bloglist,

Pencarian Bloglist Jun '16 by Beeha Azman

May 21, 2016 MS SEHA 10 Comments


Bismillah.



Assalammualaikum.


Klik banner untuk join


Tamat: 4 Jun 2016


Jemput join semua :)

10 Komen:

Giveaway,

Iniblogke Preloved Novel Giveaway

May 17, 2016 MS SEHA 4 Comments


Bismillah.


Assalammualaikum. Hello!



http://iniblogke.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html


Untuk peminat novel dan yang suka membaca korang memang patut join giveaway ni sebab hadiah dia memang menarik. 2 blogger bertuah akan memenangi novel Brazil/Momen2 Mat Luthfi. Menarik kan? So tunggu apa lagi. Jom join! hihi.


Untuk info lebih lanjut, sila klik banner.


Selamat berjaya :)


4 Komen:

happy,

Ada Apa Dengan 16 Mei?

May 16, 2016 MS SEHA 4 Comments


Bismillah.

Assalammualaikum. Salam sejahtera.





Tarikh 16 Mei 2016 memang dah jadi salah satu tarikh penting dalam kalendar. Tau tak kenapa? Sebab 16 Mei merupakan Hari Guru. Jangan buat-buat tak tahu pula. hihi.

Cantik tema hari guru tahun ni kan"Guru Pembina Negara Bangsa" :)


Jadi di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua ibu bapa saya yang dah jadi guru terbaik dalam hidup saya. Untuk mak yang juga seorang guru, semoga terus kuat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. 

Selamat Hari Guru untuk guru-guru yang pernah mendidik saya. Guru-guru tadika, guru-guru sekolah rendah, guru-guru sekolah menengah, guru-guru sekolah agama, pensyarah-pensyarah asasi, pensyarah-pensyarah degree. Tak lupa juga guru kelas memandu dan guru kelas memasak. Anda semua adalah guru-guru yang dah mengajar saya banyak perkara dalam kehidupan. Terima kasih sangat-sangat. Ungkapan terima kasih tak akan cukup untuk balas segala jasa kalian semua sebab saya tahu betapa besarnya pengorbanan seorang guru untuk anak-anak murid dia dan betapa susahnya menjadi seorang guru. Kena berdepan dengan bermacam-macam karenah anak-anak murid setiap hari. Oleh itu, untuk adik-adik di luar sana yang masih study, ni akak nak nasihat, tolong hormati dan hargai guru-guru anda ok. Tak dapat bagi hadiah pun tak apa, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih. Tu pun dah bermakna buat mereka. 

Untuk kawan-kawan yang bakal jadi guru, selamat bertugas. Untuk kawan-kawan yang dah jadi guru, teruskan usaha anda mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna untuk masa hadapan. Semoga berjaya semua.

Akhir sekali, Selamat Hari Guru untuk semua guru. Semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan anda semua.


Sekian. Terima kasih.


p/s: selamat hari guru juga untuk diri sendiri. semoga terus kuat mengajar. ewah. hihi.
 

4 Komen:

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

May 14, 2016 MS SEHA 13 Comments



Assalammualaikum. Hai


Dah lama rasanya tak join giveaway ni. Sambil-sambil blogwalking tadi terjumpa givewaway ni. Nampak macam menarik dan tertarik nak join. hihi. Syarat pun mudah ja. Comel sangat banner ni, blog owner ni pun comel juga. So jom semua kita sama-sama join ya. Semoga ada rezeki untuk menang. 



Sila klik banner untuk join





Terima kasih :)



13 Komen:

mei,

Review Blog: Pemenang Segmen

May 10, 2016 MS SEHA 13 Comments



Bismillah.



Assalammualaikum. Hai semua.




Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak buat review blog untuk pemenang segmen yang telah saya anjurkan baru-baru ni. Ada 5 blog yang telah terpilih untuk saya review. First time sebenarnya saya review blog ni. hihi. Ok lah, jom kita baca sama-sama. hihi. :D









Ok yang pertama, blog ~ ~ ~ JunnHaRaa ~ ~ ~. Owner blog ni berasal dari Johor dan seorang ibu. Mula-mula buka, terus tertarik dengan header blog ni. Cantik sangat, bunga-bunga gitu. hihi. Sidebar pun cantik. Tersusun dan tak terlalu crowded dengan widget. Warna yang dipilih pula sejuk mata memandang. Pelbagai cerita dikongsi di blog termasuklah info pasal islam. Resepi pun ada juga. Memang menarik untuk dibaca. Teruskan menulis ya. :)






Blog Sweet Melody memang serius sangat comel dan cantik!Sweet sangat blog ni se sweet nama nya. hihi. Warna pink lagi tu. Owner blog ni mesti suka pink kan. hihi. Header tu pun comel sangat. Memang cantik dan tersusun cara dia hias sidebar tu. Sweet ja tengok. Dari segi pemilihan warna, tak perlu cakap banyak, memang terbaik. Saya sokong sebab suka warna pink juga. hihi. Dari segi entri pula tak kurang hebatnya. Banyak info-info menarik yang dikongsi. Keep it up! :)






Blog seterusnya adalah kepunyaan Mieza Suhaini. Tak kurang hebatnya macam blog-blog yang lain. Simple tapi tetap menarik. Padat dengan pelbagai info dan tips-tips berguna. Memang bermanfaat untuk dibaca. Selain tu, blog ni juga tak terlalu banyak gadget jadi nampak kemas dan tersusun. Tak crowded sangat. Sejuk mata memandang juga. hihi. Font tulisan pun ok, senang nak baca. Pendek kata, blog ni memang awesome. :)




Blog - Amirah Azman - , seorang blogger dari Perak. Suka sangat dengan background hitam tu. Header blog ni memang serius cantik. Simple tapi nampak elegan. Suka combination warna dia. Matching sangat dengan background. Sidebar pun kemas, tak terlalu crowded dengan gadget. Dari segi entri, banyak juga cerita yang dikongsi dalam blog, ada tutorial, tips dan macam-macam lagi yang bermanfaat untuk dibaca. Overall, nice blog dear. hihi. Teruskan berblogging ya. :)




Blog terakhir untuk saya review adalah kepunyaan Syuha Zlkfl. Another simple blog yang awesome. Header cantik, memang suka dengan style header macam tu. Simple tapi masih nampak menarik dan elegan. Plus, suka kata-kata kat header tu "Menulis dari bercakap apa yang dirasa hari-hari". Tak banyak widget dan gadget kat blog ni. So memang nampak kemas sangat. Banyak juga cerita yang dikongsi dalam blog. Secara keseluruhannya, simple tapi still comel. hihi. Teruskan menulis. :)



Oklah setakat itu sahaja yang saya dapat review. Maaflah ambil masa yang lama. Harap korang berpuasa hati ya. Jika ada yang terkurang kat mana-mana harap dimaafkan. Untuk blogger-blogger yang lain sila lah berkunjung ke blog mereka ni. 


Sekian. Terima kasih :)


                  

13 Komen:

bloglist,

PEMENANG MINI SEGMEN BY SYAIDAH SEHA

May 07, 2016 MS SEHA 14 Comments



Assalammualaikum. Salam sejahtera.


Ok seperti yang saya nyatakan dalam entri semalam, hari ini saya nak umumkan pemenang. Dah ada pun pemenang untuk segmen ni. Pemilihan pemenang adalah menggunakan khidmat random.org. 






Pemenang Topup RM10 (2 Pemenang)



Pemenang Blog Review (5 Blog)










Pemenang Bloglist (5 Blog)









Untuk pemenang topup, sila email details anda ya atau boleh juga pm kat fb syaidah naseha

Nama:
Link Entri:
Jenis Prabayar: 
No Telefon:


Untuk pemenang blog review, saya akan maklumkan anda setelah selesai membuat review. Harap bersabar ya. Untuk pemenang bloglist, blog anda akan dimasukkan dalam bloglist saya bermula hari ini. hihi.


Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tak menang, tak apa, boleh cuba lagi next time ya. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi menyertai segmen saya yang tak seberapa ni. Insha Allah next time saya buat giveaway  pula! :D



14 Komen:

bloglist,

MINI SEGMEN TAMAT. TERIMA KASIH!

May 06, 2016 MS SEHA 4 Comments




Assalammualaikum. Hai. 

Selamat Malam :)




Seperti yang dijanjikan saya nak umumkan bahawa mini segmen yang saya anjurkan telah tamat pada hari ini 6 Mei 2016. Terima kasih yang tak terhingga kepada 83 orang peserta yang sudi menyertai segmen ni. Tak sangka pula seramai ni yang ikut. hihi. Apa-apapun korang semua memang awesome!! 

Boleh semak senarai peserta kat bawah ya. Kalau ada url blog yang tak tersenarai, sila maklumkan sebelum saya umumkan pemenang. Insha Allah esok saya akan umumkan pemenang segmen ni. :)


SENARAI PESERTA:

26.http://athibe.blogspot.my/2016/04/mini-segmen-by-syaidah-seha.html



Terima kasih sekali lagi. :D

4 Komen: