Klik banner untuk join.
Jom sama-sama meriahkan giveaway ni. Nak info lebih lanjut boleh tengok kat [SINI].
Tarikh tutup: 20 Oktober 2013
^__^
Rasa nak rebah, tapi masih cuba untuk bertahan.
- October 12, 2013
- By Unknown
- 0 Comments
Assalam & Selamat malam~
Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan untuk buka blog setelah berkurun lamanya ditinggalkan sepi blog ni. Sebelum ni tahan hati ja tak buka blog..huhu. Masuk semester baru sebagai pelajar tahun 3 make my life so busy.Actually, semester ni dengan semester sebelum ni lebih kurang ja tahap kesibukan tapi untuk sem ni lagi lagi banyak benda nak di urus sebab next sem saya akan pergi latihan industri. So, sem ni kena urus dah untuk LI nanti..huuu..I can not imagine macam mana nanti, hopefully semuanya berjalan lancar.
Kehidupan seorang pelajar ni bukanlah susah sangat pun kalau kita pandai nak urus. Cuma kadang-kadang tu minda kita yang pengaruhi diri kita sampai kadang-kadang kita rasa hidup sebagai pelajar ni sangat men'stress'kan. Assignment, kuiz, exam tu semua perkara biasa yang akan dilalui oleh semua pelajar. Tak dah beza pun, setiap pelajar pun lalui perkara yang sama tapi yang membezakan ialah bagaimana seseorang tu melalui semua tu, maybe ada yang anggap semua tu senang ja, tapi ada juga yang rasa susah. Semua ni terpulang lah dengan individu tu sendiri macam mana dia nak tangani.
'Rasa nak rebah, tapi masih cuba untuk bertahan'.Perasaan tu yang sedang wujud dalam diri saat ni, kadang-kadang saya persoalkan juga "kenapa banyak sangat kerja ni"? "mampu tak saya nak buat semua ni"? bila nak siap ni? helloo....persoalan apakah itu, dah nama pelajar, dan dah tanggungjawab pelajar tu untuk belajar so no point lah untuk persoalkan kenapa banyak sangat kerja yang perlu dibuat. Buat ja la kerja tu sungguh-sungguh ya. Rasa penat, rasa nak putus asa tu tolak jauh-jauh kat tepi, jangan biar perasaan-perasaan 'negatif' tu datang dekat time tengah semangat nak siapkan kerja.
Susah macam mana sekalipun kehidupan ni, walaupun kadang-kadang kita rasa macam tak mampu, rasa nak mengalah, nak tak nak kita kena hadapi juga. Selagi Allah masih izinkan kita bernafas kat muka bumi ni, selagi tu lah kita kena teruskan hidup. Hidup ni kan satu perjalanan, jadi tak kanlah kita nak terus stay ja, dan tak nak melangkah. So, keep calm and move on!!
Bila rasa putus asa tu datang, rasa penat, nak nanges, kecewa, rasa nak rebah dan tersungkur, cakap macam ni kat diri..."Allah bagi ujian sebab Dia tahu aku mampu hadapinya ".....practice and practice setiap kali "rasa-rasa" negatif tu datang...in sha Allah, Allah pasti akan tolong settelkan semua masalah-masalah tu.
Sharing is caring ^__^
Sharing is caring ^__^
Tekan banner untuk join.
Tarikh tutup: 10 Oktober 2013.
Untuk info lanjut boleh tengok kat SINI.
OK, done!
^_^
Tekan banner untuk join.
Nickname : Cik Seha
Jom sertai First random oleh cik amal ni. Nak tahu info lebih lanjut dan syarat-syarat penyertaan, boleh tengok kat [SINI].
OK, tu saja. Selamat malam!
^_^
Jika ujian itu pahit, jadikan ia manis dengan mencintai Allah.
- September 15, 2013
- By Unknown
- 2 Comments
KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3 "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta."
KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216 " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
Surah Yusuf ayat 87 " Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200 " Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung."
APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46 " Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya."
SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali-Imran: 173 " Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129 " Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung."
" Kadang kala Allah hantar ujian buat kita. Nak uji sama ada kita sabar atau tidak"
" Mungkin juga sebab Allah dah rindu kat kita. Allah uji kita supaya kita ingat balik kat Dia"
"Tujuan Allah uji kita juga untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu"
Atau juga sebab Allah nak didik kita untuk jadi hamba Dia yang sabar. Sabar bila ditimpa ujian. Dan dalam sabar tu juga ada redha dan tawakal.
Walau apa pun sebab ujian itu datang menimpa kita, walau pahit macam mana pun. Dan kadang-kadang rasa diri dah tak mampu nak tahan. Rasa nak putus asa, nak nangis, nak teriak dan macam-macam. Satu ja cara untuk kita lupakan semua kepahitan tu, iaitu kembali balik kat Allah.
Minta dan doa kat Allah untuk jadikan kita kuat untuk terima semua ujian tu. Dan yakin bahawa Allah bukan 'saja-saja' nak uji kita. Tak mungkin Allah nak lihat kita bersedih sedangkan kita diciptakan kat dunia ni atas kasih sayangNya. Sudah tentu lah Allah tak nak kita bersedih lama-lama, Allah tak nak kita jadi orang yang cepat putus asa bila ditimpa ujian dari Dia. Sebab tu, susah atau senang sekalipun hidup kita kat dunia ni, jangan sekali-kali lupakan Allah.
" Ingat Allah ketika senang dan susah"
Bila rasa cinta kita pada Allah itu dah semakin mendalam dan menebal dalam diri, in shaa Allah apa sahaja ujian yang mendatang pasti dapat kita hadapi dengan tenang sebab kita yakin Allah sentiasa ada bersama kita. Manisnya cinta Allah itu dapat kita rasai apabila kita ikhlas dan redha terima segala ujian dariNya.
" Bila kita diuji oleh sesuatu, dari situ kita belajar untuk kuat, dan kekuatan itu yang akan ubah kita untuk jadi insan yang lebih baik di masa hadapan "
*senyum*
^_^
Tidak lengkap rasanya hari tanpa menghirup secangkir kopi kan. Kopi yang sering menjadi minuman pilihan tatkala bersarapan pagi ataupun ketika minum petang bukan hanya sedap diminum tapi juga punya khasiatnya tersediri. Jadi tak hairanlah kenapa orang-orang zaman dulu suka minum kopi. Aroma dan rasa kopi yang tersendiri mampu memikat hati sesiapa saja. Ada yang suka kopi dihidangkan secara panas, dan ada juga yang suka kopi sejuk. Apa pun pilihan anda, aroma dan rasa kopi itu tetap sama.Terkenal di seluruh dunia, minuman kopi ini telah berkembang seiring dengan zaman. Sekarang ni kita boleh jumpa macam-macam jenis perisa seperti Cappucino, Espresso, Latte dan sebagainya.
Bagi segelitir, mereka menganggap kopi tidak baik untuk kesihatan. Malahan, ada yang tidak menggalakkan pengambilan kopi kerana mampu memudaratkan kesihatan. Kebimbangan ini juga mungkin disebabkan oleh kandungan kafein yang ada pada kopi, namun bukan kopi sahaja yang mempunyai kafein, minuman lain juga mempunyai kafein. Jadi, untuk mengatasi kebimbangan ini ambil lah kopi dengan kuantiti yang sederhana. Jangan berlebihan kerana yang sederhana itu lebih baik. Mengikut kajian, pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana dapat memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kognitif ni berkaitan dengan pemikiran. Selain tu, kajian turut membuktikan kesan pemgambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.
Pastikan masa mengambil kopi ni, penggunaaan gula juga kurang, tidak perlu lah terlalu manis kerana rasa kopi yang asli itu lebih enak untuk dinikmati. Untuk makluman juga, kopi merupakan salah satu kegemaran Rasulullah SAW selain madu dan susu. Oleh itu, tak da sebab kenapa kita perlu bimbang untuk minum kopi.
Antara khasiat kopi ialah:
1. Dapat menambahkan tenaga dan menyegarkan.
Kandungan kafein mampu berfungsi sebagai peransang saraf otak, di samping sistem pernafasan serta pembuluh jantung dan darah. Pengambilan kopi yang bersesuaian dapat menyegarkan tubuh badan serta mengurangkan rasa mengantuk. Sebab tu lah, mereka yang nak berjaga sampai lewat malam minum kopi supaya lebih segar dan tak mudah mengantuk.
2. Dapat mengurangkan perkembangan kanser prostat.
Hasil kajian yang telah dijalankan, pengambilan 4 atau lebih cawan kopi boleh menghasilkan anti-radang dan kesan antioksida yang membawa kepada penurunan risiko berulang atau berkembangnya kanser prostat.
Nak tahu lebih lanjut boleh baca sini :http://www.nutraingredients.com/Research/Coffee-bioactives-backed-for-cancer-benefit-Study
3.Dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Demensia.
Pengambilan 4-5 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Demensia. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa apabila bahan antioksidan dalam kopi digabungkan dengan kafein, penyakit Alzheimer dapat dihalang.
4.Mencegah kemungkinan masalah jantung.
Pengambilan kopi secara tetap, seperti 2-3 cawan sehari boleh mengurangkan risiko masalah jantung.
5.Boleh mengurangkan masalah kemurungan.
Kafein yang terdapat pada kopi boleh mengurangkan masalah kemurungan di kalangan wanita.
Yang saya senaraikan di atas ni adalah antara khasiat kopi yang telah dikaji bagi mengetahui khasiatnya kepada kesihatan dan tubuh manusia. Jadi, kopi ni bukan sahaja sedap untuk diminum tapi berkhasiat juga. Itu sahaja yang mampu saya kongsikan hari ni, penulisan ini sekadar perkongsian. Jika ada fakta-fakta yang tersilap, mohon maaf terlebih dahulu saya ucapkan :)
Bagi penggemar kopi, KEEP CALM AND ENJOY YOUR COFFEE! ❤
^__^
Klik banner untuk join.
Mari sama-sama memeriahkan segmen ni. Berlangsung selama 3 hari sahaja, bermula 29 hingga 31 ogos nanti. Jadi jangan lepaskan peluang :). Untuk info boleh tengok SINI.
Selamat bersegmen! ^_^
Assalam dan salam sejahtera semua~
Bertemu lagi di laman maya ni. Hari ni terdetik hati pula nak buat entri pasal tajuk kat atas tu walaupun mesti dah ramai yang buat tapi lain orang lain cara penulisannya kan. Oklah, kebetulan saya ni orang Sabah yang memang tinggal menetap kat Sabah, jadi saya nak memperkenalkan beberapa tempat-tempat menarik yang wajib anda semua pergi bila datang kat Sabah. :)
1. Desa Dairy Farm, Kundasang
Terletak kira-kira 8 km dari pekan Kundasang. Ladang ni mempunyai pemandangan yang cantik dan segar ala-ala kat luar negara tu. Yang suka tempat-tempat sejuk tu, tempat ni memang sesuai untuk anda. Kat ladang ni juga anda berpeluang untuk lihat lembu hitam putih yang macam kat New Zealand tu, tak payah susah-susah nak melancong jauh-jauh, kat Malaysia pun ada..hihi..Selain tu, bagi yang suka minum susu tu, boleh lah singgah kat kilang pemprosesan susu yang terletak kat sana.
2.Pulau Sipadan, Semporna
Salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila datang kat Sabah adalah pulau. Kat Sabah memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik antaranya Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan sebagainya. Pulau Sipadan ni pula antara pulau yang tercantik di dunia. Terletak berhampiran dengan bandar Semporna. Berhampiran dengan pulau ni juga adalah Pulau Mabul, Antara pulau yang juga cantik di Sabah. So, bagi yang suka dengan laut dan pesisiran pantai , gemar tengok hidupan laut, snorkeling dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan laut, boleh lah berkunjung ke pulau-pulau yang terdapat kat Sabah. Gerenti puasa hati dan happy! hihi..
3.Simpang Mengayau, Kudat
Juga dikenali sebagai 'Tip of Borneo' yang terletak di daerah Kudat. Di sinilah titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan. Kat sini ada satu glob yang besar,yang memang biasa jadi tempat untuk orang ambil gambar. Pemandangan kat sini pun cantik, jadi tak rugi untuk jalan-jalan kat sini sambil tengok laut yang memang luas terbentang. Jadi siapa-siapa yang berkesempatan tu boleh lah datang jalan-jalan kat sini, saya pun dah dua kali ke sini, dan memang best. Kalau ada masa, nak pergi lagi!
4. Rumah Terbalik, Tamparuli
Ok, ni satu lagi tarikan yang ada kat Sabah. Rumah Terbalik terletak kat daerah Tamparuli terkenal sebab kedudukan rumah tu yang terbalik dan semua perabot yang ada dalam rumah tu juga terbalik termasuklah kereta. Just imagine, kita tinggal dalam rumah tapi semuanya terbalik. So, kalau nak rasai pengamalannya, boleh lah berkunjung kat sini. Di sini juga disediakan kemudahan cafe, tandas dan kedai menjual souvenir.
5.Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Sandakan
Labuk Bay ni merupakan kawasan pemeliharaan Monyet Proboscis. Tempat ni terletak di tengah-tengah hutan bakau. Kalau nak rasai sendiri pengalaman lihat monyet ni secara dekat, datang lah kat sini. Anda juga mungkin berpeluang tengok monyet ni makan. Memang riuh masa monyet-monyet ni makan, ada yang sampai bergaduh berebut makanan. Apapun, tak rugi melawat kat sini. Bukan sahaja dapat tengok monyet tu tapi pemandangan sekitar pun cantik sebab dikelilingi dengan hutan yang hijau.
Untuk info tentang tempat-tempat menarik kat Sabah boleh rujuk:
Oklah. Selamat cuti-cuti Malaysia!
^_^
Klik banner untuk join :)
Banyak hadiah menarik ditawarkan, so jangan lepaskan peluang. Mari sama-sama meriahkan giveaway ni, ada masa lagi.Untuk info lebih lanjut, boleh tengok kat SINI.
Harap-harap ada rezeki nak menang salah satu daripada hadiah yang disediakan. Kalau tak berjaya pun tak apa, yang penting dah cuba :)
Sebelum saya akhiri, 3 hadiah yang saya nak: Keychain, polaroid camera, dan voucher RM40 for Pizza Hut.
^_^
Klik banner untuk join
Selamat malam~
Berjumpa lagi malam ni, memandangkan saya ni dah lama merehatkan diri dari join mana-mana segmen jadi hari ni saya nak join segmen ni. Tengok syarat-syarat penyertaan pun mudah ja.
Oklah, negeri kelahiran saya ialah Sabah, negeri di bawah bayu. Salam kenal. :) Jom sama-sama kita meriahkan segmen ni. Boleh klik SINI untuk info lebih lanjut.
^_^
Assalam, Hi readers! Selamat malam :)
Tajuk entri gempak tak? hihi.. Superhero saya tu agak-agak siapa ya. Ok, ni bukan entri berunsur jiwang atau cinta cintun dan saya juga bukan nak cakap pasal "my love" or apa-apa yang berkaitan dengan tu melainkan saya nak memperkenalkan kucing kesayangan yang paling saya sayang di dunia. Nampak ayat tu betapa sayangnya saya dengan makhluk berbulu gebu yang comel ni..hihi..siapa-siapa yang ada kucing tu mesti fahamlah macam mana perasaan ada kucing di rumah. Tengok dorang tidur dah boleh buat saya gelak-gelak seorang diri, macam orang tak betul je saya rasa.
Meet my first superhero!
Ni nama di Upin. Walaupun dia ni abang tapi dia sangat manja dari adik dia.
Tapi dia ni pendiam, tak bising macam adik dia..hihi..
And this my second superhero! Nama dia ni Ipin. Haa, ni dia adik si Upin tu.
Muka suci ja kan tapi dia ni sangat nakal dan sangat bising bila tiba masa nak makan.
Oh ya, kenapa Ipin dan Upin?
Yang tu kena tanya adik saya, sebab dia yang bagi nama tu.
Siapa yang paling saya sayang?
Ok, tu susah nak jawab. Sebab aku sayang dua-dua!
oh, saya rasa sungguh penat dan mengantuk hari ni. :)
Tu antara gambar-gambar yang sempat di snap, nasib baik dorang dua ekor ni beri kerjasama dengan baik..hihi..Tapi apa-apapun, saya bersyukur sebab dipilih untuk jaga dua ekor kucing ni. Rasa beruntung sangat. Tak fahamlah kenapa ada sesetengah orang tu yang tak suka kucing, dan ada pula yang sanggup nak seksa makhluk Allah yang indah ni. Kalau setakat mencuri ikan seekor tu apalah sangat sampai kena seksa teruk-teruk. Tak berhati perut langsung! Maaflah, emosi pula tiba-tiba. Memang sedih bila dengar dan lihat pasal kucing-kucing yang kena seksa. Tapi apa-apa pun, moga dibuka pintu hati mereka-mereka yang suka menyeksa haiwan ni supaya sedar yang haiwan macam kucing pun layak dilayan dengan baik kat dunia ni.
So, tu sajalah untuk malam ni. Untuk semua pencinta kucing, stay happy dengan kucing-kucing korang, ok..hii..:D
Salam Jumaat. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin memadangkan sekarang ni masih lagi bulan Syawal kan. Apa-apa pun, semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelum ni. Bersempena dengan hari Jumaat hari ni, hari yang penuh dengan berkat marilah kita sama-sama mulakan hari ni dengan melafazkan zikir, Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar, memuji-muji kebesaran Illahi. Pada yang belum mulakan lagi tu, jom lah. Mulai hari ni, saat ni kita jadikan amalan zikir ni sebagai satu amalan utama yang kita perlu buat setiap hari. Kalau kita boleh update status kat facebook setiap hari, update blog hari-hari, kenapa tidak kita jadikan zikir itu peneman kita setiap masa. Zikir bukan ketika solat sahaja, berzikir boleh dibuat bila-bila masa dan di mana-mana saja malahan tengah shopping pun kita boleh zikir, kalau tak nak lafaz kuat, cukup lafaz dalam hati.
Zikir juga pengikat kasih kita dengan Allah s.w.t, lebih banyak kita berzikir, lebih dekat kita dengaNya. Zikir itu sendiri merupakan perbuatan mengingati Allah s.w.t dengan menyebut namaNya melalui perbuatan, lidah ataupun hati. Zikir juga mampu menjadi penawar hati buat hati-hati yang gelisah. Amalan ini juga merupakan kaedah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sebagai salah satu cara untuk menenangkan jiwa.
Allah telah berfirman: "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Ar-Ra'd:28]
Allah telah berfirman: "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Ar-Ra'd:28]
Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’
Antara 10 kebaikan berzikir:
- Menjadi benteng daripada syaitan.
- Dilimpahi keredaan Allah s.w.t.
- Dimurahkan rezeki.
- Dapat membangkitkan aura sahsiah peribadi murni.
- Hampir dengan Allah s.w.t dan diangkat darjat.
- Dapat menghidupkan dan menjernihkan hati.
- Dapat mengelakkan diri dari sifat mazmumah.
- Mampu membina fikiran yang positif dan dinamik.
- Bersedia hidup penuh berani dan diberi kekuatan.
- Menenggelamkan sifat munafiq.
Itu sahajalah perkongsian hari ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat, tulisan itu juga ditujukan khas untuk diri ini semoga menjadi peringatan agar melaksakan setiap apa yang disampaikan. Moga diri ini istiqamah. Amin :)
Salam Jumaat dan selamat petang. Alhamdulillah, sampai juga hari jumaat untuk minggu ini. Dalam suatu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang dimaksudkan: "Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik-baik hari)". Hari berlakunya peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Sesungguhnya, pada hari Jumaat adalah hari Nabi Adam diciptakan. Dan pada hari jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari jumaat juga, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berselawat ke atas Rasululullah S.A.W dan membaca surah Al-Kahfi. Sebagaimana Rasulullah S.A.W berkata: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat".(HR Hakim)
Pejam celik pejam celik tak terasa hari ni dah jumaat yang terakhir untuk bulan Syaaban. Dan tak lama lagi bulan yang ditunggu-tunggu, yang datangnya hanya setahun sekali bakal menjelma lagi. Ramadhan yang dirindui bakal tiba lagi. Beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan diampunkan segala dosa. Subhanallah, tak sabar rasanya untuk sekali lagi merasai nikmat berada di bulan tersebut. Moga masih diberikan kesempatan dan waktu untuk sekali lagi diri ini menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Sudah cukup bersedia kah kita untuk sekali lagi bertemu dengan bulan yang sungguh mulia itu. Mudah-mudahan sahaja, sudah cukup bekalan yang kita sediakan sepanjang tahun ini untuk kita bawa ke bulan tersebut.
Tatkala berbagai cubaan yang mendatang,
Ketika air mata tidak mampu lagi ku tahan,
Merintih dalam sujud, mengharap kasih dariNya,
Agar dapat dihapuskan segala duka lara ini,
Kerana Dia, aku masih disini,
Terus melalui hari-hari mendatang,
Walau terkadang ia payah,
Namun ada Dia di sisi,
Ketika kasihNya itu membelai jiwaku hati merasa tenang,
Tiada lagi kekusutan yang melanda di jiwa,
Ujian sepanjang perjalanan menguatkan aku,
Kini aku melangkah lagi dan sekali lagi aku bertemu dengan 'nya',
'Dia' yang sangat aku rindui,
Ya, itulah dia Ramadhan,
Bulan dilimpahkan segala nikmat dan kurniaanNya,
Bulan diampunkan segala dosa,
Bulan yang penuh dengan berkat dan rahmatNya.
Ya Allah, jika aku masih berkesempatan lagi untuk bertemu dengan RamadhanMu kali ini, berilah aku kekuatan dan ketabahan agar mampu aku laksanakan segala ibadahMu dengan sempurna dan istiqamah. Sungguh, hambaMu yang daif ini mengharapkan agar Ramadhan pada kali bakal membawa sinar yang baru dan sesuatu yang lebih bermakna buat diri ini. Amin.
Assalam. Selamat malam.
Dalam hidup ni perlukan kesederhanaan. Apa-apa hal pun yang kita lakukan, lakukan dengan sederhana. Jangan berlebihan. Misalnya, makan. Kalau nak makan tu, makan dalam kuantiti yang sederhana, yang cukup-cukup untuk keperluan kita. Perkara yang berlebihan ni kadang-kadang boleh datangkan kesan yang tak baik. Makan lebih-lebih nanti macam-macam penyakit boleh timbul. Lepas tu nanti merungut pula berat badan dah naik tapi makan tetap juga tak nak kawal. Sebab tu, bila buat sesuatu tu fikir dulu sebab dan akibatnya nanti. Tak salah nak makan sebab makanan yang kita makan tu penting untuk bagi kita tenaga dan sebagainya tapi janganlah makan sampai tak ingat dunia ya.hihi. Tiba-tiba pula melalut pasal bab makanan. Ilmu tak cukup lagi nak bagi nasihat tapi cuma berkongsi mana-mana yang saya tahu.
Cinta juga perlukan kesederhanaan.
Sifat sederhana tu bukan setakat ketika makan perlu ada tapi cinta juga perlukan kesederhanaan. Mencintai sesuatu itu biarlah sederhana. Sepertimana kita mencintai seseorang, cintailah dia dengan sederhana. Tidak berlebihan kerana manusia itu suatu masa akan pergi juga. Tiada yang kekal abadi. Yang tinggal mungkin hanya kenangan tetapi yang pergi itu pasti tidak mungkin akan kembali lagi. Jika ingin mencintai, terima dirinya seadanya. Jangan terlalu berharap kerana jika kecewa pasti kamu juga akan merasa terluka. Dan jangan juga menilai seseorang melalui masa lalunya kerana masa depannya itu juga boleh berubah. Oleh itu, jika ingin mencintai seseorang, cintailah dirinya dengan sederhana. Yang pasti, jika ingin mencintai dengan berlebihan, cinta itu hanyalah untuk Allah swt, Pencipta kita.
Terlalu mencintai dunia.
Dunia ini ibarat pentas buat kita manusia. Macam-macam peranan yang kita mainkan di pentas dunia ini dan tentunya semua itu disaksikan oleh Allah swt. Dia yang telah menciptakan seluruh alam semesta ni. Pemilik semua yang ada di langit dan bumi. Kita hidup ini dengan satu tanggungjawab iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Namun, hari berganti hari, zaman berganti zaman. Hinggalah tiba ke hari ini di mana manusia itu berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia. Masing-masing ingin mendapatkan kesenangan, pangkat, harta dan sebagainya hinggakan terlupa bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan semata-mata. Tiada salahnya ingin berjaya, mencari kesenangan hidup namun jangan sampai terleka dengan kehidupan duniawi hingga terlupa bahawa kehidupan di akhirat itulah yang kekal abadi. Jika kita ini terlalu mencintai dunia, suatu masa nanti kita pasti akan merasa penat.
p/s: Oklah, tu saja untuk malam ni. Finally, dapat juga update entri baru lepas dah berbulan-bulan tak buka blog ni. Sibuk berhempas pulas dengan final exam sampai tak terlayan blog ni. Btw, entri malam ni pendek tak macam selalu panjang berjela-jela, but hopefully bermanfaat ok. Nite semua :)
Malam ni sangat sejuk. Suhu bilik saya rasa macam 16 degree celcius dah. Suka hati je cakap macam tu..hihi..tapi memang sejuk malam ni mungkin sebab hujan yang tak berhenti-henti turun sejak tengah hari tadi.
Apa-apapun, syukur alhamdulillah masih lagi diberikan keizinan untuk terus bernafas di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah ♡. Niat malam ni nak melafazkan semua isi-isi hati yang sudah lama terpendam. Lama ke? Tak tahulah. Sangat-sangat teringin sebenarnya untuk menulis dan berkongsi sesuatu di blog ini setiap hari tetapi disebabkan masa dan punya kewajipan lain yang lebih utama maka hasrat untuk menulis itu terpaksalah dilupakan buat seketika. Baru terasa lama tak buka blog sebab bila buka je terkejut sebab tadi nak edit template tapi bila nak edit dah tukar lain, tak macam dulu. Mula-mula tu pening juga kenapa nampak macam complicated sangat nie, muka pun dah tension -__- ambil masa juga nak 'explore' benda tu tapi bila dah tengok lama-lama barulah faham, muka pun dah kembali gembira semula ◕‿◕. Tapi secara jujurnya lagi suka cara yang dulu sebenarnya. Tapi lupakan pasal yang tu sebab tu bukan fokus utama sebenarnya. Tu cuma pencuci mulut semata-mata..^___^
Cuba ingat kembali bagaimana keadaan kita bila ditimpa sesuatu ujian atau masalah. Pasti akan rasa sedih, kecewa, mengeluh, marah, tertekan dan sebagainya Mungkin itu juga salah satu cara untuk mengekspresikan perasaan kita ketika itu namun sesuatu perkara ataupun hal yang terjadi itu pasti ada sebabnya. Kita merasa susah ketika itu kerana Allah swt sedang menguji kita. Oleh kerana itu, kita perlu latih diri berfikiran positif menghadapi ujian/masalah agar setiap kali sesuatu menimpa kita, kita mampu menanganinya dengan baik. Baiklah, saya ingin kongsikan di sini antara cara untuk kita mampu berfikiran positif iaitu.....
Sentiasa istighfar.
Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
Kalimah "Astaghfirullahal'adzim" bukan sekadar dilafazkan ketika solat bahkan sebaik-baiknya dijadikan amalan setiap masa. Lafaz istighfar yang dilakukan dengan sepenuh hati mampu membuang segala prasangka dan perkara negatif dalam diri. Oleh itu, cepat-cepat istighfar bila rasa dalam diri itu ada emosi negatif dan bersangka buruk. Singkirkan jauh-jauh perasaan negatif itu.
Bersangka baik.
Sifat ini yang perlu ada dalam setiap diri insan. Bersangka baik bukan sahaja dengan manusia tetapi paling utama bersangka baik dengan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan dengan kemampuan mereka. Kita diuji oleh Allah swt bukan kerana Allah tidak sayang dengan kita tetapi Allah swt tahu kita mampu untuk menghadapi ujian tersebut.
Lihat pada kebaikan.
Kita pasti berjumpa dan kenal dengan bermacam-macam orang dalam hidup ni kan. Mereka juga mungkin terdiri dari keluarga dan sahabat-sahabat kita. Jika bersama atau berinteraksi dengan mereka, lihat pada kebaikan dan sifat-sifat positif yang ada pada mereka. Dengan cara itu juga, ia boleh membantu diri kita untuk bersifat positif.
Gembirakan diri sendiri.
Gembirakan diri sendiri! Cara yang paling mudah. Ambil masa untuk menghiburkan diri anda sendiri. Mungkin dengan cara melakukan sesuatu yang anda sukai. Menonton wayang, bercuti, makan atau sebagainya. Pasti bila diri rasa lebih gembira, anda akan jadi lebih bersemangat dan fikiran akan cederung ke arah yang lebih positif.
Jauhi sifat negatif.
Finally, perkara utama yang harus kita lakukan untuk menjadi seorang yang positif .Jauhi lawannya iaitu NEGATIF. Bila perkara-perkara negatif seperti cepat marah, cepat emosi, asyik buruk sangka dan sebagainya disingkirkan dari diri, pasti kita akan menjadi orang yang positif. In sha Allah.
Oklah, tu sahaja perkongsian untuk malam ni. Moga Allah redha dengan pengkosian ini dan semoga ianya bermanfaat. Wa'allahualam.
Be a positive. Smile ^___^ Good night. Assalam.
Gembirakan diri sendiri.
Gembirakan diri sendiri! Cara yang paling mudah. Ambil masa untuk menghiburkan diri anda sendiri. Mungkin dengan cara melakukan sesuatu yang anda sukai. Menonton wayang, bercuti, makan atau sebagainya. Pasti bila diri rasa lebih gembira, anda akan jadi lebih bersemangat dan fikiran akan cederung ke arah yang lebih positif.
Jauhi sifat negatif.
Finally, perkara utama yang harus kita lakukan untuk menjadi seorang yang positif .Jauhi lawannya iaitu NEGATIF. Bila perkara-perkara negatif seperti cepat marah, cepat emosi, asyik buruk sangka dan sebagainya disingkirkan dari diri, pasti kita akan menjadi orang yang positif. In sha Allah.
Oklah, tu sahaja perkongsian untuk malam ni. Moga Allah redha dengan pengkosian ini dan semoga ianya bermanfaat. Wa'allahualam.
Be a positive. Smile ^___^ Good night. Assalam.
Saya dah join.
So, cepat-cepat join ye, mana tau berpeluang di review oleh Cik Lyeen :)
Nak JOIN. Tekan banner cepat-cepat :)
Done.
Nak join segmen? Klik banner kat atas :)
Untuk info lebih lanjut boleh tengok kat SINI.
Tarikh tamat : 20 April 2012.
Saya join lagi! Dalam minggu ni tak tahu dah berapa banyak segmen yang saya join. Saja nak memeriahkan segmen-segmen yang dianjurkan oleh para bloggers. Dalam masa yang sama boleh tambah kenalan juga kan, so tak rugi join segmen-segmen ni semua. Kalau bernasib baik, boleh menang hadiah lagi. Oklah, tak boleh nak cerita panjang-panjang. Kita layan dulu segmen ni..hihi..:D
KLIK banner untuk sertai.
Untuk lebih info boleh tengok kat blog willYOU readTHIS?
Tarikh tutup: 5 Mei 2013, 12.00 am.
BUTIR-BUTIR DOODLE
Nama: Syaidah
warna tudung: #736F6E
warna baju: #FBBBB9
warna tali pinggang: #C5908E
warna skirt: #C8BBBE
warna kasut: #FBBBB9
warna handbag: #F95395
OK, done!
Susah juga nak fikir warna apa yang sesuai, hihi..
tak sabar pula nak tengok hasilnya nanti.
tak sabar pula nak tengok hasilnya nanti.
KLIK banner untuk JOIN.
Untuk info lebih lanjut boleh tengok kat SINI.
Idola saya:
Mama saya.
Dialah mama, kawan, cikgu, chef kesukaan, teman shopping,
teman tengok tv dan segalanya bagi saya :)
JOM sama-sama meriahkan segmen ni.
Tarikh tutup: 23 Mei 2013
TAG:
" Life isn't about how to survive the storm, its about how to dance in the rain"
Hati berbisik, "lap airmatamu, lupakan kesedihanmu". Tidak tahu untuk yang ke berapa kalinya ia harus berkata seperti itu. Memang lumrahnya, hati wanita itu mudah tersentuh, airmata itu seperti ubat buat mereka. Kelihatan diluarnya seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun di hatinya tiada siapa yang tahu. Mungkin juga itu yang dipanggil 'tabah'. Tidak mudah menitiskan airmata di hadapan yang lain sedangkan hatinya sudah dibalut dengan seribu duka lara.
Wanita memang mudah menangis, bahkan kerana hal yang kecil sahaja sudah cukup untuk membuatkan hatinya tersentuh. Memang fitrahnya seperti itu, hati wanita itu lembut namun bukan bermakna mereka itu lemah. Mereka mampu kuat seteguh karang, namun adakalanya apabila hidup diuji dengan kesusahan dan kesedihan pasti ada saatnya airmata itu akan mengalir juga. Mungkin itu sahaja cara yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada insan yang bergelar wanita ..iaitu dengan cara menangis. Setiap titis airmata yang jatuh itu mungkin mampu membawa segala kedukaan yang ditanggung oleh dirinya.
"Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya. Maka, di saat ujian itu datang, mohonlah keampunan dan kekuatan dari Allah. Kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya, maka Dia hadiahkan sebuah ujian agar mereka kembali kepadaNya". Kata-kata penguat yang sering tersemat di hati tiap kali diri ini dilanda sedih.
p/s: Just a simple entry for today. Hopefully bermanfaat. Perasaan tak stabil, emosi agak terganggu. Biasalah, emosi pun ada pasang surutnya juga kan. Ceh, betul ke juga ayat tu, apa-apa je lah..hihi..ok lah, have a nice dream..tadaa..:)
Wanita memang mudah menangis, bahkan kerana hal yang kecil sahaja sudah cukup untuk membuatkan hatinya tersentuh. Memang fitrahnya seperti itu, hati wanita itu lembut namun bukan bermakna mereka itu lemah. Mereka mampu kuat seteguh karang, namun adakalanya apabila hidup diuji dengan kesusahan dan kesedihan pasti ada saatnya airmata itu akan mengalir juga. Mungkin itu sahaja cara yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada insan yang bergelar wanita ..iaitu dengan cara menangis. Setiap titis airmata yang jatuh itu mungkin mampu membawa segala kedukaan yang ditanggung oleh dirinya.
"Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya. Maka, di saat ujian itu datang, mohonlah keampunan dan kekuatan dari Allah. Kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya, maka Dia hadiahkan sebuah ujian agar mereka kembali kepadaNya". Kata-kata penguat yang sering tersemat di hati tiap kali diri ini dilanda sedih.
p/s: Just a simple entry for today. Hopefully bermanfaat. Perasaan tak stabil, emosi agak terganggu. Biasalah, emosi pun ada pasang surutnya juga kan. Ceh, betul ke juga ayat tu, apa-apa je lah..hihi..ok lah, have a nice dream..tadaa..:)