UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:
1. Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.
2. Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.
3. Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.
4.Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.
5. Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
6.Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.
Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.
Sumber : Blog Peribadi Rasulullah
Assalammualaikum....Good Morning you all...terasa lama pula x update blog nie, lagipun sekarang nie
tengah sibuk, x da masa nak online, nasib baiklah hari nie kelas start petang..jadi bolehlah ambil masa pagi-pagi nie update blog...macam-macam yang berlaku sepanjang minggu ni...huhu..minggu-minggu yang amat dingin ..x tau lah, this is my last sem dan saya harap sangat saat-saat terakhir nie akan jadi kenangan yang paling manis buat saya dan kawan-kawan saya yang lain tapi yang berlaku adalah sebaliknya...
My entry for this time is about what hurts the most...erm, apa pula nie, x tau lah, tiba-tiba nie yang terkeluar dari fikiran...setelah difikir sedalam-dalamnya...what hurts me the most is.............................bila ketulusan
dan kejujuran dalam persahabatan itu diketepikan...kenapa saya nie suka buat entri pasal persahabatan ya...erm, everyone should know, we need a friends in our life, right?...kita x kan boleh hidup sendiri, hidup kita di dunia nie saling bergantung antara satu sama lain, mustahil untuk kita hidup di dunia nie tanpa bantuan dan sokongan daripada orang lain....sebab tu kawan sangat penting dalam hidup nie....tapi kenapa masih ramai yang x menghargai dan memahami makna sebuah persahabatan itu.....persahabatan tidak memerlukan sebab, biarlah kita berkawan dengan seorang dengan ikhlas..dan bukan semata-mata kerana hal yang lain...
Setiap manusia memang x kan terlepas daripada diuji oleh Allah...kadang-kadang kita diuji dengan kesedihan, kesepian dan kekecewaan, tapi itu x bermakna kita harus berputus asa...
Oleh sebab itulah, Allah utuskan sahabat-sahabat untuk kita di dunia ini, sebagai peneman suka dan duka kita..Walaupun kita tidak bersama mereka setiap masa, dan bukan untuk selama-lamanya tetapi sekurang-kurangnya kita diberi peluang oleh Allah untuk mengenali dan berkawan dengan mereka walaupun untuk tempoh yang singkat...dan saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang seperti ini, dan memiliki sahabat-sahabat yang sangat baik..walaupun saya sedar saya tidak akan bersama mereka selamanya tapi saya akan menghargai setiap masa yang diberikan oleh saya untuk bersama-sama mereka..dan walaupun kami akan terpisah, dan jarang bertemu selepas ini, kenangan bersama mereka tidak pernah akan saya lupakan dan akan terpahat dalam hati saya buat selama-lamanya..
Dalam meniti perjalanan hidup nie, saya juga memerlukan sahabat, kerana saya tahu, selain Allah dan keluarga yang saya ada di dunia nie, mereka juga orang-orang yang terpenting dalam hidup saya..dan tanpa mereka saya mungkin x kan mampu untuk hidup dengan sendiri..sebab itulah, jangan disebabkan hal-hal yang kecil dan salah faham, kita nak bergaduh dengan sahabat-sahabat yang selama nie menjadi peneman hidup kita..saya tahu setiap orang juga mempunyai masalahnya sendiri, dan memerlukan ruang untuk bersendirian namun itu bukan bermakna kita harus melupakan persahabatan yang selama ini terjalin dengan baiknya..
Cukuplah, entri untuk kali ini, saya x tau dah nak cakap apa......tiba-tiba hati jadi sangat sebak, dan rasa sangat sedih...x tau lah kenapa nie, emosi x stabil ja..hehe...oklah, pesanan untuk kali nie, hargai sahabat-sabahat yang kita miliki sekarang dan jangan pernah sia-siakan mereka...tanpa mereka, siapalah kita kan..hehe...setiap masalah yang berlaku, kita serahkan pada Allah, Insya Allah kita akan diberi petujuk untuk menyelesaikannya..dulu saya pernah terfikir untuk lari daripada semua kekusutan fikiran ini, tapi saya tau walau sejauh mana saya melarikan diri, semua nie x kan pernah selesai...jadi saya serahkan pada Yang Maha Berkuasa, saya hanya mampu berdoa semoga semua masalah nie akan berakhir dengan kesudahan yang baik..Insya Allah...Amin..........
Hati berbicara : "Walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semualah dan serahkannya pada Ilahi"
بسم الله الرحمن الرحم نير
Ya Allah,
Berikan aku kekuatan untuk menghadapi hidup ini..........
Berikan aku kekuatan untuk menghadapai kesepian ini........
Berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian daripadaMu.....
Sesungguhnya, aku sedar hidup ini adalah ujian dan ujian ini bukanlah mudah seperti yang aku sangkakan....
Ya Allah,
Engkau bangkitkanlah semangatku andai aku lemah...
Sedarkanlah aku jika aku terlalai..
Dan hukumlah aku jika aku bersalah kepadaMu...
Sesungguhnya, aku hanyalah seorang manusia yang lemah, tidak terdaya untuk aku menandingiMu..
Ya Allah,
Aku mohon kekuatan daripadaMu...
Agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depanku, kerana sesungguhnya aku benar-benar bimbang dengan masa depanku......
Terlalu banyak yang aku fikirkan hingga kadang-kadang aku melupakan Engkau, ampunkan dosaku, Ya Rabb..
Kadang-kadang hatiku lalai dan rapuh, kadang-kadang aku tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan, dan sandiwara duniawi tetapi yakinlah aku tidak pernah sekalipun melupakan Engkau....
Ya Allah,
Berilah aku petujuk, aku mohon sinar hidayah daripadaMu buat penyuluh hidupku kelak...Amin.
Assalammaulaikum..Ahlan Wahsahlan....Haloo..
Istimewa entri kali nie untuk hati yang tengah bersedih, kesepian, jiwa yang sedang berduka,
minda yang sedang berkecamuk..Nak kongsi beberapa petua sebagai
penawar duka dan gundah..
Petua terbaik untuk mengubat hati yang gundah dah resah :
➊ Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda, "Barangsiapa yang membaca subhanallah setiap selesai shalat 33 x membaca alhamdulillah 33 x, membaca Allahu Akbar 33x hingga menjadi 99. beliau bersabda lalu disempurnakan menjadi seratus dengan Laa ilaha illallah wahdahu' laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli Syaiin qadir, diampuni dosanya sekalipun seperti buih lautan. (HR. Muslim).
♡ 7 Ayat Cinta ♡
1. Bismillahirrahmanirrahim: Setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah: Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah: Jika tersilap mengatakan/melakukan sesuatu.
4. InsyaAllah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa depan.
5. Lahaulawalaquwataillabillah: Bila tak dapat melakukan sesuatu yang berat & melihat sesuatu yg buruk.
6. Innalillah: Jika menghadapi musibah & menngetahui ada kematian.
7. Lailahaillallah: Baca siang & malam sebanyak-banyaknya.
2. Alhamdulillah: Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah: Jika tersilap mengatakan/melakukan sesuatu.
4. InsyaAllah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa depan.
5. Lahaulawalaquwataillabillah: Bila tak dapat melakukan sesuatu yang berat & melihat sesuatu yg buruk.
6. Innalillah: Jika menghadapi musibah & menngetahui ada kematian.
7. Lailahaillallah: Baca siang & malam sebanyak-banyaknya.
➋ Berdoa
Mohonlah bantuan dan petunjuk daripadaNya. Ingatlah, doa itu senjata orang mukmin.
➌ Sibukkan diri dengan sesuatu
Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
➍ Luahkan perasaan anda
Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
➎ Senyum
Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
- Artikel I Luv Islam
Semakin hari saya rasa hidup saya semakin bosan..saya x tau la kenapa semua nie terjadi..
saya dah cuba untuk lari daripada kebosanan nie, tapi saya x dapat..
setiap hari buat rutin yang sama..bangun tido, duduk depan laptop, update blog, makan, then malam tido balik..huhuhu....satu rutin yang amat membosankan sekali.. terkurung dalam bilik ni sangat-sangat
buat jiwa saya terseksa dan menderita!!
Persoalannya, kenapa tak keluar ja jalan2 kalau tak nak terkurung dalam bilik tu??..This is the PROBLEM..
saya memang nak keluar dari bilik nie...tapi FIRST, saya x da kawan nak jalan2..
SECOND, saya x da arah tujuan, x tau nak p mana and nak buat apa..
THIRD, saya x da kereta nak jalan2 sekarang nie..
LAST, saya dah tawar hati nak tengok orang-orang kat luar tu...semuanya pentingkan diri sendiri...oh no, adakah saya sedang marah sekarang...x la, saya x marah cuma saya sangat kecewa
dengan insan yang bergelar sahabat...susah nak cari sahabat sejati sekarang nie..huhu..
Macam x logik ja masalah-masalah saya tu kan...erm, never mind, hanya saya ja yang merasainya sekarang...
saya x nak terus hidup dalam kebosanan nie...let me out from this feeling, I`m suffering..HAHA...
apalah yang aku merepek nie..ish3...x da siapa kah yang sudi temankan saya bercerita,
mana kawan-kawan aku nie..huhu..x pe lah..kadang-kadang rasa macam x wujud pula kat sini..
ada kawan pun tapi x dihiraukan..mengapalah ayat-ayat saya nie macam orang frust pula..
saya x salahkan sesiapa pun, saya x marah pun dengan kawan-kawan saya..
saya sayang mereka semua...
Maybe, semua nie salah saya juga, disebabkan sikap saya yang agak membosankan..sebab tu x ramai yang nak kawan dengan saya....dahlah saya nie pendiam, mestilah bosan kan kawan dengan orang pendiam macam saya nie, nothing special pun..x pe lah...saya terima semua tu, saya dah cuba untuk menjadi seorang sahabat yang disenangi, sahabat yang setia..kalau boleh saya sanggup berkorban asalkan kawan-kawan saya gembira...tapi kadang-kadang apa yang kita korbankan tu, x dihargai pun..saya x harapkan apa-apa balasan pun dalam persahabatan kerana saya tahu sebuah persabahatan yang sejati tu diukur dengan nilai keikhlasan seseorang..nak berkawan, mestilah ikhlas dan bukan rekaan semata-mata...
Macam dah lari topik pula, tiba2 cerita pasal kawan..hehe..sorry erk..I'm too confius now..ok2, now kita sambung balik...saya x pernah menyalahkan takdir, dan nasib saya sebab saya
tahu semua yang berlaku dah ditentukan oleh Allah Taala...saya just manusia biasa, x da apa2 kuasa pun
untuk mempertikaikan semua tu..tapi saya yakin semua yang terjadi dalam hidup nie ada hikmah
yang kita sendiri x tau, cuma Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya..
Cepat atau lambat, Insya Allah hikmah tu akan saya ketahui juga walaupun saya x tau bila..
Rasa macam nak nangis pula, kenapa lah tiba2 ter-feeling sekarang nie..nie lah gara-gara layan lagu2 jiwang nie..haha..."kesunyian ini terlalu indah, walaupun pahit untuk menelan"..antara lirik lagu
yang sempat saya dengar, sangat bermakna ayat2 tu...x tau la apa kena-mengena dengan entri saya nie...
Kenyataan yang amat menyedihkan...saya memerlukan seorang kawan bukan sahaja untuk menemani
kebosanan ini, tapi untuk menemani saya mengharungi perjalanan hidup nie....
Bosannya hidup nie kalau kita x tahu apa nak buat...lalalala...itulah yang terjadi dengan saya sekarang..
Hati berbicara : I'm tired of being like this..☹
Cinta itu hendaklah ditujukan kepada yang paling layak menerimanya.
Cinta itu biarlah diserahkan kepada yang tahu membalasnya.Cinta itu harus menyeluruh sifatnya dan mestilah ikhlas dan jujur.
Oh Tuhanku, aku tidak peduli apa pun ujian dan kesengsaraan yang kutanggung selagi Engkau tidak marah kepadaku. Kerana aku yakin rahmat dan keampunan-Mu jauh lebih luas dan lebih besar bagiku. Aku berlindung kepada nur zat-Mu yang menerangi tujuh lapis langit dan yang menerangi kegelapan. Aku berlindung kepada-Mu daripada marah-Mu, Engkaulah yang berhak memarahi aku, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan-Mu.
Adalah sesuatu yang lazim bagi seseorang yang mencintai kekasihnya pasti memenuhi apa yang diminta oleh kekasihnya. Sesungguhnya, cinta dapat menjadikan seseorang patuh kepada setiap kehendak kekasihnya. Disamping itu juga cinta dapat memberi kekuatan dan keyakinan diri kepada seseorang untuk terus tunduk dan memenuhi kehendak kekasihnya.
Hubunganku dengan Allah S.W.T sama dengan hubungan seorang tetamu dengan tuan rumah yang dikunjunginya. Sudah tentu seorang tamu tidak perlu berfikir dan berusaha membuat persiapan untuk dirinya di dalam rumah tersebut, kerana tuan rumahlah yang patut melayani dan menghormati tamu yang ada di dalam rumahnya.
Bagi Rabiah, selain dari Allah adalah sesuatu yang tidak ada wujudnya. Maka, seluruh hidupnya ia serahkan kepada Allah, cinta dan pengabdiannya hanyalah kepada-Nya.
Orang-orang menyembah-Mu kerana takut Neraka,
Mereka hanya ingin bebas dari Neraka,
Lalu ingin tinggal di dalam istana Syurga,
Sambil meneguk minuman yang Lazat Namun aku tidak inginkan Syurga,
Dan tidak takutkan Neraka,
Tapi aku hanya mahukan Engkau!
Hati berbicara : Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah daripada Allah S.W.T...cinta umpama kotak kristal, indah di penglihatan, derita di perasaan.. ヅ
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.
p/s :Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.
Hati berbicara : Proud to be a woman....ヅ
- Artikel Blog peribadi Rasulullah
Assalammualaikum..Selamat Pagi Dunia!..hehe..best pula cuaca hari nie, tambah-tambah lagi di hari jumaat yang indah nie...entri kali ni just nak share lagu best..First time dengar lagu nie memang touching lah..tapi taklah sampai nak nangis pula..Banyak makna yang tersirat dalam lagu nie..Memang sesuai sangat lah lagu nie pada sesiapa yang tengah-tengah sedih tu...Dengarlah, Insya Allah akan menenangkan hati..
Tajuk Lagu : Muhsabah Cinta
Penyanyi : Edcoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doa ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku
Mengalir berdzikir di kidung doa ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Hati berbicara : Hargai waktu sihat, bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T..Walau perit macam mana sekalipun ujian yang harus kita lalui, Allah S.W.T sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya yang tidak berputus asa dan redha..ヅ
Siapa Yang Cantik? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
- February 11, 2011
- By Unknown
- 0 Comments
Assalammualaikum kpd sahabat2 yang membaca blog nie.......mungkin blog saya nie taklah sehebat blog2 yang lain, blog nie sekadar untuk mengisi masa2 lapang ja....Insya Allah, kalau berkesempatan, saya akan tulis post2 yang lebih berfaedah untuk dikongsikan dengan semua...tapi buat masa sekarang, I've no idea, tak tau nak tulis pasal apa....tapi dah dapat tajuk yang best untuk diceritakan di petang yang sunyi sepi nie...what about it is??...tu, baca tajuk kat atas, KECEWA ??..terasa diri ini jiwang pula, kecewakah diri ini??...huahaha...tak tau pula...hehe...just luahan hati, tak tau nak cerita dengan siapa kan, jadi baik tulis ja apa yg tengah bermain dalam fikiran nie sekarang...at least, release juga semua kesedihan dan kekecewaan yang tersimpan di hati...huhu...Actually, apa yang boleh buat kita nie kecewa ya...erm,let me think first..rasanya memang banyak faktorlah kot yang boleh buat manusia kecewa kat dunia nie...salah satunya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HEARTBROKEN??
................kecewa sebab bercinta, putus cinta dan macam-macam lagi lah pasal cinta nie....rasanya yang nie lah yang biasa dialami sekarang, terutama sekali golongan remaja...betul kan....saya mestilah faham sebab saya pun remaja juga, saya faham naluri seorang remaja tu macam mana....tapi janganlah disebabkan perkara-perkara macam nie kita nak ambil keputusan yang hanya akan memusnahkan masa depan kita, disebabkan terlalu kecewa bercinta, sanggup bunuh diri pula, macam tak berharga pula nyawa tu kan....nyawa tu kan satu ja, kalau dah hilang tak kan boleh ganti dah, tak tahu la..mungkin orang-orang yang sanggup bunuh diri sebab kecewa bercinta nie terlalu obses dengan cinta mereka sehingga mereka lupa dengan Pencipta mereka, lupa dengan ibu bapa mereka...saya tahu saya tak sempurna, dan mungkin saya tak layak untuk memberi nasihat kepada sesiapa kerana saya juga seorang manusia, dan tak terlepas daripada melakukan kesalahan...tapi sebagai manusia kita kena yakin dan percaya yang CINTA paling agung tu sebenarnya hak milik ALLAH S.W.T...jodoh pertemuan, ajal dan maut semua kan di tanganNya...
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, Ayat : 216)
Memang lumrah manusia nie ingin disayangi dan dicintai, semua orang pun dah tahu kan..saya juga mahu seperti itu, tapi biar lah kasih dan cinta yang kita berikan itu hanya untuk orang-orang yang berhak sahaja dan halal untuk kita cintai....dan bukan untuk orang-orang yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diri kita dan hanya untuk mempermainkan kita sahaja kerana mereka tidak layak untuk menerima cinta kita...Saya juga ingin menginginkan cinta yang suci dan halal...tapi belum masanya lagi...jika umur ini masih panjang, dan dunia ini masih belum berhenti berputar..masih banyak yang ingin saya capai dalam hidup nie....saya juga tidak ingin kecewa cinta, kerana sesungguhnya cinta itu adalah anugerah yang paling indah daripada Allah S.W.T...Sebelum kita ingin mendapatkan cinta manusia, kejarlah dulu cinta dari Allah S.W.T kerana apabila kita telah mendapat cinta daripadaNya, Insya Allah dengan mudah Allah S.W.T akan membantu kita mendapat cinta yang suci daripada manusia......
Kadang-kadang bila frust sebab cinta nie, macam-macam idea kurang bijak timbul dalam kepala...sampai tak boleh berfikir dengan waras lagi, tu lah jadinya kes-kes terjun bangunan, terjun p laut..kalau pandai berenang, tak apa lah...tapi kalau yang x pandai tu, sia2 ja mati lemas..ish3...nie lah bila syaitan dah mula menghasut fikiran-fikiran manusia yang tengah kecewa nie...
Buat apa nak sedih-sedih, Allah kan ada..kalau tak nak share masalah tu dengan orang lain..share ja dengan Allah...Dia kan Maha Mendengar...jangan lupa pasal tu...walau macam mana kecewa pun kita, jangan sampai hawa nafsu dan syaitan menguasai diri kita untuk ambil tindakan-tindakan yangbodoh..kurang bijak....
p/s: Pray to Allah,Ask Help from Allah and Never lose hope...Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya..
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "
Kadang-kadang bila frust sebab cinta nie, macam-macam idea kurang bijak timbul dalam kepala...sampai tak boleh berfikir dengan waras lagi, tu lah jadinya kes-kes terjun bangunan, terjun p laut..kalau pandai berenang, tak apa lah...tapi kalau yang x pandai tu, sia2 ja mati lemas..ish3...nie lah bila syaitan dah mula menghasut fikiran-fikiran manusia yang tengah kecewa nie...
Buat apa nak sedih-sedih, Allah kan ada..kalau tak nak share masalah tu dengan orang lain..share ja dengan Allah...Dia kan Maha Mendengar...jangan lupa pasal tu...walau macam mana kecewa pun kita, jangan sampai hawa nafsu dan syaitan menguasai diri kita untuk ambil tindakan-tindakan yang
p/s: Pray to Allah,Ask Help from Allah and Never lose hope...Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya..
Cinta Itu Indah Kerana Cinta Itu Anugerah Daripada Allah S.W.T |
"Tiada duka yang abadi di dunia, tiada sepi merantaimu selamanya"...nie lah lirik lagu Opick, tajuk Tiada Duka Yang Abadi, really like this song...first time dengar lagu nie semalam, memang best dan menginsafkan...like want to cry and realize not all time we will feel sad...hidup di dunia nie tak kan terlepas daripada diberikan ujian...ujian tu bukan sahaja dalam bentuk ujian kesusahan bahkan ujian kesenangan juga...sebab tu la tak semua yang menyenangkan tu baik untuk kita...kadang-kadang yang meyusahkan lagi itu akan buat kita lagi menghargai kehidupan kita di dunia nie....
Hidup ini adalah ujian untuk manusia, dan ujian di dunia nie bukanlah senang...tapi itu tak bermakna kita harus hidup dalam kedukaan sahaja kan...setiap kali ditimpa musibah, pasti kita akan bersedih..memang wajarlah macam tu...saya pun sama juga tapi tak seharusnya kita cepat berputus asa macam tu ja.....selagi kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ni, selagi itu la hidup kita nie harus diteruskan dan yakin Allah S.W.T. selalu ada bersama-sama dengan kita.....
Manusia juga kadang-kadang diuji dengan kesepian....rasa bersendirian...pernah rasa macam nie ka??...mesti pernah kan, rasa bersendirian...feel alone...saya selalu rasa macam nie, rasa macam tak da kawan...tapi bila fikir balik, kita diciptakan di bumi nie pun memang berseorangan....tapi pecayalah walau di mana pun kita berada, Allah S.W.T selalu bersama-sama kita, melihat,mendengar dan melindungi kita....Juat pray to Allah S.W.T, Insya Allah everything will be fine....and nothing will be fear us in this world but the most important is we just have to fear with Allah S.W.T...
"Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di akhirat,
maka hidup ini adalah mimpi belaka"
maka hidup ini adalah mimpi belaka"
Hati berbicara : Jadi, jangan risaulah kalau kita bersendirian di dunia ini, kerana Insya Allah setiap ujian yang kita rasai di dunia nie, Insya Allah akan dibalas dengan kebahagiaan di akhirat kelak...Just, tawakal dan selalu ingat dengan Allah S.W.T, Pencipta kita...ヅ