All about me n my blog,

Suddenly I'm Feel Homesick !! ╯_╰

February 26, 2012 MS SEHA 0 Comments



Assalammualaikum wtb..

I'm counting the day...
The day that I'm coming home..

http://www.emocutez.com

Malam ni tiba-tiba terasa nak buat entri pasal homesick pula , mungkin juga kerana saya sedang mengalaminya sekarang...

Kehidupan kat hostel kadang-kadang buat hidup ni rasa sunyi lebih-lebih lagi bila berjauhan dari keluarga..

Ya, memang betul ada sahabat-sahabat lain tapi tetap tak sama rasanya
 bila bersama dengan keluarga..
dan sebab tu saya selalu merindui saat-saat bersama dengan keluarga..

rindu masa kecil-kecil dahulu,
bila sakit, ada mak yang tolong jagakan..
masakkan bubur..
jaga sampai sembuh..

tapi..

bila dah besar ni, lebih-lebih lagi bila dah tinggal berjauhan,
kenalah buat tu semua sendiri..
kalau sakit pun pandai-pandailah ubat diri sendiri..
http://www.emocutez.com

memang banyak bezanya tinggal bersama dengan tinggal berjauhan
 dari keluarga nie..rasa rindu je setiap masa..

tapi walaubagaimanapun perjuangan harus diteruskan..

sebab..
ini juga harapan ibu bapa saya, untuk lihat saya berjaya...http://www.emocutez.com

jadi, walau macam mana sukar sekali pun kehidupan saya tanpa mereka di sisi, Insya Allah saya pasti dapat
meneruskan kehidupan saya kat sini..

sebab..

walaupun ternyata mereka jauh dari mata,

tetapi mereka sentiasa dekat di hati saya buat selamanya...
http://www.emocutez.com

untuk Abah, Mama dan adik kat rumah tu...

baik-baik kat sana ya,
 jaga kesihatan dan diri..

dan paling penting....

ingat "anak abah n mama dan kakak adik" ni selalu ( saya la tu..hihi)
http://www.emocutez.com


KEEP ME ALWAYS IN YOUR HEART
AS I KEEP YOU ALL IN MY HEART FOR THE REST OF MY LIFE...OK!!

p/s: So, untuk hari ini, tu sahaja rasanya dapat saya kongsikan...mungkin tak cukup bermanfaat, cuma ingin berkongsi rasa tentang betapa indahnya hidup bersama keluarga..bersyukurlah bagi mereka yang masih punya keluarga dan hargailah setiap masa yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita untuk bersama mereka kerana sudah tentu bukan selamanya kita dapat bersama...suatu masa semua pastikan berpisah jua akhirnya..oklah, apapun saya nak cakap SAYA SAYANG KELUARGA SAYA...sekian dan terima kasih...

0 Komen:

Islamic,

♥ INDAHNYA BERUSRAH ♥

February 09, 2012 MS SEHA 0 Comments



Assalammualaikum wtb

Selamat petang..baiklah, entri hari ini bukanlah hendak bercerita tentang cinta ataupun yang berkaitan dengannya tetapi ingin berkongsi tentang usrah..Mungkin ramai yang sudah sedia maklum apa itu usrah, tapi biarlah saya berkongsi sedikit pengetahuan dan juga pengalaman tentang usrah..Insya Allah, mungkin dengan sedikit perkongsian ini  boleh membawa manfaat kepada semua.




Apa itu usrah??

Perkataan "USRAH" berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bererti keluarga. Jelas bukan, penggunaan istilah usrah menunjukkan adanya hubungan ataupun ikatan persaudaraan sesama manusia.

Dalam konteks Harakah Islamiyah pula, Usrah bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan Akidah, kesatuan pemikiran , kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk berkerjasama dan bantu-membantu dalam memperkukuhkan ja'maah Islam dari pelbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja amal ja'maiy dan amal islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyah. (sumber : fikrah.interaktif.tripod.com)

Dari segi maksud, mungkin kelihatan amat rumit dan sukar untuk difahami tapi apa yang saya faham adalah, usrah itu seperti sebuah unit keluarga,  yang saling memerlukan dan melengkapi antara satu dengan yang lain. Apabila seseorang ahli berada dalam kesusahan, ahli yang lain juga turut merasa yang sama dan akan cuba membantu. Mungkin setiap individu punya tafsiran yang berbeza namun walau apa sahaja maksudnya, perlu kita ingat bahawa niat kita mengikuti  usrah  itu  adalah semata-mata kerana Allah S.W.T.

Tujuan Usrah??

Mungkin masih ada yang belum jelas apa sebenarnya tujuan usrah yang sebenarnya. Seperti yang sedia maklum, apa-apa pun dalam hidup kita ini ada tujuannya, contohnya macam belajar. Tujuan kita belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Begitu juga dengan usrah yang mempunyai tujuannya iaitu,

✿ Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang  taat kepada Allah S.W.T.

Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

 Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah 
Allah S.W.T. dan larangannya.

 Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian

✿ Melatih supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang telah diajar oleh Allah S.W.T. dan Rasul.

✿  Sentiasa bermulazamah dengan Al-Quran dan Hadith


Itulah antara tujuan usrah, sudah jelas bukan? Setiap apa pun yang kita lakukan, pastinya memerlukan tujuan. Seterusnya, bagaimana pula dengan rukun usrah. Tidak lengkap kiranya jika kita tidak mengetahui rukun-rukun usrah. Terdapat 3 rukun usrah iaitu,

KENAL  ( AL-TA'ARUF)
 Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun usrah yang pertama. Setiap ahli usrah hendaklah saling mengenali antara satu sama lain agar ikatan ukhuwah yang sejati akan terjalin.

FAHAM ( AL-TAFAHUM)
Rukun yang kedua iaitu faham atau tafahum. Setiap ahli usrah hendaklah selama-lamanya berpegang dengan kebenaran iaitu, melaksanakan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya.

SEIMBANG ( AL-TAKAFUL)
Seimbang merupakan dasar memelihara kasih sayang sesama ahli usrah supaya tidak ada yang tersisih atau terbiar. Oleh itu, setiap ahli hendaklah mengambil dasar takaful ini dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul beban sesama sendiri. Rukun ini dapat dilaksanakan dengan cara bertanyakan khabar sesama sendiri, ziarah-menziarahi dan sebagainya.

Itulah antara rukun-rukun usrah yang menjadi asas kepada sesuatu usrah itu. Kejayaan sesebuah keluarga tidak mungkin dapat dicapai jika anggotanya tidak memahami dan menghayati segala tuntutan dan rukun-rukun yang mengikat mereka sebagai sebuah keluarga. Begitu juga dengan usrah, tujuan usrah yang sebenarnya tidak mungkin dapat dicapai jika setiap ahli tidak memahami rukun usrah. Jika rukun-rukun ini dijaga dan dipelihara dengan baik, Insya Allah, kumpulan usrah berkenaan akan menjadi kuat dan ikatan ukhuwah yang terbina akan lebih kukuh.

Baiklah, itulah serba sedikit info mengenai usrah. Sudah jelas sekarang, bukan? Ataupun masih ada yang terpinga-pinga mencari jawapan ataupun kepastian..

Tidak perlulah anda merasa risau ataupun segan untuk mengikuti usrah kerana sudah pasti banyak manfaatnya yang bakal diperolehi jika kita ikhlas untuk mengikutinya. Saya juga ada kumpulan usrah sendiri, dan alhamdulillah sudah hampir setahun lebih saya mengikuti usrah. Berdasarkan dari pengalaman-pengalaman sepanjang mengikuti usrah, terdapat banyak ilmu yang telah saya ketahui dan pelajari.

Pengalaman sepanjang berusrah bersama-sama sahabat-sahabat usrah saya telah melakarkan pelbagai saat-saat manis dalam kehidupan saya. Pelbagai perkara telah saya lalui sewaktu mengikuti usrah bersama-sama mereka, walaupun mungkin saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia, tapi mereka memahami saya.

Tidak pernah terbayang betapa beruntungnya saya menemui mereka, dan bersyukurnya saya kepada Allah S.W.T kerana membuka hati saya untuk mengikuti usrah bersama-sama mereka. Mudah-mudahan, pencarian saya ini bukanlah sementara,  kerana masih banyak lagi yang ingin saya pelajari dan ketahui melalui USRAH.



p/s: Kalau nak cerita pasal pengalaman berusrah sampai esok pun tak habis mungkin..hehe..so, saya stop kat sini ja lah ya..dapat cerita sikit pun dah kira oklah kan...hehe...siapa cakap usrah tak best?...kalau nak tau, rajin-rajinkan lah diri join usrah..tak rugi pun...oklah, sekian sahaja untuk hari ini..moga-moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua....untuk geng usrahku, saya sayang anda semua!..terima kasih....wassalam

0 Komen:

Perkongsian Hati,

Bibir Tersenyum,(◠‿◠) Hati Menangis (╯_╰)

February 08, 2012 MS SEHA 0 Comments



Saat hati merasa sedih dan kecewa, bibir masih mengukir sebuah senyuman. Tetap terus tersenyum, tersenyum dan tersenyum biarpun hati dilanda kesedihan. Pernahkah anda merasa sebegini ataupun berhadapan dengan keadaan seperti ini? Mungkin terdapat individu yang lebih selesa untuk menyembunyikan perasaan sedihnya daripada pengetahuan orang lain. Mereka cuba menyembunyikan perasaan sedih itu dengan senyuman yang dilemparkan. Mereka bukanlah individu yang lemah, namun cukup tabah untuk menghadapi musibah ataupun kesedihan yang sedang dilalui.



Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk mereka menginterprestasikan kesedihan yang dirasai. Ada individu yang lebih selesa untuk melepaskan sahaja kesedihan tersebut tanpa perlu berselindung, mungkin dengan cara menangis ataupun menjerit sekuat hati. Dan terdapat juga individu yang lebih suka berkongsi kesedihan dengan orang lain, samaada keluarga terdekat ataupun sahabat. Mungkin, dengan cara ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesedihan yang ditanggung oleh mereka. 

Namun, bagaimana pula dengan individu yang lebih suka untuk menyembunyikan kesedihan mereka? Adakah mereka mampu menghadapi kesedihan itu secara bersendirian. Tidak kiralah walau sekuat mana sekalipun kita cuba untuk menghadapi kesedihan itu bersendirian, tidak bolah dinafikan yang kita juga memerlukan seseorang sebagai tempat untuk kita berkongsi suka duka. Seseorang yang memahami dan sudi mendengar luahan hati kita. 

Kita ingin sentiasa kelihatan gembira di hadapan orang lain walaupun kita sebenarnya sedang bersedih. Memang kelihatan mudah, hanya dengan senyuman namun dalam hati siapa yang tahu. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu segala-galanya yang kita sedang lalui. Oleh kerana itu, sebaik-sebaik pendengar adalah Allah S.W.T, Yang Maha Mendengar. Sentiasa mendengar luahan hamba-hambaNya. Mengapa tidak kesedihan yang sedang kita rasai itu kita kongsikan sahaja dengan Allah S.W.T. Tidak perlulah kita bersembunyi, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Luahkan semua kesedihan itu kepadaNya, kerana disebalik musibah dan kesedihan itu mungkin Allah S.W.T. telah selitkan kebaikan. Bukankah di sebalik kejadian itu ada hikmahnya.

Ketika bibir tersenyum, pastikan juga hati ikut tersenyum sekali. Tidak perlulah kesedihan itu disimpan lama-lama. Tidak rugi jika kita lupakan kesedihan itu dan mulakan kehidupan yang baru. Kehidupan yang lebih ceria, tanpa senyuman yang hanya sekadar menutup kesedihan yang dirasa. Melupakan kesedihan dan kekecewaan mungkin bukanlah perkara yang mudah namun tanya pada hati sampai bila kita ingin terus bersedih.

Percaya dan yakinlah pada ketentuan Allah S.W.T. Diuji dengan kesedihan, ditimpa dengan pelbagai musibah dan sebagainya adalah satu salah ujian daripada Allah S.W.T. Ingin melihat sejauh mana kita sebagai hamba-hambaNya mampu bertahan dengan ujian tersebut, ingin menguji sejauh mana cintanya kita kepadaNya kerana manusia hanya mahu mengingatiNya di saat ditimpa kesusahan dan menjauh dariNya apabila beroleh kesenangan. Begitulah sikap manusia, adakala terleka. Oleh kerana itu, Allah S.W.T menguji manusia dengan sedikit kesusahan agar mereka ingat kembali kepadaNya. Wa'allahualam..

p/s :  saya selalu cuba nak gembirakan hati dengan senyuman walaupun sebenarnya tengah sedih.. tak tau kenapa, mungkin saya termasuk individu-individu yang suka senyum, tapi hati menangis kot..cheewaah...nak feeling hot lah konon nie..haha...apapun tak baik tau sorok-sorok kesedihan tu, kalau sedih..nangis ja lah, buat apa nak simpan-simpan kan..hehe....oklah, sekian sahaja entri kali ini...thank you for reading....Assalammualaikum wtb.



0 Komen:

Islamic,

Doa Rabitah Untukmu (✿◠‿◠)

February 06, 2012 MS SEHA 2 Comments





YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."

Doa Rabitah Hati. 

Pasti ada yang sudah tahu tentang doa ini, ataupun sudah menghafalnya. Doa yang  biasanya dilafazkan dalam majlis-majlis ilmu sebagai penaut kepada hati-hati yang hadir pada ketika itu. Doa rabitah hati merupakan sebahagian daripada risalah Al-Mathurat. Doa rabitah ini istimewa berbanding dengan risalah-risalah yang lain kerana pertama, doa ini disusun untuk para aktivis dakwah agar mereka selalu mengingati prinsip-prinsip perjuangan, yang keduanya pula, doa ini bertujuan untuk menyatukan hati pada aktiviti dakwah, seterusnya yang ketiga ialah dengan doa ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah iaitu wadah yang mengumpulkan hati-hati dan anggota fizikal dalam waktu yang sama, dan yang keempat ialah dengan doa ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi semenjak adanya kegiatan dakwah di muka bumi ini sehinggalah ke hati kiamat. 
Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang keistimewaan doa rabitah ini namun adakah kita cukup sedar betapa besarnya erti doa ini.Malah adakah kita merasai kesannya setiap kali kita melafazkan doa ini?Sudah tentu ramai yang mengerti maksud doa ini kerana ramai yang telah berada dalam dunia tarbiyah, namun mengapa kesannya tetap negatif, seolah-olah tiada kesan. Di mana silapnya?
Mungkin juga pada dosa-dosa lama yang masih malas hendak dibuang telah menjadi karat yang menghalang hati-hati kita daripada menerima keindahan kesan doa ini?
Atau mungkin sahaja hati kita sendiri yang tidak pernah hadir setiap kali membaca doa ini. Mulut melafazkan tapi hati dan fikiran masa pada urusan dunia yang tidak pernah habis. 
Bukan tidak pernah melihat orang yang setiap hari duduk sama-sama membacakan doa rabitah hati namun, apabila habis tidak bertegur sapa. Ada juga yang duduk bersama-sama membaca doa ini namun perasaan dengki dan iri hati tetap ada dalam hati masing-masing.Mengapa hal sebegini terjadi, bukankah doa ini sepatutnya menjadi medium untuk kita merapatkan ukhuwah.
Mana hilang rasa keterikatan hati dan rasa kasih dan cinta 'ukhuwah fillah' yang kita lafazkan selama ini? Bukankah doa rabitah yang kita baca itu dapat mengikat hati-hati kita agar saling terikat? Benar, doa rabitah inilah yang menjadi pengikat hati-hati antara kita namun jika hanya sekadar membaca sedangkan hati kita tidak hadir sama semasa kita melafazkan doa ini, pasti kesan tidak akan kita rasai. Oleh itu, bacalah doa ini dengan seikhlas hati, dan buanglah segala prasangka, hasad dan fikiran-fikiran negatif yang ada. Jika doa itu berkesan untuk kita, Allah s.w.t pasti akan menyatukan hati kita. 
Allah S.W.T telah berjanji bukan?
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (surah Al-Anfal: ayat 63)
Jika kita dapat merasai kesan doa rabitah ini, pasti setiap kali kita berjauhan dengan sahabat-sahabat, kita akan merasa rindu untuk sama-sama duduk mendengar kisah Allah S.W.T, apabila dekat terasa seolah-olah tidak mahu berpisah, apabila terpesong  sama-sama mengingatkan agar kembali semula ke jalan Allah S.W.T. Lihat, betapa hebatnya kekuatan doa rabitah hati ini.
Begitulah pentingnya hati-hati kita ini agar saling terikat agar kita dapat sama-sama berjuang di jalan Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan yang tersusun, kerana Allah S.W.T tahu payahnya perjuangan ini, Allah S.W.T tidak menyuruh kita berjuang bersendirian.
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"(surah As-Saf: ayat 4)
Sangat indah bukan jika kita dapat sama-sama merasai keterikatan hati yang Allah S.W.T berikan. Kata Iman Nawawi, "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah kecintaanku padamu."


2 Komen:

Bicara Cinta,

Hakikat Cinta ♥ ♥

February 05, 2012 MS SEHA 0 Comments









Dear My Heart..
Promise me that you will not love too much..
Not care too much..
Not trust too much..
Otherwise, you will be hurt too much...

(via Dr.Belog Punye Blog)


Assalammualaikum wtb dan salam sejahtera...
Anyway, lama ya saya tak update blog, dari tahun lalu lagi..ingat nak tutup je blog nie tapi tak sampai hati pula..so, today I want share something..masa buka fb tadi, singgahlah kejap kat fb Dr. Cinta Punye Belog...memang suka baca ayat-ayat kat fb dia...sangat menarik dan banyak info yang boleh diperolehi..

Baiklah, fitrah manusia untuk mempunyai rasa kasih dan sayang kepada manusia yang lain..kalau bercakap pasal cinta, pasti banyak yang menjelma dalam minda kan...cinta itu indah, cinta itu sweet..chewah..macam-macam tapi secara umumnya kita tidak dapat mendefinisikan maksud sebenar cinta itu sebab cinta itu subjektif, ada maksud yang berbeza-beza mengikut tafsiran setiap individu..

Ada yang cakap cinta tu kejam, cinta tu menyakitkan tapi sebenarnya "cinta itu tak kejam, cuma manusia yang tak tahu menghargai"..salah satu dialog dalam ombak rindu...betul ke cinta tak kejam??..Ya, sudah tentulah tidak..cinta tak kejam, cinta itu anugerah..Allah kurniakan cinta kepada manusia untuk kita saling sayang-menyayangi antara satu sama lain..Bayangkan jika tidak ada perasaan cinta dalam diri manusia, sudah tentu banyak perbalahan dan pergaduhan yang akan terjadi...

Betul ke manusia nie tak tahu menghargai??..erm, mungkin ada betulnya juga tapi tak semua manusia macam tu..tapi tu la, bila dah hilang sesuatu...baru kita akan hargai..tapi tak da gunanya lagi bila sesuatu tu dah hilang..inilah nama kehidupan, ada masanya kita buat silap tapi tak semestinya selama-lamanya kita buat silap kan...belajar dari kesilapan..jika kita kehilangan cinta sekalipun, terima dengan redha, ikhlaskan hati..mungkin tiada jodoh ataupun mungkin juga Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita...wa'allahualam..

Tiada gunanya kita meratapi pemergian seseorang, apa yang penting...teruskan kehidupan seperti biasa, walaupun bukan semudah apa yang dibicarakan, tapi Insya Allah, suatu masa cinta yang kita inginkan pasti akan ditemui..

Cinta pada kekasih tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan yang berkekalan..hanya satu cinta yang pasti berkekalan, tidak akan pernah meyakitkan dan tidak akan mengecewakan kita iaitu cinta pada Allah...cinta sejati yang abadi...sebelum kita ingin mencintai orang lain, dan ingin dicintai..belajarlah untuk mencintai Pencipta kita terlebih dahulu...letakkan cinta Allah pada posisi yang teratas dalam carta hati kita..

Cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk disyukuri..cinta dari ibu bapa kita, membuat kita mengenal dunia ini...cinta dari kawan-kawan, menjadikan hidup kita bahagia dan sudah tentulah cinta dari Allah, akan membuatkan hidup kita lebih bermakna...

Begitulah hakikatnya cinta..manis bila dirasa, pahit bila kehilangannya..namun kehilangan cinta bukanlah pengakhir untuk segala-galanya..mengapa perlu kita ratapi cinta yang hilang, sedangkan masih banyak keindahan dalam dunia ini yang boleh kita nikmati...Kita menangis bila kehilangan cinta, tapi pernah kita fikirkan dosa-dosa yang kita lakukan selama ini...Mengapa tidak kita tangisi dosa-dosa yang telah kita lakukan...Sesungguhnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya lebih utuh dan agung..sebesar apapun kesalahan dan dosa yang kita lakukan, Allah pasti akan mengampunkan dosa hamba-hambaNya jika mereka ikhlas memohon ampun kepadaNya...

Oleh itu, janganlah biarkan hati kita terlalu mencintai seseorang, terlalu ambil berat tentang seseorang, terlalu mempercayai seseorang, kerana bila kita dikecewakan.. kita akan merasa amat kecewa...bukan tidak boleh mencintai ataupun dicintai tapi biarlah bersederhana semuanya...

Oklah, sekian sahaja entri untuk kali nie..bertemu kembali untuk entri yang akan datang ya...jangan lupa senyum ya....stay happy and cute..wassalam..

p/s : So, macam mana entri hari ni..ada ok ke??..hihi..komen la sikit..oklah, terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca walaupun kurang menarik..sebelum itu,  Salam Malidur Rasul..marilah kita sama-sama berselawat untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Salallahu 'Alaa Muhammad, Salallahu 'Alaihi Wassalam.. 




0 Komen: