Ku tatap langit nan mendung..
Seakan-akan mengerti hatiku kini sedang menangis..
Pilu kembali menggamit dalam hati..
Mulut terkunci tanpa suara..
Hanya bait-bait doa untukmu berbicara dalam hati..
Kujalani hari-hari mendatang...
Walau dada terasa terhimpit....
Kerinduan ini kupendam..
Tersimpan jauh dalam lubuk hatiku...
Ingin kulenyapkan perasaan ini..
Namun sukar sekali rasanya..
Hanya ruangan ini tempat ku curahkan ..
Untuk segala ungkapan rindu yang selama ini tersimpan..
Dan segala sedih di hati yang terpendam....
Ya Allah, jika rindu ini bertatih lagi, aku berharap biarlah untukMu.Andai rindu ini menarik resah, kupasrah kepadaMu.Sesungguhnya aku ini insan yang lemah..yang telah kau kurniakan hati dan perasaan.Kasih dan rinduku pada hambaMu itu biarlah kupendam sahaja,hanya Engkau yang mengetahuinya apa yang sedang kurasakan.Sesungguhnya, andai dia sudah tertulis bukan untukku, maka kau damaikanlah hatiku untuk menerima ketentuan ini. Biakan sahaja kupendam kerinduan ini buat selamanya...
oklah,cukup sampai di sini. Entri hari ni agak jiwang sedikit dengan mood yang bercampur-campur..hehe..Maaf jikalau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sekadar ingin berkongsi dan semoga ianya bermanfaat..sekian..wassalam.
Menuntut ilmu bukan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan , untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai niat yang lain lagi melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullulah SAW bersabda yang bermaksud :
Beradab dengan orang yang memberi ilmu"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka". [HR Tarmizi]Niat iu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka, niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.
Imam Syafie pernah berkata :
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan , menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237Tulis setiap apa yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata:
Rendah diri"Tidak ada seorang pun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]Menjauhi dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]
Alhamdulillah, selesai juga siapkan entri untuk hari ini..Satu perkongsian yang ringkas, dan mungkin ada yang dah tahu dan pernah terbaca..saya cuma post semula saja, dan semoga ianya bermanfaat untuk semua..
Memandangkan hari ini hari pertama kuliah, jadi berharap juga saya dapat refresh balik, betulkan niat semula..ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu bukan kerana apa-apa tapi melainkan hanya ingin mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT...
Berbekalkan niat yang ikhlas, usaha, doa, serta tawakkal kepada Allah SWT disamping mengamalkan adab-adab dalam menuntut ilmu...Insya Allah, pasti kita akan beroleh kejayaan di dunia serta di akhirat juga..amin...
sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/1781-adab-menuntut-ilmu.html
Nak join satu segmen untuk malam ni memandangkan masih tak ada idea nak tulis entri yang baru, jadi jom ramai-ramai memeriahkan segmen ni..ok..:D
Tarik tutup Segmen: Saya bangga menjadi blogger" ialah pada 23 April 2012..
Jadi, jangan lepaskan peluang~~
Sebelum terlupa---> saya blogger dari negeri Sabah, Malaysia...salam perkenalan ^__^
Ok, done..
Terima kasih, Wassalam..:)
Salam kepada semua~ Hari ni sekali lagi nak join segmen disebabkan kerajinan yang melampau...hihi (gelak sendiri2)~~..Tak kisahlah, yang penting gembira..:)
Jadi, jom ramai-ramai join segmen ni, ok :)
Perlukan info yang lebih berkenaan dengan segmen ni,
klik ------> Blog Cik Lisa
Ok, done...:)
Selamat Blogging dan happy selalu...
Wassalam.
Salam to all readers~
Sekali lagi join segmen :D
Sekali lagi join segmen :D
Sesiapa yang berminat nak join dan nak tahu syarat-syarat penyertaan, klik ---->SINI.
Oklah, Selamat Blogging..
Sekian.
Wassalam~
Wassalam~
Salam to all readers~
Anyway, first time join contest macam ni. Sebelum ni cuma tengok kat blog-blog yang lain tapi tak pernah pun ikut serta tapi tiba-tiba pula berminat nak join kali ni..:)
Masa review beberapa blog, terjumpa blog nie..quite interesting, banyak buat contest dan segmen yang menarik untuk para blogger..
Siapa yang berminat nak join segmen kat blog cik LILY ni dan perlukan lebih info,
klik kat -----> SINI
Oklah, Arigatos...Selamat Blogging ^_^
Sekian..Wassalam~
Bismillahirrahmanirrahim~
Saat bibir mengukir senyuman, diri diuji lagi..
Mengapa berat sekali ujian yang Engkau berikan kepada diriku yang lemah ini...
Tidak terdaya, lemah dan lelah yang kurasa namun harus jua ku hadapinya...
Ingin berlari, namun tidak tahu arah yang ingin dituju..
Akhirnya, aku terhenti di sini..
Adakah kau rasa keperitan ini?
Tiada siapa yang dapat menduga apa yang sedang dirasakan oleh orang lain, mungkin secara luarannya dia kelihatan gembira dan sentiasa ceria namun dalamannya, mungkin dia sedang terluka..
Di kala meniti hari-hari mendatang, kita lihat sejenak di sekeliling kita..
insan-insan yang kita kenali, sahabat-sahabat serta keluarga kita...
tanpa kita sedari, mungkin ada di antara mereka yang berada dalam kesedihan, ditimpa dengan musibah..
namun masih jua digagahi diri untuk terus mengukir senyuman di hadapan anda....
Mengapa?
Hanya mereka yang merasakan sahaja yang mengerti...
Tidak pernah menduga..
Tidak juga pernah menyangka..
Yang selama ini tersenyum rupanya menyimpan luka di hati..
Tidak pernah dinyatakan pada sesiapa..
Bukan bermaksud tidak mempercaya..
Tetapi lebih rela diri berduka, asalkan orang sekeliling bahagia...
Bukan ingin mengorbankan kebahagiaan sendiri ,
namun sekadar ingin melihat orang di samping merasa bahagia..
Senyuman manusia itu hanya ALLAH yang tahu ertinya..
Senyum itu mungkin menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakkan waktu senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati...
Tidak tahu apa yang terjadi di saat ini, semua kata-kata yang tercatat bukanlah luahan, namun sekadar berkongsi rasa. Sesungguhnya, diri ini sedar bahawa ALLAH itu sebaik-baik tempat untuk meluahkan segala-galanya, Dia Yang Maha Mengetahui juga Maha Mendengar. Namun bila hati mulai bicara, ingin sekali kucatatkan di ruangan maya ini, sebagai pengurang beban di jiwa.
Kosong, mungkin itu yang kurasakan ketika ini. Ingin sekali aku khabarkan pada dunia bahawa diri ini sedang bersedih, namun siapalah yang ingin mengertinya. Ingin ku katakan pada mereka, hati ini bukan untuk dipermain-mainkan, bukan juga sekadar persinggahan, bukan untuk diremukkan. Tapi tidak mengapa, asalkan mereka bahagia. Aku tidak pernah menyalahkan mereka, mungkin juga salahku sendiri yang masih mentah dalam menilai hati seseorang. Sesungguhnya, aku mengharapkan di sebalik ujian ini ada terselit kebahagiaan yang hakiki buatku. Mungkin belum dapat kurasai sekarang, insya Allah di masa hadapan....
Aku tidak pernah berharap mereka akan mengerti perasaanku, tapi cukuplah mereka ikut tersenyum di saat ku lemparkan senyuman itu..:)..
Sesungguhnya, aku berharap aku mampu menjadi seseorang yang lebih memahami daripada difahami, lebih mencintai daripada dicintai, lebih mengerti daripada dimengerti, lebih membantu daripada dibantu, lebih menolong daripada ditolong, lebih menyayangi daripada disayangi dan lebih membahagiakan daripada dibahagiakan...:)
Sudahlah...Walau sepayah mana sekalipun, aku akan tetap tersenyum..:)
Pergilah segala kesedihan........
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam kepada semua pembaca~
Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
Allhamdulillah, bersyukur ke atas Allah kerana sehingga saat ini kita masih diberikan
nyawa untuk terus bernafas di muka bumi.
Walau hidup ini adakalanya mengecewakan, ditimpa dan dihimpit dengan bermacam-macam ujian namun ingatlah bahawa segala ujian adalah datangnya daripada Allah. Segala kekecewaan, kesedihan yang kita rasakan adalah buktinya Allah masih sayang kepada kita.Allah timpakan kita ujian, membuat kita rasa sedih agar kita kembali dekat kepadaNya semula kerana mungkin sebelum ini di saat kita senang, kita jauh daripadaNya, kita melupakanNya. Oleh itu, jangan pernah merasa putus asa dan kecewa dengan setiap ujian yang mendatang kerana jika kita berputus asa itu tandanya kita tidak yakin dengan Allah.
Kita manusia, hanya mampu merancang namun sebaik-baik Perancang adalah Allah, Dialah yang berkuasa untuk Mengatur semuanya..Pertemuan dan perpisahan semuanya adalah di tangan Allah..Kita tidak punya kuasa untuk mengaturnya. Dalam hidup ini, kita mungkin telah bertemu dengan seseorang yang kita yakin akan bersama-sama hingga ke akhirnya namun sebaliknya terjadi, orang tersebut bukanlah seseorang yang telah ditakdirkan untuk bersama dengan kita. Di saat ini terjadi, apakah yang kita rasakan?...Sudah pasti, ada yang kecewa, sedih dan tidak kurang juga yang menyalahkan takdir. Namun siapa kita untuk menolak semua ketentuan itu. Benar, kita tidak akan terlepas dari merasa kecewa dan sedih namun renung kembali bahawa setiap apa jua ujian atau musibah yang menimpa pasti akan ada hikmahnya.
Dalam hidup ini adakalanya kita dibentangkan dengan beberapa pilihan yang memerlukan kita untuk memilih. Namun, seringkali kita didatangi dengan persoalan seperti ini...
Adakah aku yakin dengan pilihan ini??
Adakah aku yakin dengan pilihan ini??
Banyak perkara dalam hidup yang memerlukan kita untuk membuat pilihan dan bukan semudah itu untuk kita memilihnya, kerana kadang-kadang pilihan yang kita buat mungkin bukan pilihan yang tepat. Kita diberikan pilihan dalam hidup ini, pilihan untuk membuat keputusan, pilihan untuk memilih, pilihan untuk bersuara dan sebagainya.
Setiap waktu kita dihadapkan dengan pilihan, tidak kiralah samada ianya pilihan yang mudah ataupun pilihan yang susah. Walau sesukar mana sekalipun, kita tetap juga harus memilih, namun adakah benar pilihan yang kita buat itu adalah yang terbaik, seperti apa yang kita mahukan??..Jika kita ingin mengetahui samada pilihan yang kita buat itu benar-benar tepat, carilah jawapan tersebut dalam ISTIKHARAH, samada cepat mahupun lambat, kita pasti akan mendapat jawapannya..
p/s : ada perkara di dunia ini yang tak semestinya akan kita miliki seperti cinta 2 insan tidak semestinya akan bersama..kita mengharapkan yang sebaliknya, namun lain pula yang telah ditentukan, redha dan terima ketentuan tersebut adalah bukti kita yakin dan percaya dengan Qada' dan QadarNya....wa'allahualam..
Menyatukan 2 cinta yang tidak mungkin bersama. Mungkinkah ?
Cinta merupakan perkara terindah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya..mencintai dan dicintai merupakan lumrah dalam kehidupan manusia tapi sebesar mana pun cinta kita pada seseorang namun jika telah ditentukan bahawa kita tidak akan bersama dengannya walau sekuat manapun kita cuba untuk mempertahankannya, namun tiada apa yang dapat menghalang ketentuanNya..Dia yang lebih Mengetahui apa yang lebih baik untuk hamba-hambaNya...
p/s : ada perkara di dunia ini yang tak semestinya akan kita miliki seperti cinta 2 insan tidak semestinya akan bersama..kita mengharapkan yang sebaliknya, namun lain pula yang telah ditentukan, redha dan terima ketentuan tersebut adalah bukti kita yakin dan percaya dengan Qada' dan QadarNya....wa'allahualam..
Assalammmualaikum wtb dan selamat malam...
Malam yang sunyi sepi ini, rasa teringin pula jari jemari ini untuk menaip sedikit entri memandangkan di saat ini masih mencari-cari sebenarnya apa yang sepatutnya dilakukan..jadi, daripada saya tidur lebih baik saya tulis entri kan, sekurang-kurangnya ada juga kerja sikit...
Entri hari ini mungkin taklah panjang sangat, cuma sekadar perkongsian semata-mata. Tadi masa tengah belek-belek album lama, terjumpa gambar dengan kawan-kawan masa belajar kat asasi dulu..sebenarnya taklah lama mana pun, baru setahun lebih tinggalkan asasi tapi terasa macam dah bertahun-tahun lamanya sebab sekarang pun dah tak satu kelas dengan kawan-kawan yang satu asasi dulu..
Apapun, alhamdulillah sebab dapat study satu U dengan mereka semua walaupun sekarang bukan classmate lagi sebab ada yang berlainan kos dan ada juga beberapa orang kawan yang dah study kat luar negara...tapi apa-apa pun kesempatan untuk mengenali mereka semua walaupun dalam tempoh masa yang singkat adalah perkara yang sangat bermakna dalam hidup saya...
Kalau nak cerita masa study kat asasi ni, memang panjanglah nampaknya..maybe tak habis cerita kot malam ni..apapun, waktu study ni lah macam-macam perkara yang akan kita lalui...ada pahit, dan manisnya dan ketika ini juga kita mengenal erti persahabatan, dapat kenal dengan kawan baru, tertawa dan menangis bersama adalah perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan...
So,apa-apa pun terima kasih kepada masa lalu, walaupun di saat ini, semua itu hanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah hidup ini namun ia akan tetap bersemadi indah buat selamanya....THE END...thank you..:)
apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama...
maka...
sejauh apapun mereka...
sebanyak apapun rintangan yang menghalangi...
sebesar apapun beda diantara mereka...
sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya...
meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya...
meski mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya...
meski mereka tidak pernah saling bertegur sapa...
PASTI tetap saja mereka akan bersatu....
seakan ada magnet yang menarik mereka...
akan ada hal yang datang...untuk menyatukan mereka berdua....
akan ada suatu kejadian...yang membuat mereka saling mendekat...dan akhirnya bersatu...
namun...
apabila dua orang telah ditetapkan untuk tidak berjodoh...
maka...
sebesar apapun usaha mereka untuk saling mendekat...
sekeras apapun upaya orang disekitar mereka untuk menyatukannya...
sekuat apapun perasaan yang ada diantara mereka berdua...
sebanyak apapun komunikasi diantara mereka sebelumnya...
sedekat apapun...
PASTI...akan ada hal yang membuat mereka akhirnya saling menjauh...
ada hal yang membuat mereka saling merasa tidak cocok...
ada hal yang membuat mereka saling menyadari bahwa memang bukan dia yang terbaik....
ada kejadian yang menghalangi mereka untuk bersatu...
bahkan ketika mereka mungkin telah menetapkan tanggal pernikahan...
namun...yang perlu dicatat disini adalah...
yakinlah...bahwa yang diberikan oleh Allah...
yakinlah...bahwa yang digariskan oleh Allah...
yakinlah...bahwa yang telah ditulis oleh Allah dalam KitabNya..
adalah...yang terbaik untuk kita....
adalah....yang paling sesuai untuk kita...
adalah...yang paling membuat kita merasa bahagia,,,,
karena Dialah...yang paling mengerti kita...lebih dari kita sendiri...
Dialah...yang paling menyayangi kita...
Dialah...yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita...
sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya...dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita...
dan....yang perlu kita catat juga adalah...
Jika kita tidak mendapatkan suatu hal yang kita inginkan...itu bukan berarti bahwa kita tidak pantas untuk mendapatkannya....namun justru berarti bahwa...kita pantas...kita pantas mendapatkan yang lebih baik dari hal tersebut...
kita pantas mendapatkan yang lebih baik...
lebih baik....
meskipun saat ini...mata manusia kita tidak memahaminya...
meskipun saat itu...perasaan kita memandangnya dengan sebelah mata...
meskipun saat itu...otak kita melihatnya sebagai sesuatu yang buruk....
Tidak...jangan terburu-buru menvonis bahwa engkau telah diberikan sesuatu yang buruk....
bahwa engkau tidak pantas....
karena kelak...engkau akan menyadarinya...
engkau akan menyadarinya perlahan...bahwa apa yang telah hilang darimu....
bahwa apa yang tidak engkau dapatkan....bukanlah yang terbaik untukmu...
bukanlah yang pantas untukmu...
bukanlah sesuatu yang baik ..untukmu....
Kerana ALLAH telah menetapkan yang terbaik untukmu...untuk kita...
p/s : cukup cinta dalam diam"......jika kamu sayangkan seseorang itu..hendaklah kamu serahkannya kepada ALLAH dahulu, kerana hanya ALLAH lah yang akan menjaga dia sebaik-baik mungkin, sebelum dia HALAL bagi kamu...so sweeet kan ALLAH untuk kamu, jadi tak perlulah kamu risau tentang dirinya..kerana ALLAH sentiasa melindunginya..selagi mana, kamu tidak pernah lupa untuk mendoakannya dalam solatmu..."
"..jaga IMAN jaga HATI ..peace and smile with IMAN love ISLAM.."
♥♥[^_^]♥♥ May ALLAH bless all of us ♥♥ [^_^]♥♥
sumber : facebook