GA,

Mini Giveaway by Myra & Ina

November 23, 2015 MS SEHA 18 Comments




Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

18 Komen:

GA,

GIVEAWAY: 100 FOLLOWERS CELEBRATION BY ZANNA GHAZALI

November 19, 2015 MS SEHA 18 Comments



Assalammualaikum. Selamat malam.


Klik banner untuk join.


Jom ramai-ramai join dan support giveaway ni. 

Tarikh penyertaan:
19 - 29 November 2015

Selamat berjaya. ^_^



18 Komen:

birthday,

Officially 23!

November 19, 2015 MS SEHA 22 Comments


Assalammualaikum. Morning!

Kemarin secara rasminya saya dah 23 tahun. Dah tua rupanya diri ni..hihi. Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini. Bila dah dewasa ni da tak da lah sambutan macam zaman budak-budak dulu. Tapi tetap happy sebab bila ingat balik tarikh 18 November tu lah saya dilahirkan ke dunia ni oleh mak dan itu adalah hadiah terbesar dan paling berharga dalam hidup ni. Tak da hadiah pun tak apa. Tiba-tiba touching pula pagi-pagi ni..hihi..

Walaupun tak da celebration besar-besaran kemarin, tapi mama ajak jalan dan sebagai hadiah dia nak belanja makan. Mak cakap makan lah apa ja yang saya nak, ni yang tak boleh dengar ni. Kalau bab-bab makan, memang senang hati la..hihi..


Happy birthday to me!
So, this is my kind of birthday celebration. Keluar makan dengan family. Enjoy the food. :D

Tak minta lebih cuma berdoa semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk keluarga saya supaya saya sempat untuk bahagiakan mereka. Mana tau lepas ni saya pula ganti belanja dorang makan kan..hihi..



Terima kasih Allah atas segalanya. 



22 Komen:

november,

Wordless Wednesday #9

November 18, 2015 MS SEHA 4 Comments




Semoga kita belajar untuk bahagia walau duduk seorang diri dan 
merasakan Allah sentiasa bersama kita - Prof Dr Muhaya. 


4 Komen:

bloglist,

Segmen Bloglist Meletop Sheila Inspire

November 17, 2015 MS SEHA 9 Comments


Assalammualaikum.

Jom join segmen bloglist ni. :)




Klik banner untuk join segmen.

IG: syaidahseha

Tarikh tutup: 22 November 2015 (11.59 pm)

Selamat bersegmen.




9 Komen:

All about me n my blog,

Susah Nak Faham.

November 15, 2015 MS SEHA 10 Comments


Kadang-kadang,

ada masanya sakit itu tak boleh nak dijelaskan walau dengan kata-kata.
tak mampu nak luah dengan air mata.
tak mampu nak kongsi.
tak mampu nak marah.
Nak dibuang juga tak mampu.

......tak boleh nak buat apa-apa.

Kita sedih,
kita menangis,
kita kecewa,
orang bukan faham pun apa kita rasa.

Tapi kita tetap juga cari manusia.
Tetap juga lebihkan manusia.
Tetap juga berharap mereka akan faham.

Tetapi hakikatnya tidak.

Sedangkan Allah menunggu-nunggu untuk kita datang kepadaNya,
Luah kepadaNya.
Menangis kepadaNya.

Kerana hanya DIA yang sentiasa tahu apa yang kita rasa.
Walau sedalam mana sakit yang kita sembunyikan.
Dia tetap tahu dan rasa.
Sebab Allah itu Maha Memahami.


Lalu apa harus kita lakukan?

Berdoa lah.
Bersujud lah padaNya.


Mohon untuk jadi seorang yang kuat.
Tidak lemah saat disapa ujian.
Bangkit setelah kecewa.


....dan moga terhapus segala rasa sakit dan kecewa.





"kita pun tak faham kita ni dah kenapa" -_-

10 Komen:

Random

[00.00]

November 15, 2015 MS SEHA 9 Comments







I hate the feeling.

The feeling when you are sad but you have no idea why.

The worst part is I can't do nothing to stop it.




Dear Allah,

forgive me.

Please remove all this unwanted feeling away from my heart.

:(



9 Komen:

Jom join,

segmen kembara misteri burung hantu

November 07, 2015 MS SEHA 12 Comments




Assalammualaikum.


Hai! Jemput join semua Segmen Kembara Misteri Burung Hantu. Segmen ni berlangsung selama 7 hari sahaja. So, cepat-cepat ok..hihi..Klik banner di bawah untuk join ya.




Selamat bersegmen. 


Good luck. 

12 Komen:

bloglist,

Be On Fixqrimalek's Bloglist

November 05, 2015 MS SEHA 2 Comments



Asssalammualaikum.






Jom join. :)
Klik banner untuk join.


Tarikh Tutup: 30 November 2015.


Tag: 



2 Komen:

Bingkisan Hati,

Kongsi.

November 05, 2015 MS SEHA 8 Comments



Assalammualaikum.


"Bila ada masalah atau something berlaku dalam hidup, carilah seseorang yang kau selesa untuk cerita dan kongsi semua. Mungkin ahli keluarga atau kawan kau. Kalau dorang tak dapat tolong pun, at least dorang boleh jadi pendengar, jadi tak perlulah kau nak simpan sorang-sorang kan."







Saya berharap saya boleh nasihatkan diri saya macam ni. -_-


Tapi, bukan semua orang begitu kan. Ada juga yang senang nak berkongsi masalah atau perasaan yang sedang dia alami dengan orang lain, tapi ada juga yang lebih suka pendam perasaan sendiri-sendiri sebab kadang-kadang lagi dia cerita, lagi orang tak faham apa yang dia alami..huhu..


Kalau susah sangat nak kongsi dengan orang, kongsi dengan Allah. Dia yang Maha Mendengar. Ceritalah semua apa yang kau rasa, luahkan semua pada Dia. Kau nak nangis, nangislah. Allah tahu apa yang kau rasa. Kau sedih, kau marah, kau kecewa, kau gembira..semua tu Dia tahu.


Jangan pendam.




p/s: Just a short entry, tak da idea nak tulis panjang-panjang. Sejak akhir-akhir ni status-status kat Fb macam mengena pula kat hati...ka saya yang tak perasan selama ni..hihi..:D





Sealamat malam. 



8 Komen:

argan oil,

Review Produk: NOMA Pure Organic Argan Oil

November 03, 2015 MS SEHA 4 Comments



Assalammmualaikum. Selamat malam.


Pernah dengar tak pasal minyak argan? Mungkin ada yang dah tahu dan dah pernah dengar pasal minyak argan ni kan. Bagi yang belum tahu, sedikit info pasal minyak argan iaitu minyak argan berasal dari pokok argan yang tumbuh di Morocco dan  minyak yang dihasilkan adakah dari biji buah argan tersebut.



Apa istimewanya dengan minyak argan ni?

Dari info yang saya baca, minyak argan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh didapati dalam makanan seperti minyak sayuran, buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti mana yang sedia maklum, vitamin E ni bersifat antioksidan yang sememangnya baik untuk penjagaan kulit. 


Bagaimana vitamin E dapat membantu mencantikkan dan meyihatkan kulit?

1. Membantu penyembuhan kulit.
2. Membantu melindungi daripada pancaran matahari.
3. Membantu membaikpulih parut, jerawat, jeragat, dan kedutan pada kulit.
4. Membantu mengekalkan kelembapan kulit.
5. Membantu memperlahankan proses penuaan.
credit


Berbalik kepada produk tadi. Antara kelebihan NOMA Pure Organic Argan Oil ialah:

  • 100% minyak argan asli, bebas dari sebarang bahan kimia.
  • Dapat melincin dan melembapkan kulit.
  • Boleh dijadikan sebagai make up based. 
  • Membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
  • Mengurangkan lingkaran bawah mata.
  • Menghilangkan bekas-bekas strectch mark bagi wanita selepas bersalin.

Cara penggunaan NOMA Pure Organic Argan Oil:

  • Cuci muka terlebih dahulu. Kemudian, titiskan minyak pada tangan, sapu dan ratakan pada kulit muka. Urut perlahan-lahan sehingga minyak meresap ke dalam kulit.
  • Boleh juga disapu pada rambut, bibir dan kuku.
  • Boleh digunakan bila-bila masa, malam atau pagi sebagai pelembap. 


Untuk sesiapa yang berminat nak cuba dan beli produk ni, bolehlah contact kat bawah ni:

FB: Nadia Omar

















Ni yang saya beli, baru juga nak cuba sebenarnya. Baru 2 hari guna, saya guna sebelum tidur, sapu kat muka dan bawah mata. Serius memang best guna kat kulit. Rasa licin dan lembut ja kulit bila bangun pagi. Eyebag pun macam dah kurang sikit..oklah, tu sedikit testimoni dari saya..hihi.. Kalau nak rasa sendiri macam mana, cubalah ya.


4 Komen:

Join Contest,

Izzat Azhar buat Review Blog

November 03, 2015 MS SEHA 12 Comments



Assalammualaikum.


First, thanks to owner blog sebab jemput join contest ni. Memang dah lama tercari-cari segmen yang buat pasal review blog sebab nak sangat blog saya ni direview oleh blogger-blogger yang hebat, nak tahu juga apa yang kurang dan boleh diperbaiki dengan blog saya ni..hihi.. So, harap-haraplah terpilih. 

Second, I like the banner. Bukan sebab nak ambil hati tapi memang ikhlas suka dengan banner ni. Simple tapi menarik..hihi..




Ok, tak nak cerita panjang-panjang. Seperti biasa, saya nak ajak anda semua untuk join contest ni. Klik banner untuk join ok. hii..:D


Nak tahu lebih lagi pasal contest ni, boleh tengok kat SINI. All the best!! 

12 Komen:

GA,

AisyaAzman's Birthday Giveaway 1.0

November 03, 2015 MS SEHA 6 Comments


Assalammualaikum.




Klik banner untuk join. 


Hai! Jom sama-sama support dan join bagi memeriahkan lagi giveaway pertama yang dianjurkan oleh cik Aisya Azman sempena hari kelahiran dia. Hadiah yang ditawarkan memang sangat menarik especially untuk sesiapa yang suka benda-benda yang comel. Macam rugi pula kalau tak join..hihi..






Ini adalah antara hadiah-hadiah tersebut. Comel kan..hihi. Ada beberapa lagi hadiah-hadiah yang boleh dimenangi. Kalau nak tahu lebih lagi tentang hadiah giveaway ni, boleh tengok kat SINI. Macam mana? Rasa tertarik dan teringin tak nak join..hihi. Kalau ada masa dipersilakan untuk join ya. 


Untuk syarat-syarat penyertaan pula, boleh tengok kat SINI.


Tarikh tutup : 15 November 2015 (Jam 12 am)



Good luck! :)

6 Komen:

dessert,

Santai di Nunpat Ocenus, KK.

November 01, 2015 MS SEHA 10 Comments


Assalammualaikum. Hello November!



Saya bukanlah penggemar aiskrim tapi kadang-kadang terasa juga nak makan something yang boleh menenangkan perasaan dan melupakan seketika semua perkara yang kurang menyenangkan, nampak sangat tengah jiwa kacau sekarang..hihi..


Berbalik kepada cerita, setelah sekian lama merancang nak ke Nunpat ni sebab sebelum ni nampak banyak orang share pasal tempat ni kat instagram, jadi agak tertarik juga untuk pergi tengok sendiri apa yang menarik ada kat sana. Jadi, akhirnya tercapai juga hajat di hati nak pergi sana hari ni. :D


Ok, first impression bila masuk ja kafe ni, memang agak menarik. The decoration is very unique. Memang sesuai dijadikan tempat untuk santai-santai dan lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Pemandangan kat sana juga agak cantik, menghadap laut.


Apa yang istimewa kat sini adalah dessertnya, they called it BINGSU, ada pelbagai jenis perisa dengan topping yang berbeza. Ada banyaklah, tak ingat dah nama-nama dia semua..hihi.. Actually dessert ni lebih kurang macam abc juga. Mungkin abc versi korea kot..hihi..






So, beginilah rupa Bingsu yang saya ceritakan tadi tu. Ni nama dia Cheese Bingsu. Sedap, tak manis sangat. Cheese Bingsu dan Honey Lemon. What a perfect combination! hihi..






Kalau nak makan dessert ni better kongsi dengan siapa-siapa, dengan family atau kawan-kawan sebab nanti tak dapat pula nak habiskan sorang-sorang sebab mangkuk dia memang besar dan kuantiti dia memang agak banyak...hihi..





Overall, semuanya ok. The dessert is delicious. Next time nak try Green Tea Bingsu pula. Yummy!!








NUNPAT, kafe pencuci mulut Korea yang pertama di Malaysia.

Dekorasi dalam kafe. (credit)





I just love weekends. It is the only time that I can relax, forget about everything and just eat, eat, eat and eat...hihi..


Good night. 



10 Komen: