Emotion,

Healing.

March 31, 2016 MS SEHA 6 Comments



Assalammualaikum. Hai. 


Kebelakangan ni saya selalu sangat terbaca post-post yang sedih kat tumblr dan twitter. Kadang apa yang dorang tulis mengena juga kat hati..hihi..Sabarlah ya. Hidup ni memang tak pernah menjanjikan untuk sentiasa bahagia. Ada masa kita akan rasa sedih juga. Kecewa, sedih, patah hati, siapa yang tak pernah rasa semua tu. Bukan kita nak pun semua tu terjadi tapi percayalah ada sebab kenapa kita perlu lalui semua tu. 


Dari semua kekecewaan tu lah kita belajar untuk bangkit semula dan mungkin jadi seorang yang lebih kuat dari sebelum ni. Kita boleh sedih, menangis atau buat apa sekalipun untuk luahkan apa yang kita rasa tapi janganlah bersedih lama-lama. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Jadi bangkitlah dari kesedihan masa lalu, dah belajarlah untuk bahagia walau sendiri sekalipun. Putus cinta, patah hati sebab cinta bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya. Bangkit setelah kecewa itu adalah yang penting.


Banyak cara sebenarnya nak sembuh setelah kecewa tapi tu terpulang dengan diri masing-masing juga. Kalau saya, menulis adalah salah satu cara untuk saya lepaskan semua yang saya rasa. Sebab saya kalau nak bercakap atau luahkan dengan orang lain memang tak pandai. Lain yang nak cakap, lain yang terkeluar..hihi..kalau dulu pula bila saya rasa sedih saya suka post kat facebook kata-kata hikmah atau quotes. Kadang bukan nak orang baca pun, saja nak bagi semangat dengan diri..hihi

Macam mana nak sembuh/bangkit semula setelah kecewa? 

1. Fokus dengan cita-cita atau matlamat/goals hidup. 

Kalau sebelum ni ada sesuatu yang awak nak buat atau capai, ini lah masa untuk awak fokus semula dan buat sampai berjaya. Kalau yang belum ada apa-apa goals tu, so it is time to start thinking! :D

2. Buat sesuatu yang awak minat dan suka sendiri.

Menyanyi, melukis, menari, menulis, memasak atau apa-apa saja yang boleh buat awak gembira semula atau mungkin boleh cuba sesuatu yang baru, yang awak tak pernah buat sebelum ni contohnya pergi hiking, panjat gunung Kinabalu ka atau ikut rancangan masakan..hihi..Enjoy yourself!


3. Keliling diri dengan orang-orang yang sayang awak.

You are not alone! Ingat tu. Walau macam mana teruk sekalipun awak rasa kecewa, bersyukurlah selagi awak masih ada keluarga dan kawan-kawan di sekeliling yang sentiasa sayang awak. So, selagi ada masa, jangan sia-siakan mereka yang sayang awak. Sayang mereka macam mana mereka sayang awak. Luangkan masa dan buat perkara yang menyeronokkan dengan mereka. Pergi bercuti dengan family, jalan-jalan cari makan sama-sama, travel dengan kawan-kawan. Kan best tu! tiba-tiba rasa macam nak packing pula sekarang ni. :D


4. Forgive and forget.

Belajar untuk maafkan diri sendiri dan orang lain dan belajar untuk lupakan. Mungkin cara ni yang paling susah dan ambil masa sedikit. Tetapi bila kita dah maafkan dan buang segala perasaan marah, benci dan sebagainya dari dalam hati. Insha Allah, hati kita akan lebih tenang. 


5. Percaya pada diri sendiri.

Awak kena percaya pada diri sendiri yang awak boleh atasi semua tu. Macam mana remuk pun hati awak, sampai satu masa ia akan pulih juga. Macam orang cakap, bukan saya yang cakap ya, hihi..time will heal. Ada betulnya juga ayat tu. Masa akan menyembuhkan dan percaya bila sampai masanya tu nanti awak akan tersenyum dan fikir betapa kuatnya diri awak dapat lalui semua tu :) 


Tapi paling utama sebenarnya, kita kena muhasabah diri semula. Tengok balik kehidupan kita sebelum ni. Macam mana hubungan kita dengan Allah dan orang-orang sekeliling. Mungkin sebelum ni kita terlampau leka, seronok dengan duniawi sampai kita lupa Dia sebab tu Allah bagi kita rasa kecewa supaya kita ingat Dia balik dan hanya pada Dia sahaja tempat kita berharap dan bergantung.



Apa-apapun kalau kita nak sembuh, minta dan doa pada Allah agar sembuhkan hati kita. Jika kita berikan sepenuh hati kita kepada Allah, tak da apa yang dapat kecewakan kita lagi sebab Allah tak kan pernah tinggalkan hamba-hambaNya.



So selagi diberikan masa dan peluang, gunalah sebaik mungkin untuk kita perbaiki diri kita. Contohnya, dekatkan diri dengan majlis-majlis agama atau dengar ceramah kat tv atau radio. Dari situ pasti ada sesuatu yang kita dapat pelajari. Percayalah, bila dah sampai masanya nanti, pasti akan ada seorang insan yang Allah telah takdirkan untuk hadir dalam hidup, yang dapat menerima awak seadanya dan dialah yang terbaik untuk awak.







Be happy ok! Jom layan lagu kejap :D





credit : 1  2

6 Komen:

bloglist,

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

March 28, 2016 MS SEHA 6 Comments



Assalammualaikum.




Jemput join semua.
Seperti biasa kalau nak join, sila klik banner di atas tu ya.


Segmen tamat 29 March 2016.


Selamat bersegmen. :)

6 Komen:

DIY,

DIY: Deko Bilik Tidur Simple

March 27, 2016 MS SEHA 8 Comments




Assalammualaikum. Hai. 

Dah lama tak menaip entri baru sebab beberapa hari ni sibuk. Sibuk berjalan sana sini..hihi. So hari jumaat tu tiba-tiba datang mood nak deko bilik sendiri memandangkan saya tengok bilik saya tu agak suram. Mungkin perlukan sedikit warna untuk menceriakan lagi hari-hari saya..hihi.. sebenarnya dah lama teringin nak buat benda ni tapi sebelum ni tak da masa..acah-acah busy la sangat kan padahal malas..hihi..

Nak buat deko-deko semua ni sebenarnya tak lah perlukan bajet yang banyak sangat. Guna bahan-bahan terpakai pun boleh juga. Tak perlu la nak membazir beli benda-benda yang mahal. Tapi tu terpulang dengan kemampuan masing-masing lah kan.




Ok antara barang-barang yang perlu ada semestinya gunting, stapler, gam dan kertas. 


















Sebelum memulakan sesi hias menghias ni saya search dulu kat google, idea macam mana nak hias bilik. Memang banyak la, tinggal nak pilih ja mana satu nak guna. So saya pilih yang paling simple dan paling cepat siap iaitu hias bilik dengan hanya menggunakan kertas. Senang, simple dan tak payah susah-susah nak cari barang.

Untuk anda yang merancang nak hias bilik atau rumah pastikan anda tahu terlebih dahulu hiasan macam mana yang anda inginkan jadi tak la bingung nanti kan..hihi..

Setelah bertungkus lumus menggunting-gunting kertas dari pagi ke tengah hari maka inilah hasilnya..hihi..




















Lupa pula nak gambar sebelum dan selepas. Anda bayangkan ja la sendiri ya. Dulu dinding tu kosong ja, tak da apa-apa. Setelah dihias sedikit maka jadilah begitu.. berwarna warni ..hihi..




Oklah tu ja nak kongsi malam ni. Selamat berehat dan selamat malam :)


8 Komen:

1st Giveaway by Semanis Anggur

March 25, 2016 MS SEHA 11 Comments


Assalamualaikum….

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN....

11 Komen:

2016,

BLOGWALKING by CORETANKU

March 23, 2016 MS SEHA 6 Comments


Assalammualaikum.




Sila klik banner untuk join.



Pemenang akan diumumkan pada 01 April 2016.


5 Blog Yang Bertuah akan dipilih secara Random.org Dan akan dimasukkan dalam Bloglist Coretanku Selama 3 Bulan.


Good luck ya :)

6 Komen:

bloglist,

BG-2 ERNA: Bloglist-walking April-Mei 2016

March 23, 2016 MS SEHA 8 Comments


Assalammualaikum.



Sila klik banner untuk join.



Segmen berlangsung bermula 18 Mac 2016 (Jumaat), pukul 12.30 tengah hari sehingga 25 Mac 2016 (Jumaat), pukul 12.30 tengah hari.


Selamat bersegmen semua :)

8 Komen:

Giveaway,

GIVEAWAY by ROS NORDIN

March 13, 2016 MS SEHA 8 Comments



Bismillah.


Assalammualaikum.




Jom kita ramai-ramai support dan memeriahkan lagi segmen dari
 kak Ros Nordin.

Klik banner untuk join ya.


Syarat:

1.Follow Blog  RosNordin ( Yang ini WAJIB ) dan Follow Instagram ( Yang ini Kalau SUDI ) 
2.Buat entry tajuk "GIVEAWAY by RosNordin" Copy banner diatas dan backlink ke entry ini.
3.Dah siap sila letak link korang di ruangan komen entry ini dan tulis sekali hadiah pilihan.


Mudah ja kan syarat-syarat segmen ni. Hadiah pun menarik. 

So apa tunggu lagi. Jom join!! :D



All the best :)


8 Komen:

Jom join,

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA

March 13, 2016 MS SEHA 12 Comments




Bismillah. 


Assalammualaikum.



Terima kasih Nurzulfa sebab jemput saya join segmen ni. Harap-harap ada rezeki lah menang blog terkemas walaupun blog tak berapa kemas sangat..hihi..



Klik banner untuk join.


"There is always something to be thankful for"



Saya tag: 1  2  3  4  5



Jemput join ya semua. Selamat bersegmen.

12 Komen:

mac,

Muffin Coklat Nutella

March 11, 2016 MS SEHA 8 Comments


Assalammualaikum. Hai.

Dah lama tak post pasal resepi-resepi ni. Jadi hari ni saya nak share la satu resepi muffin coklat yang sangat mudah. Tiba-tiba teringin nak makan muffin sebab rindu muffin yang kena jual kat sekolah masa study dulu..hihi..sebab teringin saya pun merajinkan diri untuk buat sendiri muffin ni memandangkan bahan-bahan pun dah ada kat rumah. Tak pernah buat sebelum ni. So this is the first time. Nak tengok jadi ke tak. Kalau tak jadi tak la saya post kan..hihi..

Ok jom tengok bahan-bahan untuk buat muffin ni. Saya bahagikan kepada dua,  bahan A dan bahan B.


Bahan A:

  • 250 tepung gandum 
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B:

  • 60 g mentega cair
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Topping:

  • Nutella
  • Coklat cip
  • Manik urai warna-warni

Cara-cara:

  1.  Ayak bahan A dalam mangkuk.
  2.  Satukan bahan B. Kacau rata.
  3.  Campurkan bahan A dan bahan B.
  4.  Kacau adunan hingga sebati dan rata.
  5.  Masukkan dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
  6.  Bakar pada suhu 175 °C selama 25 - 30 minit atau hingga masak.

Tu ja cara-cara nak buat muffin ni. Senang kan..hihi..untuk topping tu pula terpulang dengan kesukaan masing-masing la nak letak apa. Kalau saya sebab nak cepat, saya guna nutella. Saya masukkan dalam piping bag, tabur coklat cip dengan manik urai warna warni sikit. Lepas tu..siap la!..hihi..


  • Kalau yang suka coklat tu, boleh campurkan sekali coklat cip dalam adunan tepung tadi. Tak da masalah. Lagi sedap muffin tu. 
  • Untuk resepi ni saya tak guna mixer. Just kacau guna sudu ja. 
  • Kalau anda perasaan resepi ni tak guna telur. Yes, ni adalah resepi muffin tanpa telur. Kebetulan telur dah habis kat rumah..hihi..:D
  • Saya bagi nama muffin ni muffin coklat nutella sebab ada guna nutella walaupun tu bukan bahan utama. Saja ja nak bagi cantik nama..hihi..
  • Semua bahan ni memang senang nak cari kat kedai. 

Resepi asal boleh tengok kat SINI.







p/s: Saya ada bagi student saya rasa muffin ni. Sekelip mata ja dah habis...bukan nak puji diri tapi muffin ni memang sedap..hehe. So, you should try to do it. 





8 Komen:

bloglist,

iniblogke Mac16 bloglist

March 08, 2016 MS SEHA 8 Comments



Assalammualaikum.



Klik banner untuk join


Terima kasih atas jemputan. Maaflah baru hari ni dapat join. 


Segmen berlangsung : 1 Mac - 14 Mac 2016


Jemput join ya semua :)


8 Komen:

Emotion,

Unspoken Feelings.

March 06, 2016 MS SEHA 6 Comments



Assalammualaikum.




Sejak akhir-akhir ni bila baca quote-quote kat facebook macam mengena pula kat hati. Macam tahu-tahu pula ya.. hihi.. korang pernah rasa macam tu ka, bila tengah hadapi sesuatu tiba-tiba terbaca sesuatu yang betul-betul mengena dengan situasi dan perasaan yang tengah korang alami..kalau tak pernah tak apa lah, mungkin saya ja kot yang berperasaan seperti itu..hihi..terfikir juga macam mana mereka boleh hasilkan quote-quote macam tu..mungkin juga mereka pernah lalui semua tu sebab kadang-kadang ada perkara yang kita tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata...jadi penulisan adalah salah satu cara untuk ungkapkannya.   

Kadang, saya pun rasa macam tu juga. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata, menulis adalah salah satu cara untuk melepaskan dan melegakan perasaan. Walaupun saya tahu dia tak akan baca juga..ehh..teremosi pula malam ni..hihi.

Untuk penulis-penulis, teruskanlah menulis. Siapa tahu mungkin ada penulisan anda yang dapat memberi semangat dan inpirasi kepada hidup orang lain.  




Selamat malam 

6 Komen:

review,

Hidup.my Jadikan Pencarian Bilik Sewa Lebih Mudah!

March 06, 2016 MS SEHA 6 Comments



Assalammualaikum.


Adakah anda sedang mencari bilik untuk disewa? Mempunyai masalah untuk mencari bilik sewa? Usah risau dan khuatir kerana Hidup.my ada untuk memudahkan pencarian anda. 




Bagi yang belum mengetahui, Hidup.my merupakan rangkaian laman web yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2015. Kebiasaannya laman sosial seperti Facebook atau pun Mudah.my. digunakan untuk mencari bilik sewa namun kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. Oleh itu, Hidup.my dibangunkan untuk tujuan tersebut iaitu untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa yang meliputi seluruh Malaysia. Bahkan bukan itu sahaja, Hidup.my juga boleh digunakan untuk mencari rakan serumah. Menarik bukan?




Bagi yang pertama kali menggunakan laman web ini, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:



1. Uuntuk mencari bilik sewa, anda boleh klik pada pautan "Cari Bilik Sewa"


2. Untuk mencari rakan serumah pula, anda boleh klik "Cari Housemate"


Untuk makluman "Cari Housemate" merupakan ciri yang paling istimewa bagi Hidup.my kerana pengguna bukan sahaja boleh mencari bilik atau rumah sewa tetapi boleh juga mencari rakan serumah. Dengan ciri ini tentunya akan memudahkan lagi mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk memenuhkan bilik atau rumah sewa mereka dan ianya juga berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah. Ini kerana, sekiranya anda mempunyai bilik atau rumah untuk disewa, anda juga boleh menggunakan laman web ini sebagai tempat untuk mengiklankan bilik sewa atau rumah sewa tersebut.

3. Untuk mengiklankan bilik sewa, klik " Iklan Secara Percuma!"



Terdapat 4 langkah mudah untuk mengiklankan bilik sewa. Langkah-langkah pengiklanan adalah seperti berikut:







Bagi memudahkan lagi pengguna di Malaysia yang majoritinya adalah pengguna mobile, Hidup.my juga boleh diakses menggunakan telefon pintar tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi. Ciri ini sudah tentu dapat membantu pengguna mencari bilik atau rumah sewa dengan lebih pantas lagi. 


Pada pendapat saya, dengan kos hidup yang semakin meningkat sekarang Hidup.my merupakan satu laman web yang sangat membantu sekali khususnya bagi mereka yang ingin mencari bilik sewa sesuai mengikut kemampuan masing-masing. 


Oleh itu, jom kongsikan tentang Hidup.my kepada keluarga, rakan-rakan, kenalaan dan sesiapa sahaja yang ingin atau sedang mencari bilik sewa. 


Untuk info lebih lanjut, anda boleh berkunjung terus ke:

Laman web : Hidup.my
Facebook    : Hidup.my


6 Komen:

bloglist,

Segmen #FamilyBlogger

March 02, 2016 MS SEHA 30 Comments



Assalammualaikum.



Klik banner yang cantik ni untuk join


Jemput join semua segmen ni. Jom kita support kawan blogger yang lain. Semoga dapat merapatkan lagi ukhuwah kita semua.

Memandangkan belum ada idea nak tulis apa sekarang ni saya nak join segmen banyak-banyak..hihi..


All the best kepada semua yang join ya!


Saya tag: 1 & 2


30 Komen:

bloglist,

First Segmen Bloglist NURZULFA

March 01, 2016 MS SEHA 13 Comments



Assalammualaikum. Hai!


Jemput join dan support first segmen ni. Jom kita sama-sama memeriahkan lagi segmen ni ya.. hihi..


Klik banner untuk join





13 Komen: