Special for friend

✿.a.:*Doa Untukmu Sahabat *.:a.✿

March 16, 2012 MS SEHA 1 Comments


Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……

Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.



Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.




p/s: Bersederhanalah dalam persahabatan, Insya Allah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kekurangan.


Sumber : Google (image)
              

1 Komen:

Islamic

Sebahagian Sunnah yang Dilupakan

March 13, 2012 MS SEHA 0 Comments




1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana maslahah dan diikuti dengan membayar kafarah

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: 
Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia melihat perkara lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka hendaklah dia membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu seterusnya dia melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu.” – (HR Muslim dan al-Tirmizi)

2. Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai

al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:

Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap.” Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360:

Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah.

3. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka`ab ibnu Malik RA katanya:

Mafhumnya: “Talhah bin ‘Ubaidillah berdiri lalu datang dengan tergesa-gesa kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku.”

Ibn al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma`ad: “Dan di dalamnya dalil menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya. Ini adalah sunnah yang digalakkan.”


4. Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar

Daripada Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat – di dalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat – kemudian dia memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya.”


5. Bersedekah ketika bertaubat


Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka`ab RA yang berkata:


Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari taubatku, aku akan memberi sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan rasulNya. Rasulullah bersabda: Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia adalah lebih baik bagimu.”


Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 3/585-586: Perkataan Ka`ab, Wahai Rasulullah sesungguhnya termasuk dari taubatku, bahawa aku akan memberi sedekah dengan hartaku, merupakan dalil sunatnya bersedekah ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta.” 

7. Sunat menulis wasiat

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda
“Tidak patut bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan – di dalam riwayat yang lain – baginya ada sesuatu yang hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam – dalam riwayat yang lain – selama tiga malam, melainkan wasiatnya tertulis di sisinya.”


8. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu

Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.” – (HR al-Bukhari)

Termasuk dari petunjuk Nabi S.A.W, baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.

Daripada Anas bin Malik RA katanya:

“Adalah baginda (SAW) apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu menarik tangannya.”  (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam syarah sunnah dan Ibnu Hibban serta selain mereka. Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah) 

9.Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahulukan kaki kiri ketika menanggalkannya

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang dari kamu memakai kasut, maka mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya mulakan dengan sebelah kiri. Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan yang akhir ketika menanggalkannya.” – (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: “Ini merupakan kaedah yang berterusan dalam syara`, setiap perkara yang termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju, seluar dan juga khuf, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, memendekkan misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam dari solat, membasuh anggota ketika bersuci, keluar dari tandas, makan dan minum, bersalaman dan melakukan Istilam kepada Hajar al-Aswad, dan selainnya yang termasuk dalam maknanya (menghormati dan memuliakan), disunatkan memulakan dengan kanan. Adapun apa yang berlawanan denganya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid, mengeluarkan lender (dari hidung), istinja’, membuka baju, seluar dan khuf, dan seumpamanya, disunatkan memulakan dengan kiri. Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allahlah yang lebih mengetahui.”

10. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut

“Daripada Abdullah bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW, pergi menemui Fadholah bin `Ubaid di Mesir. Ketika bertemu dengannya, lelaki itu berkata: Saya bukan datang untuk menziarahimu, akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah mendengar satu hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki maklumat tentangnya. Fadholah berkata: apakah perkara itu? Lelaki itu berkata: demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi: mengapa saya melihat keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di tanah ini? Fadholah menjawab: sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami daripada banyak berhias. Lelaki itu bertanya lagi: aku melihat kamu tidak memakai kasut. Fadholah menjawab: Nabi SAW pernah menyuruh kami agar tidak memakai kasut sekali-sekala.”

11. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam


Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya:


Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada ketika itu.”




12. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun


Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata:
“Kami pernah dituruni hujan ketika bersama dengan Rasulullah SAW, beliau (Anas) berkata: Maka Rasulullah SAW membuka sebahagian dari bajunya agar terkena air hujan. Lalu kami bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, kenapa Rasulullah berbuat demikian? Baginda menjawab: Kerana ia baru diciptakan oleh Allah taala.” –(HR Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464: “Pada hadith ini adanya petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat ketika hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya disentuh air hujan tersebut, dan mereka berdalilkan dengan hadith ini, padanya juga menunjukkan seseorang yang mafdhul (yang dilebihkan), jika melihat dari seseorang al-Fadhil (yang mememiliki kelebihan) sesuatu yang tidak diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara tersebut, agar orang itu mengajarkan kepadanya, sehingga dia boleh mengamalkannya dan mengajarkan pula kepada orang lain. 

13. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu


Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:
“Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain: Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangan dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat didalamnya.”

Dalam riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:
“Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”

Wallahu a’lam.


Sumber: http://www.al-qayyim.net/





0 Komen:

All about me n my blog,

Aku Ingin Menjadi HambaNya yang Bersyukur..◕ ‿ ◕

March 11, 2012 MS SEHA 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wtb.....


Permulaan untuk entri hari ini, jom ucap Alhamdulillah, Terima kasih Allah.Bersyukur sebab Allah masih memberi kita peluang untuk terus hidup, bernafas dan menghirup udara yang segar di muka bumi ini....

Tiada apa-apa yang menarik untuk hari, sama seperti hari-hari biasa juga. Rutin yang sama setiap hari, setiap minggu. Kadang-kadang rasa bosan dan penat, adakalanya rasa putus asa, pernah terfikir juga kenapa kehidupan seorang pelajar itu sungguh susah dan memenatkan...ermm....disebabkan fikiran-fikiran negatif macam inilah yang buat saya rasa lemah, putus asa dan hilang semangat...

Jadi untuk tidak membuatkan keadaan menjadi bertambah teruk dan kacau, semua fikiran dan persoalan yang sedang menggangu diri ini secara rasminya telah dibuang jauh-jauh dari kehidupan saya.....so no more negative thinking, and say yes to POSITIVE thinking!!..ya, macam tu lah..baru semangat sikit nak teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar....seperti kata pepatah 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'...see, hidup ni ada susah senangnya..bukan setiap masa senang ja, kalau semudah itulah kehidupan..pasti ramai yang tersenyum gembira setiap hari...kan...namun kesusahan yang dihadapi tidak sewajarnya dijadikan sebagai penghalang untuk berjaya...terutama sekali untuk pelajar seperti saya..baru diberi assignment sikit, dah mengeluh..come on lah, buat assignment ja pun, bukan nak suruh panjat gunung Kinabalu...tak kan itu pun nak mengeluh...macam mana nak berjaya kalau semuanya nak senang...jadi, bersabarlah..beginilah lumrah kehidupan seorang pelajar...

Bagi mereka-mereka yang berpeluang berlajar di universiti tu, bersyukurlah kerana anda antara yang bernasib baik dan antara yang terbaik kerana berjaya melanjutkan pelajaran kat universiti, banyangkan kat luar sana tu, masih ramai lagi yang berebut-rebut nak masuk universiti nie tapi masih belum berpeluang...

Jadi, hargailah peluang yang telah diberikan ni, jangan sia-siakannya....

Apapun, point utama untuk entri hari ini ialah....Saya cuma ingin menjadi hambaNya yang bersyukur di atas apa yang telah saya miliki sekarang..Allah SWT telah menganugerahkan bermacam-macam nikmat dalam kehidupan saya...Nikmat Islam dan Iman, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia, diberikan kesihatan yang baik, akal untuk berfikir, sahabat perjuangan yang baik dan segalanya yang telah diaturkan untuk hidup saya.. Terima Kasih Ya Allah diatas semuanya yang telah Engkau berikan kepada diriku ini....
Alhamdulillah..◕ ‿ ◕ 



p/s: Baiklah, itu sahaja untuk hari ini...semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur, ok...semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya...sekian, terima kasih.


0 Komen:

Perkongsian Hati

Hapuskan Keluhanmu..(◡‿◡✿)

March 02, 2012 MS SEHA 0 Comments





Kadang-kadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih,

namun hakikat hidup takkan berubah,yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya,

hati memilih jalan,akal memulakan langkah,dan iman meluruskan arah,

Moga kasih ALLAH bersamaku...



Wahai HATI, Ketahuilah..

Jika kau merasa letih dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia
Allah SWT tahu betapa kerasnya kau telah berusaha..

Ketika kau telah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih
Allah SWT telah menghitung air matamu..

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa belalu begitu sahaja
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau merasa sendirian
Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah SWT punya jawapannya...

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah SWT dapat menenangkanmu..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
 Allah SWT sedang berbisik kepadamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur
Allah SWT telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... 
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. 

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... 
Allah SWT TAHU........ 




0 Komen: