All about me n my blog

♥ Abah Kesayanganku ♥

June 24, 2011 MS SEHA 0 Comments

Assalammualaikum semua....selamat malam..semoga semuanya baik-baik sahaja la ye...so,macam mana hari nie, best atau kurang best..kalau tanya saya, mestilah saya nak jawab yang baik-baik je...tak pecaya ka, cuba tanya....hehe...Miss Syeha, macam mana hari nie??..of course best...WHY?..tak perlu saya bagitau, lagipun tak penting juga, siapa lah yang nak tau pasal saya nie kan..siapa la saya..hee...chewaah...ayat sedih pula....ok2, tak mau  intro panjang2, nanti ada pula yang bosan kan...http://www.emocutez.com...opps,maaf la...

entri hari nie sebenarnya dah lama saya nak tulis, tapi selalu tak dah masa...sepatutnya saya tulis hari bapa tu lagi, tapi nie expire dah, hari bapa pun dah lama berlalu..ish, apa la..tak da feel dah, tapi tak pe, demi abah yang tersayang...saya akan pastikan entri nie siap hari nie juga.....dan di publish malam nie juga..confirm 100%...http://www.emocutez.comhehe..sejak menjinak2 kan diri dengan dunia blog nie, hari rasa macam berbunga-bunga pula...eh, lari tajuk pula...maaf lah, saja ja nak bagitau tu...oklah, entri kali ni saya nak cerita pasal abah saya...everything about my father, the best father that I've ever had in this world..

erm..abah saya nie sederhana je orangnya, nampak ja muka garang  ala-ala orang putih tapi sebenarnya pemalu..sorry abah..hehe.....abah tak suka marah-marah, tapi once dia dah marah, fuhh....boleh terberhenti jantung...bikin takut...satu perkara yang paling saya tabik spring la kat abah nie, pasal pengorbanan abah untuk anak-anak dia..kalau nak cerita, boleh jadi novel nie tapi biar saya pendekkan cerita ja la ya....macam nie, abah saya sanggup berkorban berhenti kerja demi untuk menjaga kami adik-beradik..semua nie dah terjadi beberapa tahun yang lalu...lebih kurang 4 tahun yang lalu Mama saya kena sambung study kat maktab selama 3 tahun so terpaksa lah kami tinggal dengan abah ..sepanjang Mama study, abah lah yang jaga kami setiap hari..abah lah yang sediakan semua keperluan harian kami, abah dah jadi macam mama nie..hehe...kadang-kadang kesian jua tengok abah susah payah jaga kami, time tu pun keadaan kami tak lah sesenang orang lain..makan pun ala kadar ja, tapi kenangan- kenangan tu semua lah paling tersemat dalam hati saya sampai sekarang..macam mana kami terpaksa pinjam telefon kat rumah nenek semata-mata nak telefon mama..erm..bila ingat balik keadaan keluarga time tu, rasa sedih juga....http://www.emocutez.comkadang-kadang tu pernah juga makan maggi dengan abah dan adik-adik..hehe...tapi walau macam mana susah pun keadaan kami time tu, saya masih bersyukur sebab saya masih dapat bersama dengan orang-orang yang saya sayang, keluarga saya....dan alhamdulillah, setelah beberapa tahun keadaan keluarga pun berubah..Mama pun dah tamat study, dan sekarang dah jadi cikgu pun...abah pula dah ada perniagaan sendiri..dan semua nie berkat pengorbanan dan usaha abah dan mama selama nie demi mengubah hidup keluarga....dan yang paling penting semua nikmat yang diberikan pada hari nie juga adalah atas pemberian daripada Allah S.W.T..bersyukur sangat...


Apa2 pun, saya cuma nak bagitau saya sayang sangat kat abah..terima kasih kerana telah menjaga kami adik-beradik selama nie, sabar dan tahan dengan kerenah kami yang boleh tahan nakal juga..http://www.emocutez.comhehe..abah jangan marah ye...kami semua sayang abah, walau apapun yang terjadi tak da siapa yang dapat gantikan abah sampai bila2 pun...maafkan semua salah kami ya...dan saya doa abah akan memperolehi kebahagiaan kat dunia dan juga di akhirat kelak..amin....


So, selagi kita masih ada masa nie, sayangi dan hargailah orang-orang yang sentiasa ada di samping kita..abah yang sentiasa berusaha untuk memastikan keperluan kita mencukupi...sanggup buat apa-apa sahaja demi kesenangan anak-anaknya..kalau abah sanggup berkorban demi anak-anak, tapi kenapa ada juga segelintir anak-anak yang tak tahu menghargai abah mereka ya...sanggup hantar kat rumah orang-orang tua sebab tak sanggup nak jaga...erm....tak tau la, pandai-pandai lah fikir sendiri..kadang-kadang seseorang akan jadi bernilai bila dia dah tak da....tapi dah terlambat nak menyesal kalau orang yang selama nie sayang kat kita dah tak ada kat dunia ni....jadi, hargailah ABAH yang tersayang..


p/s: Thanks a lot abah, sayang abah selamanya...http://www.emocutez.comHAPPY BELATED FATHER'S DAY, Abah...maafkan semua kesalahan Seha...Seha janji akan cuba jadi anak yang baik..Insya Allah...

0 Komen:

Luahan hati,

Duhai Hati, Jangan Bersedih ☹

June 22, 2011 MS SEHA 0 Comments

Duhai hati, diri ini mengerti keperihan yang kau rasakan..
Meski cuba untuk bertahan, namun ada masanya merintih jua..
Dalam meniti hari-hari yang mendatang, ku mohon padamu agar kau terus kuat..
Andai kau lemah, pasti diri ini juga akan turut merasa yang sama..


Duhai hati, bersabarlah...
Walau kau terasa pedih dan sakit sekalipun..
Sakitnya seperti tiada hati yang mampu mengerti..
Sekalipun kau mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup..
Yakinlah, kau tidak bersendirian di dunia ini...


Duhai hati, jangan bersedih lagi..
Kepayahan yang kau rasanya sesungguhnya adalah ujian daripada Allah..
Seharusnya kau bersyukur kerana mendapat perhatian sedemikian daripadaNya..
Jadi tidak sewajarnya kau menyesali kesusahan itu...

Duhai hati, sedarlah...
Segala yang diberi itu adalah satu nikmat..
Bukan Allah tidak mendengar segala jerit perit, derita yang dialami..
Tetapi Allah Lebih Mengetahui apa yang kau tidak ketahui...






0 Komen:

All about me n my blog,

Mencari Bahagia.

June 14, 2011 MS SEHA 0 Comments


Persoalan yang sering bermain-main di fikiran adakah kebahagiaan itu perlu dicari atau ianya akan datang dengan sendirinya??...dan bagaimana pula jika kebahagiaan yang dimiliki adalah sebenarnya penderitaan...






Kebahagiaan apa yang sebenarnya dicari dalam hidup ini, adakah jika kita memiliki wang ringgit yang banyak, kita akan bahagia...ataupun jika kita memiliki rupa paras yang menarik akan menjanjikan hidup kita akan sentiasa bahagia....dan bagaimana pula dengan mereka yang mengalami kesempitan dalam hidup, mereka yang sentiasa ditimpa dengan pelbagai musibah, kesakitan dan penyakit...adakah mereka tidak berpeluang untuk merasa bahagia?

Setiap orang diberi peluang untuk bahagia, tiada seseorang pun yang ingin memilih untuk hidup menderita namun jalan untuk menuju bahagia itu adakalanya memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan kadang kala jalan itu dipenuhi dengan onak yang berduri, tidak kelihatan namun sakitnya cukup dirasai....

Setiap detik dan saat yang diberikan oleh Allah S.W.T adalah satu anugerah yang cukup bernilai sekali dalam kehidupan kita, setiap saat yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi...oleh kerana itu, setiap apa pun yang kita lakukan dalam hidup ini, biarlah memberikan makna dan berharga untuk kita kenang...

Setiap masa bersama keluarga adalah satu kebahagiaan, dan mungkin juga kebahagiaan yang hanya dapat kita rasai di dunia ini sahaja, begitu juga masa bersama dengan kawan-kawan...kebahagiaan yang cukup bernilai sekali....namun kebahagiaan itu adalah sementara sahaja, dan tiba masanya nanti semua itu akan tinggal menjadi sebuah kenangan yang paling indah dalam hidup...Ambillah masa yang masih ada untuk menikmati saat kita bersama dengan keluarga dan kawan-kawan....Kita sudah diberi peluang oleh Allah, jadi belajarlah untuk menghargainya......Walau secebis kebahagiaan yang kita dapat di dunia ini, itu sudah cukup kerana mungkin kebahagiaan yang sebenar telah Allah sediakan di sana kelak...
                                                    
Jika ditanya, sudah tentu setiap orang inginkan kebahagiaan namun semudah itukah kita akan dapat...tidak semua perkara di dunia ini mampu kita miliki tetapi itu bukan bermaksud kita harus menyerah begitu sahaja kerana Allah itu Maha Mendengar...Dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya...Oleh itu, rintihlah kepadaNya..luahkan segala kegelisahan di dalam jiwa...Insya Allah, hati-hati yang gelisah pasti akan merasa tenang..

Hati ini juga ada masanya merintih, hanya padaNya tempat mengadu, adakalanya ingin lari dari semua ini namun adakah semudah itu jalan penyelesaiannya..adakah kita harus lari dari semua masalah yang berlaku dalam hidup ini, yakinlah walau sesukar mana pun masalah yang kita hadapi, pasti Allah S.W.T telah sediakan jalan penyelesaiannya....jangan mengharapkan kebahagiaan datang secara tiba-tiba, berusahalah untuk mendapatkannya..Insya Allah, dengan izinNya, kebahagiaan itu pasti akan dapat dirasai juga...semoga suatu hari nanti diri ini akan dapat merasai kebahagiaan yang abadi..AMIN.



p/s : Mana satu pilihan anda...bahagia atau derita?..semuanya terpulang pada diri anda sendiri..:)


0 Komen:

Jom Makan2,

❀ Kisah Si Comel Cupcake ❀

June 14, 2011 MS SEHA 0 Comments


Assalam'mualaikum...selamat malam semua...macam mana hari anda semua hari nie.....best atau tak??...hmmm...apa-apa pun jangan lupa bersyukur ye sebab Allah S.W.T masih bagi kita peluang untuk terus hidup kat dunia nie...dan itu juga bermakna kita masih punya waktu untuk perbaiki diri kita *nasihat untuk diri sendiri*...

oklah, tak nak cerita panjang lebar, nanti ada pula yang bosan...hehe...entri untuk hari pasal cupcakes...atau lebih mudah dipanggil kek cawan....siapa sini suka cupcakes, cuba angkat tangan setinggi yang boleh..http://www.emocutez.comhehe....gurau je, jangan marah ye....actually, saya peminat fanatik cupcakes, saya suka, suka, dan suka sangat dengan cupcakes...saya suka makan dan suka kecomelan dia..bila tension ja, terus cari cupcakes...time-time sedih, terus cari cupcakes...ubat paling mujarab nak hilangkan sedih+kecewa+sakit hati...wah, punyalah banyak kekacauan jiwa yang sedang melanda sekarang nie...hehe..

anyway, berbalik kepada cerita asal kita tadi iaitu pasal cupcakes..sebelum nie x tau pun tentang kewujudan si comel nie, baru ja berkenalan tahun lepas, dan akhirnya jatuh cinta..haha..macam cerita cinta pula kan...x la,pembetulan di sini ya, kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun..entri ini khas ditulis untuk si comel cupcakes...nie ja idea yang ada sekarang, so x salah kan kalau saya nak share, manalah tau ada yang tiba-tiba minat dengan cupcakes dan dengan berbesar hati menghadiahkan sekotak cupcakes yang comel kepada saya sebagai tanda penghargaan...ha.ha.ha.....gurau je..tapi kalau betul-betul nak bagi tu, saya dengan
hati yang berbunga-bunga http://www.emocutez.com akan terima...(perasan ja)...


oklah, cukup sampai disini...saya nak cari cupcakes, I'm desire to eat it, tapi baru sedar sekarang dah malam..mana lagi nak cari...ish3...tak pe lah, jika ditakdirkan esok pagi ada anak raja yang hantar cupcakes kat rumah, alangkah indahnya hidup....http://www.emocutez.comha,ha.ha....sekali lagi saya diserang penyakit merapu..maafkan atas sebarang ketidaksopanan dan kesalahan tatabahasa....entri untuk kali sahaja untuk menenangkan hati sekaligus melupakan segala kekacauan hati...sekali lagi ayat yang sama diulang...memang betul-betul tengah kacau lah nie...http://www.emocutez.comdan semua nie gara-gara terlebih makan cupcakes....tetttt..........good nite you allhttp://www.emocutez.com cutedream...zzzzzZZzz




sebelum tu, saya hadiahkan cupcakes ni untuk anda semua....



p/s : Siapa rasa diri dia comel macam cupcakes...sila tutup mulut, diam sebentar kemudian mengaku dalam hati...hehehe..jangan marah ye....selamat malam...

0 Komen:

Saja suka-suka

Kutinggalkan Cinta Ini.

June 08, 2011 MS SEHA 4 Comments



Saat cinta hadir menyapa diriku,
Aku tersenyum menerimanya,
Tiada kata mampu kuungkap,
Hanya luahan syukur padaNya..

Namun disebalik keindahan yang kurasakan ini,
Baru kusedar ada sesuatu yang tidak engkau ketahui tentang diriku,
Sesuatu yang selama ini kusembunyikan dari padangan mata,
Pandangan mata yang kadang-kadang berpura-pura,
Secara luaran nampak sempurna,
Namun, ternyata dalaman menderita..

Tidak mungkin selamanya diri ini mampu bertahan,
Dan tidak mungkin juga hati ini mampu terus menipu,
Kuikhlaskan hati melupakan cinta ini,
Kerana kuyakin kau tidak mungkin dapat menerimaku,
Terima kasih kerana membenarkan diri ini singgah sebentar di hatimu,
Maaf atas kesalahanku mencintaimu,
Terpaksa kutinggalkan cinta ini demi kebahagiaanmu..






Assalammualaikum.....selamat malam semua...apa yang anda rasa  lepas baca ayat-ayat kat atas, tu...ada sedikit rasa sedih tak,rasa nak nangis, rasa mual, pening-pening atau tak da perasaan apa-apa???...hehehe.....just a simple question, tak perlu lah jawab....saya yakin memang no feeling lah kan....actually, semua ayat-ayat kat atas tu  tak da kena mengena dengan sesiap pun, cuma tiba-tiba idea datang bergolek, jadi tu la pantas ja jari nie nak menaip...hehe.....lagipun lama tak update blog....maybe kurang bermanfaat untuk bacaan umum, tapi just want to share......so, thanks pada siapa-siapa yang dah baca..arigato gozaimes....good night...http://www.emocutez.com zzzzzZZZ 



4 Komen: