Info Untukmu,

Kopi bukan sekadar sedap malah berkhasiat juga ❤

August 29, 2013 MS SEHA 5 Comments




Tidak lengkap rasanya hari tanpa menghirup secangkir kopi kan. Kopi yang sering menjadi minuman pilihan tatkala bersarapan pagi ataupun ketika minum petang bukan hanya sedap diminum tapi juga punya khasiatnya tersediri. Jadi tak hairanlah kenapa orang-orang zaman dulu suka minum kopi. Aroma dan rasa kopi yang tersendiri mampu memikat hati sesiapa saja. Ada yang suka kopi dihidangkan secara panas, dan ada juga yang suka kopi sejuk. Apa pun pilihan anda, aroma dan rasa kopi itu tetap sama.Terkenal di seluruh dunia, minuman kopi ini telah berkembang seiring dengan zaman. Sekarang ni kita boleh jumpa macam-macam jenis perisa seperti Cappucino, Espresso, Latte dan sebagainya. 

Bagi segelitir, mereka menganggap kopi tidak baik untuk kesihatan. Malahan, ada yang tidak menggalakkan pengambilan kopi kerana mampu memudaratkan kesihatan. Kebimbangan ini juga mungkin disebabkan oleh kandungan kafein yang ada pada kopi, namun bukan kopi sahaja yang mempunyai kafein, minuman lain juga mempunyai kafein. Jadi, untuk mengatasi kebimbangan ini ambil lah kopi dengan kuantiti yang sederhana. Jangan berlebihan kerana yang sederhana itu lebih baik. Mengikut kajian, pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana dapat memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kognitif ni berkaitan dengan pemikiran. Selain tu, kajian turut membuktikan kesan pemgambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Pastikan masa mengambil kopi ni, penggunaaan gula juga kurang, tidak perlu lah terlalu manis kerana rasa kopi yang asli itu lebih enak untuk dinikmati. Untuk makluman juga, kopi merupakan salah satu kegemaran Rasulullah SAW selain madu dan susu. Oleh itu, tak da sebab kenapa kita perlu bimbang untuk minum kopi. 

Antara khasiat kopi ialah:

1. Dapat menambahkan tenaga dan menyegarkan.

Kandungan kafein mampu berfungsi sebagai peransang saraf otak, di samping sistem pernafasan serta pembuluh jantung dan darah. Pengambilan kopi yang bersesuaian dapat menyegarkan tubuh badan serta mengurangkan rasa mengantuk. Sebab tu lah, mereka yang nak berjaga sampai lewat malam minum kopi supaya lebih segar dan tak mudah mengantuk.

2. Dapat mengurangkan perkembangan kanser prostat.

Hasil kajian yang telah dijalankan, pengambilan 4 atau lebih cawan kopi boleh menghasilkan anti-radang dan kesan antioksida yang membawa kepada penurunan risiko berulang atau berkembangnya kanser prostat. 


3.Dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Demensia.

Pengambilan 4-5 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Demensia. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa apabila bahan antioksidan dalam kopi digabungkan dengan kafein, penyakit Alzheimer dapat dihalang.

4.Mencegah kemungkinan masalah jantung.

Pengambilan kopi secara tetap, seperti 2-3 cawan sehari boleh mengurangkan risiko masalah jantung.

5.Boleh mengurangkan masalah kemurungan.

Kafein yang terdapat pada kopi boleh mengurangkan masalah kemurungan di kalangan wanita.

Yang saya senaraikan di atas ni adalah antara khasiat kopi yang telah dikaji bagi mengetahui khasiatnya kepada kesihatan dan tubuh manusia. Jadi, kopi ni bukan sahaja sedap untuk diminum tapi berkhasiat juga. Itu sahaja yang mampu saya kongsikan hari ni, penulisan ini sekadar perkongsian. Jika ada fakta-fakta yang tersilap, mohon maaf terlebih dahulu saya ucapkan :)

Bagi penggemar kopi, KEEP CALM AND ENJOY YOUR COFFEE! 

^__^


5 Komen:

Giveaway,

Segmen: Deno Short Giveaway #Part2

August 29, 2013 MS SEHA 16 Comments




Klik banner untuk join.

Mari sama-sama memeriahkan segmen ni. Berlangsung selama 3 hari sahaja, bermula 29 hingga 31 ogos nanti. Jadi jangan lepaskan peluang :). Untuk info boleh tengok SINI.

Selamat bersegmen! ^_^


16 Komen:

wordless wednesday

Wordless Wednesday #10

August 28, 2013 MS SEHA 2 Comments




In shaa Allah one day  ^__^

2 Komen:

Cuti2,

5 tempat yang wajib dikunjungi di Sabah! :)

August 27, 2013 MS SEHA 2 Comments


Assalam dan salam sejahtera semua~

Bertemu lagi di laman maya ni. Hari ni terdetik hati pula nak buat entri pasal tajuk kat atas tu walaupun mesti dah ramai yang buat tapi lain orang lain cara penulisannya kan. Oklah, kebetulan saya ni orang Sabah yang memang tinggal menetap kat Sabah, jadi saya nak memperkenalkan beberapa tempat-tempat menarik yang wajib anda semua pergi bila datang kat Sabah. :)

1. Desa Dairy Farm, Kundasang





Terletak kira-kira 8 km dari pekan Kundasang. Ladang ni mempunyai pemandangan yang cantik dan segar ala-ala kat luar negara tu. Yang suka tempat-tempat sejuk tu, tempat ni memang sesuai untuk anda. Kat ladang ni juga anda berpeluang untuk lihat lembu hitam putih yang macam kat New Zealand tu, tak payah susah-susah nak melancong jauh-jauh, kat Malaysia pun ada..hihi..Selain tu, bagi yang suka minum susu tu, boleh lah singgah kat kilang pemprosesan susu yang terletak kat sana.

2.Pulau Sipadan, Semporna 



Salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila datang kat Sabah adalah pulau. Kat Sabah memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik antaranya Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan sebagainya. Pulau Sipadan ni pula antara pulau yang tercantik di dunia. Terletak berhampiran dengan bandar Semporna. Berhampiran dengan pulau ni juga adalah Pulau Mabul, Antara pulau yang juga cantik di Sabah. So, bagi yang suka dengan laut dan pesisiran pantai , gemar tengok hidupan laut, snorkeling dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan laut, boleh lah berkunjung ke pulau-pulau yang terdapat kat Sabah. Gerenti puasa hati dan happy! hihi..

3.Simpang Mengayau, Kudat




Juga dikenali sebagai 'Tip of Borneo' yang terletak di daerah Kudat. Di sinilah titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan. Kat sini ada satu glob yang besar,yang memang biasa jadi tempat untuk orang ambil gambar. Pemandangan kat sini pun cantik, jadi tak rugi untuk jalan-jalan kat sini sambil tengok laut yang memang luas terbentang. Jadi siapa-siapa yang berkesempatan tu boleh lah datang jalan-jalan kat sini, saya pun dah dua kali ke sini, dan memang best. Kalau ada masa, nak pergi lagi!

4. Rumah Terbalik, Tamparuli



Ok, ni satu lagi tarikan yang ada kat Sabah. Rumah Terbalik terletak kat daerah Tamparuli terkenal sebab kedudukan rumah tu yang terbalik dan semua perabot yang ada dalam rumah tu juga terbalik termasuklah kereta. Just imagine, kita tinggal dalam rumah tapi semuanya terbalik. So, kalau nak rasai pengamalannya, boleh lah berkunjung kat sini. Di sini juga disediakan kemudahan cafe, tandas dan kedai menjual souvenir.

5.Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Sandakan


Labuk Bay ni merupakan kawasan pemeliharaan Monyet Proboscis. Tempat ni terletak di tengah-tengah hutan bakau. Kalau nak rasai sendiri pengalaman lihat monyet ni secara dekat, datang lah kat sini. Anda juga mungkin berpeluang tengok monyet ni makan. Memang riuh masa monyet-monyet ni makan, ada yang sampai bergaduh berebut makanan. Apapun, tak rugi melawat kat sini. Bukan sahaja dapat tengok monyet tu tapi pemandangan sekitar pun cantik sebab dikelilingi dengan hutan yang hijau.

Untuk info tentang tempat-tempat menarik kat Sabah boleh rujuk:

Oklah. Selamat cuti-cuti Malaysia!

^_^

2 Komen:

Giveaway,

Giveaway 2013 By Jaja

August 26, 2013 MS SEHA 0 Comments


Klik banner untuk join :)

Banyak hadiah menarik ditawarkan, so jangan lepaskan peluang. Mari sama-sama meriahkan giveaway ni, ada masa lagi.Untuk info lebih lanjut, boleh tengok kat SINI.

Harap-harap ada rezeki nak menang salah satu daripada hadiah yang disediakan. Kalau tak berjaya pun tak apa, yang penting dah cuba :)

Sebelum saya akhiri, 3 hadiah yang saya nak: Keychain, polaroid camera, dan voucher RM40 for Pizza Hut.

^_^

0 Komen:

Jom join

Segmen Blogwalking MERDEKA bersama Ayuinsyirah

August 26, 2013 MS SEHA 15 Comments



Klik banner untuk join


Selamat malam~

Berjumpa lagi malam ni, memandangkan saya ni dah lama merehatkan diri dari join mana-mana segmen jadi hari ni saya nak join segmen ni. Tengok syarat-syarat penyertaan pun mudah ja.

Oklah, negeri kelahiran saya ialah Sabah, negeri di bawah bayu. Salam kenal. :) Jom sama-sama kita meriahkan segmen ni. Boleh klik SINI untuk info lebih lanjut.

^_^

15 Komen:

All about me n my blog,

Meet my Superhero ♥

August 23, 2013 MS SEHA 0 Comments



Assalam, Hi readers! Selamat malam :)

Tajuk entri gempak tak? hihi..  Superhero saya tu agak-agak siapa ya. Ok, ni bukan entri berunsur jiwang atau cinta cintun dan saya juga bukan nak cakap pasal "my love" or apa-apa yang berkaitan dengan tu melainkan saya nak memperkenalkan kucing kesayangan yang paling saya sayang di dunia. Nampak ayat tu betapa sayangnya saya dengan makhluk berbulu gebu yang comel ni..hihi..siapa-siapa yang ada kucing tu mesti fahamlah macam mana perasaan ada kucing di rumah. Tengok dorang tidur dah boleh buat saya gelak-gelak seorang diri, macam orang tak betul je saya rasa.



Meet my first superhero! 
Ni nama di Upin. Walaupun dia ni abang tapi dia sangat manja dari adik dia. 
Tapi dia ni pendiam, tak bising macam adik dia..hihi..

And this my second  superhero! Nama dia ni Ipin. Haa, ni dia adik si Upin tu.
Muka suci ja kan tapi dia ni sangat nakal dan sangat bising bila tiba masa nak makan.

Oh ya, kenapa Ipin dan Upin?
Yang tu kena tanya adik saya, sebab dia yang bagi nama tu.

Siapa yang paling saya sayang?
Ok, tu susah nak jawab. Sebab aku sayang dua-dua!



oh, saya rasa sungguh penat dan mengantuk hari ni. :)






Tu antara gambar-gambar yang sempat di snap, nasib baik dorang dua ekor ni beri kerjasama dengan baik..hihi..Tapi apa-apapun, saya bersyukur sebab dipilih untuk jaga dua ekor kucing ni. Rasa beruntung sangat. Tak fahamlah kenapa ada sesetengah orang tu yang tak suka kucing, dan ada pula yang sanggup nak seksa makhluk Allah yang indah ni. Kalau setakat mencuri ikan seekor tu apalah sangat sampai kena seksa teruk-teruk. Tak berhati perut langsung! Maaflah, emosi pula tiba-tiba. Memang sedih bila dengar dan lihat pasal kucing-kucing yang kena seksa. Tapi apa-apa pun, moga dibuka pintu hati mereka-mereka yang suka menyeksa haiwan ni supaya sedar yang haiwan macam kucing pun layak dilayan dengan baik kat dunia ni.


So, tu sajalah untuk malam ni. Untuk semua pencinta kucing, stay happy dengan kucing-kucing korang, ok..hii..:D

0 Komen:

Info Untukmu,

Fill your silence with zikir. Mari berzikir!

August 23, 2013 MS SEHA 0 Comments




Salam Jumaat. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin memadangkan sekarang ni masih lagi bulan Syawal kan. Apa-apa pun, semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelum ni. Bersempena dengan hari Jumaat hari ni, hari yang penuh dengan berkat marilah kita sama-sama mulakan hari ni dengan melafazkan zikir, Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar,  memuji-muji kebesaran Illahi. Pada yang belum mulakan lagi tu, jom lah. Mulai hari ni, saat ni kita jadikan amalan zikir ni sebagai satu amalan utama yang kita perlu buat setiap hari. Kalau kita boleh update status kat facebook setiap hari, update blog hari-hari, kenapa tidak kita jadikan zikir itu peneman kita setiap masa. Zikir bukan ketika solat sahaja, berzikir boleh dibuat bila-bila masa dan di mana-mana saja malahan tengah shopping pun kita boleh zikir, kalau tak nak lafaz kuat, cukup lafaz dalam hati. 

Zikir juga pengikat kasih kita dengan Allah s.w.t, lebih banyak kita berzikir, lebih dekat kita dengaNya. Zikir itu sendiri merupakan perbuatan mengingati Allah s.w.t dengan menyebut namaNya melalui perbuatan, lidah ataupun hati. Zikir juga mampu menjadi penawar hati buat hati-hati yang gelisah. Amalan ini juga merupakan kaedah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sebagai salah satu cara untuk menenangkan jiwa.

Allah telah berfirman: "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Ar-Ra'd:28]




Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ 

Antara 10 kebaikan berzikir:
  • Menjadi benteng daripada syaitan.
  • Dilimpahi keredaan Allah s.w.t.
  • Dimurahkan rezeki.
  • Dapat membangkitkan aura sahsiah peribadi murni.
  • Hampir dengan Allah s.w.t dan diangkat darjat.
  • Dapat menghidupkan dan menjernihkan hati.
  • Dapat mengelakkan diri dari sifat mazmumah.
  • Mampu membina fikiran yang positif dan dinamik.
  • Bersedia hidup penuh berani dan diberi kekuatan.
  • Menenggelamkan sifat munafiq.



Itu sahajalah perkongsian hari ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat, tulisan itu juga ditujukan khas untuk diri ini semoga menjadi peringatan agar melaksakan setiap apa yang disampaikan. Moga diri ini istiqamah. Amin :)


0 Komen: