Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum, Selamat malam.
Walaupun sibuk tapi hari ni tetap juga nak tulis entri baru sebab dah lama sangat tak menulis. Sebelum ni sibuk dengan latihan industri dan Alhamdulillah dah selesai pun bulan Ogos yang lalu. Sekarang ni dah masuk tahun akhir, finally~ dan tengah mempersiapkan diri untuk membuat tesis. Sangat excited berada di tahun akhir, dah jadi super senior kan..hehe..tinggal satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian tapi dalam masa yang sama saya tak tahu samada saya dah bersedia atau belum nak menghadapi realiti sebagai pelajar tahun akhir dan kena siapkan tesis. Dah dapat pun tajuk tesis tapi dari hari tu masih tak bergerak lagi, hanya mampu tenung ja tajuk tu. Mana nak siapkan assignment lagi, sekarang ni dah ada 4 assignment yang menunggu..fuhh..banyak tu..kadang-kadang rasa nak mengeluh juga tapi bila ingat nikmat yang Allah dah bagi pinjam, cepat-cepat muhasabah diri balik. Jadi pelajar ni, paling penting kena sabar. Sabar yang macam mana? Sabar bila ditimpa masalah, apa sahaja masalah. Kehidupan kat U ni memanglah best tapi banyak cabaran, macam-macam orang dan karenah kita akan jumpa dan macam-macam masalah juga yang akan kita hadapi. Kalau kat U ni tak lari lah dari masalah dengan kawan, masalah percintaan, cinta bertepuk sebelah tangan, putus cinta, tak da bas nak p kelas, assignment tak siap-siap tapi dateline dah dekat, itu ini dan sebagainya. Kalau nak list satu-satu masalah yang dihadapi oleh pelajar ni memang kena buat entri baru ni..hehe..tapi tu la realitinya, banyak masalah rupanya pelajar ni..hehe..semua masalah-masalah tu samada berpunca dari diri sendiri atau persekitaraan. Tapi semuanya tu kalau dihadapi dengan sabar, pasti ada jalan penyelesaian. Buat matematik pun ada cara nak selesaikan ni kan pula masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian. In sha Allah, kalau diiringi dengan doa dan usaha, pasti boleh atasi punya semua masalah-masalah tu.
Kalau ada masalah dengan kawan tu, cuba bincang elok-elok, cari jalan yang terbaik untuk kedua-duak pihak, tak perlulah nak bergaduh, bukannya dapat menyelesaikan apa-apa pun. Yang tengah ada masalah cinta tu..waduh-waduh..yang ni kena tanya pakar cinta kot..hehe..yang selalu sangat tak da bas nak p kelas tu, apa kata amalkan ja jalan kaki p kelas. Sangat bermanfaat untuk kesihatan dah manalah tahu sambil berjalan kaki ke kelas tu terjumpa dengan jodoh ka..haha..tapi kalau kelas tu jauh sangat, tak larat nak jalan kaki..tak dapek den nak nolong..hehe..pandai-pandai lah cari ikhtiar sendiri, tumpang kawan ka..yang ada masalah dengan assignment tu, kalau nak siap, kena pastikan hari ni dapat assignment, hari tu juga kena plan apa yang nak dibuat, tetapkan masa untuk siapkan dan make sure kena siap ikut masa yang dah ditetapka..paling penting, jangan tangguh!
Banyak sangat kata-kata nasihat yang terkeluar malam ni kan, macam nak jadi pakar motivasilah pula..hehe..apa-apapun segala leteran dan nasihat yang saya beri kat atas tu cuma cadangan, tak wajib pun untuk diikuti..hehe..lebih kepada nasihat untuk diri sendiri juga yang juga seorang pelajar dan juga untuk pelajar-pelajar lain yang tengah struggle dengan kehidupan kat U tu. Harap korang tetap sabar dan chill, ok..hehe..Hidup kat U kalau kita nikmati dan manfaatkan sebaiknya memang enjoy. Lagipun sekali seumur hidup ja dapat bergelar pelajar ni, so hargailah sebaik mungkin. Don't too stress..life is full of beauty, Notice it!!..gitu...:D
Oklah, I think that's all for tonight. Dah masa nak buat assigment ni..hehe..
p/s: sekadar kata-kata nasihat dari pelajar yang tengah struggle dengan final year..hehe. Good luck to myself!..^__^
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum.
Join segmen lagi.
Saja mencuba nasib dan nak tambahkan kenalan. :)
"senyumlah, hidup ini indah"
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum. Selamat pagi.
KLIK BANNER UNTUK JOIN.
Jom join dan support ok.
^__^
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum dan selamat pagi.
Jom support dan join segmen ni!
Klik banner untuk join.
Masih sempat lagi nak join. Tamat pada 10 Oktober 2014.
OK, I'm done! ^__^
Bismillahirahmanirahim,
Assalammualaikum dan selamat malam.
Jom join giveaway by Asya Amin.
Banyak hadiah yang gojes-gojes bakal dimenangi!!
Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat SINI.
Klik banner untuk join.
Terima kasih. ^_^
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم
Manusia merancang tetapi pengakhirannya segala perancangan itu hanya Allah SWT yang menentukan. Sudah tentu kita mengharapkan dan menginginkan yang terbaik dalam hidup namun adakalanya perancangan kita tidak berjalan dengan lancar seperti apa yang kita mahukan.
Sebaik mana pun perancangan kita, namun sesungguhnya perancangan Allah SWT itu jugalah yang lebih baik.Walaupun pada pandangan kita sebagai seorang manusia apa yang berlaku dalam hidup kita bukanlah seperti apa yang kita inginkan namun teruslah percaya bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terindah dan terbaik untuk kita.
Mungkin ada masanya kita merasakan bahawa takdir seakan tidak menyebelahi kita, hidup terasa begitu susah, diuji dengan pelbagai cubaan tetapi siapa tahu di sebalik semua yang kita lalui itu ada hikmah yang telah Allah SWT titipkan. Bukan DIA tidak mengetahui isi hati kita, sudah tentu Allah SWT mengerti kesedihan hati hamba-hambaNya apabila perancangan yang diimpikan tidak berjaya. Bukannya Allah SWT mahu menzalimi hamba-hambaNya namun semua itu telah ditakdirkan seperti itu kerana Allah SWT mahu hamba-hambaNya kembali dekat kepadaNya semula.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui bahawa hati-hati yang kecewa, jiwa yang menderita suatu masa akan pulang semula kepadaNya. Sudah tentu ujian-ujian yang kita lalui juga akan membuatkan kita menjadi manusia yang lebih kuat dan tabah di masa hadapan.
Maka bersyukurlah sekiranya diri kita ini diuji dengan ujian kerana itu tandanya Allah SWT masih sayang kepada kita. DIA mahu melihat kita menjadi seorang hamba yang apabila diuji dengan kesusahan, tidak akan mudah mengalah dan berputus asa dan apabila perancangan yang telah dirancang tidak tercapai seperti yang kita inginkan, kita tidak akan merasa sedih ataupun kecewa melainkan terus bersangka baik dengan Allah serta perancanganNya.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم
Assalam dan selamat petang~
Akhirnya ada kesempatan juga untuk buka blog dan pastinya entri pertama untuk tahun ni!. Ok, serius sangat rindu dengan blog ni yang dah berbulan-bulan ditinggalkan sepi. Dan sangat rindu untuk menulis! Bukan sengaja ditinggalkan tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugas sebagai pelajar. Ya...semester lalu memang tersangatlah sibuk dengan macam-macam kerja, biasalah pelajar, tak boleh lari dari assignment, kuiz, midterm exam, final exam, bla bla bla dan semua tu perlukan fokus yang lebih. Tapi masalah fokus ke tidak.. rasa nak pengsan adalah sebab semester lalu memang sangat sibuk dengan assignment. Belum siap satu, pensyarah dah bagi assignment yang lain..mana tak pengsan! Tapi tak apa, yang penting semua tu dah berlalu dan buat masa ni saya bebas dari segala bentuk assignment sebab tengah cuti..hihi..
Dulu tiap kali online tahan hati dan tangan ja sebab nak sangat buka blog dan menulis tapi ada 'banyak' sangat kerja lebih penting untuk saya siapkan, jadi sebab tulah tak pernah update blog sampai lah ke tahun ni. Macam gitu la cerita dia..panjang lebar intro nak bagitau kenapa saya tak update blog..macamlah orang nak ambil tahu kan..hihi...:D
Dah macam-macam perkara yang berlaku tahun lalu, kalau nak cerita semua memang tak habis kot, mungkin boleh siap satu novel dah. Pahit manis semua dah rasa. Kadang-kadang rasa nak putus asa dengan hidup, nak nangis, nak menjerit sekuat hati tapi mujurlah diri ni masih waras sebab semua tu tak berlaku..hihi..Tapi apapun semua tu dah berlalu, dan sekarang pun dah tahun yang baru, tahun 2014, rasa makin tua pula diri ni..hii..Alhamdulillah, Allah masih berikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni dan masa yang diberikan itu kita gunalah sebaik mungkin sebab tak tahu sampai bila masa yang kita ada. Jadi untuk tahun ni, perbaiki niat kita untuk jadi insan yang lebih baik, perbaiki iman kita, mungkin sebelum ni amal ibadah kita kurang, in sha Allah tahun ni kita perbanyakkan lagi, ok. Ingatan untuk diri sendiri juga..ye la, kadang-kadang terlalu sibuk dengan urusan dunia, terlalu sibuk dengan tanggungjawab lain sampai terabai yang paling penting, iaitu tanggungjawab sebagai seorang muslim dan hamba di dunia ni.
Harap-harap tahun ni dapat buka lembaran yang baru. Jadi lebih kuat dan tabah, dan tak mudah putus asa. Semoga tahun ni adalah tahun yang baik untuk semua. Tak mau sedih-sedih ya..:)
Note to self:
✓ Always think positive!
✓ Reading Quran.
✓ Dua' for parents and family.
✓ Love yourself!
✓ Stop complaining!
✓ Think more, sleep less, eat less, talk less.
✓ Smile :)
In sha Allah..amin..
p/s: blog dah berwajah baru, tapi tema maintain pink..hihi...penat edit dari semalam, biasalah otak tak berapa nak kreatif sangat dan hasilnya bolehlah..tak sehebat mana tapi sedap mata memandang juga kan..hihi..:D Terima kasih sudi baca! Salam Jumaat.