Bicara Cinta

Sakit Hati, Tulang Sendiri?? ◕‿-

May 30, 2011 MS SEHA 0 Comments

WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKIKamu!!!
WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!




Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: belum
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....


P/S : Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Sumber : Artikel I Luv Islam.com

0 Komen:

Lagu Terbaik,

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran ✿◕‿◕✿

May 22, 2011 MS SEHA 0 Comments

Assalammualaikum...untuk malam nie saya cuma nak share lagu...jumpa nie lagu tengah hari tadi masa tengah cari lagu2 best....first time dengar macam kurang best tapi bila dah dengar lama2 best pula...thumbs up for this sweet song..selamat mendengar..◕‿-



0 Komen:

Islamic,

Cuci Hati, Tenangkan Jiwa...◕‿◕

May 22, 2011 MS SEHA 0 Comments


Assalammualaikum.

Hari ini saya teringin nak kongsi  sesuatu iaitu tentang bagaimana cara nak cuci hati kita dan sekaligus dapat memberikan ketenangan kepada jiwa kita..Seperti mana yang kita ketahui, kehidupan di dunia bukanlah semudah yang kita sangkakan, dan adakalanya kita akan dilanda dengan bermacam-macam ujian...So, apa yang penting kita kena pandai mengawalnya, dan jangan mudah mengeluh atau mengalah jika sesuatu masalah menimpa diri kita....ambil sedikit masa untuk kita rehatkan fikiran kita, cuci hati kita dan tenangkan jiwa kita...Dengan izinNya, semua masalah pasti akan dapat kita lalui walau sebesar mana sekalipun...apapun yang penting jangan lupa minta pertolongan daripada Allah S.W.T, kerana semua jawapan dari pemasalahan yang kita hadapi ada denganNya....jadi janganlah segan-segan nak berdoa denganNya ya.




Baiklah, dibawah ini adalah beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang telah diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah...
Dirikan solat dan banyakkan berdoa

Ini adalah salah satu kaedah yang paling berkesan kerana sudah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menunaikan solat setiap hari. Jadi , semasa berdoa katakan " Ya Allah, jadikan hatiku bersih"

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 x sebelum tidur

Ini merupakan salah satu cara yang paling mudah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak akan menjadi tenang, murah rezeki dan mencetuskan segala kebaikan.
Solat taubat

Selain daripada memohon keampunan, dapat juga membantu mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran

Selain dapat mencuci hati, ia juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari

Saling memaafkan juga adalah salah satu cara untuk mencuci hati, dengan cara ini kita tidak akan menyimpan dendam di dalam hati.
  
Bisikkan kepada diri perkara yang positif

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.

Program minda/cuci minda

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
 
Berpuasa

 Berpuasa dapat menghindar diri kita dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 

Mengingati mati

Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa. 



p/s : Mungkin dah banyak blog yang share tentang cara nak cuci hati nie, tapi saya pun nak share juga....tak salah kan kita membantu untuk menyebarkan perkara-perkara kebaikan...semoga bermanfaat untuk semua.....so, don't forget renew our heart everyday...❁◕‿◕❁


0 Komen:

All about me n my blog,

Mum..you are my love one forever ♥

May 16, 2011 MS SEHA 0 Comments

Assalammualaikum..selamat pagi..waktu sekarang menunjukkan tepat jam 1.44 pagi tapi nampaknya masih belum ada tanda-tanda yang saya akan tidur di waktu sebegini...huhu..what's going on, kenapa saya tak dapat tidur nie...haa, tu la persoalan...kenapa? why, why ??...adakah saya mengalami masalah kesukaran untuk tidur atau secara saintifiknya lebih dikenali sebagai IMSONIA...http://www.emocutez.comoh..no, no, no...tak mungkin lah, sebab biasanya hari-hari lain saya akan tidur lagi awal dari ni...ok-ok, nampaknya saya dah lari tajuk...apesal pula tiba-tiba cakap pasal tidur ni.....there are something wrong with my mind today...hehe...

Dah lama tak update blog, pagi ni baru lah ada peluang..sebenarnya sebelum nie pun ada masa juga cuma malas nak update, tak da idea..so, untuk mengisi kekosongan+kebosanan di pagi-pagi ini, saya mengambil keputusan untuk menulis entri baru.....tiba-tiba rasa macam bersemangat pula, nampaknya sampai ke esok lah ni tak tidur...kalau kat rumah, mesti mama dah bising ni sebab tidur lambat....hehe...tapi sekarang tinggal kat hostel, tak da siapa pun yang nak bising kalau tidur lambat...but actually rindu juga nak dengar mama bising-bising, marah-marah manja lah katakan...ye la, mama mana juga tak marah kalau anak online sampai tengah malam, tak pandai tidur ni..hehe..

erm, kenapa saya rasa entri saya nie agak membosakan ya...maaflah kepada siapa-siapa yang membacanya dan menyedari cerita saya pada pagi ini kurang menarik..banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni, kalau nak cerita semuanya pun, saya sangat yakin 100%...cerita saya ni tak kan siap, mungkin dah boleh buat jadi novel dah..hehe....

oklah, straight to the point lah ya......entri kali ni, saya just nak wish HAPPY MOTHER' S DAY!!...http://www.emocutez.comto my lovely one....cuba teka siapa??...mestilah my mama tercinta.....hehe..mesti ada yang pelik kenapa baru sekarang nak wish lagipun kan hari ibu 10 Mei....sekerang dah 16 Mei, means 6 hari yang lalu kan..well, tak kisah lah berapa lama pun dah berlalu tarikh tu...for me, setiap hari pun hari ibu....mungkin 10 Mei telah tercatat bahawa ia adalah tarikh istimewa untuk kita meraikan ibu-ibu di seluruh dunia...dan tarikh tu adalah tarikh yang sangat bermakna buat mereka..tapi sebagai seorang anak setiap hari pun kita boleh meraikannya bersama-sama dengan ibu kita....



seorang ibu itu tidak pernah mengharapkan hadiah yang mahal-mahal, cukup bagi mereka kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak dan kasih sayang seorang ibu itu juga sangat luhur dan ikhlas, mereka tidak pernah merungut dengan kerenah anak-anak..bahkan sanggup berkorban nyawa sekalipun demi anak-anak mereka...tetapi mengapa masih ada segelitir manusia yang sanggup melupakan penat lelah, jasa dan pengorbanan seorang ibu demi untuk membesarkan mereka....seorang ibu yang telah bertarung dengan maut selama 9 bulan semata-mata untuk memastikan anak yang dikasihinya dapat lahir ke dunia ini..dan mengapa setelah anak ini dilahirkan ke dunia, dan mengenal erti kesenangan dan kebebasan..mereka dengan senang hati melupakan segala pengorbanan ibu mereka selama ini dan ada yang tergamak mengabaikan ibu yang telah tua dan uzur......tidakkah mereka sedar siapa yang telah melahirkan mereka ke dunia ini, memberi mereka susu, menjaga dan membelai mereka ketika mereka sakit dan menyayangi mereka tanpa syarat........


 Khas untuk my mama ( Nulime@Nurenyanne)

For my lovely mama, maafkan anakmu ini kerana sudah terlalu banyak kesalahan yang telah ku lakukan kepadamu..tidak pernah terdetik sedikit pun di hatiku untuk menyakiti insan semulia mu....namun adakala aku lalai dan terlupa dengan kehidupan di dunia ini....

Mama, terima kasih kerana sudi memberikan kasih sayangmu untuk diriku, terima kasih kerana telah menerimaku dalam kehidupanmu, terima kasih kerana mengajar aku erti bahagia dan erti derita, terima kasih atas pengorbananmu membesar dan menjagaku sehingga ke saat ini....tidak terungkap lagi betapa aku sangat berterima kasih kepada dirimu yang sangat bererti buatku...

Mama,jika aku gagal membahagiakanmu....hanya doa mampu ku utus agar Allah mampu membalas segala pergorbananmu, andai masa yang diberi kepadaku untuk bersamamu hanya sementara waktu, maafkan segala kesalahan ku. Aku akan menyayangimu sehingga hembusan nafasku yang terakhir...

BIG WISHES FOR MY MAMA

❤ Terima kasih tolong bangunkan saya setiap pagi time nak pergi sekolah

❤ Teima kasih sediakan sarapan pagi untuk saya setiap hari

❤ Terima kasih kerana mengorbankan masa untuk menghantar 
saya ke sekolah pada awal-awal pagi

❤ Terima kasih kerana menyediakan makanan tengah hari dan maakan malam untuk saya

 ❤Terima kasih menjadi peneman setia di waktu saya keseorangan

❤ Terima kasih selalu menemakan saya menonton televisyen 

❤ Terima kasih kerana telah menyediakan bubur ayam time saya sakit

❤ Terima kasih kerana selalu mengingatkan dan menasihati saya

❤ Terima kasih kerana selalu mengucapkan selamat malam sebelum saya tidur

❤ Terima kasih kerana sudi memeluk diri ini setiap kali balik ke hostel..

dan

❤ TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA ❤

p/s : Walau sebanyak mana pun harta yang kita miliki, walau sehebat mana pun jawatan yang kita sandang..Ingatlah itu semua berkat doa dan pengorbangan ibu..jangan sesekali kita lupa semua itu...
Hargailah ibu anda selagi masih ada kesempatan....http://www.emocutez.com


0 Komen: