Bahagia Itu Sentiasa Ada Di Dalam Hatimu






Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah:5-6)

Kehidupan tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan. Namun, sesungguhnya disebalik kesusahan yang menerpa pasti ada hikmah di sebaliknya. Nampak bahagia, kelihatan tenang dan tak pernah rasa 'down' adalah satu rasa yang perlu kita syukuri kerana bukan semua mampu seperti itu. Dengan segala yang menimpa, kita masih mampu tersenyum dan menghadapi semuanya dengan rasa tenang. Itu juga salah satu anugerah daripada Allah swt kepada kita. Setiap kesusahan dan ujian yang Allah swt berikan kepada kita bukanlah bermaksud untuk menyusahkan kita , tetapi sebaliknya tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya. Ketika kita ditimpa musibah, beerti Allah ingin kita lebih dekat kepadaNya, dan ketika masalah menimpa diri, Allah ingin mengajar kita menjadi seseorang yang lebih dewasa dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan.

Kebahagiaan adalah impian setiap orang. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mencapainya. Ada yang bahagia kerana harta kekayaan, ada juga yang bahagia kerana kecantikan, bahagia kerana mempunyai ramai teman, dan sebagainya. Tentunya, setiap individu itu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengecapi kebahagiaan.

Namun, sejujurnya bahagia yang ditemani dengan ketenangan itulah adalah bahagia yang sebenar. Bahagia yang membahagiakan. Tapi, perlu diingat bahawa bahagia itu cuma akan hadir apabila Allah swt mengurniakan rasa itu, rasa yang memberikan kebahagiaan yang menenangkan setiap kali melakukan sesuatu perkara yang mendapat redha dan berkat-Nya. Itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan dan sentiasa ada dalam hatimu. 

p/s : Setiap ujian yang mendatang, hadapi ia dengan senyuman. Tenang dan yakin bahawa Allah sentiasa bersamamu... ^__^


You Might Also Like

2 Komen