Rindu.




Rindunya...

Rindu dengan blog ni.

Rindu nak menulis.

Nak sangat menulis hari-hari tapi makin sibuk pula sejak akhir-akhir ni. Sibuk dengan tesis. Ya Allah, kadang-kadang rasa macam tak mampu dah nak hadapi.

Penat,
Stress,
Frust,
Kecewa,
Menyesal,
Rasa macam nak give up,

Macam-macam perasaan pun ada.

Tulah masalah manusia ni. Bila diuji sedikit dengan kesusahan, mulalah ikutkan perasaan, mengeluh tak henti-henti, emosi sana sini. Semua perkara-perkara negatif ja timbul dalam fikiran. 

Cuba belajar untuk fikir perkara-perkara yang positif ja, in sha Allah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Bersyukurlah sebab terpilih untuk diuji oleh Allah. Mungkin ujian bagi setiap manusia itu tidak sama. Ada yang sukar, ada yang senang. Tapi walau apapun, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap padaNya. 





Moga Allah beri kita kekuatan untuk buang semua rasa-rasa yang tidak patut ada.  :)


Share:

3 Komen

  1. InsyaAllah segalanya dipermudahkan untuk kakak. Betul, kita memang akan mudah mengeluh bila susah sikit. Tapi itulah, kalau kita percaya pada Allah, Dia pasti akan tolong kita. Good luck kak syuhadah! :D

    ReplyDelete
  2. ada ketikanya jika hendak menulis amat memerlukan ruang waktu yang luas, all the best Ismi Syuhadah dalam apa juga urusan.

    ReplyDelete