Biskut Coklat Chip.



Assalammualaikum..hari ni terlebih rajin pula nak kongsikan satu resepi yang saya belajar masa praktikal hari tu..resepi ni simple dan senang ja untuk disediakan.


Bahan-bahan:

500 g mentega
200 g gula perang
2 biji kuning telur
600 g tepung naik sendiri
4 tsp soda bikarbonat
4 tbsp serbuk koko
200 g coklat chip
200 g badam (dicincang)
4 tbsp susu UHT

Cara-cara:

1) Pukul mentega dengan gula perang hingga kembang dan gebu.

2) Masukkan kuning telur dan gaul hingga sebati.

3) Masukkan campuran tepung, soda dan serbuk koko yang telah diayak bersama, diselang seli dengan coklat chip     dan badam cincang.

4) Kemudian, masukkan susu UHT.

5) Setelah adunan siap, bulatkan dan tekan dengan garfu untuk meratakan adunan.

6) Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit. 

7) Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas.




Tadaa...ni lah hasilnya yang tak seberapa tapi alhamdulillah siap juga..hihi..







Share:

1 Komen

  1. Amboi, boleh buat jual ni. Hehehhe.

    Salam singgah dari follower #425. Dari segmen kak mia

    ReplyDelete