Jom join

Segmen Cik Lyeen Review Blog

April 12, 2013 MS SEHA 2 Comments




Saya dah join. 
So, cepat-cepat join ye, mana tau berpeluang di review oleh Cik Lyeen :)

Nak JOIN. Tekan banner cepat-cepat :)

Done.

2 Komen:

Jom join

Segmen: 1000 Followers!

April 12, 2013 MS SEHA 22 Comments




Nak join segmen? Klik banner kat atas :)
Untuk info lebih lanjut boleh tengok kat SINI.

Tarikh tamat : 20 April 2012.

22 Komen:

Jom join

DOODLE SEGMENT by MUNIRAH MN

April 10, 2013 MS SEHA 0 Comments




Saya join lagi! Dalam minggu ni tak tahu dah berapa banyak segmen yang saya join. Saja nak memeriahkan segmen-segmen yang dianjurkan oleh para bloggers. Dalam masa yang sama boleh tambah kenalan juga kan, so tak rugi join segmen-segmen ni semua. Kalau bernasib baik, boleh menang hadiah lagi. Oklah, tak boleh nak cerita panjang-panjang. Kita layan dulu segmen ni..hihi..:D


KLIK banner untuk sertai.
Untuk lebih info boleh tengok kat blog willYOU readTHIS?

Tarikh tutup: 5 Mei 2013, 12.00  am.

BUTIR-BUTIR DOODLE

Nama: Syaidah

warna tudung: #736F6E
warna baju: #FBBBB9
warna tali pinggang: #C5908E
warna skirt: #C8BBBE
warna kasut: #FBBBB9
warna handbag: #F95395

OK, done!
 Susah juga nak fikir warna apa yang sesuai, hihi..
tak sabar pula nak tengok hasilnya nanti. 

0 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #9

April 10, 2013 MS SEHA 0 Comments





Muhasabah diri :(



credit pic: facebook.com

0 Komen:

Jom join

BIG GIVEAWAY: Idola Saya by Nurul

April 10, 2013 MS SEHA 0 Comments



KLIK banner untuk JOIN.
Untuk info lebih lanjut boleh tengok kat SINI.

Idola saya:
Mama saya.
Dialah mama, kawan,  cikgu, chef  kesukaan, teman shopping, 
teman tengok tv dan segalanya bagi saya :)

JOM sama-sama meriahkan segmen ni. 

Tarikh tutup: 23 Mei 2013

TAG:


0 Komen:

Luahan hati,

Crying inside.

April 08, 2013 MS SEHA 2 Comments


" Life isn't about how to survive the storm, its about how to dance in the rain"



Hati berbisik, "lap airmatamu, lupakan kesedihanmu". Tidak tahu untuk yang ke berapa kalinya ia harus berkata seperti itu. Memang lumrahnya, hati wanita itu mudah tersentuh, airmata itu seperti ubat buat mereka. Kelihatan diluarnya seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun di hatinya tiada siapa yang tahu. Mungkin juga itu yang dipanggil  'tabah'. Tidak mudah menitiskan airmata di hadapan yang lain sedangkan hatinya sudah dibalut dengan seribu duka lara.

Wanita memang mudah menangis, bahkan kerana hal yang kecil sahaja sudah cukup untuk membuatkan hatinya tersentuh. Memang fitrahnya seperti itu, hati wanita itu lembut namun bukan bermakna mereka itu lemah. Mereka mampu kuat seteguh karang, namun adakalanya apabila hidup diuji dengan kesusahan dan kesedihan pasti ada saatnya airmata itu akan mengalir juga. Mungkin itu sahaja cara yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada insan yang bergelar wanita ..iaitu dengan cara menangis. Setiap titis airmata yang jatuh itu mungkin mampu membawa segala kedukaan yang ditanggung oleh dirinya.

"Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya. Maka, di saat ujian itu datang, mohonlah keampunan dan kekuatan dari Allah. Kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya, maka Dia hadiahkan sebuah ujian agar mereka kembali kepadaNya". Kata-kata penguat yang sering tersemat di hati tiap kali diri ini dilanda sedih.


p/s: Just a simple entry for today. Hopefully bermanfaat. Perasaan tak stabil, emosi agak terganggu. Biasalah, emosi pun ada pasang surutnya juga kan. Ceh, betul ke juga ayat tu, apa-apa je lah..hihi..ok lah, have a nice dream..tadaa..:)

2 Komen:

Jom join

Mega Topup Giveaway

April 08, 2013 MS SEHA 6 Comments




KLIK banner untuk JOIN.


!Assalamualaikum!

Bismillahirahmanirahim..pada hari ini .blog Nabila Biela dan Aisyah Humaira'merasmikan Mega Topup Giveaway. Nama pun topup giveaway, konfemlah hadiah pun semuanya topup. Sebanyak 70 hadiah topup yang bernilai RM5 keatas yang menanti anda! Sebelum tu jom tengok syarat-syarat segmen kali ni:

SYARAT-SYARAT
1) Follow dan like FB pages para sponsor
2) COPY PASTE ENTRY NI dan backlink kan banner di atas ke blog Nabila Biela atau Aisyah Humaira'*salah satu sahaja* #PASTIKAN LINK SEMUA HIDUP
3) Letak link entry tersebut di komen entry Aisyah Humaira' SAHAJA
4) Tamat pada 13/4/3013*seminggu sahaja*

FOLLOW SPONSOR dan FOLLOW G+
Nabila Biela Aisyah Humaira' 1 Aku Penghibur Fieyna Girang 1 Natrah Adnan Tauke Mykedai 1 Sharia Nadirah Fizz Graphic 1 syazlina saad

FOLLOW G+


LIKE FB SPONSOR

SENARAI HADIAH

10 ORANG TOP REFFRAL
RM30 X 1
RM10 X 9

60 ORANG RANDOM
RM10 X 8
RM5 X 52

SEMUA SEKALI 70 ORANG PEMENANG!!

SEGMEN INI DITAJA OLEH:

Mega topup giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Biela dan Aisyah Humaira' dan disponsor oleh  Aisyah Humaira',Fuh dot MyPingje dot orgAku Penghibur,Cikgu HailmiFieyna Girang, Natrah Adnan, Tauke Mykedai , Sharia Nadirah,Nur Alja, Cik Yaya, Mohd Nasir, Ibnuismail Ismail, Arol MubinAien Hermionie,Sare Says dan Nurul Firzanah, nabilah ahmad, shazlina saad, sheila eiman, cik hawa, shaila, Cik amabee, dhia akma, shakirah rosli, heirizaliana yana, honney robbi, asma' sah, aliya, dan dysha sahhir.

6 Komen:

Jom join

MINI GIVEAWAY

April 07, 2013 MS SEHA 3 Comments




KLIK banner untuk join.
Untuk info lanjut boleh terjah kat SINI.

^__^

3 Komen:

Jom join

Saya Mahu Review Blog Korang by Leods

April 05, 2013 MS SEHA 0 Comments













0 Komen:

Islamic,

Terasa Aku Jauh :(

April 05, 2013 MS SEHA 0 Comments




Duduk merenung ke luar tingkap, Subhanallah, indah alam ciptaan Allah ini. Di saat itu, hati tiba-tiba terusik, hampa, menangis dalam diam. Mengenang dosa-dosa silam, sungguh diri ini malu padaMu, Ya Allah :(

Diri diburu resah lagi, memikirkan dalam sekelip mata sahaja Allah boleh memanggilku untuk kembali ke sana. Namun persoalan yang sering bermain di minda, sudah cukupkah bekalan untukku bawa ke sana? Ya Allah, air mata mengalir lagi, sungguh diri merasa terlalu kerdil. Terasa menyesal dan malunya aku kepada Allah. 

Setiap masa aku cuba untuk mengingatiMu, namun ada masanya aku menjadi manusia yang lalai serta alpa. Aku lupa pada tanggungjawab ku, aku ambil mudah perintahmu. Sungguh, aku manusia yang lemah, imanku ini ada turun naiknya. Terasa jauh sekali aku dariMu Ya Allah, jiwa seakan kosong, diri dihimpit bebanan. Maka tika inilah, aku ingat padaMu. Benarlah, ujian itu yang mendekatkan diri kepada Allah.

Sungguh, aku meratap dalam sujud, memohon taubat kepadaMu. Namun, diri disinggahi oleh persoalan lagi, adakah taubatku ini akan diterima oleh Allah sedangkan tidak terkira dosa yang telah ku lakukan sehingga ke hari ini? Air mata jatuh lagi :'( 

Namun akhirnya ku temui jawapannya iaitu,


"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? "

(Surah at-Taubat ayat 104)



"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan  kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki (dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah An-Nahl ayat 119)


Sungguh Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Tidak mampu aku gambarkan dengan perasaan betapa bersyukurnya dan beruntungnya aku di saat ini kerana menjadi sebahagian daripada hamba-hambaNya. Aku sematkan dalam hati, aku akan gunakan peluang yang ada ini untuk mencari semula jalan pulang, iaitu jalan yang diredhai olehNya. Moga setiap langkah ini sentiasa istiqamah, In sha Allah. Amin :)


Every time

You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone

All you see is night

And darkness all around

You feel so helpless you can't see which way to go

Don't despair

And never lose hope

'Cause Allah is always by your side

Insha Allah

Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time

You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Turn to Allah

He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

(Maher Zain : Insha Allah)


0 Komen:

1st Giveaway By Emas Putih

April 04, 2013 MS SEHA 6 Comments


As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu.
Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
 1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
 3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]

copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser




HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st  Cash RM 30 
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

6 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #8

April 03, 2013 MS SEHA 1 Comments




" Smile, because Allah love you " 


p/s: Hal termudah untuk melupakan seketika segala kesedihan adalah dengan senyum dan sematkan dalam hati setiap masa yang Allah sentiasa sayang kita :) Bila sentiasa ingat Allah, pasti hati akan lebih tenang.




1 Komen:

Islamic,

Nikmat Lapang Sebelum Sempit :)

April 01, 2013 MS SEHA 4 Comments




" Lapang sebelum sempit "
" Muda sebelum tua "
" Kaya sebelum miskin"
" Sihat sebelum sakit "
" Hidup sebelum mati "

Tiba-tiba terngiang-ngiang pula bait-bait ayat dalam lagu Raihan yang berjudul "Demi Masa". Muhasabah diri kejap bila dengar lagu tu. Tapi bukan nak kupas pasal lagu pun sebenarnya, cuma tertarik dengan salah satu lirik dalam lagu tu yang kiranya ada kena mengena dengan keadaan sekarang iaitu ayat "nikmat lapang sebelum sempit". Just nak highlight ayat ni je memandangkan situasi sekarang ni yang agak mencabar.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Memang benar lapang itu suatu nikmat. Kalau boleh nak setiap masa, tapi tidak lengkap rasanya jika kehidupan itu harus lapang setiap masa kan. Ada ketikanya pasti akan merasa sempit juga. Sempit dari segi apa pula? Mungkin dari segi masa, kesibukan seharian sebagai pelajar ataupun pekerja. Ada masa hidup itu terlalu sibuk dan ada masa pula agak lapang. Namun perlu diingat ya, benar masa lapang itu nikmat, waktu yang sentiasa diidam-idamkan namun bukan beerti ia boleh disia-siakan begitu sahaja. Maksudnya di sini, masa lapang yang diberi oleh Allah SWT itu kita sia-siakan untuk melakukkan sesuatu hal yang tidak berfaedah dan melalaikan. Seharusnya, masa yang dianugerahkan itu perlu digunakan dengan sebaiknya untuk kita melakukan sesuatu yang lebih mendekatkan kita Allah SWT. 

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."

Begitu juga dengan sebaliknya, dalam kesibukan seharian ambillah sedikit waktu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Jangan jadikan sibuk itu sebagai alasan untuk kita meninggalkan perintahNya. 





p/s: Bila dah merasa dan tahu macam mana rasanya waktu sempit tu, barulah nak hargai waktu lapang yang kadang-kadang disia-siakan macam tu je -.- kena muhasabah diri selalu supaya perkara ni tak berulang lagi. Allah dah bagi nikmat lapang tu kenalah isi dengan baik-baik, jangan buang masa buat kerja-kerja tak berfaedah. Ok dear. Ingat baik-baik pesanan tu ya wahai diri!!..:) 

Just sharing, moga perkongisian ini bermanfaat. ^_^


4 Komen: