Giveaway,

First Giveaway 2015

January 31, 2015 MS SEHA 10 Comments





Assalamualaikum and peace upon you. ^^


First Giveaway 2015

Senarai Hadiah.


Top Refferal.
  • 1 set Beauty Product x1 by Merlyn
  • Topup RM5 x1 by Sheila
Random.
Good luck! ^_^

10 Komen:

Resepi,

Egg Tart.

January 30, 2015 MS SEHA 3 Comments



Assalammualaikum dan selamat malam. Hari ni sekali lagi nak berkongsi resepi memandangkan cuti ni rajin pula mencuba macam-macam resepi, sangat lah free kan cuti ni padahal masih ada tesis yang menunggu..hehe.. So, kemarin saya dah cuba buat tart telur dengan bantuan sepupu saya..thanks to her sebab tolong. Alhamdulillah, menjadi juga! Oklah, tak nak cerita panjang-panjang. Jom baca macam mana nak buat ya.

Bahan-bahan:

Untuk crust/shell:

290 g tepung gandum
170 g majerin/mentega
1 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
50 g gula aising





Cara-cara:

1) Pukul marjerin/mentega dan gula hingga gebu.
2) Masukkan telur dan pukul lagi pada kelajuan yang perlahan. Kemudian, tambahkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
3) Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
4) Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tart. Kemaskan dan buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart.




Untuk filling:

1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
3 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
sedikit air panas

Cara-cara:

1) Larutkan gula dalam air panas.
2) Pukul telur bersama susu cair.
3) Kemudian masukkan larutan gula tadi dan gaul hingga sebati.
4) Tapis adunan untuk membuang lendir-lendir telur.

Langkah seterusnya.....

Tuang larutan filling ke dalam tart shell yang belum dibakar. Kemudian, bakar di dalam oven pada suhu 180 - 200°C selama 25 - 35 minit.



Inilah hasilnya
.
.
.
.
.
.


sebab ni percubaan yang pertama jadi tak lah perfect sangat rupa dia tapi rasa memang sedap..hihi..





sebab my cousin request nak warna lain, so cuba lah buat warna lain..colourful gitu..hihi..


Oklah, terima kasih sudi baca dan singgah. Selamat mencuba. :)





3 Komen:

Resepi,

Biskut Coklat Chip.

January 27, 2015 MS SEHA 1 Comments



Assalammualaikum..hari ni terlebih rajin pula nak kongsikan satu resepi yang saya belajar masa praktikal hari tu..resepi ni simple dan senang ja untuk disediakan.


Bahan-bahan:

500 g mentega
200 g gula perang
2 biji kuning telur
600 g tepung naik sendiri
4 tsp soda bikarbonat
4 tbsp serbuk koko
200 g coklat chip
200 g badam (dicincang)
4 tbsp susu UHT

Cara-cara:

1) Pukul mentega dengan gula perang hingga kembang dan gebu.

2) Masukkan kuning telur dan gaul hingga sebati.

3) Masukkan campuran tepung, soda dan serbuk koko yang telah diayak bersama, diselang seli dengan coklat chip     dan badam cincang.

4) Kemudian, masukkan susu UHT.

5) Setelah adunan siap, bulatkan dan tekan dengan garfu untuk meratakan adunan.

6) Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit. 

7) Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas.




Tadaa...ni lah hasilnya yang tak seberapa tapi alhamdulillah siap juga..hihi..







1 Komen:

Novel,

Raudhah.

January 27, 2015 MS SEHA 0 Comments


Assalammualaikum.

Waktu cuti ni lah baru berkesempatan nak baca novel, salah satu hobi waktu lapang ni. Lama dah tunggu, dapat juga baca novel ni. Memandangkan saya boleh dikatakan salah seorang peminat novel karya Ramlee Awang Murshid, so memang tak nak lepaskan peluang untuk beli novel ni walapun lama dah ada kat pasaran, kemarin baru lah sempat nak beli. Overall jalan cerita memang menarik.  Tapi yang paling menarik adalah novel ni penuh dengan pengajaran dan mesej-mesej yang tersendiri. Bukan sekadar bacaan kosong. Ilmu dan dakwah turut diselitkan dalam novel ini untuk kita hayati. Tak nak cakap banyak, nanti bacalah sendiri ya..hehe..:)
"Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah tidak pernah menutup ruang keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang sujud dan kembali kepada-Nya. Inilah tanda kasih Allah terhadap makhluk yang bernama manusia"





0 Komen:

Info Untukmu,

It's time for al-Kahfi.

January 23, 2015 MS SEHA 4 Comments



Bismillahirrahmnirrahim. 

Assalammualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah, dah hari Jumaat rupanya. Cepat masa berlalu lagi-lagi bila tengah cuti ni, tak terasa dah seminggu cuti. Memandangkan cuti ni tak sibuk sangat maka agak rajinlah diri ni nak berkongsi sesuatu pada hari ni. Hanya nak berkongsi tentang kelebihan membaca surah al-Kahfi. Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang kelebihan surah tersebut, tetapi hanya ingat saling ingat-mengingati, manalah tahu ada yang terlupa kan. 

Surah al-Kahfi mempunyai seratus sepuluh ayat dan memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi daripada fitnah Dajal jika menghafal 10 ayat terawal. 

Antara hadith mengenai kelebihan surah al-Kahfi:


Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”

 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”

 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]




Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”


 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]




Baiklah, setakat itu sajalah perkongsian untuk pagi ni. Semoga ianya bermanfaat untuk semua. Salam Jumaat dan selamat memperbanyakkan ibadah. :)




4 Komen:

Jom join,

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

January 16, 2015 MS SEHA 8 Comments



Assalam dan selamat malam.

First entri untuk tahun ni. 
Sila join semua :)



Klik banner untuk join.


p/s: azam tahun ni nak rajin update blog..harap-haraplah berjaya..hehe..:)


8 Komen: