Giveaway,

Giveaway 1.0 by Ena

August 29, 2015 MS SEHA 10 Comments



Bismillah, Assalammualaikum.

Happy Weekend!





Klik banner untuk join.


Jom join dan support first giveaway dari Ena. 


Giveaway ini akan berlangsung dari 

28 OGOS - 8 SEPT 2015


Good luck! :)




10 Komen:

Giveaway,

GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI

August 27, 2015 MS SEHA 12 Comments



Assalammualaikum. Comelnya banner giveaway ni sebab tu teringin nak join. Dah join pun!..hihi..Jom meriahkan giveaway ni, masih sempat lagi nak join.



[KLIK]

 Klik banner untuk join giveaway


Hadiah untuk giveaway ini adalah


1 x Voucher RM50 dari Emel Melinda Looi  & Wang Tunai RM20 + Product from Crabtree and Evelyn



Tarikh tutup Giveaway adalah pada 31 Ogos 2015 jam 12TghMalam


Saya Tag:

12 Komen:

Info Untukmu,

6 Perkara Perlu Elak Untuk Tidur Lena

August 26, 2015 MS SEHA 8 Comments


Bismillah. 

Assalammualaikum. Selamat malam. 

Baru-baru ni ada baca dalam Majalah Mingguan Wanita pasal perkara yang perlu dielak agar dapat tidur yang lebih lena. Memandangkan tidur malam yang lena tu penting supaya badan kita dapat rehat yang secukupnya jadi saya nak share apa yang saya dah baca tu, mana tahu berguna untuk mereka yang susah nak tidur lena.



6 perkara yang anda perlu elak agar tidur lebih lena ialah:


1. Telefon bimbit

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan peralatan elektronik seperti telefon bimbit atau menonton televisyen sebelum tidur mampu menganggu waktu tidur malam anda. Elakkan dari menggunakan apa juga teknologi setidak-tidaknya satu jam sebelum tidur.

Boleh kah tak tengok telefon bimbit sebelum tidur, macam susah ja nak elak ni sebab sebelum tidur memang wajib akan tengok telefon bimbit, check whatsapp, main game dan sebagainya..hihi..






2. Ubat

Mengambil sesetengah jenis ubat seperti ubat anti tekanan memberi kesan yang kuat terhadap tidur. Begitu juga dengan beberapa jenis ubat tahan sakit yang membuatkan perut berasa tidak selesa sehingga menyebabkan anda susah melelapkan mata.

Sepanjang pengalaman ambil ubat sebelum tidur tak dah juga masalah macam ni, lagi lena tidur adalah..hihi.. mungkin tengok jenis ubat juga kot.





3. Kopi

Kopi mengandungi 80 hingga 120 miligram kafein bagi setiap cawan. Kafein yang masuk ke tubuh mampu bertahan sehingga 12 jam sekali gus membuatkan tubuh sentiasa berasa segar dan bertenaga.


Paling susah nak elak ni. Tak tidur lena pun tak apa lah, asalkan dapat minum kopi!
I love coffee..:D







4. Teh

Selain kopi, teh juga merupakan sumber kafein. Mungkin boleh gantikan dengan minuman lain seperti susu.





5. Coklat

Coklat juga mempunyai paras kafein yang tinggi disebabkan kandungan koko yang banyak di dalamnya termasuklah sejenis bahan yang dikenali sebagai theobromine. Ia dipercayai berfungsi sebagai perangsang malah terbukti berupaya meningkatkan denyutan jantung sekali gus menyukarkan untuk tidur pada waktu malam.





6. Tekanan

Seeloknya, 30 minit sebelum tidur cuba lapang dan tenangkan fikiran. Lupakan apa sahaja masalah yang menyesakkan pemikiran anda.





Saya tak tahu sama ada cara ni berkesan untuk anda atau pun tidak sebab lain orang lain caranya kan. Saya cuma berkongsi semoga ada manfaat untuk siapa-siapa sahaja. Good luck! Semoga dapat tidur dengan lena. :D 





8 Komen:

Lagu Terbaik,

Lirik Lagu Fynn Jamal - Suatu Pernah

August 26, 2015 MS SEHA 1 Comments


suatu pernah

verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...
verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.


chorus

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

(repeat chorus)

bridge

pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah


suatu—
pernah.

[credit]






p/s: Deep lagu ni. First time dengar kat hotfm hari tu, rupanya lama dah lagu ni. Lagu Fynn Jamal tak pernah tak best..:)




1 Komen:

Islamic,

Tips Cantik dan Sihat Cara Islam

August 25, 2015 MS SEHA 2 Comments



Bismillah. 


Assalammualaikum. 


 madu




Siapa yang tak suka cantik, semua orang pun nak cantik kan. Allah juga sukakan kecantikan. Tapi tak da guna juga cantik kalau tak sihat kan, so kalau nak cantik luaran, dalaman juga perlu sihat. Ada macam-macam cara sebenaranya nak sihat dan cantik dan salah satu cara adalah dari segi amalan kita dan cara pemakanan kita. Bagaimana cara kita jaga tubuh badan kita, apa yang kita makan, berkhasiat atau pun tidak. Nak paling senang, kita boleh jadikan cara Rasulullah SAW sebagai contoh dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.


" Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan."
(Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).


Antara amalan Rasulullah SAW adalah:



Madu


Rasulullah SAW mengamalkan pengambilan madu pada waktu pagi sebelum sarapan dengan cara mencampurkan dengan air sejuk. Selain manfaat untuk kesihatan, penggunaan madu juga boleh mencantikkan kulit muka. Boleh gunakan madu sebagai scrub atau pencuci muka. 


Tidak makan dan minum berlebihan

Rasulullah SAW tidak makan dan minum secara berlebih-lebihan sepertimana dalam ayat al-Quran yang bermaksud " makan dan minunlah dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raf, ayat 31).


Puasa sunat Isnin dan Khamis 

Rasulullah SAW mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyeimbangkan kesihatan.


Bersih dan rapi

Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi pada setiap hari Khamis atau Jumaat.


Bangun sebelum Subuh

Antara hikmah bangun sebelum Subuh adalah mendapat pahala serta udara segar pada waktu subuh juga dapat membantu menguatkan akal fikiran.


Pemaaf

Jadilah seorang yang pemaaf kerana sifat ini dapat menenteramkan jiwa.

"Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian itu termasuk perbuatan yang mulia"
(Al-Quran 42:43)


Tidak Pemarah

Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatNya agar tidak marah jika mahu kekal cantik kerana kesihatan dan kecantikan bukan hanya pada luaran, bahkan dalaman juga iaitu kebersihan jiwa.










Sumber: Majalah Dara.com


2 Komen:

Giveaway,

Giveaway 1.0 by Hernee Nazir

August 24, 2015 MS SEHA 12 Comments


Assalammualaikum. Join giveaway lagi.




Klik banner untuk join.


Giveaway berlangsung dari 21 Ogos 2015 sehingga 31 Ogos 2015 
(jam 11.59 malam)


Banyak hadiah-hadiah menarik menanti anda!


Good luck..:)



12 Komen:

ogos,

Dilema.

August 23, 2015 MS SEHA 6 Comments






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 Assalammualaikum.









Rindu pula zaman belajar dulu. Dulu masa belajar tak sabar-sabar pula nak cuti. Dilema sungguh lah.


Tips dari saya agar anda tidak dilema ketika cuti:

  1. Pastikan internet sentiasa ada. (tak wajib pun kena ada ni..hihi)
  2. Buatlah aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, join kursus atau program, ikut kelas masakan, atau sebangainya.
  3. Cari kerja part time.
  4. Buat blog. Bagi yang tak tahu nak buat apa tu, buat la blog. Boleh lah keluarkan bakat-bakat menulis yang dah lama terpendam tu..hihi.
  5. Last but not least, paling senang pun, kalau dah dilema sangat, tak tahu da nak buat apa waktu cuti, tolong la mak ayah buat kerja kat rumah, kemas rumah, cuci kain baju, memasak..kan banyak kerja tu. 




Pilihan di tangan anda!. :D



p/s: Disebabkan banyak masa lapang, jadi sekarang ni saya dah aktif berblog semula, Jadi, kepada siapa-siapa yang nak, bolehlah tinggalkan link URL blog anda untuk saya follow dan blogwalking..hihi..



6 Komen:

Food,

Tempat Makan Seafood Best Kat KK, Sabah.

August 20, 2015 MS SEHA 6 Comments



Bismillah.

Assalammaualaikum. hai! Terlebih rajin pula hari ni nak menaip entri baru. Biasalah orang tengah tunggu anggur nak berbuah ni memang banyak masa lapang. :D

Siapa suka makan makanan laut sini? Kalau saya, suka juga lah cuma tak lah minat sangat, tapi kalau ada yang nak belanja memang suka juga lah..hihi..ok-ok, back to the topic, untuk yang tak pernah pergi Sabah lagi, kat Sabah ni memang terkenal dengan tempat makan makanan laut. Ada beberapa tempat makan makanan lautan yang memang terkenal dan biasa dikunjungi oleh pelancong dari luar dan juga dalam,



Pasar Malam Sinsuran/ Pasar Malam Filifina

Salah satu tempat yang memang popular kat Kota Kinabalu sebab makanan laut kat sini murah-murah dan ada macam-macam jenis makanan laut. Saya tak tahu la semurah macam mana, orang yang cakap..hihi.. sebab walaupun saya ni dah duduk kat Sabah tapi tak pernah sekali pun pergi kat sini..sedihnya. Pasar ni terletak dekat dengan jalan so senang lah kalau nak cari. Biasanya pasar ni buka waktu petang, memang masa-masa yang paling sesuai untuk lepak-lepak dan makan kan. Start buka dari jam 5.30 petang hingga jam 11.00 malam.





 Anjung Selera, Tanjung Lipat, Likas.

Antara tempat kegemaran juga ni bagi mereka yang nak makan makanan laut. Selain itu antara keistimewaan tempat ni adalah dapat makan sambil tengok pemandangan yang cantik sebab terletak berhampiran dengan laut dan view memang cantik terutama sekali bila nak sunset. Memang cantik! Tempat ni pun buka waktu petang juga, pagi dorang tak buka. Bukan setakat makanan laut, kat sini pun ada juga gerai-gerai makanan lain macam ayam bakar, burger bakar dan sebagainya, Sebab dah berapa kali pergi sini, komen saya untuk tempat ni, makanan sedap, view cantik, harga berpatutan dan paling best dekat tempat ni ada trek jogging..so lepas makan tu boleh lah buat-buat jogging, buang kalori sikit..eh..hihi..








Gayang Seafood Restaurant, Tuaran

Terletak 28km daripada Kota Kinabalu. Restoren ni kat atas bukit, memang besar dan luas, kawasan berhampiran pun memang dikeliling oleh bukit so pemandangan memang cantik lah. Nampak hijau ja..hihi..Sebelum makan kita sendiri kena pilih makanan laut yang kita nak dan cara masakan, nak goreng ka, masak 3 rasa atau sebagainya. So, kena tunggu la untuk seketika waktu sebelum menikmati makanan laut yang segar-segar ni. Restoren ni beroperasi  dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Boleh lah pilih nak pergi pagi ka malam, dua-dua pun ok. Kalau saya, lagi suka pergi petang-petang sikit sebab nak tengok pemandangan cantik..dari tadi asyik cakap pasal pemandangan kan..hihi..









Oklah, 3 tempat ni ja dulu saya nak share. Banyak lagi sebenarnya tempat makan seafood kat Sabah ni. Korang google ja la ya..hihi..Bagi penggemar makanan laut, kalau datang Sabah, boleh lah berkunjung kat tempat-tempat tu.





 6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi yang Best!



6 Komen:

Segmen

Segmen "Meh Sally Nak Review"

August 20, 2015 MS SEHA 17 Comments




Klik banner untuk join Segmen "Meh Sally Nak Review"


Segmen ini akan berlangsung dari 
20th-30th August 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 



17 Komen:

Segmen,

SEGMEN KLIK-KLIK NUFFNANG

August 20, 2015 MS SEHA 3 Comments



Bismillah,

Assalammualaikum.



Klik banner untuk join.


 Jom cepat-cepat join segmen yang menarik ni. :)



3 Komen:

Giveaway,

Giveaway Wallet By Opzzpinky

August 16, 2015 MS SEHA 12 Comments






Klik banner untuk join. 


Selamat berjaya. :)



12 Komen:

ogos,

Throwback Biskut Raya 2015.

August 15, 2015 MS SEHA 0 Comments





Bismillah,

Assalammualaikum.


Ada apa dengan biskut raya? Penting sangat ka. Kalau tak da biskut raya, raya tak jadi ka? Kalau tanya pendapat saya of course lah saya cakap raya tak meriah kalau tak da biskut raya. Tapi tak semestinya raya tu tak jadi kalau tak da biskut raya cuma dah jadi kebiasaan kan sejak dari dulu biskut raya memang akan ada setiap kali hari raya. biskut raya tu ibarat penyeri rumah waktu raya.Mana-mana rumah mesti akan ada dua tiga balang biskut raya, tak kisahlah yang buat sendiri atau beli. Sekarang ni lagi dah macam-macam jenis biskut raya yang ada kat pasaran, tinggal nak tunjuk ja yang mana satu. Tapi tu lah, walaupun beli lagi senang tapi buat biskut raya sendiri sebenarnya lebih seronok dan memuaskan sebab bagi saya bila kita buat sendiri kuih raya tu baru lah ada suasana nak raya. Lagi-lagi bila buat ramai-ramai satu family, kan best macam tu. Lagi satu, kita boleh buat ikut suka hati yang kita nak, nak letak apa yang kita nak, berapa banyak, terpulang dengan kita yang penting jadi dan sedap..kalau tak jadi, tak dapat lah nak tolong, belilah kat kedai..hihii..


Oklah, panjang pula intro. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya buat biskut raya untuk raya tahun ni ni. Alhamdullillah tahun ni Allah masih beri kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dan seterusnya dapat merayakan bulan Syawal dan Alhamdulillah juga tahun ni  saya dapat habiskan pengajian saya kat universiti sebelum raya so memang best la sebab ada masa untuk buat biskut raya. Kalau sebelum-sebelum memang tak lah, tahun lalu ada praktikal, dapat la cuti raya seminggu. Tapi tu pun tak sempat nak buat apa-apa sebab sehari sebelum raya baru dapat cuti. Jadi tahun ni memang tak nak sia-siakan peluang dan masa yang ada,

Saya tak pernah buat biskut raya pun sebelum ni, dulu pernah lah tapi tu pun tolong mak tapi disebabkan keinginan yang kuat nak cuba buat biskut raya sendiri tahun ni, saya cuba la google cari resepi cari kat buku dan kat mana-mana. So, saya jumpa dua resepi kat buku. Satu tu biskut Almond London. Ok, yang ni mesti ramai yang dah tahu kan. Tiap-tiap raya memang wajib kena ada. Tengok rupa macam susah tapi bila dah buat senang ja rupanys cuma kena sabar..hihii.. sebab nak celup biskut tu kat dalam coklat, lagi-lagi bagi saya yang tak mahir ni, memang lambat lah nak siap. Tapi bila dah siap dan nampak hasilnya, memang puas hati la..hihi..

Untuk resepi yang kedua, saya buat yang paling simple dan cepat siap, biskut cornflakes madu.Ok, kuih ni seriously senang ja nak buat, campur ja semua bahan-bahan dalam periuk dan paling penting sekejap ja dah siap. Bahan-bahan pun tak banyak. So, memang senang lah. Ini memang antara biskut kegemaran saya, tiap-tiap raya, mesti cari ni dulu, jadi tahun ni saya buat sendiri pula. Nak juga rasa air tangan sendiri kan..hihi..

Raya tahun ni buat 2 resepi dulu, in sha Allah raya-raya akan datang  boleh tambah resepi lagi.Sebelum tu, saya nak share resepi untuk kedua-dua biskut.  Bila-bila masa pun boleh cuba buat ni. Kedua-dua resepi ni saya rujuk dalam buku resepi Kek & Biskut Chef Hanieliza. 



Resepi Biskut Badam Manis (Almond Sweeties)

Bahan A
  • 250 g mentega
  • 160 g gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 g badan kisar
  • 300 g tepung gandum
  • 60 g tepung jangung

Bahan B (Hiasan)
  • 100 g coklat putih
  • 250 g coklat masakan
  • Acuan kertas hitam
  • Gula-gula manik hiasan

Cara Membuat
  1. Mentega dan gula digaulkan hingga lembut.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaulkan.
  3. Masukkan badam kisar, tepung gandum dan tepung jagung, kemudian gaul rata.
  4. Buatkan seperti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170o C selama 10 minit.
  6. Bakar selama 20 minit ataupun sehingga masak. Sejukkan dalam loyang.
  7. Cairkan coklat masakan cara double boiler dan celupkan biskut.
  8. Masukkan biskut dalam acuan kertas. Biarkan beku.
  9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
  10. Pamkan atau lorekkan coklat putih atas biskut yang sudah dicelupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut kesukaan.
  11. Apabila biskut suda sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Cornflake Madu Chocolate Chip


Bahan A
  • 100 g mentega
  • 50 g gula kastor
  • 8 sudu makan madu

Bahan B
  • 200 g cornflakes (dikisar)
  • 100 g chocolatechip
  • 100 g almond flake (Dipanggang)

Bahan C (Hiasan)
  • 100 hingga 150 keping acuan kertas kecil
  • 100 g chocolate rice

Cara Membuat

  1. Panaskan bahan A sehingga mentega cair. Tutup api.
  2. Masukkan bahan B dan gaulkan rata.
  3. Sudukan dalam acuan kertas kecil.
  4. Hiaskan dengan coloring rice atau chocolate rice.
  5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170o C selama 8 hingga 10 minit.
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Beberapa tips membuat biskut:


  • Jarakkan adunan biskut di Loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
  • Panaskan ketuhar sebelum membakar biskur. Selalunya mengambil masa 15 minit. Masa bergantungkepada ketuhar yang anda gunakan.
  • Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan biskut benar-benar sejuk bagi menggelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup
  • Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan di dalam bekas kedap udara.



Sumber: Buku resepi Kek & Biskut Chef Hanieliza



Belanja gambar sikit. Memang plan nak buat almond london tapi yang ni almond london versi coklat putih sebab last minit cari bahan hari tu, puas cari merata tempat coklat masakan tu tapi tak jumpa. Punyalah sedih tapi guna coklat putih pun sedap juga sebenarnya ok..hihi..

















6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi yang Best!





0 Komen:

Insomnia.

August 12, 2015 MS SEHA 2 Comments



Bismillah,

Assalam.



What happen to me?? Tak boleh tidur!!! Ok, jarang-jarang berlaku sebab selalu awal lagi dah tidur. Mungkin juga terlebih minum kafein hari ini sampai tak boleh tidur. Tapi dulu time study biasa juga tidur lambat ni, kadang-kadang sampai pagi tak tidur gara-gara nak siapkan assignment dan part paling menyedihkan bila kau harap esok paginya cuti tapi rupanya ada kelas pukul 8 pagi..*nangis dalam hati ja lah*..T_T. 



1.55 AM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1.58 AM
.
.
.
.
.
.
.
2.20 AM



Ok,apa-apa pun, walaupun mata masih segar kena juga tidur ni. 



Sebelum tu, nak share doa agar mudah tidur.


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ 
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.



LOL
Mungkin ni juga salah satu sebab. .hihi..


SELAMAT TIDUR.





2 Komen:

Jom join,

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

August 03, 2015 MS SEHA 2 Comments





Jom sama-sama meriahkan segmen ni. 

Klik banner untuk join.



:)

2 Komen: