Bismillah.
Assalammualaikum. Hi.
Seriously rasa penat sangat hari ni. Dari pagi sibuk, bukan sibuk apa pun sebenarnya. Kat rumah juga tapi macam-macam kerja dibuat. Petang pula mengajar sampai pukul 5. Lepas tu sambung lagi buat macam-macam. Penat tapi nak buat juga sebab tak boleh tengok benda bersepah-sepah ni. Tak tenang hati..hihi..Kalau korang jenis macam ni mesti korang faham dan rasa benda yang sama. Kalau boleh nak semua kemas dulu baru boleh rehat dengan tenang..kan..kan..:D
Actually bukan nak cerita pasal tu pun sebenarnya, nanti cerita lebih-lebih macam angkat bakul pula, puji diri sendiri rajin..hihi..ok, setiap orang pasti ada benda yang dia ketagih kan. Betul ka? Kalau tak betul maaf la. Macam tak sedap pula cakap ketagih kan..hihi..ok tukar la..addicted. Kalau saya, saya addicted dengan kopi. Kenapa kopi?..kenapa bukan coklat, kek dan sebagainya. Sebab saya rasa kopi ni ada kuasa yang luar biasa sebab bila sedih, stress, penat, marah, kecewa, lepas minum kopi terus rasa ok..haha. Dia macam ubat penenang. .tapi yang tak bestnya bila dah minum susah pula nak tidur malam. haha..
Memang tak elok juga sebenarnya untuk kesihatan lagi-lagi kalau kopi tu manis. Dulu ada juga orang pernah pesan jangan minum kopi selalu. Minum air biasa ja. But what can I do, kalau dah addicted kan..hihi.. Tapi cuba juga la kurangkan, sekarang seminggu sekali ja minum. Tu pun terpaksa tahan diri .T_T
So sekarang ni dah cuba untuk amalkan pemakanan sihat. Kalau ingat dulu time study, Masya Allah, tiap-tiap hari minum kopi 3 in 1 tu . Jadi sekarang dah stop, minum kopi biasa ja. Buat sendiri tak campur gula. Lagi sedap rupanya..hihi..
Setakat tu saja la nak share. Akhir kata, kurangkan gula dalam minuman. Lebihkan gula dalam senyuman..hihi..
Selamat malam. Moga mimpi indah ♥









