Tempat Makan Seafood Best Kat KK, Sabah.



Bismillah.

Assalammaualaikum. hai! Terlebih rajin pula hari ni nak menaip entri baru. Biasalah orang tengah tunggu anggur nak berbuah ni memang banyak masa lapang. :D

Siapa suka makan makanan laut sini? Kalau saya, suka juga lah cuma tak lah minat sangat, tapi kalau ada yang nak belanja memang suka juga lah..hihi..ok-ok, back to the topic, untuk yang tak pernah pergi Sabah lagi, kat Sabah ni memang terkenal dengan tempat makan makanan laut. Ada beberapa tempat makan makanan lautan yang memang terkenal dan biasa dikunjungi oleh pelancong dari luar dan juga dalam negeri. Jom kita tengok satu persatu. 



Pasar Malam Sinsuran/ Pasar Malam Filifina

Salah satu tempat yang memang popular kat Kota Kinabalu sebab makanan laut kat sini murah-murah dan ada macam-macam jenis makanan laut. Saya tak tahu la semurah macam mana, orang yang cakap..hihi.. sebab walaupun saya ni dah duduk kat Sabah tapi tak pernah sekali pun pergi kat sini..sedihnya. Pasar ni terletak dekat dengan jalan so senang lah kalau nak cari. Biasanya pasar ni buka waktu petang, memang masa-masa yang paling sesuai untuk lepak-lepak dan makan kan. Start buka dari jam 5.30 petang hingga jam 11.00 malam.







 Anjung Selera, Tanjung Lipat, Likas.

Antara tempat kegemaran juga ni bagi mereka yang nak makan makanan laut. Selain itu antara keistimewaan tempat ni adalah dapat makan sambil tengok pemandangan yang cantik sebab terletak berhampiran dengan laut dan view memang cantik terutama sekali bila nak sunset. Memang cantik! Tempat ni pun buka waktu petang juga, pagi dorang tak buka. Bukan setakat makanan laut, kat sini pun ada juga gerai-gerai makanan lain macam ayam bakar, burger bakar dan sebagainya, Sebab dah berapa kali pergi sini, komen saya untuk tempat ni, makanan sedap, view cantik, harga berpatutan dan paling best dekat tempat ni ada trek jogging..so lepas makan tu boleh lah buat-buat jogging, buang kalori sikit..eh..hihi..











Gayang Seafood Restaurant, Tuaran

Terletak 28km daripada Kota Kinabalu. Restoren ni kat atas bukit, memang besar dan luas, kawasan berhampiran pun memang dikeliling oleh bukit so pemandangan memang cantik lah. Nampak hijau ja..hihi..Sebelum makan kita sendiri kena pilih makanan laut yang kita nak dan cara masakan, nak goreng ka, masak 3 rasa atau sebagainya. So, kena tunggu la untuk seketika waktu sebelum menikmati makanan laut yang segar-segar ni. Restoren ni beroperasi  dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Boleh lah pilih nak pergi pagi ka malam, dua-dua pun ok. Kalau saya, lagi suka pergi petang-petang sikit sebab nak tengok pemandangan cantik..dari tadi asyik cakap pasal pemandangan kan..hihi..











Oklah, 3 tempat ni ja dulu saya nak share. Banyak lagi sebenarnya tempat makan seafood kat Sabah ni. Korang google ja la ya..hihi..Bagi penggemar makanan laut, kalau datang Sabah, boleh lah berkunjung kat tempat-tempat tu.






 6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi yang Best!


You Might Also Like

6 Komen