special for you

Terima Kasih Cikgu ❤

May 16, 2012 MS SEHA 0 Comments






Bismillahirrahmanirrahim......

Semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah. 

Hari ini, entri ditujukan khas buat semua guru, tak kiralah yang pernah mengajar, ataupun yang sedang mengajar diri ini, termasuk juga untuk semua guru-guru di seluruh dunia...Selamat Hari Guru untuk anda semua...Tahniah kerana telah menjadi guru yang terhebat..


Terima kasih yang setulusnya dari hati ini saya ucapkan buat guru-guru yang pernah 
mendidik diri ini..

Mohon seribu kemaafan andai anak muridmu ini pernah melakukan kesilapan..

Semoga anda semua; para guru sentiasa diberkati di dunia serta akhirat...amin..





0 Komen:

Bicara Cinta,

Wahai Hati, Jangan Kau Bersedih.

May 05, 2012 MS SEHA 0 Comments



Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat,Kita menangis dan tertanya-tanya,Ke mana hilangnya sinar,Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Pernah suatu ketika dalam hidup ini, kita merasa amat sedih sekali. Setiap orang pasti akan mengalami hal seperti ini. Pelbagai perkara yang pasti boleh membuatkan seseorang itu bersedih, mungkin hanya kerana perkara yang kecil sahaja sudah cukup untuk membuat seseorang itu merasa sedih. Sebagai contoh , kanak-kanak yang kehilangan gula-gula, sudah tentu akan menangis dan merasa sedih. Kehilangan sesuatu yang sangat bermakna walau kelihatan kecil pasti akan memberi kesan dan membuat diri seseorang itu bersedih.

Begitulah juga dalam kehidupan ini. Ada masanya gembira, dan ada masanya juga sedih. Tidak lengkap kiranya jika hidup ini hanya diwarnai dengan kegembiraan sahaja, pasti akan terselit juga kesedihan yang kita sendiri tidak tahu bagaimana dan mengapa ia terjadi. 

Namun, yakinlah bahawa Allah tidak pernah menimpakan sesuatu kepada kita tanpa sia-sia. Pasti di sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Berfikirlah dengan sebaiknya atas kesedihan yang kita alami, sesungguhnya Allah pasti akan meninggikan martabat seseorang kerana bersangka baik dengan apa yang sedang dilaluinya serta menjadi seorang insan yang tabah dan redha dalam menangani apa yang dilalui.

“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Tarmidhi) 

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
*Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK.. 
                              

Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar. 





0 Komen:

Bicara Cinta

Ketika Cinta Harus Dimengerti....

May 01, 2012 MS SEHA 0 Comments





Cinta umpama kota kristal.....indah di penglihatan, derita di perasaan. Datangnya bukan dengan paksaan, dan perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu sukar ditafsirkan, dan kadangkala sukar untuk dimengerti. Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menghargai, saat kita terluka barulah kita mengerti. Dan mungkin benar juga saat kita merindui , barulah kita menyedari. 

Jika cinta harus berakhir dengan kekecewaan, pasti ada sebab di sebaliknya.  Alasan yang kadang-kadang sukar untuk difahami namun percayalah bahawa ketika Allah mengambil sesuatu daripadamu, maka telah Dia persiapkan sesuatu yang jauh lebih baik untukmu...

Betapa peritnya cinta jika harus berakhir dengan sebuah duka, namun ia bukanlah pengakhir untuk segala-galanya. Bila masa perpisahan itu berlaku percayalah bahawa semuanya adalah kerana ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Usahlah terlalu berdukacita kerana Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membiarkan hamba-hambaNya bersedih. Maka, pengubat paling mujarab adalah dengan SABAR dan SOLAT. 

IKHLAS, REDHA dan SABAR dengan ketentuan Allah. Mungkin dilihat payah, kerana yang menanggungnya yang merasa namun tidak ada yang lebih indah andai kita mampu menerima segala yang terjadi dengan sabar. Yakin bahawa Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa akan datang. Samada cepat atau lambat, setiap manusia pasti telah disediakan dengan kebahagiaan masing-masing.

Di saat hati masih belum bersedia untuk menerima erti sebenar cinta...maka simpanlah segala bentuk ungkapan cinta itu dahulu dan kunci hatimu hanya untuk cinta Allah, dan biarkan Allah menjawabnya dengan yang lebih indah di saat yang tepat...Yakinlah padaNya..Insya Allah...Tiada yang lebih indah melainkan cinta kepada Allah...Wa'allahualam..~✿ 


 ✿ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH.. ~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH✿ 


0 Komen: