan yang baik, jujur dan sentiasa bersama-sama dengan kita kan...tapi senang kah nak dapat kawan macam tu...Tapi yang penting saya beruntung dapat kawan-kawan yang baik dan saya bersyukur sangat Allah S.W.T berikan saya kawan-kawan yang terbaik....walaupun saya x mampu untuk menjadi kawan yang terbaik untuk mereka, tapi saya akan berusaha untuk menjadi seorang kawan yang baik untuk mereka...
Sometimes, kita x tau apa yang ada dalam hati kawan kita, kita x pernah tahu apa yang tengah  mereka fikirkan...mungkin dari luar kita nampak mereka gembira, tapi kita x tahu mungkin mereka tengah bersedih kan...sebab tu la, walau apa yang berlaku sekalipun, jangan cepat menilai seseorang tu dari luaran sahaja....Cubalah jadi seorang kawan yang memahami, walaupun mungkin kita x dapat bantu mereka selesaikan masalah yang tengah mereka alami, sekurang-kurangnya gembirakanlah mereka...jangan pula, time-time ada masalah, kita sibuk pula nak sakitkan hati kawan kita..memang x patut..ish3....so, hargai kawan-kawan anda selagi belum terlambat,ok...



Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Karena seorang sahabat boleh lebih dekat daripada saudara sendiri ”


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya berbicara....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan...
Kerana dia juga manusia, dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan perlukan seorang kawan sebagai kekuatan...
Jadilah kita kawannya itu...


Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..
Di sebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkannya...
Di sebalik ketenangannya itu mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu kerana cuma dia yang merasakannya...

Tetapi...Jika kita cuba untuk menjadi sahabatnya...

Mungkin kita akan tahu.............






Hati berbicara :Salam Ukhuwah dari Sahabat untuk sahabat...Semoga jalinan persahabatan terus berkekalan

0 Komen:

Jom Makan2

Aishiteru♥Tiramisu!!

January 28, 2011 MS SEHA 0 Comments


   Apa kes pula nie...tiba-tiba aishiteru dengan tiramisu pula..hehe...tak da apa-apa yang menarik juga sebenarnya..just nak share ja, saya ni sebenarnya peminat kek tiramisu.....I've had fall in love with tiramisu cake since 2009!!...lama da sebenarnya pula...kek lain pun saya suka juga tapi yang nie tetap di hati....

Terbaik punya!!....

Tak tau pula macam mana boleh terminat dengan kek nie, mungkin sebab nama dia yang cute dan ditambah lagi dengan rasa dia yang sedap..yummy!!...tapi lama da tak makan kek nie, tak da masa pula...tambah-tambah lagi sekarang tengah sibuk...huhu....tapi tak apa, itu semua tak kan menghalang saya untuk terus menjadi peminat no.1 kek nie..

Kalau ada masa saya nak belajarlah cara buat kek nie jadi kalau tiba-tiba teringin nak makan tak payahlah susah-susah lari p kedai kek kan..buat ja sendiri, lagi special buatan sendiri..hehe.. 
     

Hati berbicara : I'm hungry..hohoho...Need tiramisu now!!...lalalala...

0 Komen:

Emotion

Don't Sad, Be Happy!!◕‿-。

January 25, 2011 MS SEHA 0 Comments

Assalammmualaikum...haloo..
Tak tau pula kenapa tiba-tiba nak buat entry nie macam x da apa-apa yang menarik pula kan..x da apa-apa sebenarnya saja ja mengisi masa-masa yang tengah kekosongan sekarang nie...rasa sunyi pula jadi biarlah hati ini saja yang berkata-kata dan tangan ini yang menulis... 

Kata-kata ini sebenarnya saya pernah dengar orang lain sebut tapi saya x ingat da siapa, maaf la ya, saya pinjam ayat dia nie..hehe...erm, kesedihan kadang-kadang datang tanpa kita duga..x da siapa pun yg sukakan kesedihan kan..jadi buat apa kita nak terus bersedih..banyak lagi benda yang lebih berfaedah yang boleh kita buat selain daripada bersedih nie...Hidup nie cuma sekali, janganlah sia-siakannya..

Memanglah, x dapat dinafikan, kita x kan terlepas daripada kesedihan..setiap manusia akan diuji dengan kesusahan dan kekecewaan..tapi itu x bermakna kita harus berputus asa kan..selagi kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini, selagi itulah kita kena terus percaya dan yakin dengan qada dan qadar yang Allah S.W.T dah tentukan sejak azali lagi..sebenarnya saya pun x terlepas daripada perasaan sedih nie..kadang-kadang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pun ada..tapi nasib baik x jadi, dapat kawal lagi perasaan nie..kalau x dapat kawal, x tau la apa yang jadi..hehe..normal la bagi manusia kalau nak rasa sedih nie..mustahil la ada manusia yang bergembira ja 24 jam kan..kalau ada boleh juga minta tips dengan orang macam nie..hehe..tips macam mana nak kekal happy 24 jam..haha..

Tak susah untuk gembira, semua itu terpulang dengan diri kita sendiri juga, kita nie yang sebenarnya malas..nak juga terus hidup dalam dunia kesedihan tu...apalah salahnya kita keluar dari dunia kesedihan kitadan menikmati kehidupan yang lebih menggembirakan di luar sana..
Want to know how to be happy??...It's easy...❤❤
Tips-tips macam mana nak HAPPY!!

Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya..Help someone!!

Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari anda. Secara tidak semena-mena, anda akan merasa bersyukur masalah anda tidak seteruk masalah orang yang anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, anda pun akan rasa gembira sama. 

Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa

Dalam era sekarang ni, jika anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan anda tu ikhlas, katakan anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu anda ubah, sebab perkataan ini selalu di salah erti.

Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan..Remember people that you love!!...Family, Friends and anyone....

Ingati orang-orang kesayangan anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda anda memberi respon pada imaginasi anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).
  
Tips 4:Hobi...Do something interesting like fishing, so you will forget all your sadness...

Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti anda ada hobi. Saat anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi anda. Jika hobi anda membaca, cari sebuah buku dan baca. anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat anda enjoy melakukan hobi anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.

Tips 5:Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin...Don't forget to get help from your God and don't lose hope..

Walau apapun agama anda, saya dan anda makhluk bertuhan.Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.
" The basic thing is that everyone wants happiness, no one wants suffering. And happiness mainly comes from our own attitude, rather than from external factors. If your own mental attitude is correct, even if you remain in a hostile atmosphere, you feel happy "

Sedikit tips yang boleh saya kongsikan..semoga bermanfaat untuk semua..So,mulakan setiap hari sebagai satu permulaan yang baru dan pastikan hari anda ceria dan gembira selalu..jangan biarkan
hidup anda diselubungi kesedihan..hehe.. 

Hati berbicara : Don't Worry, Be Happy




















0 Komen:

Islamic

Bukti Kasih Sayang Allah S.W.T Kepada Kita

January 24, 2011 MS SEHA 0 Comments

1.Allah menganugerahkan Agama dan Hidayah,ketahuilah Allah menyintai kita.


2.Allah memberi kita pelbagai Musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.


3.Allah hanya memberi sedikit sahaja Nikmat Di Dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.


4.Allah memberi Keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.


5.Allah kurniakan kepada mu sifat Sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.


6.Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.


7.Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan  syukur dan pujian mu kepada Nya.


8.Allah menganugerahkan Sedih dan Duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.


9.Allah kurniakan Harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.


10.Allah beri kepada mu keadaan Fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.


11.Allah menganugerahkan kepada mu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan.


12.Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan Berjaga Malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah  dengannya.

13.Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu.



Hati berbicara : Love from Allah is enough for me...

0 Komen:

All about me n my blog,

I promised myself I would never cry again!!

January 23, 2011 MS SEHA 0 Comments

Setiap manusia pasti akan diuji dengan sedikit kesusahan dan kesedihan dalam hidup ini...tapi walau sesukar mana pun ujian yang menimpa diri kita..satu yang perlu kita ingat iaitu Allah S.W.T itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih...Dia tidak akan menguji seseorang itu lebih daripada kemampuan dirinya sendiri..Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia menguji seseorang itu untuk mengukur setakat mana tahap keimanan seseorang itu kepadaNya...

Apa pula kaitan dengan entry saya pada kali ini ya..."I promised myself I would never cry again"...erm, banyak yang tersirat sebenarnya di sebalik kata-kata ini...kadang-kadang manusia ini membuat silap dengan menangisi sesuatu yang tidak sepatutnya ditangisi...apa pula maksudnya tu??...macam nie, ada sesetengah perkara yang tidak perlu kita tangisi kerana ia tidak menjanjikan apa-apa pun...contohnya menangis kerana putus cinta..memanglah rasanya perit dan menyakitkan tp tiada gunanya air mata itu dibazirkan semata-mata untuk menangisi berakhirnya sebuah percintaan...kadang-kadang manusia terleka dengan kehidupan di dunia sehinggakan mereka melupakan Pencipta mereka...Sesungguhnya walau sepahit mana pun kekecewaan yang kita rasakan ingatlah Allah S.W.T itu setiasa ada di sisi kita..Dia selalu melihat, mendengar bahkan sentiasa menjaga kita..Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah sedikit pun melupakan hamba-hambaNya yang selalu mengingatiNya...

Saya juga mau mengingatkan diri saya sendiri kerana saya sedar saya terlalu lemah selama ini..saya sering menangisi perkara-perkara yang tak sepatutnya...kadang-kadang saya terlupa, dan bila saya tersedar semula barulah saya tahu betapa besar nikmat yang Allah S.W.T telah berikan kepada saya...Banyak perkara yang membuat saya menangis, kadang-kadang saya menangis bila mengingatkan betapa beratnya ujian yang Allah S.W.T beri kepada saya, rasa macam x dapat pikul da, nak surrender tp bila ingat balik saya rasa bersyukur sebab saya tau Allah S.W.T akan menguji hamba-hambaNya yang kuat..kadang-kadang bila tengok cerita sedih kat tv pun saya nangis juga..ish3..x patut betul, buang air mata ja..hehe..lepas tu saya akan menangis bila saya x dapat jawab soalan matematik,..hehe..yang nie paling teruk, saya memang ada masalah sikit kalau nak jawab soalan kira-kira nie tapi hanya untuk mengurangkan tekanan ja,x la diamalkan selalu..hehe..sebab baru saya sedar I love Math!!

Jadi, walau apa pun yang berlaku dalam hidup kita ni, kita kena lah ingat Allah S.W.T tu selalu ada dengan kita dan dekat dengan kita..Walau sedih,kecewa, hancur macam mana pun perasaan kita, just remember apa yang terjadi ada hikmahnya...yang pastinya jangan bazirkan air mata untuk sesuatu yang tak sewajarnya...so from now I promised myself, I would never cry again...Hidup mesti mau happy!!

Air mata kerana Allah,       SATU KEBERKATAN,
Air mata kerana Ibu Bapa, SATU PENGHORMATAN,
Air mata kerana Sahabat,  SATU PENGORBANAN,
Air mata kerana kekasih,   SATU PENYESALAN.

Hati berbicara : I want to be a happy person in this world...

0 Komen:

All about me n my blog

Oh,Blog!!...

January 23, 2011 MS SEHA 0 Comments

Aduhai...susah juga rupanya nak buat blog nie..huhu...dari pagi sampai ke malam, tu baru nak design belum lagi buat yang lain..tapi x pa la Alhamdulillah, ada juga lah peningkatan sikit kan...hehe..how to make my blog attractive, amazing and interesting??..itu la persoalannya sekarang..saya pun x tau macam mana nak buat blog saya nie menarik....x da idea pula sekarang nie dan x tau nak post pasal apa...banyak sebenarnya perkara yang berlegar-legar kat otak saya nie tapi x tau pula nak cakap pasal apa....tapi yang penting topik utama yang saya nak sampaikan kat sini ialah..........alahai, susahnya nak buat blog!!...hehe...tu ja sebenarnya..saya  suka baca blog-blog orang..dari situ kita dapat tahu macam-macam perkara..dari yang sekecil-kecil semut hinggalah sebesar-besar gajah..hehe...dari blog juga, saya dapat tau luahan hati dan perasaan manusia kat dunia nie....luahan pasal cinta, sahabat, pengalaman hidup dan macam-macam lagi la...ada orang cakap blog nie tempat untuk meluahkan perasaan, betul ka macam tu...tapi x semua blog kan macam tu...ada juga blog yang digunakan untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk dibaca oleh semua....



0 Komen:

All about me n my blog

Welcome to my blog!!

January 23, 2011 MS SEHA 0 Comments



Assalammualaikum...
sebenarnya nie bukanlah blog pertama..sebelum-sebelum ini pun pernah buat blog juga tapi malangnya tak jadi sebab tak da keyakinan nak buat...tapi hari ni tiba-tiba pula ada semangat nak buat blog..x tau kenapa..erm, memandangkan sekarang saya tengah cuti jadi saya akan menghabiskan masa saya untuk membuat blog ini...saya bukannya pandai sangat pun nak buat blog nie tapi saya akan cuba juga..mugkin blog nie agak membosankan tapi Insya Allah saya akan memperbaiki blog nie dari semasa ke semasa....

Objektif blog ini dibuat...x tau pula saya apa objektif blog ni di buat...saja untuk mengisi masa lapang..sambil tu nak share pengalaman dan sedikit maklumat yang saya tahu...like others people say sharing is caring!!...betul ka tu..erm, saya pun kurang pasti..

About Me...pasal diri saya pula, x perlu la saya nyatakan semuanya di sini..biarlah rahsia...hehe....saya ini hanya seorang hamba Allah S.W.T yang menumpang hidup di dunia ciptaanNya ini...banyak kekurangan, because nobody is perfect, right??...sama juga dengan diri saya yang tak sempurna ini..saya suka bersendirian dan first impression orang yang jumpa saya akan anggap saya nie pemalu dan pendiam...kenyataannya memang begitu tapi bila mereka dah kenal saya mereka akan tahu perangai saya yang sebenarnya..hehe...so, my advice don't easily judge people from outside...atau lagi senang jangan mudah menghakimi atau menafsir seseorang tu dari luaran saja tapi kenal hati budinya juga..lebih kurang macam tu la...

Penutup....macam buat karangan dah pula saya nie..ada penutup lagi..hehe..tapi x pa la..yang penting saya gembira...akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca blog ini walaupun tidak sehebat manapun...blog ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun..hanya untuk mengisi kekosongan hidup ini...hehe....












0 Komen: