Being a student is not as easy as count 1, 2, 3...-.-'




Salam to all readers~ Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan ruang dan waktu untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Malam yang indah dengan hembusan angin yang bertiup lembut. Subhanallah, sangat menenangkan..^_^ . Lama tak update entri. So, bagaimana kehidupan anda yang bergelar seorang pelajar. Ok atau tak ok?..hehe.. Setelah sekian lama bercuti akhirnya minggu ini bermulanya semester baru. Pasti ramai yang teruja nak balik study semula kan, dan tak kurang juga yang mengeluh dalam hati 'kenapa cepat sangat cuti ni habis', betul kan sebab saya juga buat perkara yang sama..hehe..tapi bertenanglah, baru minggu pertama ni, kenalah semangat sikit. Apa-apapun perjuangan sebagai seorang pelajar haruslah diteruskan!!..
http://www.emocutez.com

Kehidupan sebagai seorang pelajar ni sebenarnya taklah semudah yang disangka. Mungkin nampak senang tapi banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Assignment, kuiz, exam semua tu takkan lari selagi seseorang itu masih bergelar pelajar. Jadi, sebagai pelajar kenalah terima semuanya dengan hati dan fikiran yang tenang walaupun kadang-kadang agak payah...-.-'. Nak berjaya bukannya mudah, banyak yang perlu dikorbankan, masa, wang dan tenaga dan pastinya pengorbanan ni juga perlu disusuli dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah. Insya Allah, dengan adanya semua ni, kejayaan itu pasti mudah untuk dicapai. Segala penat lelah masa belajar nanti akan terbayar juga bila dah berjaya nanti dan akan terasa lebih indah lagi bila dah menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti. Tak perlulah nak merungut sangat masa study ni sebab sekali dalam seumur hidup ja kita akan rasa kehidupan sebagai seorang pelajar. Lepas dah habis nanti dan dah kerja, sure kita akan rindu saat-saat masa study. Lambat mahupun cepat, masa akan tetap bergerak juga dan bila dah tiba masanya kita pasti akan meninggalkan kehidupan sebagai seorang pelajar  dan akan beralih ke peringkat yang seterusnya lagi. So, just enjoy the flow and the moments as a student. 
http://www.emocutez.com

Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang kita tak jangkakan akan terjadi. Saya pelajar sains makanan dan pemakanan. Kawan-kawan dan keluarga saya selalu sangka yang kos saya ni adalah berkaitan dengan bidang masakan dan ada juga yang cakap saya akan jadi chef nanti tapi sebenarnya ia bukanlah semata-mata tentang masakan. It's all about science! Ya, semuanya sains. Fizik, kimia dan biologi bergabung dalam satu masa. Fuhh....kadang-kadang terfikir 'macam manalah aku boleh terjebak dengan semua ni'..hehe..tapi apa-apapun saya tak menyesal pilih kos ni dan saya tahu ini yang terbaik untuk saya. Insya Allah. Lagipun banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan saya ingat pensyarah saya ada bagitau yang "as a food science and nutrition student, we will cook scientifically"..rasa macam canggih ja ayatnya tu..hehe..tapi apa-apapun setiap kos ada kelebihannya tersediri. We just need to enjoy and love it! Barulah takkan ada istilah 'study itu membebankan". Bila dah enjoy study, pasti hidup pun akan lebih bahagia!

http://www.emocutez.com





Jadi, macam mana? Ada rasa lebih semangat ka nak teruskan study dan jadi seorang pelajar yang bahagia. Kalau dah ada semangat, tahniah saya ucapkan sebab anda memang seorang pelajar yang awesome!!..hihi..Tak perlu nak tension-tensionlah time study ni, kalau tension pun perkara normal lah tu bagi seorang pelajar. Memang jadi pelajar ni tak semudah mengira 1, 2, 3 tapi akan jadi lebih mudah bila kita terima hakikat yang kita ni seorang pelajar dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar seperti biasa.
http://www.emocutez.com




Baiklah, sampai sini ja untuk hari ini. Memandangkan hujung minggu ni jadi rajin sikitlah nak tulis entri. Harap ada masa nanti, dapat lagi update entri lain. So, saya harap anda gembira dan terhibur baca entri ini. Semoga bermanfaat. Maaf kalau ada tersilap kat mana-mana. Sekadar perkongsian dari hati. Terima kasih kerana sudi baca dan jangan lupa datang semula ok...Sayang anda semua..

http://www.emocutez.com
Good luck para pelajar semua!!  


You Might Also Like

2 Komen