Kena sabar~ :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum, Selamat malam.

Walaupun sibuk tapi hari ni tetap juga nak tulis entri baru sebab dah lama sangat tak menulis. Sebelum ni sibuk dengan latihan industri dan Alhamdulillah dah selesai pun bulan Ogos yang lalu. Sekarang ni dah masuk tahun akhir, finally~ dan tengah mempersiapkan diri untuk membuat tesis. Sangat excited berada di tahun akhir, dah jadi super senior kan..hehe..tinggal satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian tapi dalam masa yang sama saya tak tahu samada saya dah bersedia atau belum nak menghadapi realiti sebagai pelajar tahun akhir dan kena siapkan tesis. Dah dapat pun tajuk tesis tapi dari hari tu masih tak bergerak lagi, hanya mampu tenung ja tajuk tu. Mana nak siapkan assignment lagi, sekarang ni dah ada 4 assignment yang menunggu..fuhh..banyak tu..kadang-kadang rasa nak mengeluh juga tapi bila ingat nikmat yang Allah dah bagi pinjam, cepat-cepat muhasabah diri balik. Jadi pelajar ni, paling penting kena sabar. Sabar yang macam mana? Sabar bila ditimpa masalah, apa sahaja masalah. Kehidupan kat U ni memanglah best tapi banyak cabaran, macam-macam orang dan karenah kita akan jumpa dan macam-macam masalah juga yang akan kita hadapi. Kalau kat U ni tak lari lah dari masalah dengan kawan, masalah percintaan, cinta bertepuk sebelah tangan, putus cinta, tak da bas nak p kelas, assignment tak siap-siap tapi dateline dah dekat, itu ini dan sebagainya. Kalau nak list satu-satu masalah yang dihadapi oleh pelajar ni memang kena buat entri baru ni..hehe..tapi tu la realitinya, banyak masalah rupanya pelajar ni..hehe..semua masalah-masalah tu samada berpunca dari diri sendiri atau persekitaraan. Tapi semuanya tu kalau dihadapi dengan sabar, pasti ada jalan penyelesaian. Buat matematik pun ada cara nak selesaikan ni kan pula masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian. In sha Allah, kalau diiringi dengan doa dan usaha, pasti boleh atasi punya semua masalah-masalah tu.

Kalau ada masalah dengan kawan tu, cuba bincang elok-elok, cari jalan yang terbaik untuk kedua-duak pihak, tak perlulah nak bergaduh, bukannya dapat menyelesaikan apa-apa pun. Yang tengah ada masalah cinta tu..waduh-waduh..yang ni kena tanya pakar cinta kot..hehe..yang selalu sangat tak da bas nak p kelas tu, apa kata amalkan ja jalan kaki p kelas. Sangat bermanfaat untuk kesihatan dah manalah tahu sambil berjalan kaki ke kelas tu terjumpa dengan jodoh ka..haha..tapi kalau kelas tu jauh sangat, tak larat nak jalan kaki..tak dapek den nak nolong..hehe..pandai-pandai lah cari ikhtiar sendiri, tumpang kawan ka..yang ada masalah dengan assignment tu, kalau nak siap, kena pastikan hari ni dapat assignment, hari tu juga kena plan apa yang nak dibuat, tetapkan masa untuk siapkan dan make sure kena siap ikut masa yang dah ditetapka..paling penting, jangan tangguh!

Banyak sangat kata-kata nasihat yang terkeluar malam ni kan, macam nak jadi pakar motivasilah pula..hehe..apa-apapun segala leteran dan nasihat yang saya beri kat atas tu cuma cadangan, tak wajib pun untuk diikuti..hehe..lebih kepada nasihat untuk diri sendiri juga yang juga seorang pelajar dan juga untuk pelajar-pelajar lain yang tengah struggle dengan kehidupan kat U tu. Harap korang tetap sabar dan chill, ok..hehe..Hidup kat U kalau kita nikmati dan manfaatkan sebaiknya memang enjoy. Lagipun sekali seumur hidup ja dapat bergelar pelajar ni, so hargailah sebaik mungkin. Don't too stress..life is full of beauty, Notice it!!..gitu...:D




Oklah, I think that's all for tonight. Dah masa nak buat assigment ni..hehe..

p/s: sekadar kata-kata nasihat dari pelajar yang tengah struggle dengan final year..hehe. Good luck to myself!..^__^

You Might Also Like

0 Komen