Islamic,

Mana Satu Peringkat Nafsumu?

April 30, 2011 MS SEHA 0 Comments


Bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tidak bagus,  penciptaan nafsu oleh Allah S.W.T. itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. 

 NAFSU itu ada 7 peringkat iaitu :

Ammarah

Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa apabila diuji. Mereka tidak sedih dan tidak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan. 

Lawwamah

Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya' apabila melakukan sesuatu kebaikan.

Mulhimah

 Nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai apabila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar..bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja.Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu..

Mutmainnah

Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah S.W.T. dan layak memasuki Syurga-Nya.Salah satu peringkat nafsu yang layak ke Syurga.


Radhiah

Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja.

Mardhiyah

Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah S.W.T. dan yang paling seronok, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha.. seronok kan?" 

Kamilah

Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para Rasul, para Nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya.Subhanallah..


 

0 Komen:

All about me n my blog,

Rindu Ini Milik Siapa??

April 30, 2011 MS SEHA 1 Comments


Assalammualaikum.....haloo...long time no see, right..hehe...lama tak update blog...tiba-tiba pula rasa rindu ni..ada kena mengena juga dengan entri pada kali ni...tentang rindu.....siapa sini pernah rasa rindu, cuba angkat tangan macam saya...hehe...*laugh*....ok, saya sambung ya.....first, nak tanya dulu...pernah tak secara tiba-tiba dalam satu masa tu kita rasa rindu sangat....tak kiralah rindu dengan sesiapa pun....erm, of course lah semua pernah rasa macam ni kan..normal lah bagi sesorang individu akan mengalami perasaan rindu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu...haha..betul ka fakta saya ni....apa-apa ja lah..


p/s : Tiba-tiba saya rasa rindu pula...oh no...iklan kejap..hehe..


Bagi saya rindu tu macam angin, tak dapat dilihat cuma dapat dirasai...betul kan...kita cuma dapat rasa, cuba bayangkan kalau rindu tu boleh dilihat...hehe...mesti dunia nie akan penuh dengan rindu, lebih-lebih lagi untuk pasangan-pasangan yang tengah hangat bercinta tu konon...hehe...*speechless*


Apa sebenarnya rindu tu ya, dari mana ia datang dan kenapa ia wujud secara tiba-tiba..seperti orang cakap lah kan, rindu tu sesuatu yang bersifat semulajadi...erm, betul ka...tak tau lah, orang yang cakap..not me, ok...hehe..persoalannya di sini mengapa rasa rindu itu muncul dalam hati sanubari kita? Semua ini terjadi adalah kerana cinta..Ya, cinta yang melahirkan rasa rindu, ini kerana kerinduan tidak akan lahir tanpa ada kuasa cinta yang mengikatnya.


Tetapi adakah kita layak untuk merindui seseorang sedangkan orang yang kita rindui itu tidak mengetahui pun kita sedang merindui dirinya...dan adakah berbaloi rasa rindu itu...jawapan sama sekali tidak berbaloi!!.....ok-ok, jangan salah faham dulu, saya bukannya marah cuma meluahkan isi hati yang terbuku selama nie...bagi saya memang tak berbaloi pun merindui seseorang sedangkan orang tu tak pernah ingatkan kita pun....memang tak salah jika kita merindui seseorang tapi jangan terlebih sehinggakan kita terlupa dan asyik ingat orang tu ja...sampai makan pun tal kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena....cheewah.....tahap kronik dah kalau mandi pun tak basah sebab rindukan seseorang..haha...bawa-bawakan lah bersabar ye dan satu ja saya nak bagitau...kadang-kadang kalau kita terikut-ikut sangat dengan perasaan dan tak mampu untuk mengawalnya, perasaan tu juga boleh memakan diri kita sendiri....ye la, kalau tiap saat asyik teringat kat orang tu, asyik rindu ja...semua kerja pun tak beres..so, kita kena bijak mengawalnya dan cuba untuk berfikiran luas, seluas-luasnya..jangan biarkan perasaan tu menggangu hidup kita, dan jangan beri peluang kepada syaitan itu mengoda kita sebab time-time macam ni lah syaitan tu ambil peluang untuk memperdaya kita untuk buat sesuatu di luar jangkaan kita...so, fikir-fikirkan lah apa yang patut ya..saya tak larang pun kalau seseorang tu nak rindu sesiapa ka sebab saya juga pernah mengalami perkara yang sama...bagaimana rasanya merindui seseorang yang sudah pergi terlalu jauh dari hidup saya, dan rindu yang datang tanpa saya sedari itu juga kadang-kadang menyakitkan dan amat payah saya rasakan tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah mendapat satu ketenangan...ketenangan merindui Allah.....satu-satunya rindu yang mampu membuat hati saya tenang......

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." - [QS Ar-Ra'd, 13:28]

Inilah kebahagiaan dan ketenangan yang sepatutnya kita rasai,  Kebahagiaan dan ketenangan sebenar hanya akan hadir bila kita mendekati Allah...


p/s : Still banyak yang kena perbaiki dengan entri kali ni..huhu...macam tak puas hati pula dengan entri kali ni..macam ada kurang kan...hehe...tal pe la, Insya Allah, I will improve it......special thanks kepada sesiapa yang sudi membaca sampai habis....arigato gozaimas ^_____^


1 Komen:

Islamic,

Taubat seorang hamba.

April 24, 2011 MS SEHA 3 Comments


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa....

ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah .....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..
Taubatku ini...

 Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima..
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah...
Taubatku ini...





p/s: Assalammualaikum....hari nie saya cuma nak share lagu...for me, I think this is very nice song....sangat menenangkan jiwa dan melapangkan fikiran...lagu nasyid..best...dengarlah...^____^

3 Komen:

All about me n my blog,

Jiwa Kacau

April 14, 2011 MS SEHA 2 Comments


Assalammualaikum.....status untuk hari nie...rasa tak bermaya, extreamly penat + sakit perut yamg kronik....Ya Allah, apa kena dengan diri saya hari nie...saya pun tak tau apa masalah yang berlaku sebenarnya..mungkin salah satu puncanya adalah saya gagal mengawal hormon-hormon dalam badan, dan akhirnya menyebabkan emosi menjadi tidak stabil dan jiwa menjadi kacau..haha...apa yang saya merepek nie....nie lah jadi bila blog kadang-kadang di salahguna untuk dijadikan tempat melepaskan segala tekanan dan kekacauan dalam hati..fuhhh...ayat berjela-jela..macam tension sangat..maaflah kepada siapa-siapa yang tengah membaca dan menyedari bahawa entri hari nie kurang bermanfaat, just ditulis untuk melepaskan apa yang terpendam, tersimpan dan terbuku dalam hati......wahhhh....





jiwa wa kacau hari nie...ish, apasal pelik sangat saya rasa hari nie....tak tau apa yang tengah bersarang dalam otak nie...sebenarnya semua nie terjadi bila sampai satu masa tu, saya hilang kepercayaan dengan seseorang....tak kiralah siapa...kawan-kawan even family sendiri...adakah saya tak percaya mereka...no..no..no...bukan macam tu, saya percaya mereka sepenuh hati cuma saya pun tak tau kenapa bila saya dah percaya dgn seseorang tiba2 pula dia buat hal...ni yang bikin marah nie, tapi apa boleh buat nak marah pun tak da guna...so sabo je lah..hehe...saya tak marah siapa-siapa, but sometime saya marah dengan diri saya sendiri sebab terlalu mempercayai seseorang....

oklah, enough for today...saya harap, saya akan lebih sabar dan kuat untuk menghadapi hari-hari yg mendatang and never say never...lalalala....jadi, matlamat untuk hari ni dan hari yg seterusnya dan untuk memotivasikan diri saya yg kononnya tengah jiwa kacau ni....katakan :

1. SAYA MAHU JADI kuat

2. JANGAN MUDAH MENGALAH dgn hal2 yang remeh-temeh * tak menjamin kebahagiaan pun*

3.DON'T WORRY walaupun saya bersendirian di dunia ini, Allah selalu bersama saya, Insya Allah

4.SENYUMLAH, hadapi semuanya dgn senyuman * yg ni saya suka, so say cheese ^____^*


and the most important in the world.....

5. HARGAI ORANG YANG TERSAYANG, I just want to say saya sangat sayang dengan mereka, especially my mama, abah, adik-adik, kawan-kawan, dan sesiapa yg sayang saya lah...I love u all too.. I will make sure you all will always be there, in my heart...FOREVER


Yes, finally finish juga...apa-apa pun saya doakan anda semua melalui hari-hari yg membahagiakan dan jangan jiwa kacau macam saya ya, tak bagus untuk kesihatan fizikal dan mental...hehe...bye semua....assalammualaikum.

2 Komen:

Islamic

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang

April 10, 2011 MS SEHA 0 Comments

Assalammualaikum.....hari nie saya  nak kongsi sesuatu yang saya rasa amat bermanfaat especially untuk kita yang beragama Islam, saya harap entri untuk kali ini akan memberi iktibar dan pengajaran yang berguna untuk anda semua dan juga untuk diri saya juga tentang betapa pentingnya kita sebagai seorang Muslim menjaga solat dalam kehidupan seharian kita di dunia nie...Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T..Amin.....



Baiklah, saya teruskan dengan entri utama pada hari ini yang berkaitan dengan 8 jenis solat orang Islam pada zaman sekarang iaitu :

1. Solat Ikut - ikutan

Solat ini dilakukan secara zahir sahaja, solat secara membuta tuli ,solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.
Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T di dunia dan akan diazab oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

2. Solat Ikut Mood

Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas menunaikan solat. Kebanyakkan umat Islam zaman sekarang solat sebegini.

Mereka solat tetapi mereka juga buat dosa, mereka solat tetapi mereka membuka aurat dan berpakaian seksi, mereka solat tetapi mereka turut berzina dan minun arak serta berjudi, mereka solat tetapi mereka juga memakai gelang kaki, mereka solat tetapi mereka menagih dadah.

Bagi mereka solat adalah perkara biasa dan buat maksiat juga adalah perkara biasa.Mereka tidak menjadi sunnah Rasulullah S.A.W sebagai panduan tetapi mereka jadikan Allah S.W.T sebagai patung yang bertugas sebagai pengampun dosa mereka. Mereka hanya beriman kepada Al-Quran beberapa ayat sahaja di antaranya, " Allah S.W.T Maha Pengampun dan Maha Penyayang, maka mereka berpeluang melakukan apa sahaja perkara durjana dan '' Allah S.W.T tetap mengampunkan dosa kecuali dosa syirik ". 

Oleh yang demikian pada anggapan mereka, mereka tidak pernah melakukan syirik padahal kehidupan mereka sentiasa dipenuhi dosa syirik khafi, yang mana pada hakikat yang sebenarnya, mereka telah melakukan syirik besar tanpa mereka sedari.

3. Solat Orang yang Lalai

Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak mencintai Bahasa Allah S.W.T, mereka menjadikan Bahasa Allah S.W.T sebagai bahasa arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan antara Bahasa Al-Quran dengan Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran yang Allah S.W.T turunkan dalam Al-Quran Al-Karim adalah istilah-istilah yang amat tinggi yang perlu dikupas dengan kupasan atau tafsir atau penerangan melalui hadis. Jika seseorang dapat mengamati Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim pasti orang tersebut tidak akan lalai di dalam solat kerana orang tersebut sedang mengungkap Bahasa Allah S.W.T bukan Bahasa Arab.

Orang yang memahami Bahasa Allah S.W.T akan menjadikan dirinya kagum dan suci semasa melafazkan setiap huruf-huruf Al-Quran Al-Karim. Jasad dan Rohnya akan berintreraksi dengan Allah S.W.T semasa solat. Solat orang sebegini tidak akan lalai tetapi solat orang yang lalai adalah solat yang mereka kerjakan sebagai adat budaya bangsa mereka dan sebagai pesta ibadat kepada Allah S.W.T yang bercampur dengan berbagai Misi dan Visi.

4. Solat Awam

Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab, tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan berkaitan dengan solat. Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. 

Mereka tidak akan solat jika tidak dibalas dengan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka akan mempertikaikan janji Allah S.W.T yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim. Mereka masih merasakan mereka lebih besar daripada Allah S.W.T dan mampu mendakwa dan memerintah Allah S.W.T untuk melaksanakan segala janji-janji Allah S.W.T kepada mereka.

5. Solat Orang yang Kurang Khusyuk

Golongan ini mampu mencapai khusyuk di dalam solat tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk. Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya tidak putus dengan urusan dunia.

Golongan ini masih lemah iman dan masih bertuhankan hawa nafsu pada hakikatnya. Golongan ini masih memerlukan Mujahadah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

6. Solat Orang Soleh

Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz-lafaz Allah S.W.T yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah S.W.T. Urusan dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah S.W.T. Kekayaan dunia dan pangkat yang dimilikinya di luar solat tidak akan menjauhkan dirinya daripada Rumah Allah S.W.T. Malah Pangkat dan Kekayaan dunia yang dimilikinya makin mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T. Hati dan lidahnya sentiasa memuji Kebesaran Allah S.W.T sehingga Allah S.W.T menggelarkan mereka dengan gelaran “ Al-Abrar atau Ashabul Yamin” . 

7. Solat Golongan Al-Muqarrabin

Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah. Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar solat.

Solat adalah peluang terbaik untuk mereka memuja Allah S.W.T, mereka hanya memuja Allah S.W.T. Mereka tidak memuja dunia, pangkat dan wanita, setiap pekerjaan dunia mereka, merek akan olahkan menjadi syariat dan satu kefardhuan atau kewajipan yang mesti selaras dengan kehendak Allah S.W.T. 

Tiada politik kepentingan peribadi dan tiada menjadikan Islam dan Allah S.W.T sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli. Segala-galanya daripada Allah S.W.T dan mesti dikembalikan kepada Allah S.W.T. Kita sebagai manusia yang lemah  tidak layak memiliki sesuatu kerana segala-galanya adalah milik allah S.W.T.

Golongan ini Allah SWT anugerahkan pangkat “Al-Muqarrabin”.

 8. Solat Golongan As-Siddiq

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah S.W.T. Solat adalah talian hayat hidup mereka. Semua kandungan hikmah didalam solat dizahirkan kealam fana. Unsur puasa didalam solat, unsur khusyuk, unsur kesucian, unsur pemujaan dan sebaginya dilahirkan atau dizahirkan didalam kehidupan seharian.

Akhlak semasa solat adalah sama akhlaknya di luar solat. Hati mereka sentiasa sejuk dan tenang. Segala kesakitan dan penderitaan akan hilang apabila dia mengadap Allah S.W.T atau semasa solat.

Segala ilmu dan teknologi yang manusia harapkan adalah milik mereka. Segala tindakan makhluk tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Sesungguhnya mereka telah mewakilkan Allah S.W.T dalam semua urusan, sama ada urusan dunia mahupun urusan Akhirat.

Golongan ini Allah SWT anugerahkan pangkat “As-Siddiq”. 


p/s : Jadi macam mana, dah habis baca ke..rasa-rasanya ada tak dalam 8 jenis solat di atas yang terkena dengan diri anda...kalau saya, secara jujur masih banyak yang perlu saya perbaiki dalam solat saya, rasa masih banyak yang kurang...huhu..mudah-mudah saya dapat perbaikinya dan akan lebih khusyuk dan istiqomah dalam menunaikan ibadah yang wajib ini, Insya Allah...dan harap anda semua juga begitu agar kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang benar....Amin.....jadi, Renung-renungkan dan selamat menunaikan solat.....^_^
 

 

0 Komen:

Lagu Terbaik

Rapuh

April 08, 2011 MS SEHA 2 Comments

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka, tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir kepadaMu



p/s: Assalammualaikum....hari nie just nak share lagu...baru jumpa ni lagu, lagu nyanyian Opick..memang best...so, sesiapa yang berminat..teruskan mendengar....confirm best dan hayati liriknya sekali......^__^



2 Komen:

Renungan bersama

☂ Bicara Tentang Kehidupan ☂

April 05, 2011 MS SEHA 0 Comments


Kehidupan tidak selalu menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan menyelamatkan diri dan keadaan.Kehidupan ini adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargainya...


Jika bicara soal kehidupan, masih terlalu banyak lagi yang belum kita ketahui. Sesungguhnya semua pengetahuan itu datangnya dari Allah S.W.T.Setiap yang terjadi sudah tentu ada penyebabnya dan semestinya penciptaan manusia di muka bumi ini juga ada sebab dan hikmahnya yang tertentu.Kehidupan manusia di dunia telah diatur dan ditentukan oleh Allah S.W.T sebelum kewujudan manusia itu lagi dan segala proses serta kejadian penciptaan manusia di muka bumi ini telah tercatat dalam Al-Quran. Sesungguhnya semua itu telah menjadi petujuk dan teladan bagi umat manusia tentang betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T.


Kehidupan manusia di dunia terus berjalan mengikut peradaban dan masa, bermula dari penciptaan Nabi Adam a.s dan Hawa, seterusnya Nabi-Nabi dan Para Rasul yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memimpin manusia ke arah kehidupan yang berlandaskan syariat Al-Quran dan Sunnah dan sehinggalah kehidupan manusia pada hari ini.Sesungguhnya kita umat manusia harus bersyukur kerana telah diciptakan di muka bumi ini, dan menghargai setiap detik dan masa yang kita ada kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sebagai satu persinggahan. Tiba masanya nanti kita semua akan dijemput untuk kembali semula ke alam yang kekal abadi.


Tidak dinafikan kehidupan tidak selalunya indah, dan ada masanya kita akan berdepan dengan pelbagai masalah dan dugaan sehinggakan kita tidak mampu untuk menghadapinya lagi, tetapi kita harus ingat semua yang terjadi itu datangnya dari Allah S.W.T, dan ia adalah salah satu cara untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita dalam menghadapi dugaan serta ujian tersebut. Oleh itu, seberat apa pun musibah yang menimpa diri kita, hadapi semuanya dengan sabar.Mungkin berat bagi kita untuk menghadapinya namun Insya Allah, dengan izinNya kita pasti dapat menyelesaikan apa jua masalah yang melanda kehidupan kita di dunia ini.


p/s : Dunia ini penuh dengan keindahan, mengapa kita perlu memikirkan sesuatu yang buruk jika kita mampu memiliki banyak keindahan dalam hidup.....Subhanallah (✿◠‿◠)





 







0 Komen:

All about me n my blog

* 4 April 2011, Monday *....(✿◠‿◠)

April 04, 2011 MS SEHA 0 Comments

Assalammualaikum semua.....lama betul bah pula saya x update blog nie..berminggu-minggu dah x tulis entri baru dan sekarang pun dah masuk bulan 4...haish, cepat pula masa berlalu kan...x sedar nie...anyway, sekarang baru ada masa free nak update my blog, before nie sibuk memanjang..dengan kelas, assignment lagi, nak study untuk midterm lagi dan yang terbaru...pagi tadi, saya ada MUET...fuhh.....memang dashyat lah but Alhamdulillah, semuanya dah berlalu dengan baiknya and I only hope everything will gonna be ok, Insya Allah...
 
Maybe entry for today is quite short because I'm feel so tired + hungry right now...tiba2 pula speaking nie , mesti gara2 MUET speaking tadi pagi la nie..hehe...okla, ni lah yang saya nak story for today, only about MUET...nothing interesting pun but kalau nak continue baca, teruskan...sangat dialu-alukan..hee..*peace*...

mesti pelik kan apa pula kaitan tarikh tu dengan entri nie kan...nak tau kenapa saya pilih tajuk entri macam tu??...mana boleh bagitau...hehe...x lah, gurau ja..actually macam nie, saya pilih tajuk tu just untuk memperingati hari bersejarah hari nie....sempena saya menduduki MUET....tu ja sebenarnya..ya la,mestilah bersejarah kan...
MUET tu sekali ja seumur hidup so kena lah kenang tarikh ni sampai bila-bila...kalau boleh for the rest of my life I will remember this day...chewah...sampai macam tu sekali bah...hehe..of course lah, hanya orang-orang yang mengalaminya akan merasai seperti yang saya rasakan sekarang..sangat-sangat lega dan kepala terasa ringan, hati pun terasa berbunga-bunga seperti orang yang tengah dilanda virus cinta...hehehe...apa lah yang saya merepek ni, x da kaitan langsung ni..ish3...✖‿✖

Before ambil MUET nie macam-macam yang saya fikir...rasa macam x dapat teruskan ja..ya la, saya ni dah lah jarang speaking, kalau speaking pun bukannya lacar sangat...but like others people say "Pratice Makes Perfect"..yeah, that's true...tapi hakikatnya malam sebelum nak ambil MUET tu, I've do nothing, saya x tau apa saya nak buat...just baca nota yang simple2 and lepas tu saya p tido..ish3...practice pun saya kurang, ada juga lah, beberapa minit sebelum giliran kumpulan saya, kami ada practice speaking and Alhamdulillah from the group discussion, it really help me during the 'real' MUET....dan semasa MUET dijalankan, first feeling yang saya rasa, really nervous but I say in my deep heart...I can do this!!....and finally semuanya berjalan dengan lancar and rasa sangat beruntung sebab saya dapat group yang sangat-sangat membantu....thanks guys...arigato gozaimas.(◡‿◡✿)..I think enough for this day, kalau ada masa dan idea, saya akan tambah lagi, Insya Allah.....sorry if I've made a mistakes and says something wrong, please forgive me....
p/s : Alhamdulillah, Thanks to Allah because still give me a chance to live and improve myself, Thanks to Mum and Dad for loving me until now, I love both of you so much...moral of the story for today; Jadikan hari ini lebih baik dari semalam...Just believe yourself...(◕‿-)

0 Komen: