Jom join

Segmen : Blog Review + Blogwalking Sambil Follow by Le Miss NR

June 29, 2012 MS SEHA 5 Comments








http://4.bp.blogspot.com/-aFJd1Xlg6L0/T-2FLUidCcI/AAAAAAAAAhM/LmSBLzzqJQs/s1600/Banner+Segmen+NR.gif

Selamat malam semua...^__^

Untuk hari ini, saya join segmen ni, harap boleh tambahkan kenalan lagi....
Tarikh tutup segmen ni 11 Julai 2012, ok..
Nak tahu syarat-syaratnya??
Jom jenguk SINI
saya tag : Miss Z  dan Gadis Pencinta Pink..:)


p/s:  dan saya tag semua yang berkunjung ke sini...Terima kasih  ^___^


5 Komen:

Islamic

Syaaban, Bulan Keberkatan~

June 27, 2012 MS SEHA 1 Comments





Sedikit info tentang Bulan Syaaban :

 Syaaban, ertinya berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada masa dahulu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir.

 Rasulullah SAW tetap mengekalkan nama tersebut sehinggalah sekarang.

 Antara hadis Rasulullah SAW yang paling mahsyur tentang kelebihan bulan Syaaban ialah;
Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
"Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?' Para sahabat menjawab," Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari Kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Bulan Syaaban :

 Merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan.

 Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela sebelum ketibaan bulan Ramadhan.

Antara amalan-amalan yang digalakkan  pada bulan Syaaban ialah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan selawat kepada Rasulullauh SAW
  • Memohon taubat

1 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #2

June 27, 2012 MS SEHA 1 Comments



credit picture :http://pakarcinta.com/



1 Komen:

Jom join

Segmen: Bloglist Julai Pencinta Pink

June 27, 2012 MS SEHA 8 Comments




Antara syarat-syaratnya :


1) Sediakan satu entri , macam tajuk entri kat atas ni..

2) Kena follow blog GADIS PENCINTA PINK..

3) Letak banner macam kat atas tu..

4) Kena jawab soalan kat bawah ni,ok..

"apakah blog pilihan korang??"

nak tahu lebih lanjut , jom jenguk blog GADIS PENCINTA PINK


APAKAH BLOG PILIHAN ANDA  ??

Tarikh Tutup : 30 Jun 2012 






Blog pilihan saya:  Blog miss Z..^_^





8 Komen:

Jom join

Segmen : Review Blog by Azzah

June 25, 2012 MS SEHA 2 Comments




Salam perkenalan kepada semua~

Dah lama cari segmen macam ni dan akhirnya jumpa juga. Jadi, saya join!..ok^__^

Maybe dari segmen ni dapat juga baca pendapat orang lain tentang blog saya ni, mana-mana yang kurang tu bolehlah diperbaiki kan....

Baiklah, jom ramai-ramai join segmen ni. Tak susah, senang je. Nak tahu lebih lanjut  TEKAN SINI!.

Oklah, dah siap. Terima kasih.

2 Komen:

All about me n my blog,

✿Perjalanan Di Masa Hadapan✿

June 23, 2012 MS SEHA 1 Comments


 Tanah Suci Mekah


Korea 


 Eiffel Tower, Paris


 Pulan Sipadan, Sabah


 Mesilau, Kundasang Sabah

Kenapa saya paparkan gambar-gambar kat atas ni ...saja dijadikan sebagai pembakar semangat kepada diri...saya percaya Insya Allah, satu hari nanti saya pasti akan berpeluang ke sana juga. Tempat-tempat ini adalah antara 5 tempat yang ingin saya kunjungi. Tak dapat pergi semua, dapat pergi 3 tempat pun dah kira ok la.Nak pergi sekarang, tapi tak berkemampuan pula ..."saya budak baru belajar".Kena habiskan study dulu dan berjaya...Amin..

Jadi, selamat berjaya...^__^

credit picture : Google.com

1 Komen:

Jom join

Segmen: Up Follower & Tambah Kenalan Part II

June 23, 2012 MS SEHA 13 Comments



 Salam kepada semua. Didoakan semuanya dalam keadaan yang sihat..

http://www.emocutez.comOklah, mari ramai-ramai meriahkan segmen ni.

Nak tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan klik ----> Blog Miss Z

Tarikh Tutup Segmen : 26 Jun 2012,  Jam 10 Pagi

Saya berasal dari Sabah, bilangan follower sekarang 135 orang :)

Oklah, I'm done~ Thank You....

http://www.emocutez.com



13 Komen:

Bicara Cinta,

Perasaan Ibarat Musim.. Silih Berganti..

June 19, 2012 MS SEHA 0 Comments




Bila waktu harus memisahkan, terpaksa jua dilepaskan perasaan ini. Tatkala kebahagiaan lenyap, duka pula datang bertandang. Diharapkan panas sampai ke petang, namun hujan pula di tengah hari. Begitulah juga perasaan, sukar diramalkan, sukar dijangka ibarat cuaca adakalanya panas, ada masanya mendung. 

Mungkin juga perasaan itu seperti musim yang akan bertukar mengikut putarannya waktu, ceria ibarat musim panas, sedingin musim sejuk, indah seperti musim bunga dan tenang seperti musim luruh. Namun tiada siapa dapat meramalnya, mungkin kita harapkan seperti itu, tapi keadaan yang sebaliknya pula terjadi. Sesuatu yang telah terjadi, janganlah kita sesali. 

Sungguh, sesuatu itu menyakitkan itu kita terima, namun harus kita kuatkan jua. Kerana mungkin juga itu satu cara Allah menguji kita agar kita kembali dekat semula denganNya. Mungkin selama ini kita semakin menjauh dariNya kerana Allah sayangkan kita, Dia timpakan kita dengan sesuatu. Bukan untuk menghukum, tapi agar kita sedar semula bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendakNya. 

Mungkin pernah kita rasakan kita sangat menyayangi sesuatu, namun ada suatu ketika perasaan itu hilang. Namun, tidak bermakna kita melupakan, cuma terkadang kita tersilap. Setelah ia hilang, barulah kita menyedari namun semuanya sudah terlambat. 

Perasaan....mungkin diri ini belum memahami. Seringkali kita mencari kebahagian yang jauh, sedangkan kebahagiaan yang kita inginkan itu sudah berada dekat dengan kita. 

Bersyukurlah jika kita miliki kebahagiaan itu kerana mungkin disaat kita bahagia itu, ada yang sedang berduka.. 
Bersyukurlah jika kita masih mampu tersenyum kerana mungkin di waktu itu ada yang sedang menangis.. 
Dan bersyukurlah jika kita masih hidup sehingga ke saat ini dan masih mampu untuk memperbaiki diri, kerana siapa tahu hari-hari esok Allah akan menjemput untuk pulang ke sana.....

Oleh itu, biarpun perasaan itu ibarat musim, silih berganti jangan biarkan perasaan dan kasih kita kepada Allah berubah kerana perasaan Allah kepada kita tidak pernah berubah. Kasih dan cintaNya tetap sama.



p/s:  sayu pula malam-malam ni, biasalah malam, idea pula mencurah-curah datang sampai tak tahu nak taip apa..hihi..^^..apa-apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat, maaf sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak, sesungguhnya tulisan ini lahir tulus dari hati.....baiklah, terima kasih..selamat malam. Assalam~~



0 Komen:

Bicara Cinta

Ketika ia Berlalu Pergi.

June 16, 2012 MS SEHA 2 Comments




Mengharap sesuatu yang belum pasti ibarat menunggu mekarnya bunga di musim salji....
Ketika apa yang kita harapkan selama ini ternyata hanyalah angan-angan kosong semata-mata..
Hari terasa suram, tiada lagi senyuman di wajah, yang tinggal hanya rantapan hampa dalam hati...
Jangan ditanya mengapa ia harus berakhir kerana sudah nyata cinta itu tidak seharusnya memiliki.....


Ketika ia harus berlalu pergi, maka lepaskanlah...
Mungkin itu yang telah tertulis dalam catatan perjalanan hidupmu..
Kita dilukai tapi mungkin juga kita pernah melukai...
Dari itulah kita belajar, belajar itu menghargai dan menerima....


Kita tidak akan belajar untuk meminta maaf dan memberi maaf sekiranya kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini. Kerana itu, hidup ini adalah sebuah pelajaran yang terbaik untuk menjadikan kita insan yang lebih kuat. Belajar dari masa lalu untuk menghadapi hari mendatang dengan lebih baik. Kehidupan di dunia tidak menjanjikan kesenangan yang selamanya, ada masanya kesukaran yang kita rasai. Namun, dari sinilah kita belajar untuk menjadi insan yang lebih menghargai....

Jika jatuh, bangkitlah, jika kecewa, sabarlah. Masa dan hidup ini terlalu berharga untuk dibazirkan. Times will heal. Tenanglah, ingat bahawa Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar.

Ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini, aku bersyukur diuji olehMu Ya Allah. Rawati dan belailah hatiku yang gundah dan kesunyian ini dengan CINTA dan kasih sayangMu. Anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah dan mendekatiMu agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak akan sesekali melupakanMu...AMIN~~

Aku kecewa.Tapi ALLAH menyembuhkannya...:)
"Hati yang kecewa, hati yang menderita...biarlah Allah sahaja yang mengubatiNya.." masa dan hidup terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak berkesudahan..Sesungguhnya, cinta Allah, cinta abadi...:)




2 Komen:

Jom join

SEGMEN: I Follow U, U follow Me Back

June 16, 2012 MS SEHA 14 Comments

Salam kepada semua pembaca~....

Hari ni saya dah join satu segmen, dengan harapan boleh tambahkan kenalan..^____^

Jadi jom sama-sama meriahkan segmen ni...

Mudah ja caranya...nak tahu lebih lanjut jom terjah blog Cik Honney ..

Ok, I'm done..Terima Kasih..



14 Komen:

Jom join

SEGMEN: Tingkatkan Visitor dan Followers Versi XTRA

June 16, 2012 MS SEHA 1 Comments










Salam to all readers~ 

Jom join segmen ni.

Tarikh tutup segmen ialah 18 June 2012, so cepat-cepat join ya..^__^


Nak tahu lebih lajut klik...SINI


Oklah, Terima Kasih.. Selamat Malam :)




1 Komen:

All about me n my blog,

Akhirnya!!

June 16, 2012 MS SEHA 0 Comments





Bismilahirrahmanirrahim.


Lama rasanya tak update entri baru. Baru-baru ini agak sibuk dengan exam lebih-lebih lagi final exam dan akhirnya kemarin adalah hari terakhir exam untuk semester 2...fuh, lega rasa di hati, segala beban, tekanan yang ditanggung selama ini terlerai juga akhirnya....hihi...bukan apa, bila di ingat-ingat kembali semester ni yang paling sukar dan tentunya paling memenatkan + tekanan yang melampau..dahsyat juga, tapi bukan nak merungut..memang dah realiti hidup sebagai seorang pelajar memang macam tu kan..dengan assignment yang kejap pandai berkurang dan bertambah time-time nak exam pula tu, dengan kuiz mengejut yang menyebabkan mini 'heart attack' menyerang secara tiba-tiba (p/s:kalau nak bagi kuiz tu, sound la awal2) dan bermacam-macam lagi situasi yang kadang-kadang agak membebankan jiwa dan perasaan tapi apa-apapun dari kesusahan yang kita lalui itulah yang mengajar kita erti kesenangan..."susah-susah dulu, bersenang-senang kemudian"...see,macam sekaranglah, lancar ja jari menaip bila exam dah habis..hihi.....kalau dulu time-time macam ni mesti tengah sibuk, tak dapat nak bayangkan kesibukan dulu...=.=

Apa-apa pun sepanjang cuti ni, saya akan kembali aktif menulis entri....Insya Allah, banyak yang ingin dikongsikan dan semoga semuanya bermanfaat...Anyway, blog dah berwajah baru..nak promo sikit..hihi...habis ja exam kemarin, petang tu terus buka blog dan ubah mana yang patut..so, beginilah jadinya dan first time kemarin cuba buat header sendiri guna photoshop..tak secantik manapun tapi harap nice untuk tatapan anda semua ^__^



Oklah, that's all for today..esok-esok saya sambung lagi. Terima Kasih. 

p/s: Selamat bercuti buat diri ini...^____^

0 Komen: