Jom Makan2,

Agar-agar Milo Oreo

January 31, 2013 MS SEHA 0 Comments




Agar-agar Milo Oreo


Assalammualaikum..hari ni saya nak kongsikan satu pencuci mulut yang simple dan senang untuk disediakan iaitu agar-agar milo oreo. Jumpa resepi ni dari satu blog, kira nak try buat sama macam yang ada dalam blog tu tapi bila dah siap rupa tak sama pula tapi rasa boleh tahanlah..bukan nak puji diri sendiri tapi memang sedap bila dimakan sekali dengan oreo..hihi..bahan-bahan untuk buat agar-agar ni pun tak susah nak cari..boleh jumpa kat mana-mana pasaraya.

Bahan-bahan yang saya guna untuk buat resepi ni ialah 1 paket serbuk agar-agar, oreo satu bungkus (tak kesah flavor apa pun, ikut yang korang suka la), milo, gula, susu pekat/susu cair..awalnya memang nak guna susu cair tapi tersalah beli pula, terbeli susu pekat  tapi boleh ja guna. Tak salah pun..hihi..Lepas tu bahan yg penting air..kalau tak da air, tak jadi agar-agar nanti..hihi..

Cara-cara penyediaan:

1.  Panaskan air, kemudian masukkan serbuk agar-agar.
2. Tambahkan gula mengikut kesesuaian yang anda inginkan.
3. Gaul hingga sebati sehingga mendidih.
4. Kemudian, bahagikan kepada dua.
5. Satu bahagian ditambah dengan milo.
6. Dan satu bahagian lagi, tambahkan susu pekat.
7. Tuang bahagian yang telah dicampur milo tadi ke dalam loyang.
8. Bila dah mengeras sedikit, susunkan oreo di atasnya.
9. Kemudian, tuangkan pula campuran agar-agar dan susu pekat tadi di atasnya.

Setelah dibiarkan seketika, bolehlah simpan dalam peti sejuk sebab lagi sedap bila dihidangkan bila dah sejuk…^_^..taklah complicated sangat kan cara penyediaan. Saya senaraikan semua langkah-langkah masa buat agar-agar tu..dan hasilnya...
 

Tadaaa…^___^





That's all..thank you..^___^ 



0 Komen:

Info Untukmu,

Sering Bosan Boleh Sebabkan Kegemukan.

January 29, 2013 MS SEHA 2 Comments




Testing....testing..1,2,3...ok..ok..akan taip entri ni laju-laju sebab kejap lagi nak ikut puan mama pergi pasar..hihi..

Sila baca perlahan-lahan sambil tarik nafas tajuk entri di atas ok..mungkin ada yang akan rasa terkejut ataupun rasa biasa je…mungkin ada yang dah pernah baca pasal ni sebelum ni kan..so, saya cuma kongsikan sedikit bagi yang belum tahu...jadi bolehlah teruskan baca kerana amat dialu-alukan di sini…ok, saya sambung pasal ni ya…bosan boleh sebabkan kegemukan?..biar betul..apesal pula..tak pecaya la?..tu respon awal saya bila terbaca pasal ni dalam majalah Wanita baru-baru ni. Lepas dah habis baca baru lah faham macam mana hal ni boleh terjadi.

Macam ni cerita dia…..daripada kajian yang dilakukan terhadap 5000 orang dewasa, satu per empat makanan yang dimakan setiap hari oleh golongan wanita ternyata bukan disebabkan oleh rasa lapar. Tapi disebabkan oleh bosan. Sebab apa pula jadi macam ni? Sebab bila bosan, wanita mengalami kelebihan kalori sebanyak 520 kalori dan para penyelidik menyatakan wanita cenderung mengalami hal ini berbanding lelaki.

Maksudnya dalam hal ni emosi seseorang tu boleh mempengaruhi tabiat pemakanannya..tak gitu?.. ada benarnya juga…bayangkan dalam keadaan anda yang tengah bosan..kecenderungan untuk makan dan makan itu adalah amatlah tinggi…so,  sebab tu lah berat badan cepat naik kan…makan disebabkan emosi boleh sebabkan kegemukan..mungkin masa tu tengah bosan yang amat sangat, jalan-jalan kat dapur terjumpa pula aiskrim sundae dalam peti ais..lepas tu jumpa pula kek coklat super moist…so, what are you waiting for…enjoy it..makanlah sepuas hati untuk mengumbirakan diri yg tengah bosan, nanti bila berat tu dah naik, jangan nak salahkan aiskrim dan kek tu pula…siapa suruh makan tak ingat dunia…hihi…oklah..dah melalut panjang pula…pasal tu je nak story hari ni..maybe berguna utk diri ni juga supaya beringat dan tak makan ikut emosi…makan bila lapar dan yang penting makanan tu of courselah kena amalkan pemakanan yang berkhasiat….

Dan satu lagi, banyak aktiviti yang boleh dilakukan kalau nak elakkan diri tu bosan...kalau rasa diri tu dah bosan sangat, pergilah jalan-jalan hirup udara segar kat luar, siram bunga ke atau apa-apalah yang penting ada kerja kena buat..kalau tak pun silalah baca blog saya ni..(perasaan lebih je)..hihi..

That’s all for today...nanti saya sambung lagi next time. Terima kasih pada yang sudi baca…saya sayang anda..*muka blushing pula..malu la tu*..hihi..peace..^__^v


*pinjam gambar dari google untuk tatapan mata..hihi..Terima kasih..:)



2 Komen:

Jom join

Segmen: Jom Blogwalking

January 28, 2013 MS SEHA 16 Comments


Salam perkenalan untuk sahabat-sahabat semua..:)

Klik banner untuk sertai segmen.

Jom sertai dan meriahkan lagi segmen yang menarik ni..:)
Nak tahu lebih lanjut tentang syarat- syarat penyertaan, klik SINI.

Tarikh tutup: 10/2/2013

TERIMA KASIH.


16 Komen:

Jom join

SEGMEN: WHO IS THE LUCKY ONE BY HANNA & KK

January 27, 2013 MS SEHA 4 Comments



Klik banner untuk sertai segmen ini.

Boleh juga pergi terus ke blog INI untuk tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan.



Syarat penyertaan mudah je, so tak rugilah sertai segmen ni.

Dan lagi menarik, ada hadiah yang ditawarkan dalam segmen ni.

Jadi, mari hangatkan lagi segmen oleh Hanna dan KK ni..:)


* saya dah follow blog Hanna dan KK.

* saya juga dah like page dan follow semua sponsor.
♪ ♫ opZZpinky ♫
sikecikshop
e'Dazzle ShopALONE;)
Nabila Biela
Dayah Danish
the kipas lipas
Kina
Ilia Asya
Sally Samsaiman

* saya tag MY LIFE, MY SOUL dan ShaRiNg is CaRiNg.
(harap tak kisah ya saya tag anda berdua..^^,)

TARIKH TUTUP: 25 Februari 2013.

Terima kasih.




4 Komen:

Islamic,

Kenali Rasulullah S.A.W, Tokoh Sepanjang Zaman.

January 25, 2013 MS SEHA 0 Comments






Anas bin Malik berkata:

“ Rasulullah SAW bukanlah orang yang telah tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama sepuluh tahun dan di Madinah juga selama sepuluh tahun. Baginda diwafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai dua puluh helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya…”

(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Salam Jumaat untuk sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Semoga semuanya sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT. Alhamdulillah, syukur jika masih berkesempatan lagi untuk menikmati hari ini dalam suasana yang aman. Mungkin nasib saudara-saudara kita di tempat lain tidak sebaik kita di sini kerana ada antara mereka yang ditimpa dengan pelbagai musibah. Oleh kerana itu, panjatkan syukur setiap masa atas limpahan rahmatNya ke atas kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini.

Berbalik kepada topik utama tentang tokoh sepanjang zaman iaitu siapa lagi kalau bukan Rasulullah S.A.W.  Sejauh mana kita sebagai umatnya mengenali baginda? Mungkin tidak seperti para sahabat yang hidup pada zaman baginda yang mana kecintaan mereka terhadap Rasulullah S.A.W itu sangat tinggi. Mereka dapat melihat sendiri dan bersama-sama berjuang dengan baginda pada zaman tersebut. Sungguh beruntung rasanya, namun walaupun pada zaman ini, kita tidak berpeluang bertemu dengan baginda sesungguhnya kita perlu merasa bersyukur kerana menjadi umat yang amat dikasihi oleh baginda. Dan kerana itu juga, kasih dan cinta kita kepada baginda perlu dipupuk setiap masa kerana kasihnya terhadap umatnya tidak pernah berkurang.

Baiklah,  mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang sirah Rasulullah S.A.W namun bagi yang terlupa marilah kita mengenal semula serba sedikit tentang sirah Rasulullah S.A.W.


Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada 12 Rabiulawal iaitu pada tahun Gajah.

Pada tahun itu juga , tentera Abrahah ingin menawan kota Mekah. Namun percubaan itu gagal apabila Allah S.W.T telah menghantar sekumpulan burung Ababil. Dalam sekelip mata sahaja, tentera Abrahah berjaya ditewaskan.

Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika baginda berusia dua bulan dalam kandungan ibunya.


Setelah itu, ibunya pula wafat ketika baginda berusia enam tahun.


Kemudian, baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib sehingga baginda berusia lapan tahun.


Setelah datuknya meninggal, baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


Bukan sahaja memiliki keperibadiaan yang mulia, Rasulullah S.A.W juga telah dipilih menjadi pesuruh Allah S.W.T dan baginda diutuskan kepada umat terdahulunya yang mengamalkan cara hidup jahiliyah untuk dipimpin ke jalan kebenaran iaitu melalui Islam. 

Sesungguhnya, perjuangan Rasulullah S.A.W amatlah dikagumi kerana pelbagai rintangan dan cabaran yang baginda perlu lalui namun berkat kesabaran, baginda telah berjaya. Sewajarnya, keperibadiaan baginda perlu dicontohi oleh umat pada zaman ini. Bukan itu sahaja, segala sunnah baginda juga harus diterapkan dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu juga, kita akan sentiasa mengingati baginda pada setiap masa.

Akhir sekali, sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda, kita haruslah mengikuti segala perintahnya serta meninggalkan segala larangannya. Jika hidup berpaksikan ajaran yang benar, sudah tentu kehidupan akan lebih diberkati..wa'allahualam.

Oklah, itu sahajalah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sebelum itu, semoga tidak terlambat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul 1434H. Jom berselawat setiap masa..:)


 آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْوَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ


credit picture: rusydee artz


0 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #5

January 23, 2013 MS SEHA 1 Comments




Keep smiling..^__^


credit picture: http://www.orkutgallery.com

1 Komen:

Jom join

Segmen: Jadikan Follower Overload

January 23, 2013 MS SEHA 17 Comments




Salam perkenalan untuk semua. Untuk minggu ini, sekali lagi saya sertai satu lagi segmen. Selagi masih bergelar blogger, tak rugi rasanya sertai segmen-segmen macam ni. Sekurang-kurangnya dapat tambahkan kenalan dari seluruh negeri dan dapat juga sokong blogger-blogger yang baru. Dah panjang berjela pula, tadi nak cakap sikit je sebenarnya. Cuma, nak ajak sahabat-sahabat untuk sertai segmen ini..:) 

Nak tahu lebih lanjut tentang segmen ini, klik banner atau boleh lawat terus kat SINI.


Oklah, I'm done. Next is....YOU..^_^


17 Komen:

Jom join

Segmen: Pencarian Bloglist Feb 2013

January 21, 2013 MS SEHA 3 Comments



Selamat petang...

Hari ini saya nak join segmen ni 'Segmen Pencarian Bloglist 2013' oleh Mieza Suhaini. Tertarik nak ikut segmen ni sebab banner kat bawah ni. Apa-apapun kalau berminat nak join klik banner atau terus terjah kat SINI, OK..



Itu sahajalah. Jom sama-sama memeriahkan segmen ni ya.
Terima kasih.

3 Komen:

Bingkisan Hati,

Peaceful Rainy Day....♪♫♪

January 20, 2013 MS SEHA 0 Comments

Hujan lebat mencurah kini,
bagaikan tiada henti,
kaulah laguku,
kau irama terindah,
tak lagi ku dengari,
kau pergi…pergi…..


Bait-bait lagu ‘Pergi’ nyanyian Aizat mengisi hariku. Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Hanya menghabiskan waktu di hadapan laptop, bermain game ‘plant vs zombie’. Sekali sekala merenung ke luar tingkap mencari inspirasi untuk menulis entri baru. Ya, begitulah rutin harianku memandangkan cuti semester telah pun bermula…

Merenung ke luar tingkap, melihat hujan yang turun adakalanya membuatkan hati-hati yang kusut menjadi tenang. Ibarat alunan muzik yang mendamaikan. Sungguh berbunga-bunga  ya kata-kata saya ni. Maaflah, tengah layan lagu sentimental..hihi..

Btw, entri kali ini bersifat santai-santai sahaja. Cuma ingin mengisi masa lapang. Nak keluar jalan-jalan , tak dapat pula sebab hujan. Jadi, seharian ni duduk rumah je lah. Tapi best jugalah, bila hujan terasa sejuk je bumi ni..hihi..

INDAHNYA HUJAN. Ya, sudah tentulah. Semua ciptaan Allah SWT itu kan indah. Pasti di setiap penciptaanNya itu ada hikmah tersendiri.  Begitulah juga dengan hujan. Mengapa Allah SWT turunkan hujan ke sesuatu kawasan itu mungkin juga hidupan yang terdapat di kawasan tersebut memerlukannya untuk terus hidup. Dan mungkin juga Allah SWT menurunkan hujan itu sebagai peringatan untuk hamba-hambaNya untuk sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi apapun. Turunnya hujan itu juga adalah sebagai tanda kekuasaan Allah SWT. Namun, walau apapun sebabnya, kita sebagai hambaNya sewajarnya mengambil iktibar daripada setiap apa jua kejadian alam yang berlaku…wa’allahualam..

Sebelum saya akhiri, bacalah doa ini ketika hujan ya , Allahumma shoyyiban naafi’an, maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat”..amin..:)

Baiklah, itu sajalah perkongsian untuk hari ini. ..Terima kasih sudi singgah dan baca..:)





 credit picture: danbo-melon.tumblr.com

0 Komen:

Jom join

"Segmen Tambah Followers 2013 by Hotmasakini"

January 20, 2013 MS SEHA 4 Comments



Jom sama-sama meriahkan lagi segmen ni..^_^


Klik banner untuk join segmen atau pergi terus kat SINI, ok.

Jom sama-sama tambahkan kenalan ..:)

Terima kasih. 


4 Komen:

Bingkisan Hati,

Tatkala Masa Berlalu,Yang Tinggal Hanya Kenangan....

January 20, 2013 MS SEHA 0 Comments






Kenangan…Ada apa dengan kenangan? Adakah ia cukup penting dalam kehidupan. Ya, mungkin juga bermakna untuk hidup seseorang tetapi mungkin juga tidak . Tiada siapa yang tahu kenangan hidup setiap orang melainkan diri orang itu sendiri kerana setiap orang mencipta kenangan yang berbeza-beza. Sudah pasti ada kenangan yang manis untuk dilupakan namun tidak lengkap rasanya jika tidak terselit kenangan pahit yang pastinya ingin dilupakan.

Detik-detik indah dalam hidup seseorang pastinya akan menjadi suatu kenangan yang manis buat dirinya dan mungkin juga orang-orang di sekelilingnya. Mencapai kejayaan dalam hidup, berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, memiliki keluarga dan sahabat-sabahat yang menyayangi, dan dianugerahkan dengan segala macam bentuk kesenangan sudah tentunya merupakan detik terindah buat seseorang. Namun bagaimana pula dengan kegagalan dalam hidup, kehilangan orang yang tersayang, dan ditimpa kesusahan pastinya merupakan suatu detik yang amat memeritkan bagi seseorang dan ia juga akan menjadi suatu kenangan yang pahit dalam lipatan perjalanan hidupnya.

Seperti musim yang silih berganti, masa juga pasti akan berlalu. Hari berganti hari, segala apa jua yang kita telah lalui pada hari ini sudah tentunya akan menjadi satu kenangan apabila kita bangun semula pasti keesokan harinya. Manis mahupun pahit sekalipun kenangan yang kita cipta pada hari ini, kehidupan harus tetap berjalan selagi nafas masih belum terhenti. Oleh itu, tiada apa yang perlu kita kesali kerana apa jua yang telah berlaku pastinya telah tertulis sesuai dengan perancanganNya.

Belajar untuk menerima yang hakikat hidup tidak selalunya senang, ada masanya kita akan ditimpa dengan  kesusahan. Dari situ kita diuji sejauh mana kebergantungan kita kepada sang Pencipta. Mungkin hari ini kita gagal, tetapi siapa tahu nasib kita di masa hadapan. Mungkin juga hari ini kita berjaya, namun lain pula kejadiaannya di lain hari. Tiada siapa dapat menduga nasib hidup masing-masing. Tetapi ingat bahawa hidup ini ibarat roda, terus berputar. Ada masanya kita di atas, dan ada masa kita berada di bawah.

Oleh itu, apa jua kenangan yang telah kita cipta pada hari ini, sama ada ianya pahit ataupun manis, terimalah dengan hati yang lapang. Bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT. Mungkin juga apa yang kita inginkan bukan yang terbaik untuk kita. Oleh kerana itu, Allah tidak memberikan apa yang kita ingini sebaliknya Dia anugerahkan apa yang selayaknya untuk kita. Meratapi  kenangan lalu yang pahit pastilah bukan jalan yang terbaik untuk kita bebas dari belenggu bebanan. Sebaliknya, merasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT dan sentiasa berusaha untuk mendekatkkan diri kita dengan Allah SWT pasti akan membuatkan hidup kita lebih tenang.

Apapun, kehidupan harus diteruskan. Dan apapun yang telah terjadi sebelum itu, biarlah ia hanya menjadi kenangan sahaja. Jika kenangan itu pahit, usahlah dikenang kerana kelak diri sendiri juga akan merasa sedih. Yang penting adalah masa hadapan yang memberikan kita lebih peluang untuk mencipta kenangan-kenangan yang lebih manis. Jadi, teruskan kehidupan dan yang penting sentiasa ingat Allah SWT tika susah dan senang.



p/s: Bagi saya, kenangan terindah dalam hidup ini adalah ketika bersama keluarga kerana di saat itu kita merasa kasih sayang yang sejujur-jujurnya dari mereka yang bergelar ‘keluarga’..^_^


credit picture: favim.com


0 Komen:

Jom join

'Segmen: Blog Review by yayamongekss'

January 14, 2013 MS SEHA 4 Comments




Salam perkenalan...^_^

Entri hari isnin dimulakan dengan segmen ' Blog Review by yayamongekss'.

Simple je syarat-syarat segmen ni jadi jomlah sama-sama memeriahkan lagi segmen ni.

Kalau nak join. Klik banner atau terjah terus blog tuan punya segmen kat SINI..:)

Ok, sebelum tu nak review sikit blog yaya..^_^

Blog yaya kemas dan menarik. Lagi satu background cantik dan tak serabut sangat .Header memang sangat cantik. Suka tengok..:) Overall, simple but so cute.

THANK YOU ^__^



4 Komen:

Jom join

Segmen:"Review Blog Bertuah"

January 11, 2013 MS SEHA 0 Comments



Salam perkenalan untuk sahabat-sahabat semua. Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat ya..:) Teringin rasanya hendak join segmen yang menarik ni dengan harapan blog saya ini bertuah untuk di 'review'..hihi..

Jom ramai-ramai memeriahkan lagi segmen ni. Bagi siapa-siapa yang berminat sila klik banner ataupun SINI..ok..Terima kasih sudi singgah..^__^


0 Komen:

Info Untukmu,

Hari yang Sebaik Hari...^_^

January 11, 2013 MS SEHA 0 Comments


Salam jumaat untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah, masih dapat kita bernafas di bumi Allah ini sehingga ke hari ini, hari jumaat, hari yang penuh dengan keberkatan. Banyak hadis-hadis yang telah membicarakan tentang kelebihan hari Jumaat dan menyatakan bahawa hari ini sebagai penghulu segala hari. Antara  hadis tersebut adalah hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: "Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)".

Mengapa ia dikatakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' atau penghulu segala hari adalah kerana beberapa peristiwa yang juga merupakan kelebihan hari Jumaat. Kelebihan hari Jummat adalah:

✿ Allah S.W.T mencipta Nabi Adam.

✿ Allah S.W.T menurunkan Nabi Adam ke bumi.

✿ Allah S.W.T mematikan Nabi Adam.

✿ Hari di mana tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah S.W.T akan  perkenankan permohonnya, selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram.

✿ Hari terjadinya kiamat.

Dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat".

Selain itu juga, pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T akan mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Maka, Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid  sepertimana Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: " Wahai MalaikatKu demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun".

Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, begitu juga mengapa hari Jumaat ini dipilih sebagai penghulu hari. Apa-apapun hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita sebagai hambaNya seharusnya mengambil pengajaran dari setiap apa jua perkara yang berlaku di dunia ini kerana di sebalik penciptaan Allah S.W.T itu kita akan melihat kebesaranNya.

Itu sahajalah sedikit perkongsian untuk hari ini. Semoga dapat memberikan sedikit manfaat..^___^










0 Komen:

Jom join

Segmen: Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

January 10, 2013 MS SEHA 16 Comments







Selamat petang ..^__^

Petang ni ambil masa kejap join segmen sambil study di petang yang sejuk ni sebab tengah hujan sekarang..:)

Baiklah, pada sahabat-sahabat yang berminat nak join,
klik ja banner atau lebih mudah boleh terjah terus ke blog Aisyah Humaira' ya...:)

Itu sahajalah untuk petang ni..Terima kasih..Wassalam..:)



16 Komen:

Jom join

Chipmunk & Barney: Simple Giveaway

January 09, 2013 MS SEHA 0 Comments



Selamat malam semua...^__^

Malam ni terasa diri rajin pula nak join Giveaway dari Chipmunk..:)



Kalau rasa nak join, klik banner comel kat atas ni ok...^__^
atau boleh juga singgah terus ke blog Chipmunk kat SINI.

Jom sama-sama memeriahkan lagi segmen ni.

Tarikh tutup: 14 Januari 2013, jam 11.59 malam.


Terima kasih..^___^

0 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #4

January 09, 2013 MS SEHA 0 Comments



Adakah anda sedang mengalami "Final Exam fever" seperti saya?..Hehe...Selamat Berjaya ya..^__^

" Ma'attaufiq Wannajah "..:)

0 Komen:

Bingkisan Hati,

Kemaafan itu..

January 08, 2013 MS SEHA 0 Comments



Tidak mudah memberi maaf setelah disakiti lebih-lebih lagi jika orang itu sendiri telah berjanji bahawa dia tidak akan pernah sesekali menyakitimu namun terimalah hakikat bahawa setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan dalam hidup. Tiada manusia yang tidak punya masa silam, mungkin ada yang manis dan ada juga yang pahit. Namun, tidak adil rasanya kita menilai seseorang dengan melihat pasa masa silamnya. Mungkin juga segala kesilapan yang dilakukan pada masa lalu itu bukan atas kehendaknya sendiri. Tetapi walau apapun biarlah kita melihat semua itu sebagai satu faktor penguat untuk diri kita agar walau seberapa kali sekalipun kita disakiti oleh orang lain, kita masih punya kekuatan untuk memaafkan mereka. Tiada gunanya kesakitan itu dipendam kerana akhirnya diri kita sendiri juga akan merasa sakitnya. 

Maafkanlah, mungkin itu jalan yang terbaik untuk membebaskan diri kita dari belenggu bebanan. Mungkin ada yang mempersoalkan bahawa senang sahaja mulut berbicara, memberi kata-kata nasihat  namun yang merasa dan menanggungnya bukan mereka tetapi 'aku'. Ya..memang benar mereka yang berkata-kata itu tidak akan merasa kesakitan yang menghimpit jiwamu namun berapa lama hati itu boleh bertahan menanggung penderitaan yang tidak berkesudahan. Maka.....berilah kemaafan dengan seikhlas-ikhlasnya. Kerana dengan cara itu sahaja segala perasaan sakit yang bersembunyi di jiwa boleh dilupakan. Mungkin perlu masa maka ambilkan seberapa lama masa yang kamu mahukan tapi pastikan di penghujungnya ada kesudahan yang bahagia untuk dirimu kerana sudah mampu memaafkan ....
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda: 

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."

Kemaafan itu manis jika kita benar-benar redha, sabar dan ikhlas memberikan kemaafan di saat hati dihiris dengan kesedihan. Kita mungkin sahaja boleh membalas kejahatan seseorang itu kepada kita dengan cara menyakitinya semula namun apa yang akan kita perolehi di pengakhirnya? Rasa puas, rasa tenang, bahagia? Tidak sama sekali. Rasa itu hanyalah sementara kerana selagi mana hati kita masih tidak mampu memberikan kemafaan selagi itu kita tidak akan pernah merasa tenang. 

Kemaafan itu...

Menenangkan hati-hati gelisah,
Melapangkan jiwa-jiwa yang menderita,
Merungkaikan segala kekusutan jiwa,

Maka, berilah kemaafan kepada mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidupmu dan menyakitimu. Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita mungkin telah bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia yang menggembirakan hidup kita tetapi mungkin juga menyakitkan. Walau apapun, berterima kasihlah kepada mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup kita, kerana mereka itulah yang telah mengajar kita kehidupan yang sebenar. Dari kegembiraan yang diberikan oleh mereka itu, kita belajar untuk menghargai kehidupan dan dari kesakitan itu juga kita belajar untuk memaafkan.

Maka, jika ada seseorang yang hadir dalam hidupmu. Bersedialah untuk memberikan kemaafaan pada bila-bila masa sahaja.

Allah berkata, ".. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nur:22)




credit picture: http://guessforparadise.wordpress.com/

0 Komen:

Join Contest

Contest Blog Paling Cantik 2013

January 07, 2013 MS SEHA 3 Comments






Salam perkenalan dan selamat pagi. Semoga anda semua melalui hari yang indah pada hari ini..^_^

Contest pertama yang saya join pada tahun ini. 
Sekadar ingin memeriahkan contest dan ingin menambah kenalan lagi.

Blog saya ini tidaklah terlalu cantik, kemas, ataupun menarik tetapi 
mudah-mudahan sedap mata yang memandang..hihi..=)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang contest ini sila ke SINI atau klik banner.

Itu sahaja, terima kasih. Jumpa lagi..^__^

3 Komen:

All about me n my blog,

2013, Tolong Jadi Tahun yang 'Awesome' ok...^_^

January 06, 2013 MS SEHA 2 Comments

Salam dihulur pemula bicara,
Buat dirimu yang berada di sana,
Lupakan segala resah dan gelisah,
Senyumlah agar dirimu merasa bahagia..^_^

Sudah lama rasanya tidak menjenguk ke blog ini. Terasa rindu pula ingin menulis entri. Bukan sengaja ditinggalkan blog ini sepi tanpa sebarang entri tapi disebabkan kesibukan sebagai seorang pelajar sehingga kan tidak punya masa untuk menulis entri baru.  Apa-apapun, saya akan mula mengaktifkan blog ini semula dengan harapan entri-entri yang bakal dihasilkan kelak dapat memberi manfaat kepada semua..In sha Allah..:)

Tahun 2012 telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Sekarang dah pun masuk tahun 2013. Tak terasa begitu cepat masa berlalu, pastinya punya banyak kenangan tak kiralah yang manis mahupun yang pahit yang telah kita semua lalui sepanjang tahun 2012. Walaubagaimanapun, semua itu telah pun menjadi suatu sejarah dalam hidup kita yang mungkin ada yang sukar dilupakan dan ada juga yang tidak ingin kita ingati lagi.

Bagaimana dengan azam tahun baru anda? Sudah tercapaikah azam pada tahun lalu. Pastinya ramai yang telah menyimpan azam yang baru untuk tahun ini kan. Apa-apapun semoga azam anda semua itu dapat terlaksana dengan baiknya pada tahun ini. Bagaimana pula dengan azam saya? Bagi saya bukan hanya pada tahun baru sahaja kita perlu berazam tetapi bahkan pada bila-bila masa sahaja pun boleh. Jadi, tidak kisahlah tahun baru ataupun tidak, jika ada kemahuan pasti ada kesungguhan untuk kita merealisasikan azam tersebut.

Untuk tahun baru ini,  doa saya agar ia akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Akan lebih banyak perkara-perkara manis yang akan tercipta, dan semoga apa jua ujian yang mendatang kelak dapat saya tempuhi dengan tabah. Dan mengharapkan tahun ini akan dapat saya lalui dengan baik bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di sisi ...:)


Take Note!
Untuk tahun 2013 yang paling awesome.

.Pesan pada diri untuk :

~Lebih TABAH ketika susah..
~Lebih SABAR ketika diuji....
~Lebih TENANG ketika gelisah..


dan lebihkan SENYUMAN...^__^


Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmatnya kepada kita sehingga ke hari ini kita. Semoga tahun ini akan menjadi satu tahun yang terbaik untuk diri ini dan juga untuk semua, ok..


Me? I just want to be happy ^__^



credit picture: facebook.com






















2 Komen: