”Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah:5-6)”
Kehidupan tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan. Namun, sesungguhnya disebalik kesusahan yang menerpa pasti ada hikmah di sebaliknya. Nampak bahagia, kelihatan tenang dan tak pernah rasa 'down' adalah satu rasa yang perlu kita syukuri kerana bukan semua mampu seperti itu. Dengan segala yang menimpa, kita masih mampu tersenyum dan menghadapi semuanya dengan rasa tenang. Itu juga salah satu anugerah daripada Allah swt kepada kita. Setiap kesusahan dan ujian yang Allah swt berikan kepada kita bukanlah bermaksud untuk menyusahkan kita , tetapi sebaliknya tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya. Ketika kita ditimpa musibah, beerti Allah ingin kita lebih dekat kepadaNya, dan ketika masalah menimpa diri, Allah ingin mengajar kita menjadi seseorang yang lebih dewasa dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan.
Kebahagiaan adalah impian setiap orang. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mencapainya. Ada yang bahagia kerana harta kekayaan, ada juga yang bahagia kerana kecantikan, bahagia kerana mempunyai ramai teman, dan sebagainya. Tentunya, setiap individu itu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengecapi kebahagiaan.
Namun, sejujurnya bahagia yang ditemani dengan ketenangan itulah adalah bahagia yang sebenar. Bahagia yang membahagiakan. Tapi, perlu diingat bahawa bahagia itu cuma akan hadir apabila Allah swt mengurniakan rasa itu, rasa yang memberikan kebahagiaan yang menenangkan setiap kali melakukan sesuatu perkara yang mendapat redha dan berkat-Nya. Itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan dan sentiasa ada dalam hatimu.
p/s : Setiap ujian yang mendatang, hadapi ia dengan senyuman. Tenang dan yakin bahawa Allah sentiasa bersamamu... ^__^
Salam sejahtera. Salam perkenalan. Tentunya ramai yang gembira bila tibanya hujung minggu kan. Dah seminggu bergelumang dengan kesibukan di tempat kerja mahupun di sekolah pastinya hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk beristirehat dan bersantai-santai dengan keluarga..
Bagaimana mood anda ketika ini? Sedih, tertekan, kecewa, bengang?? Jangan risau.
Anda mampu mengubahnya. Nak tahu macam mana?....
.
Jom makan...hihi...
5 Jenis Pilihan Makanan Untuk Kembalikan Mood Happy..
Kita tengok siapa yang kena.
Pertama
Coklat
please bite me!!...I am so yummy..opss..:D
Kedua.
Aiskrim
Aiskrim
sweet tak saya, macam orang yang makan ni?...hihi..
Ketiga. Kek
eh...eh...nak rasa sikit, boleh tak?...:p
Keempat. Marshmallow
apesal comel sangat..kan dah kena makan..sorry ^__~
Kelima. Cupcakes
tak sampai hati nak makan tapi nak juga..hihi..^_^
Macam mana, mujarab tak? Kelima-lima jenis makanan yang saya senaraikan tu adalah antara makanan pilihan yang biasa diambil ketika berada dalam mood sedih, tertekan, kecewa dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi makanan yang boleh diambil. Tapi semua tu bergantung dengan individu itu sendiri. Mungkin ada juga yang tak suka, dan ada juga yang suka. Tak tahu lagi sama ada dah terbukti ataupun tidak makanan-makanan tersebut mampu mendatangkan mood happy, cuma pandangan saya sahaja berdasarkan apa yang saya perhatikan dan pengalaman saya selama ni. Mungkin di masa hadapan, akan ada kajian yang lebih mendalam tentang kaitan makanan dengan mood seseorang.
Tapi apa-apapun, mengambil makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak digalakkan kerana kandungan gula dan lemak yang tinggi. Kalau untuk makan sekali-sekala tu, bolehlah tapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
Nak makan boleh. tapi kena berwaspada. Jangan terlebih atau terkurang. Kena sederhana dan seimbang. Semua pun dah tahu kan macam mana nak makan secara seimbang. Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk tubuh badan dan kesihatan anda.
Jadi, itu sahaja untuk hari ini. Maaf sekiranya ada tersilap atau merepek kat mana-mana. Sekadar perkongsian dari hati. Mudah-mudahan bermanfaat. Arigato....◕‿◕
Salam sejahtera. Salam perkenalan.
Harap
semuanya berada dalam keadaan baik☻Kalau berminat nak join..Klik je banner ok..^_^
Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan. Jom tengok dan follow SINI.
♥ FOLLOWERS : 235 ♥
Oklah, selamat bersegmen dan terima kasih.... ツ
Salam perkenalan buat semua..^_^
Jom ramai-ramai kita join segmen ni..
Kalau nak join dan tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan,
klik banner yang comel tu atau SINI
Tarikh tutup segmen : 19 September , jam 11 malam.
Oklah, selamat bersegmen..:)
Tarikh tutup segmen : 19 September , jam 11 malam.
Oklah, selamat bersegmen..:)
Being a student is not as easy as count 1, 2, 3...-.-'
- September 15, 2012
- By Unknown
- 2 Comments
Salam to all readers~ Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan ruang dan waktu untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Malam yang indah dengan hembusan angin yang bertiup lembut. Subhanallah, sangat menenangkan..^_^ . Lama tak update entri. So, bagaimana kehidupan anda yang bergelar seorang pelajar. Ok atau tak ok?..hehe.. Setelah sekian lama bercuti akhirnya minggu ini bermulanya semester baru. Pasti ramai yang teruja nak balik study semula kan, dan tak kurang juga yang mengeluh dalam hati 'kenapa cepat sangat cuti ni habis', betul kan sebab saya juga buat perkara yang sama..hehe..tapi bertenanglah, baru minggu pertama ni, kenalah semangat sikit. Apa-apapun perjuangan sebagai seorang pelajar haruslah diteruskan!!..
Kehidupan sebagai seorang pelajar ni sebenarnya taklah semudah yang disangka. Mungkin nampak senang tapi banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Assignment, kuiz, exam semua tu takkan lari selagi seseorang itu masih bergelar pelajar. Jadi, sebagai pelajar kenalah terima semuanya dengan hati dan fikiran yang tenang walaupun kadang-kadang agak payah...-.-'. Nak berjaya bukannya mudah, banyak yang perlu dikorbankan, masa, wang dan tenaga dan pastinya pengorbanan ni juga perlu disusuli dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah. Insya Allah, dengan adanya semua ni, kejayaan itu pasti mudah untuk dicapai. Segala penat lelah masa belajar nanti akan terbayar juga bila dah berjaya nanti dan akan terasa lebih indah lagi bila dah menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti. Tak perlulah nak merungut sangat masa study ni sebab sekali dalam seumur hidup ja kita akan rasa kehidupan sebagai seorang pelajar. Lepas dah habis nanti dan dah kerja, sure kita akan rindu saat-saat masa study. Lambat mahupun cepat, masa akan tetap bergerak juga dan bila dah tiba masanya kita pasti akan meninggalkan kehidupan sebagai seorang pelajar dan akan beralih ke peringkat yang seterusnya lagi. So, just enjoy the flow and the moments as a student.
Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang kita tak jangkakan akan terjadi. Saya pelajar sains makanan dan pemakanan. Kawan-kawan dan keluarga saya selalu sangka yang kos saya ni adalah berkaitan dengan bidang masakan dan ada juga yang cakap saya akan jadi chef nanti tapi sebenarnya ia bukanlah semata-mata tentang masakan. It's all about science! Ya, semuanya sains. Fizik, kimia dan biologi bergabung dalam satu masa. Fuhh....kadang-kadang terfikir 'macam manalah aku boleh terjebak dengan semua ni'..hehe..tapi apa-apapun saya tak menyesal pilih kos ni dan saya tahu ini yang terbaik untuk saya. Insya Allah. Lagipun banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan saya ingat pensyarah saya ada bagitau yang "as a food science and nutrition student, we will cook scientifically"..rasa macam canggih ja ayatnya tu..hehe..tapi apa-apapun setiap kos ada kelebihannya tersediri. We just need to enjoy and love it! Barulah takkan ada istilah 'study itu membebankan". Bila dah enjoy study, pasti hidup pun akan lebih bahagia!
Jadi, macam mana? Ada rasa lebih semangat ka nak teruskan study dan jadi seorang pelajar yang bahagia. Kalau dah ada semangat, tahniah saya ucapkan sebab anda memang seorang pelajar yang awesome!!..hihi..Tak perlu nak tension-tensionlah time study ni, kalau tension pun perkara normal lah tu bagi seorang pelajar. Memang jadi pelajar ni tak semudah mengira 1, 2, 3 tapi akan jadi lebih mudah bila kita terima hakikat yang kita ni seorang pelajar dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar seperti biasa.
Baiklah, sampai sini ja untuk hari ini. Memandangkan hujung minggu ni jadi rajin sikitlah nak tulis entri. Harap ada masa nanti, dapat lagi update entri lain. So, saya harap anda gembira dan terhibur baca entri ini. Semoga bermanfaat. Maaf kalau ada tersilap kat mana-mana. Sekadar perkongsian dari hati. Terima kasih kerana sudi baca dan jangan lupa datang semula ok...Sayang anda semua..
Good luck para pelajar semua!!
Salam perkenalan ~
Jom join. Klik banner atau SINI kalau nak join, ok..^_^
Jumlah follower : 228
Oklah, selamat bersegmen...Terima kasih..:)
Salam perkenalan. Jom join segmen ni..:)
Kalau berminat nak join, klik je banner atau SINI~
Oklah. Selamat bersegmen ya..^__^
Tangisan bukan bererti lemah, bukan juga bermaksud menyerah dan berputus asa. Tetapi hanyalah sebagai petanda betapa kuatnya seseorang itu menjalani setiap musibah yang mendatang dalam hidup.
Setiap tangisan membawa pelbagai maksud dalam kehidupan. Tangisan sering saja dikaitkan dengan kesedihan, kekecewaan, dan segala bentuk penderitaan namun ternyata tangisan itu juga membawa maksud kekuatan dan juga ketabahan.
Tidak salahnya jika seseorang itu ingin menangis kerana bukan semua perkara mampu kita nyatakan dengan kata-kata. Setiap apa sahaja yang Allah swt ciptakan di muka bumi ini pasti ada hikmahnya, dan sudah tentulah air mata yang Allah swt ciptakan itu punya hikmahnya yang tersendiri.
Ketika seseorang itu menangis bukanlah kerana dia ingin mengharapkan belas kasihan, bukan juga untuk dia terlihat lemah melainkan untuk dia mencari semula kekuatan agar lebih tabah mengharungi kehidupan.
"Setiap ciptaan itu indah begitu juga dengan air mata".
"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka"