All about me n my blog,

Subjek yang "Awesome" Untuk Semester Ni ^_^

February 24, 2013 MS SEHA 4 Comments


Alhamdulillah, dah seminggu lepas buka semester baru. Hopefully, everything will gonna be fine for this semester. Tu je lah harapan, harap tak kucar-kacir lah kehidupan ku lepas ni..muahaha. Tapi, hari pertama masuk kelas, lecturer dah bagi kuiz. Punya lah semangat tu lecturer, dah tu bagi masa 10 saat je untuk jawab, siap countdown lagi 1 sampai 10. Ni kali lah! hihi.. tapi nasib soalan yang di tanya tu taklah susah sangat. So, jawab je lah dengan penuh confident. Semester ni saya ambil 6 subjek, macam sikit tapi semuanya perlukan ketabahan juga nak study dan faham. Mohon-mohon lah otak ni boleh terima dengan mudah.  Tu je lah, serba-serbi cerita tentang minggu pertama semester ni yang dah saya ringkaskan. Actually, banyak story, tapi cerita lebih-lebih kang merapu pula. Jadi, tu sahaja lah yang ingin dikongsikan. Kat bawah ni, just nak selitkan beberapa gambar yang telah di 'capture' oleh tuan punya blog sendiri. It's all about my subject for this sem...^__^ 




Bahasa Arab & Asas Keusahawanan


Nutrition in The Life Cycle


Food Habits & Nutrition Education


Food Fermentation & Processing


Microbiology


Asas Keusahawanan



 GOOD LUCK to Me..hii ^_^




4 Komen:

Islamic,

Berbahagialah Di Jalan Dakwah.

February 23, 2013 MS SEHA 3 Comments






Mengajak manusia melakukan 'amar mahruf, nahi mungkar ' itu bukanlah satu perkara yang mudah bahkan penuh dengan cabaran yang tersendiri. Jika gagal sekali untuk menyeru seseorang ke arah kebaikan, pasti akan timbul rasa putus asa dalam diri. Namun, sifat berputus asa itu seharusnya dijauhkan dari diri terutama  sekali bagi mereka yang bergelar seorang dai'e atau pendakwah. Kejayaan dalam berdakwah itu bukanlah sekadar melihat pada sambutan dan bilangan yang menggalakkan tetapi sebenarnya pada sejauh mana seseorang itu mampu untuk terus istiqamah di dalam perjuangan tersebut.

Adakah Aku Seorang Dai'e?

"Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai'e".

Daripada ayat di atas, jelas telah menjawab persoalan tersebut bahawa setiap Muslim itu adalah seorang dai'e atau pendakwah. Namun, adakalanya sebagai manusia kita merasa bahawa diri belum cukup sempurna  dan layak untuk mengajak yang lain melakukan kebaikan. Justeru, carilah ilmu sebanyak yang mungkin. Salah satu caranya adalah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan yang penting perlu tetap istiqamah. 


Dai'e Penyeri Dakwah.

Tidak lengkap perjalanan dakwah itu jika tidak dserikan dengan kehadiran dai'e. Mereka yang berjuang dan mengajak manusia yang lain ke arah kebaikan dan melaksanakan perintah Allah swt dalam kehidupan seharian serta menyakini bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Maka, setiap muslim itu adalah dai'e namun setiapnya punya cara tersendiri. Tetapi, walaupun cara dan pendekatan itu berbeza bagi setiap dai'e namun matlamat tetap sama iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.

Rasa penat dan lelah itu pasti tidak akan lari dari mereka yang bergelar pendakwah apatah lagi jika punya tanggungjawab lain yang perlu dipikul jika seseorang itu masih berlajar ataupun sudah berkerja. Namun, tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu bijak membahagikan masa antara ibadah dan kerja. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu." (Surah Muhammad ayat 7)



Itulah janji Allah.  Jika kita membantu menegakkan agama Islam, Allah akan membantu mempermudahkan urusan kita. Maka, berbahagialah jika jalan dakwah itu yang kita pilih. 


Pahit Manis Berdakwah.

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi, hakikat perjuangan bukan begitu, ada turun naiknya, sakit pedihnya, umpana kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawapannya adalah kerana syurga itu manis".

Begitu besar sekali nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dipilih berada di jalan dakwah ini. Sentiasa tenang dalam setiap kepayahan. Merasa bahagia dalam menghadapi segala rintangan. Itulah dia nikmat Allah kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk menegakkan agama Islam. Walau penat tiada siapa yang mengetahui, pahit manis dilalui sendiri namun in shaa Allah ada Allah yang sentiasa menemani. 

Tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lautan yang tidak dapat direnangi, dan sudah tentu tiada halangan yang tidak dapat kita atasi jika keyakinan itu kita serahkan sepenuhnya kepada Allah swt. Setiap peluh yang menitis serta apa jua pengorbanan yang kita lakukan di jalan Allah pasti ada ganjaran yang menanti. Kalau bukan di sini, in shaa Allah di akhirat kelak. 

Sesungguhnya, walau perjalanan dakwah itu pahit tetapi imbalan syurga itu terlalu manis!


Nukilan untuk sahabat-sahabat yang dikasihi (Nurhamiezrah, Nurazimah, Najwa, Nooramira Diana, Anisa, Farahwahidah dan yang lain..... ). Moga kalian terus istiqamah dalam jalan dakwah itu :) 

p/s: Tanya pada diri, seorang dai'e kah aku? Speechless =,=




Jalan Dakwah

Penyanyi : AlarmMe
http://liriknasyid.com

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita



3 Komen:

Jom join

Segmen: Ramaikan Follower Blog 2013 by NurulFHMT!

February 22, 2013 MS SEHA 22 Comments


Salam Jumaat :)

Klik banner untuk join segmen ^__^

 Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat segmen, boleh tengok kat SINI.

TARIKH TAMAT 
31-12-2013




22 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #7

February 20, 2013 MS SEHA 2 Comments






Finally, baru ada masa nak update blog. Curi masa kejap sebelum pergi kuliah petang ni, dengan harapan tak tertidur lah dalam kelas nanti sebab mata pun rasa macam berat ja sekarang ni -__- Cuti sem pun dah habis, maka rutin harianku sebagai seorang pelajar pun dah start kembali. Dan 'life cycle' sebagai seorang pelajar juga telah bermula sekali lagi pada sem ni. Hopefully, sem ni akan lagi 'gorgeous' dan 'awesome' dari sebelum ni lah..hihi (tersenyum sendiri dalam hati) :)

So, say hi to new sem! Harap-harap dapat perbaiki apa-apa yang patut untuk sem ni. In shaa Allah. ^_^

2 Komen:

Islamic,

Didik Hati Untuk Redha.

February 14, 2013 MS SEHA 2 Comments


Bila dugaan itu datang tanpa diundang, puas kita mencari jawapan di mana silapnya. Namun, satu hal yang nyata, ia datang bukan bertujuan untuk melemahkan kita tetapi sebaliknya untuk mendidik kita agar menjadi insan yang lebih tabah dan kuat.  

Bukan mudah didik hati untuk redha, apatah lagi bila diuji dengan sesuatu yang tidak diduga. Kadang ia buat kita rasa lemah, rasa tidak punya harapan lagi. Namun, satu hal yang perlu sentiasa kita sematkan dalam hati bahawa Allah swt tidak akan menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya. Sesukar mana pun ujian itu menimpa kita, percaya dan yakinlah bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.

Sebagaimana Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]


"Aku tidak mampu", kata-kata yang terungkap tatkala kita diuji dengan ujian yang teramat berat. Kita punya perasaan untuk bangkit semula, tetapi rasa lemah menguasai diri kita yang akhirnya membawa kita kepada satu tindakan iaitu berputus asa. Namun, jangan biarkan rasa 'tidak mampu' itu menguasai diri kita untuk selama-lamanya kerana kita masih ada peluang selagi kita letakkan pergantungan sepenuhnya itu kepada Allah swt. Tatkala diuji kembalikan semula ingatan kepada Allah swt kerana mungkin sebelum itu kita semakin menjauh dariNya. Maka, kita diuji agar kita sentiasa ingat kepadaNya. Letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah swt. Dengan izinNya, pasti ujian yang berat itu akan terasa lebih ringan.

Ujian itu datangnya dari Allah swt, maka redhalah jika kita terpilih untuk diuji olehNya.

Kekuatan itu juga datang dari Allah swt, maka mohonlah padaNya.

Sesungguhnya, segala-galanya adalah kepunyaanNya bahkan diri kita ini juga. Maka, di saat merasa tidak mampu, kembalikan jiwamu sepenuhnya kepada Allah swt. Biarlah Dia yang menyembuh dan menjaganya. Sesungguhnya, Allah itu sentiasa ada untuk menolong hamba-hambaNya, cuma terkadang kita sahaja yang tidak berusaha utnuk mendekatiNya.

Redha. Dengan izin Allah, pasti kekuatan itu akan kembali semula!




2 Komen:

Islamic,

Untungnya Jadi Dia.

February 13, 2013 MS SEHA 2 Comments



Kadang-kadang dalam hidup ni, ayat-ayat yang mungkin terlintas dalam fikiran kita bila nampak seseorang, tak kisahlah samada orang tu kita kenal ataupun tidak ialah......

"Untungnya jadi dia"...
                                        " Bestnya jadi dia"...


                   "Kan best kalau aku jadi dia"..

Mungkin antara ayat-ayat yang pernah bermain-main dalam minda sesiapa sahaja yang merasakan betapa beruntungnya seseorang itu. Melihat betapa bertuahnya seseorang itu memiliki nikmat yang diinginkan oleh setiap insan, dikurniakan dengan kejayaan dalam pelajaraan atau kerjaya, paras rupa yang cantik atau kacak, kemewahan hidup, keluarga dan sahabat yang baik serta bermacam-macam lagi kenikmatan duniawi yang akhirnya membuatkan kita merasa betapa untungnya andai kita berada di tempatnya pada ketika itu.

Bukan setakat memiliki segala nikmat tersebut bahkan kehidupan orang itu sentiasa kelihatan menggembirakan yang akhirnya membuatkan kita merasa betapa bosannya hidup kita jika dibandingkan dengan orang lain. Jika itulah yang kita rasanya, mana perginya sifat syukur dalam diri kita. Bersyukur dengan segala nikmat permberian Allah swt kepada diri samada sedikit mahupun banyak. Setiap orang telah Allah swt kurniaakan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Maka, bersyukurlah atas segala yang telah kita miliki selama hari ini. Kesihatan tubuh badan juga adalah salah satu nikmat yang harus kita syukuri. Bagaimana kita mampu menjalani kehidupan seharian jika tidak memiliki tubuh badan yang sihat.

Merasa cukup.

Maka sebagai hambaNya, merasa cukup dengan segala nikmat pemberianNya adalah cara terbaik untuk merasai hidup yang tenang. Sesungguhnya, orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan bahagia. Tidak usahlah membandingkan diri sendiri dengan orang lain kerana sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 

Allah swt ada berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu..."

Nikmat Iman dan Islam.

Dalam hidup ini tiada hal yang lebih beruntung melainkan dilahirkan sebagai seorang Islam dan sekaligus menjadi hambaNya yang beriman kerana sesungguhnya itulah nikmat yang sebenar dalam perjalanan manusia sebagai musafir di muka bumi ini. Oleh kerana itu, bersyukurlah setiap masa di atas nikmat pemberian Allah swt yang sungguh bermakna ini. 


Alhamdulillah..:)


2 Komen:

Jom join

Segmen Bloglist dan Review Blog

February 08, 2013 MS SEHA 5 Comments



Nak join? Klik banner. 
Boleh juga singgah terus ke blog Ninaa Zaini.

          Syarat penyertaan:
1. Follow Blog Ninaa (untuk update terkini)
2. Buat satu post dengan title " Segmen Bloglist dan Review Blog "
3. Tampal Banner dalam post dan Backlink kan ke entry Segmen Ninaa
4. Letak kan URL Entry korang dekat Comment Box :) (tempat lain tidak diterima)

 Tamat Segmen : 9 Februari 2013 , 12:00 a:m

TERIMA KASIH ^__^



5 Komen:

Emotion,

Don't Forget To Smile ◠‿◠

February 07, 2013 MS SEHA 2 Comments



“ Senyum ibarat perhiasan batin yang membantu mengindahkan perhiasan luar yang kurang menarik. Dengan senyuman kemana kita pergi, bersinarlah sana sini cahaya kegembiraan. Dan dengan senyuman tiada urusan berat dalam dunia ini…. Semuanya dapat diatasi ” -Hamka-

Senyum....perkara yang tersangatlah mudah untuk dibuat tapi kadang-kadang susah juga nak buat terutama sekali bila diri dah dilanda macam-macam masalah. Betul kan..ye la, ada ka manusia yang masih boleh senyum dalam keadaan tertekan? sedih? kecewa? dan segala macam bentuk kesusahan yang sedang melanda diri. Kalau ada, tahniah untuk diri sebab sebab dalam keadaan apa pun masih mampu tersenyum. Kalau saya memang tak boleh la kot..kalau dah tekanan tu memang akan terbuat juga muka padahal taklah tekanan sangat pun..over ja..hii..

Tapi beruntung kan sebab Allah anugerahkan nikmat yang seindah ini kepada manusia, sebuah SENYUMAN. Senyuman memang indah, dan akan jadi lebih indah bila kita senyum kat orang lain dan time tu pula orang tu tengah sedih tapi disebabkan senyuman yang kita beri tu boleh ubah mood dia jadi gembira. Untunglah kalau dapat membahagiakan orang macam tu. Tapi, kadang-kadang tu lain pula cerita dia..bila kita dah bersungguh-sungguh dah senyum kat seseorang, tiba-tiba pula senyuman kita tak di balas..maka senyum sendiri-sendiri lah nampaknya anda di sana ya..hii..kesian ya kalau kena orang macam ni..tapi tak apa lah..berbaik sangka ja, maybe tengah stress lah tu, atau ada something yang tak kena. Janganlah ambik hati pula bila senyum yang kita berikan tu tak berbalas. Yang penting, kita dah ikhlas nak sedekah senyuman tu.




Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Di sini saya nak kongsikan 15 fakta tentang senyuman. (Sumber:PakarCinta)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Ok..fuhh..dah habis baca? Panjangkan dan nampak sangat saintifik hinggakan senyum pun dibuatkan sebagai kajian. Tapi yang jelas senyuman memang banyak manfaatnya. Jadi, apa lagi..ringan-ringankanlah bibir tu untuk ukirkan senyuman. Kalau susah nak senyum dengan orang lain, pandang cermin dan senyum pada diri sendiri ja lah..hii..^__^

Itu sajalah untuk kali ini. Moga perkongsian ini bermanfaat. Apa-apapun, berbahagialah dengan hidup ini selagi masih diberikan kesempatan, dan senyumlah, pasti dunia akan ikut tersenyum juga.  Don’t forget to smile, ok!  Say 1,2…3..^___^




2 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #6

February 06, 2013 MS SEHA 2 Comments





Disebabkan ke-terujaannya saya ini untuk mengupdate entri baru walaupun tak punya idea lagi nak tulis pasal apa maka untuk hari ini, saya kongsikan gambar di atas itu sajalah. Dah namanya 'wordless wednesday'  kan maka patah perkataan itu pun berkuranglah untuk hari ini..hihi..

Oklah, kira itu sahajalah. Terima kasih...selamat malam.^__^



credit picture: SpreadSalam


2 Komen:

Jom join

Segmen: Jom Tambah Followers Blog by Anis Zainudin

February 04, 2013 MS SEHA 9 Comments





Nak join? Klik banner atau ------->SINI

saya tag :

Terima kasih..^__^



9 Komen:

Jom join

SEGMEN: KNOW EACH OTHER

February 04, 2013 MS SEHA 0 Comments




Hari ini saya mulakan entri dengan segmen ni. 
Kalau berminat nak sertai, boleh klik banner ataupun
boleh juga pergi terus kat sini SINI untuk tahu lebih lanjut tentang segmen.

Baiklah, dalam segmen ni perkara yang kena buat ialah kenalkan diri jadi di sini saya 
nyatakan serba sedikit tentang diri saya. ^__^

Nama samaran : Syaidah 
Asal: Sabah
Umur: 21 
Tempat study: Universiti Malaysia Sabah
Nama blog: Cahaya Kasih

Tu sajalah pasal saya. Salam perkenalan..:)




0 Komen:

All about me n my blog,

Menanti Pelangi Indah Selepas Hujan.

February 03, 2013 MS SEHA 1 Comments




Jika dalam hidup ini kita boleh memilih dan bukan diberikan pilihan mungkin hanya perkara-perkara yang menggembirakan yang kita inginkan.  Pasti kebahagiaan sahaja yang akan kita pilih dan bukannya kesedihan. Namun, hakikatnya kita tidak punya kemampuan untuk menentukan apa yang kita mahukan dapat kita miliki. Semua itu terletak pada tanganNya, hanya Allah swt sahajalah yang berkuasa untuk menentukan samaada kita mampu memiliki apa yang kita inginkan itu ataupun tidak. Itulah dia kehidupan, mana mungkin kita bergelar seorang hamba jika tidak merasa diuji olehNya dan ujian yang datang itu boleh berbentuk kesusahan ataupun kesenangan. 

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?" (surah Al-Ankabut, Ayat 2 )


Hakikatnya hidup ini adalah ujian. Terpulang pada individu itu sendiri bagaimana mahu menghadapinya. Kadang-kadang ujian itu akan terasa perit sehinggakan diri seperti ingin berputus asa namun mengertilah bahawa segala kesakitan dan kepayahan yang dilalui itu adalah bentuk tarbiah dariNya. Mungkin ia terkadang amat berat untuk dilalui, terasa seperti tiada siapa yang mengerti, tiada tempat untuk bergantung dan berharap namun yakinlah bahawa ada Allah tempat berharap dan memohon pertolongan. Letaklah kebergantungan sepenuhnya kepada Allah setiap masa di kala susah mahupun senang. 

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf, Ayat 12)

Mungkin sakit yang dirasa itu tiada siapa yang mengerti, meritih dalam hati namun tiada siapa dapat mendengar namun ketahuilah bahawa Allah itu sentiasa mendengar dan mengetahui isi-isi hati yang tersembunyi. Namun jika Dia tidak memberikan seperti yang dinginkan, usahlah bersedih hati kerana pasti Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang bersabar. Sesungguhnnya Allah berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, Ayat 216)

Bersangka baiklah pada Allah. Apa sekalipun yang kita lalui dalam hidup ini, ingatlah Dia sentiasa ada. Yakin bahawa setiap kesusahan dan kesulitan yang dihadapi pasti Allah akan bukakan jalan penyelesaian selagimana kita mengingatiNya dan taat mengikuti segala perintahNya.  

"Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilatPuas kita mencari di mana mataharirupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

Lantaran itu, selagi punya ruang dan masa yang mencukupi, dekatkanlah diri kepada Allah. Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Tabahkan hati, hadapi segala ujian dengan tenang. Redha dan ikhlaslah. In shaa Allah, ada sinar bahagia yang menanti dirimu. Jika bukan di sini, mungkin di sana nanti. Amin...:)




picture: google.com



1 Komen:

Islamic,

Ketika Sepi Itu Bertandang.

February 03, 2013 MS SEHA 0 Comments



Hati berbisik,  kaukah itu yang sedang merasa sepi di sana. Wahai kau yang berada di sana, mengapa kau biarkan sepi itu mengisi ruang hatimu. Mengapa kau biarkan sepi itu mencengkam dirimu. Sedarlah dari duniamu yang sepi itu. Adakah kau lupa padaNya, lupa pada Dia yang sentiasa ada di setiap hembusan nafasmu. Adakah kau benar-benar lupa atau memang benar kau terlupa. Jika ya, biar aku di sini mengingatkan dirimu yang terlupa itu.

Bagaimana kau bisa merasa sepi sedangkan ada Dia yang menemani. Walau dunia ini meminggirkan kau sekalipun, Dia akan selalu ada, menjaga dan melindungi hatimu dari diburu rasa sepi. 


Saat sepi bertandang lagi,
Kekuatan hati diuji lagi,
Wahai hati, cubalah kau bersabar,
Mungkin tiada siapa yang mengerti,
Namun yang pasti ada Dia menemani,
Dengan rahmatNya, Dia titipkan kekuatan untuk kau harungi jalan berliku ini,
Dengan kasihNya, Dia lemparkan rasa sayang dalam hatimu,
Begitu lembut sekali Dia menyapamu,
Melenyapkan segala kesepian yang menghuni hati.

Jika di saat kau jatuh dan lemah, mereka semua memalingkan muka darimu, kau rasakan tidak punya sesiapa pun tempat untuk mengadu, jangan kau lupa bahawa Allah sentiasa menanti waktu kau mengadu  padaNya dalam setiap sujud, dengan tangis dan sedu di hatimu. Biacaralah padaNya segala keluh kesah di hatimu dalam setiap tahajud malam mu. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar.

Lantaran hati, usahlah terlalu mengharap pada manusia. Mungkin mereka boleh membahagiakan, tapi mungkin juga boleh menyakitkan. Namun, janganlah pula bersedih hati jika apa yang kau harapkan dari mereka tidak seperti yang kau inginkan. Ingatlah, setiap mereka punya kekurangan serta kelebihan. Begitu juga dengan dirimu. Maka, terimalah itu dengan ikhlas. 



Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini,
Biarlah walau sekuat mana ia goyah dek lemahnya benteng iman,
Namun, tidak akan sekali-kali hati ini melupakan Engkau,

Ya Allah, peganglah hatiku ini,
Agar walau sehebat mana ia dikecewakan,
Namun, ia tetap menyedari bahawa tiada kasih yang lebih agung  melainkan Engkau,

Ya Allah,
Aku tidak akan pernah berputus asa dengan jalanMu,
Dalam kepayahan, aku akan cekal,
Dalam kesukaran, aku akan tenang,
Dalam ujian apapun yang harus ku lalui, aku akan tabah,
Kerana ini yang mengajar aku makna sebuah kehidupan,
Titipkanlah padaku kasihMu Ya Allah,
Agar mampu ku harungi hidup ini dengan rahmat dan kasih dariMu.









0 Komen:

Join Contest,

IntaNBerlian Mega Giveaway 2013

February 01, 2013 MS SEHA 6 Comments




Klik banner untuk sertai.

Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk terus kat blog IntaNBerliaN ya.

Link Sponsor 

Apa tunggu lagi!! Jom ramai-ramai sertai giveaway ni. 
Banyak hadiah menarik yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang..hihi..


Menarik kan?..^__^ 

Tarikh tutup: 28 Februari 2013





6 Komen: