Jom join

Segmen: Giveway Raya by Shu-Sya

July 17, 2012 MS SEHA 1 Comments




Salam perkenalan semua..:)

Mari sama-sama memeriahkan segmen. 

Harap dapat tambahkan kenalan dan sokong segmen ni, ok..

Kalau nak join dan tahu lebih lanjut...Klik banner atau SINI

Tarikh Tutup: 10.08.2012

Oklah,Terima kasih..^_^


1 Komen:

Bingkisan Hati,

Cukuplah Allah Bagiku.

July 16, 2012 MS SEHA 1 Comments



Kadang dalam hidup ini, terpaksa juga kita lalui walaupun sendiri. Sendiri bukan bermakna kita tidak punya sesiapa namun sendiri itu menjadi ruang untuk kita muhasabah diri. Memperbaiki mana yang kurang dan merasai sendiri redup kasihNya.

Mungkin pada padangan mata, sendirian itu nampak menyedihkan namun hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya. Bersediri memberi kita lebih ruang untuk merasai dan menganggumi nikmat kebesaran Allah SWT Yang Maha Kaya.  

Sendiri mengajar kita untuk memperbaiki diri tanpa halangan dan gangguan daripada sesiapapun. Sendiri juga  menjadi penguat hubungan kita dengan sang Pencipta. 

Dengan bersendiri, kita mampu mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT serta memperbaiki ibadah kita kepadaNya. Sendiri juga mengajar kita untuk menilai antara kaca dan permata. Sendiri juga membantu kita untuk menghapuskan dosa-dosa lalu. Kerana apa gunanya kita berteman, andai diri diulit dengan kesedihan?

Sesungguhnya, sendiri itu indah. Indah bagi mereka yang benar-benar memahami dan merasainya. Sendiri itu dicipta bukan untuk menghukum, tapi sebaliknya untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jika bersendiri, pujuklah hati dengan berkata.. 'Cukuplah Allah bagiku'...

Allah SWT berfirman:"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)



Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Setiap perkara itu ada hikmahnya. Janganlah bersedih bila sendiri. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Wallahualam.


1 Komen:

All about me n my blog,

Moments Make Memories...

July 16, 2012 MS SEHA 2 Comments


Dalam suka ada dukanya. Setiap perkara dalam dunia ni ada lawannya. Tentu sekali dalam tangis ada juga tawanya dan sebagainya. Begitulah kehidupan, ada keindahannya yang tersendiri. Dunia yang kita singgah untuk sementara ini, mungkin ada kenangan yang boleh kita simpan. Mungkin bukan selamannya ia tersimpan. Tapi cukuplah sekadar menjadi memori sepanjang persinggahan ini. 

Oklah, saja mulakan entri dengan ayat berbunga-bunga. Apa yang tersimpan, tulah yang diluahkan. Nanti tak terluah, membeku pula kat otak ni..hehe. Sebenarnya, untuk entri kali ni cuma nak kongsi saat-saat terindah dalam hidup, dah nama pun tajuk 'moments make memories' mestilah yang best-best ja. Kalau yang tak best tu ada juga tapi entri akan datang..hehe..Banyak gambar yang nak dikongsikan, hope korang tak bosan la tengok ya.

'di setiap gambar ada cerita'...cerita apa?   






Ok, mula-mula sekali gambar ni. Gambar kek ni diambil sempena hari jadi kawan masa asasi dulu dan sempena majlis perpisahan lecturer asasi. Dia sambung study balik jadi kami satu kelas buat jamuan ni untuk dia. Kenapa saya suka gambar ni, sebab ni salah satu kenangan masa saya asasi dulu. Memang best masa tu. Banyak kenangan dengan kawan-kawan. Masa tu juga saya belajar hidup kat hostel. Dapat roomate yang macam-macam perangai , tapi dorang semua memang baik. Saya rindu masa asasi dulu..:( Tapi apa-apapun, walaupun dah lebih 1 tahun lebih berlalu sejak tamat asasi, kenangan dengan dorang semua adalah paling menggembirakan...


Seterusnya, yang ni masa hari ibu hari tu. Sambut kat rumah je. Tak de la buat sambutan besar-besaran. Dengan family je. Tiap-tiap tahun, mesti sambut walaupun kek ni tak setanding dengan jasa dan pengorbanan mama selama ni tapi saja nak gembirakan hati mama.Sayang mama selamanya..


Gambar ni pula masa sambut hari ibu tahun lalu..^_^ .. 


Yang ni pula masa hari jadi abah yang ke-45 tahun. Abah tak minta pun untuk sambut hari jadi dia tapi saja nak bagi surprise kat abah dan sudah tentulah nak buat abah gembira dan rasa dihargai oleh anak-anak dia..tak gitu...so, apa-apapun, walau usia makin bertambah, abah tetap maintain muda. Didoakan semoga abah panjang umur, murah rezeki dan sejahtera hidup di dunia dan akhirat..amin..


Gambar yang terakhir pula diambil masa hari bapa. Maaflah, gambar tak jelas sangat dan dah di edit...


Oklah, tu sahaja yang saya nak kongsikan. Semuanya gambar kek kan...hehe..tak pe lah yang penting gembira. So, harap korang gembira selalu . Siapa yang nak kongsikan detik-detik indah tu boleh je kongsi kat sini, nanti saya baca..ok..

Terima kasih ya..



2 Komen:

Jom join

Segmen: Aku, Dia & Blog

July 16, 2012 MS SEHA 3 Comments


Salam perkenalan semua ~
 Hari ini saya join segmen ni memandangkan dah di tag dan sekaligus nak sokong segmen ni..
Terima kasih  Cik Sue kerana sudi tag saya..:)

Dalam segmen ni kena jawab beberapa soalan. Insya Allah, saya cuba jawab lah..^_^

1. Mengapa saya buat blog ?
Tak banyak sebab. Cuma tempat untuk berkongsi pengetahuan. Kata orang sharing is caring kan. Jadi, saya buat  blog ni dengan harapan apa sahaja yang dikongsikan di ruangan ini ada manfaatnya walaupun sedikit. Tapi mula-mula dulu, terfikir nak jadikan blog ni tempat meluahkan segala masalah tapi rasanya medium ni tak sesuai kot . Ada cara lagi berkesan untuk luahkan segala masalah. Allah kan ada, tak semua perkara boleh kita ceritakan dalam blog ni...kan..just my opinion..^__^

2.Tema blog saya?
Tak de tema yang khusus. Actually, warna kesukaan saya warna ungu tapi tiba-tiba pula tema warna jingga. Yang ni tak di rancang. Just design blog ni ikut kesesuaian dan mood. Apa-apapun saya suka semua benda yang comel-comel, dan sentiasa cuba untuk jadikan blog saya ni comel...^__^

3. Siapa inpirasi saya? 
Kalau dalam dunia blog ni, banyak blogger yang jadi inpirasi saya. Tapi ada seorang blogger yang jadi inspirasi saya. Memang suka tengok blog dia. Memang cantik dan menenangkan. Selain itu, banyak info-info islamik. Nak tahu tak siapa??..!✿♥Naaila Qaireen✿♥!^_^ 


4.Mengapa URL blog saya http://cahayakukasih.blogspot.com
Kenapa? Saya sendiri tak pasti, tapi nama tu mengingatkan saya pada seseorang, pada masa lalu. Serius tau, bukan rekaan semata-mata..hehe..apa-apapun, saya suka url tu sebab tu saya guna...^__^

5.Saat manis sepanjang berblogging?
 Bila dapat siapkan entri yang baik. Dapat komen yang baik dari blogger lain. Dan penting bila tengok jumlah follower makin bertambah, rasa diri dihargai..hehe ^__^

6.Saat menyedihkan sepanjang berblogging?
Bila tak de idea nak tulis apa padahal semangat dah berkobar-kobar nak tekan button publish post...paling sedih..gurau je..hehe...act, tak de kot saat menyedihkan^__^


7.Anugerah blog yang saya telah menang?
Pendek je jawapan saya.....Tak pernah menang lagi..sekian^__^

Saya tag semua yang berkunjung dan baca entri ni, ok..:). Kalau nak join, klik banner. Tarikh tutup segmen ni 17 Julai 2012 (Jam 4.00 petang), sempat lagi tu...

Oklah, done for today. Thank you..^_^v



3 Komen:

Jom join

Segmen Bloglist 31 Days + RSS Feed by Panda Boy@Girl

July 15, 2012 MS SEHA 1 Comments





Salam perkenalan semua ~ 

Harap boleh tambahkan kenalan lagi..:)

So, nak join tak..nak tahu lebih lanjut klik SINI!, ok..

Oklah, tu saja untuk kali ni..sekian.



1 Komen:

Jom join

Segmen: Saya Blogger Dari...

July 13, 2012 MS SEHA 28 Comments



Jom meriahkan segmen ni..:)
 Nak join? Klik banner atau Segmen: Saya Blogger Dari..

Tarikh tutup : 15 Ogos 2012 (11.59 p.m)

Saya blogger dari Kota Kinabalu, Sabah..selamat berkenalan..^__^


Oklah, Terima kasih..:)





28 Komen:

Info Untukmu,

Latte Art ; Seni yang Awesome! ❤

July 12, 2012 MS SEHA 2 Comments

Selamat datang. Sihat tak hari ni. Didoakan semoga sihat-sihat selalulah, ok..(✿◠‿◠)..


Pernah dengar tak pasal "Latte Art" atau lebih mudah nak faham corak atau seni yang dibuat pada permukaan minuman panas, biasanya kopi contohnya latte, cappucino, atau moccha . Ok, mengikut sejarah seni ni dah lama diperkenalkan dan tujuan seni ini ialah untuk mengekspresikan kecintaan mereka terhadap kopi. Sampai macam tu sekali kan, tetapi apa-apapun seni ni memang menarik dan kreatif....:)

Jom tengok.....




yang ni bentuk 'heart'....(╯▽╰)




ni pun ada bentuk hati juga..nampak tak..:)




yang ni pula bentuk bunga..cantik kan..^__^




ok, yang ni siapa tahu bentuk apa...teka sendiri la ya...:)




hello kitty pun ada juga..kalau comel macam ni, tak sampai hati lah nak minum...hehe..



yang terakhir..bentuk daun..

Macam mana..Ada berani ke nak buat?..hehe..banyak lagi bentuk-bentuk yang menarik sebenarnya. Tapi, untuk kali ni, saya kongsikan beberapa gambar,  semuanya cari kat google ja..

p/s: Insya Allah, saya nak juga belajar buat latte art suatu hari nanti...apa-apapun, kopi memang sedap..kan.. (◡‿◡✿)...Oklah, terima kasih. Enjoy your coffee.......


2 Komen:

Jom join

Segmen: Jom Tingkatkan Follower by Hanis

July 11, 2012 MS SEHA 1 Comments


Salam perkenalan semua. Harap dalam keadaan yang baik , ok..:)

Sekali lagi, join segmen.
 Rajin pula malam ni, tapi tak apa, yang penting gembira..

Ok, nak join tak? Klik banner atau SINI!


Tarikh tutup : 13 Julai 2012 (sempat lagi kot..^.^)

Oklah, terima kasih.



1 Komen:

Jom join

Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA!

July 11, 2012 MS SEHA 8 Comments



Jom join segmen ni : JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA!
Nak join. Klik banner ok..:)

Tarikh tutup segmen : 22 Julai 2012

 TAG :


Oklah, terima kasih....^__^



8 Komen:

Join Contest

Contest : 1st Time Contest by Yaya

July 10, 2012 MS SEHA 4 Comments



Selamat datang kepada semua...^__^

Hari ini nak join satu contest, ok ni first time join contest. 
Sebelum ni rajin join segmen je. Hari ni nak cuba pula join contest...:)

Saya join contest yang dibuat oleh cik Yaya.
Nak join. Klik  SINI

Review blog cik Yaya :
Cantik dan kemas.
Banyak info dan tutorial yang menarik.
dan yang penting comel...warna pink gitu.. ✿◠‿◠

Kenapa blog saya perlu menang :

Sebenarnya tak terfikir pun nak menang, saja nak ikut. Nak tambah kenalan. Kalau menang tu rezeki la kan. Tak menang pun, tak apa sebab yang penting saya sayang blog saya ni.. over la pula..hehe..

Ok, dah selesai. Terima kasih.


4 Komen:

Info Untukmu

Tips Ketika Bercuti.

July 09, 2012 MS SEHA 1 Comments


Semoga semuanya sihat-sihat sahaja. Kepada yang tengah bercuti tu macam saya sekarang ni, selamat bercuti...saja ja nak bagitau yang saya tengah cuti..jangan jeles ya... hehe..(◕‿-)  

Ok, berbalik kepada entri untuk hari ni, nampak tajuk kat atas tu "Tips Ketika Bercuti". Tips untuk apa ya? Tips untuk pergi bercuti ka..oh, bukan, bukan, bukan. Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi tips untuk kekalkan berat badan ketika sedang bercuti. Maklumlah, masa cuti nilah senang ja berat badan nak naik kan, dah tu susah pula nak turunkan balik. So, saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengekalkan berat barat ketika sedang bercuti. Dah sedia?.. (◑‿◐) ...

Ok, tips yang pertama makan secara perlahan-lahan. Jangan main sumbat ja semua makanan tu kat mulut. Perlahan-lahanlah, tak rugi pun. Lagi mendatangkan manfaat sebab dengan cara ini akan membuatkan kita  lagi cepat kenyang. Selain itu, pakar nutrisi juga mendapati bahawa individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap kurang kalori berbading jika makan secara cepat. 

Seterusnya, tips kedua ialah makan makanan yang perlu sahaja. Semua ni bermula dari diri kita sendiri juga. Kita yang kena bijak untuk mengawal dan mengatur makanan yang kita inginkan. Sebaik-baiknya, makan makanan untuk keperluan tubuh badan kita, bukan untuk menurut nafsu. Selain itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.






sumber gambar : google

Tips yang ketiga, pastikan kita alas perut terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah. Tujuannya adalah  agar gula dalam darah dapat distabilkan. Selain itu, antara kebaikan mengalas perut dulu sebelum keluar ialah apabila berada di luar atau menghadiri sesuatu majlis, kita juga mampu mengawal nafsu makan serta lebih bijak dalam memilih makan. 

Dan, tips terakhir ialah bersenam. Bersenam adalah salah satu cara terbaik yang dapat menolong kita untuk mengawal berat badan dan membakar kalori dalam badan. Kalau tak dapat bersenam setiap hari pun, sekurang-kurangnya lakukan dua kali seminggu dalam 20-30 minit. Tak semestinya kena lakukan senaman yang berat-berat. Cukup setakat berjalan kaki atau bermain badminton dah mampu untuk kelurkan peluh. 

Itulah antara tips-tips yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi sebenarnya tips yang boleh kita amalkan. Tapi apa-apa pun semua tu terpulang dengan diri kita sendiri juga. Sejauh mana kesungguhan kita. Jadi, semoga bermanfaat untuk semua dan juga diri ini. Terima kasih...(✿◠‿◠)


p/s : cuti-cuti juga..makan tu beringat sikit..hehe..peace..^_^v




1 Komen:

Jom Makan2

si comel MACAROON..:)

July 08, 2012 MS SEHA 1 Comments



Ok, entri pendek dan santai petang nie pasal makanan. Mesti ramai yang suka kalau bab-bab makan ni kan, macam saya juga...(╯▽╰). Ok,sebelum tu, siapa sini yang pernah makan macaroon, saya tak pernah makan lagi sebab tu saya teruja nak tahu. Tengok rupa macam comel dan manis ja, maybe sedap la tu kot tapi tak tahu lagi macam mana rasanya. Harap satu hari dapat juga rasa. Ada keinginan juga nak cuba buat macaroon hasil tangan sendiri , tapi nantilah kot kalau rajin...opss...(▂∩

Jom cuci mata tengok macaroon yang comel-comel ni...















Sumber gambar  : Google.com 

p/s : Oh macaroon..kenapa comel sangat ni, tak sampai hati nak gigit..please come to me..hehe..



1 Komen:

Islamic,

Cara Bersahabat Kerana Allah SWT.

July 08, 2012 MS SEHA 1 Comments



Allah SWT berfirman : "Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetenganya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan soleh) .(Az-Zukhuf, ayat 67)

Bukan mudah untuk mencari sahabat sejati. Berapa ramai yang sanggup menemani dan membantu kita di saat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan dengan masalah. Memang benar, rakan ketika gembira dan ketawa senang ditemui, namun bagaimana pula dengan rakan ketika susah?

Dalam persahabatan, sudah tentu kita mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan juga sahabat kita. Justeru, jika kita benar-benar berharap mereka jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita, maka belajarlah terlebih dahulu untuk menjadi sahabat yang baik kepada rakan-rakan kita.

Berikut adalah beberapa tips sebagai panduan yang boleh diamalkan dalam bersahabat :

☂ Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."[HR Muslim]

  Bersalaman ketika bertemu.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap dua orang Islam yang bejumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."[HR Abu Daud]


  Menziarahi sahabat kita.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

☂ Memberi hadiah.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."[HR Thabrani]


 Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."[HR Hakim]

☂ Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." [HR Abu Daud]


☂ Mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata, "Bagimu juga akan mendapat seumpamanya." [HR Muslim]




1 Komen:

Jom join

Segmen: Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'

July 04, 2012 MS SEHA 17 Comments


Selamat malam. Jom ikut bloglist Ramadhan oleh Aisyah Humira'

Mudah saja nak join, nak tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan.. Jom tengok SINI


     Antara kelebihan bulan Ramadhan:

  • Dibukakan pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu neraka serta diikat segala syaitan. 
  • Diampunkan dosa yang lalu bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan. 
  • Puasa menjadi benteng daripada terjebak dengan perkara-perkara maksiat.


17 Komen: