Cinta umpama kota kristal.....indah di penglihatan, derita di perasaan. Datangnya bukan dengan paksaan, dan perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu sukar ditafsirkan, dan kadangkala sukar untuk dimengerti. Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menghargai, saat kita terluka barulah kita mengerti. Dan mungkin benar juga saat kita merindui , barulah kita menyedari.
Jika cinta harus berakhir dengan kekecewaan, pasti ada sebab di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk difahami namun percayalah bahawa ketika Allah mengambil sesuatu daripadamu, maka telah Dia persiapkan sesuatu yang jauh lebih baik untukmu...
Betapa peritnya cinta jika harus berakhir dengan sebuah duka, namun ia bukanlah pengakhir untuk segala-galanya. Bila masa perpisahan itu berlaku percayalah bahawa semuanya adalah kerana ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Usahlah terlalu berdukacita kerana Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membiarkan hamba-hambaNya bersedih. Maka, pengubat paling mujarab adalah dengan SABAR dan SOLAT.
IKHLAS, REDHA dan SABAR dengan ketentuan Allah. Mungkin dilihat payah, kerana yang menanggungnya yang merasa namun tidak ada yang lebih indah andai kita mampu menerima segala yang terjadi dengan sabar. Yakin bahawa Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa akan datang. Samada cepat atau lambat, setiap manusia pasti telah disediakan dengan kebahagiaan masing-masing.
Di saat hati masih belum bersedia untuk menerima erti sebenar cinta...maka simpanlah segala bentuk ungkapan cinta itu dahulu dan kunci hatimu hanya untuk cinta Allah, dan biarkan Allah menjawabnya dengan yang lebih indah di saat yang tepat...Yakinlah padaNya..Insya Allah...Tiada yang lebih indah melainkan cinta kepada Allah...Wa'allahualam..~✿
✿ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH.. ~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH✿
0 Komen