Jom join

Segmen Up-kan Follower dan Menang Hadiah!

October 14, 2013 MS SEHA 5 Comments



SEGMEN UP-KAN FOLLOWER DAN MENANG HADIAH


*KLIK BANNER*

Syarat-syarat penyertaan:
1. Copy paste coding dan letakkan kedalam entri anda.
2. Klik iklan untuk fiqa. [KLIK]
    *satu je pun. tak banyak. :3
3. Ikut syarat sponser:

4. DONE! cukup la tu kan syarat nya. so simple meh. KLIK SINI UNTUK KE SEGMEN!
SELAMAT MENYERTAI SEGMEN DAN MENAMBAHKAN FOLLOWER!

Due Date Segment:
a week, from 11/10/2013 to 16/10/2013 (any changes will be inform later)


5 Komen:

Giveaway,

Birthday Giveaway by Blog Rabiatul Rahim

October 13, 2013 MS SEHA 6 Comments


Klik banner untuk join.

Jom sama-sama meriahkan giveaway ni. Nak info lebih lanjut boleh tengok kat [SINI].

Tarikh tutup: 20 Oktober 2013

^__^


6 Komen:

All about me n my blog,

Rasa nak rebah, tapi masih cuba untuk bertahan.

October 12, 2013 MS SEHA 0 Comments




Assalam & Selamat malam~

Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan untuk buka blog setelah berkurun lamanya ditinggalkan sepi blog ni. Sebelum ni tahan hati ja tak buka blog..huhu. Masuk semester baru sebagai pelajar tahun 3 make my life so busy.Actually, semester ni dengan semester sebelum ni lebih kurang ja tahap kesibukan tapi untuk sem ni lagi lagi banyak benda nak di urus sebab next sem saya akan pergi latihan industri. So, sem ni kena urus dah untuk LI nanti..huuu..I can not imagine macam mana nanti, hopefully semuanya berjalan lancar.

Kehidupan seorang pelajar ni bukanlah susah sangat pun kalau kita pandai nak urus. Cuma kadang-kadang tu minda kita yang pengaruhi diri kita sampai kadang-kadang kita rasa hidup sebagai pelajar ni sangat men'stress'kan. Assignment, kuiz, exam tu semua perkara biasa yang akan dilalui oleh semua pelajar. Tak dah beza pun, setiap pelajar pun lalui perkara yang sama tapi yang membezakan ialah bagaimana seseorang tu melalui semua tu, maybe ada yang anggap semua tu senang ja, tapi ada juga yang rasa susah. Semua ni terpulang lah dengan individu tu sendiri macam mana dia nak tangani.

'Rasa nak rebah, tapi masih cuba untuk bertahan'.Perasaan tu yang sedang wujud dalam diri saat ni, kadang-kadang saya persoalkan juga "kenapa banyak sangat kerja ni"? "mampu tak saya nak buat semua ni"? bila nak siap ni? helloo....persoalan apakah itu, dah nama pelajar, dan dah tanggungjawab pelajar tu untuk belajar so no point lah untuk persoalkan kenapa banyak sangat kerja yang perlu dibuat. Buat ja la kerja tu sungguh-sungguh ya. Rasa penat, rasa nak putus asa tu tolak jauh-jauh kat tepi, jangan biar perasaan-perasaan 'negatif' tu datang dekat time tengah semangat nak siapkan kerja.

Susah macam mana sekalipun kehidupan ni, walaupun kadang-kadang kita rasa macam tak mampu, rasa nak mengalah, nak tak nak kita kena hadapi juga. Selagi Allah masih izinkan kita bernafas kat muka bumi ni, selagi tu lah kita kena teruskan hidup. Hidup ni kan satu perjalanan, jadi tak kanlah kita nak terus stay ja, dan tak nak melangkah. So, keep calm and move on!!




Bila rasa putus asa tu datang, rasa penat,  nak nanges, kecewa, rasa nak rebah dan tersungkur, cakap macam ni kat diri..."Allah bagi ujian sebab Dia tahu aku mampu hadapinya ".....practice and practice setiap kali "rasa-rasa" negatif tu datang...in sha Allah, Allah pasti akan tolong settelkan semua masalah-masalah tu.


Sharing is caring  ^__^


0 Komen: