Random,

Wordless Wednesday #11

February 12, 2014 MS SEHA 1 Comments





Alhamdullilah. Thank you Allah for everything :)


1 Komen:

Bingkisan Hati,

Perancangan Allah Jauh Lebih Baik :)

February 11, 2014 MS SEHA 3 Comments



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=560074627407669&set=pb.242230492525419.-2207520000.1392128810.&type=3&theater



Manusia merancang tetapi pengakhirannya segala perancangan itu hanya Allah SWT yang menentukan. Sudah tentu kita mengharapkan dan menginginkan yang terbaik dalam hidup namun adakalanya perancangan kita tidak berjalan dengan lancar seperti apa yang kita mahukan. 

Sebaik mana pun perancangan kita, namun sesungguhnya perancangan Allah SWT itu jugalah yang lebih baik.Walaupun pada pandangan kita sebagai seorang manusia apa yang berlaku dalam hidup kita bukanlah seperti apa yang kita inginkan namun teruslah percaya bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terindah dan terbaik untuk kita. 


Mungkin ada masanya kita merasakan bahawa takdir seakan tidak menyebelahi kita, hidup terasa begitu susah, diuji dengan pelbagai cubaan tetapi siapa tahu di sebalik semua yang kita lalui itu ada hikmah yang telah Allah SWT titipkan. Bukan DIA tidak mengetahui isi hati kita, sudah tentu Allah SWT mengerti kesedihan hati hamba-hambaNya apabila perancangan yang diimpikan tidak berjaya. Bukannya Allah SWT mahu menzalimi hamba-hambaNya namun semua itu telah ditakdirkan seperti itu kerana Allah SWT mahu hamba-hambaNya kembali dekat kepadaNya semula. 

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui bahawa hati-hati yang kecewa, jiwa yang menderita suatu masa akan pulang semula kepadaNya. Sudah tentu ujian-ujian yang kita lalui juga akan membuatkan kita menjadi manusia yang lebih kuat dan tabah di masa hadapan. 
 
Maka bersyukurlah sekiranya diri kita ini diuji dengan ujian kerana itu tandanya Allah SWT masih sayang kepada kita. DIA mahu melihat kita menjadi seorang hamba yang apabila diuji dengan kesusahan, tidak akan mudah mengalah dan berputus asa dan apabila perancangan yang telah dirancang tidak tercapai seperti yang kita inginkan, kita tidak akan merasa sedih ataupun kecewa melainkan terus bersangka baik dengan Allah serta perancanganNya.

Wallahu a’lam. :) 

3 Komen: