TRAVEL DENGAN INSTANT SHAWL

April 04, 2016 MS SEHA 11 Comments



Assalammualaikum. Salam Sejahtera.




Anda seorang yang suka travel? Tetapi mempunyai cabaran  yang sama setiap kali ingin pergi bercuti iaitu tudung jenis apakah yang perlu dibawa? Tudung berwarna apa yang harus dibawa? Atau perlukah anda membawa seterika sendiri? Cabaran-cabaran ini lah yang sering menghantui fikiran ramai wanita berhijab lebih-lebih ketika ingin mengemas barangan untuk dibawa
.
Mengapakah perkara-perkara tersebut begitu penting? Well, kita semua pastinya ingin kekal selesa sepanjang percutian bukan? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang travel secara backpacking. Mereka kerap bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain dan tentu sahaja mereka ingin memakai pakaian dan tudung yang selesa. Selain itu, mereka juga ingin memakai pakaian dan tudung yang simple dan mudah untuk digayakan. 





Oleh itu, bagi melancarkan perjalanan trip anda, apa kata jika anda bercuti atau travel dengan memakai instant shawl. Mengapa? Ini kerana, instant shawl adalah koleksi tudung yang paling mudah untuk dipakai. Anda tidak perlukan sebarang brooch atau pin tudung tetapi hanya sarung di kepala dan siap! Selain itu, koleksi instant shawl ini juga boleh anda temui dalam pelbagai pilihan fabrik. Pilih fabrik lycra yang tidak mudah renyuk dan anda tidak perlu lagi bimbang jika hotel yang telah anda tempah menyediakan seterika atau tidak. Dan sebab yang terakhir adalah kerana rekaan instant shawl yang cukup selesa dipakai dan versatile untuk digayakan dengan apa jua pakaian yang anda bawa bersama. Happy travel!

You Might Also Like

11 comments:

  1. salam , saya pon suka instant tak payah nak gosok gosok :)
    just letak dalam beg , nak pakai amek je

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. ya. betul tu. lagipun senang, kalau nak cepat boleh terus pakai ja, tak perlu gosok da :)

      Delete
  2. hanya ada 2 tudung instant. kalau travel, tetap nak bawa shawl walaupun lepas tu pening kepala nak iron kat mana. dengan iron hotel yang kadang-kadang tidak memenuhi syarat.,maybe kena fikirkan juga untuk tambahkan koleksi instant shawl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. ya, tu la. kalau bercuti kat hotel mesti fikir nak iron macam mana. kalau ada tudung instant boleh je pakai terus :)

      Delete
  3. Tudung instant paling convinience kalau nak bawa pergi travel. Senang dan cepat! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul tu. memang senang dan cepat. hihi.

      Delete
  4. bila travel, tudung instant jenis iron-less mmg pratikal. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. sebab tu tiap kali travel atau pergi mana-mana, mesti bawa satu dua tudung instant ni. :)

      Delete
  5. saya pula takda koleksi instant ni...memang pakai bwal jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dulu biasa pakai bawal juga, tapi sekarang dah ada tudung instant, pakai tu ja sebab lagi cepat. hihi. :)

      Delete
  6. oooo bagus ini tudung utk mereka yang selalu pergi outstation ye..

    Jalan2 sini.. Jom baca,,

    Lajukan Load Blog ni Sekarang> article.

    ReplyDelete