Makanan Pencetus Mood Gembira...^‿^



Salam sejahtera. Salam perkenalan. Tentunya ramai yang gembira bila tibanya hujung minggu kan. Dah seminggu bergelumang dengan kesibukan di tempat kerja mahupun di sekolah pastinya hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk beristirehat dan bersantai-santai dengan keluarga..

Bagaimana mood anda ketika ini? Sedih, tertekan, kecewa, bengang?? Jangan risau. 
Anda mampu mengubahnya. Nak tahu macam mana?....
.

Jom makan...hihi...

5 Jenis Pilihan Makanan Untuk Kembalikan Mood Happy..

Kita tengok siapa yang kena.


Pertama

Coklat

please bite me!!...I am so yummy..opss..:D

Kedua.

Aiskrim

 sweet tak saya, macam orang yang makan ni?...hihi..

Ketiga. Kek


eh...eh...nak rasa sikit, boleh tak?...:p

 Keempat. Marshmallow

apesal comel sangat..kan dah kena makan..sorry ^__~

Kelima. Cupcakes

tak sampai hati nak makan tapi nak juga..hihi..^_^



Macam mana, mujarab tak? Kelima-lima jenis makanan yang saya senaraikan tu adalah antara makanan pilihan yang biasa diambil ketika berada dalam mood  sedih, tertekan, kecewa dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi makanan yang boleh diambil. Tapi semua tu bergantung dengan individu itu sendiri. Mungkin ada juga yang tak suka, dan ada juga yang suka. Tak tahu lagi sama ada dah terbukti ataupun tidak makanan-makanan tersebut mampu mendatangkan mood happy, cuma pandangan saya sahaja berdasarkan apa yang saya perhatikan dan pengalaman saya selama ni. Mungkin di masa hadapan, akan ada kajian yang lebih mendalam tentang kaitan makanan dengan mood seseorang.

Tapi apa-apapun, mengambil makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak digalakkan kerana kandungan gula dan lemak yang tinggi. Kalau untuk makan sekali-sekala tu, bolehlah tapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit. 

Nak makan boleh. tapi kena berwaspada. Jangan terlebih atau terkurang. Kena sederhana dan seimbang. Semua pun dah tahu kan macam mana nak makan secara seimbang. Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk tubuh badan dan kesihatan anda.

Jadi, itu sahaja untuk hari ini. Maaf sekiranya ada tersilap atau merepek kat mana-mana. Sekadar perkongsian dari hati. Mudah-mudahan bermanfaat. Arigato....◕‿◕



You Might Also Like

1 Komen

  1. betul betul betul..
    chocolate,,membuat mood jadi gembira..
    saye sering cuba..:)

    klo sempet Click ini
    yaa,minta masukannya biar jd blog yg baik..makasih..:)

    ReplyDelete