Lazada Birthday Blogger Contest


Bismillah,

Assalammualaikum. Hai.

Contest pertama yang saya sertai untuk tahun ni sebab nampak macam menarik. Bukan macam, memang menarik pun. Banyak yang kongsi pasal ni, jadi saya pun merajinkan jari jemari untuk menaip entry kali ni. 




Sedikit info bagi yang belum tahu lagi, Birthday Blogger Contest ni dianjurkan sempena ulangtahun Lazada yang ke-5. Kalau anda buka website Lazada memang sekarang tengah berlangsung sale besar-besaran yang akan buat anda semua rambang mata. Saya pun tak tahu nak explain macam mana, baik korang tengok sendiri dekat Lazada. Semalam baru berkesempatan buka blog, dan tahu rupanya dah beberapa hari sale ni berlangsung. Hari ni juga adalah hari terakhir untuk sertai contest ni, yang tak join lagi, masih sempat lagi sebab contest akan berakhir pada 23 Mac (11.59 pm).


Untuk sertai contest ni anda kena jawab beberapa soalan seperti berikut:

Apa yang saya suka mengenai Lazada Malaysia?

Baru minggu lalu saya beli barang dekat Lazada. Jadi tu merupakan pengalaman pertama beli barang di Lazada. So far, sangat berpuas hati dengan servis terutama sekali untuk penghantaran barang. Memang Lazada akan sentiasa update dari semasa ke semasa. Lagi satu, barang-barang yang dijual di Lazada, dari segi harga, memang berpatutan dan setanding dengan kualiti. Jadi memang tak rugi lah beli online dekat Lazada. Mudah, cepat dan senang. Tak perlu susah-susah nak pergi shopping mall kalau yang bukan kaki jalan macam saya ni . hehe.


Next question, 3 produk idaman dari Lazada Malaysia ?

Semua produk pun menarik tapi top 3 yang menjadi pilihan hati saya ialah:










Pendapat saya bagaimana Lazada Malaysia boleh dipertingkatkan?


Bagi saya semua dah ok. Servis yang memuaskan dengan pelbagai pilihan barang-barang yang menarik. Cuma mungkin masa penghantaran boleh diperbaiki, mungkin boleh dicepatkan lagi sebab hari tu order barang untuk adik. Ambil masa beberapa hari juga baru sampai . Tapi saya tak dah masalah sebenarnya dengan masa penghantaran asalkan barang tu sampai. 


Ucapan untuk Lazada Malaysia?

Happy Birthday Lazada Malaysia! Selamat ulangtahun yang ke-5. Semoga terus berjaya menjadi online shopping yang terkenal di seluruh Malaysia. Teruskan memberi pengkhidmatan terbaik untuk pelanggan.  

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant


Bismillah, 

Assalammualaikum. Good Morning!  First entry untuk tahun ni setelah sekian lama menyepi. huhu.



Boleh klik banner untuk join



Date: 12 Februari 2017 - 12 March 2017


Apa Yang Boleh Dilakukan Bila Bersendirian Di Rumah



Assalammualaikum.

Hai guys! How's your weekend? Mine was pretty good. hihi. Hujung-hujung minggu macam ni saya habiskan masa dekat rumah ja. Nak jalan-jalan tapi macam malas pula. hihi. Kalau kena pilih antara jalan-jalan atau duduk rumah saya lagi pilih untuk duduk dekat rumah kot. haha. Tak tahu lah kenapa tapi lain orang lain caranya kan. Ada yang suka jalan-jalan. Tapi ada juga yang lagi prefer untuk duduk bersendirian di rumah. Apa pun itu pilihan masing-masing lah kan. 























Duduk bersendirian di rumah ni tak la membosankan sebenarnya. Actually banyak benda menarik yang boleh kita buat bila bersendirian di rumah ni. Ok ni antara-antara yang korang boleh buat bila bersendirian di rumah. 

1. Movie/drama marathon - Tengok movie/drama yang korang suka sepuas-puasnya. Kalau saya memang layan movie korea lah. hihi. Masa ni nak nangis ka, ketawa ka, suka hati korang lah. tak da orang juga yang nampak. haha.


2. Room makeover - Kalau rasa-rasa rajin tu boleh lah makeover/ decorate sikit bilik tidur sendiri. hihi


3. Memasak/bake something - Masak lah apa-apa yang korang suka untuk diri sendiri. Try resepi baru ka. 


4. Membaca - Bagi yang suka membaca tu boleh lah gunakan masa bersendirian di rumah untuk membaca.


5. Surf internet - Yang ada blog, facebook, twitter atau instagram ni masa untuk korang update sepuas-puasnya. 


Banyak lagi sebenarnya yang korang boleh buat. Tu antara idea-idea ja. hihi. Apa-apa pun gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Buat lah aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri.


Tu sahaja untuk hari ni. Tak tahu bila lagi dapat update entry hihi. lepas ni mungkin dah start sibuk dengan study. Ok lah. Selamat berhujung minggu semua! :)