Egg Tart.



Assalammualaikum dan selamat malam. Hari ni sekali lagi nak berkongsi resepi memandangkan cuti ni rajin pula mencuba macam-macam resepi, sangat lah free kan cuti ni padahal masih ada tesis yang menunggu..hehe.. So, kemarin saya dah cuba buat tart telur dengan bantuan sepupu saya..thanks to her sebab tolong. Alhamdulillah, menjadi juga! Oklah, tak nak cerita panjang-panjang. Jom baca macam mana nak buat ya.

Bahan-bahan:

Untuk crust/shell:

290 g tepung gandum
170 g majerin/mentega
1 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
50 g gula aising





Cara-cara:

1) Pukul marjerin/mentega dan gula hingga gebu.
2) Masukkan telur dan pukul lagi pada kelajuan yang perlahan. Kemudian, tambahkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
3) Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
4) Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tart. Kemaskan dan buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart.




Untuk filling:

1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
3 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
sedikit air panas

Cara-cara:

1) Larutkan gula dalam air panas.
2) Pukul telur bersama susu cair.
3) Kemudian masukkan larutan gula tadi dan gaul hingga sebati.
4) Tapis adunan untuk membuang lendir-lendir telur.

Langkah seterusnya.....

Tuang larutan filling ke dalam tart shell yang belum dibakar. Kemudian, bakar di dalam oven pada suhu 180 - 200°C selama 25 - 35 minit.



Inilah hasilnya
.
.
.
.
.
.


sebab ni percubaan yang pertama jadi tak lah perfect sangat rupa dia tapi rasa memang sedap..hihi..





sebab my cousin request nak warna lain, so cuba lah buat warna lain..colourful gitu..hihi..


Oklah, terima kasih sudi baca dan singgah. Selamat mencuba. :)





You Might Also Like

3 Komen

  1. sedapnya tart telor...miya sukaaa...

    ReplyDelete
  2. kak ana memang suka pastri ni, terima kasih berkongsi resepi disini ye Ismi Syaidah,following yr G+ pagi jumaat ni :)

    ReplyDelete