5 Sebab Kenapa Malas Update Blog.






Assalammualaikum. Hi.




Pernah rasa malas tak nak update blog? Sebab sejak akhir-akhir saya rasa saya macam makin liat nak tulis entri. Dulu bukan main rajin lagi, tiap-tiap hari tulis entri. hihi. Ada juga la update tapi just join beberapa segmen atau giveaway. Tapi tu pun kadang-kadang fikir juga nak join ke tak. Iya la kalau blog asyik penuh dengan join segmen macam tak best juga kan. hihi. Buka juga blog tapi tu la hanya mampu renung, last-last tutup laptop. Rasa macam makin menjadi-jadi pula simptom malas ni .hihi.

So setelah saya renung-renung dan fikir saya dah tahu dah kenapa saya malas update blog. hihi. Ada 5 sebab semuanya.



1. Tiada masa

Macam tak boleh terima je sebab ni kan tapi tu la yang saya rasa. hihi. Kadang nak menulis tapi ada kerja yang lagi penting kena buat so kena la tangguh. Bila dah free pula, dah ada masa nak menulis idea pula hilang entah ke mana.


2. Tiada internet/ internet slow

Ni salah satu lagi sebab kenapa saya malas update blog. Kalau tak dah internet macam mana nak buka blog kan. hihi. Dan kalau internet slow, maka mereput la kau depan laptop tunggu sampai internet tu ok. ..tak ke menghilangkan mood nak menulis kalau begitu..hihi..
 

3. Tiada idea

Ok yang ni kadang-kadang terjadi juga. Tengah-tengah semangat nak update blog tiba-tiba tak da idea pula nak tulis pasal apa. Ayat nak start pun tak tahu nak tulis apa..ok yang ni memang sedih..membazir masa je menghadap skrin laptop lama-lama..hihi


4. Tiada mood/kurang semangat

Yes, kadang-kadang nak menulis ni kena ikut mood juga tapi tu bagi saya la. tak tau pula korang macam mana. Kalau saya tak da mood atau kurang semangat memang saya tak dapat menulis sebab rasa macam nak tidur ja. Tapi kebanyakan entri saya yang dulu saya tulis masa saya tengah sedih sebab lagi feel tulis time tu. hihi. So memang betul la mood boleh mempengaruhi penulisan seseorang..kan..


5. Malas!


Sebab utama memang malas.  Walaupun ada sebab-sebab lain tapi kalau dah penyakit malas ni melanda diri memang semua kerja tak jadi. teruk betul..huhu..


Apa-apa pun tu semua mindset je. Kalau dah set awal-awal yang kita malas, memang malas la jadinya tu kan. So harap-harap lepas ni saya akan lebih rajin untuk update blog. hihi..


Sekarang pun tengah fikir macam mana nak tulis penutup. Ok la tu ja saya nak kongsi malam ni. Macam tak best pula penutup ni. hihi. Tak apa la. Selamat malam.



Share:

22 Komen

  1. Saya ada hampir semua sebab2 ni.. huwaaaa...

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang siqah pun mengalami masalah yang sama. tiada masa, tiada mood dan malas penyumbang utama.. sekarang dah rajin sikit lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. malas mmg penyumbang utama..hihi..kena rajinkan diri lepas ni..

      Delete
  3. Semua betul haha.. Tambah2 kalau di blog saya , saya mesti selitkan lukisan untuk every entry. bila takde ilham nak lukis apa, memang bersawang jawabnya blog tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... saya pun kalau tulis entry mesti kena ada gambar. kalau tak jumpa gambar yang sesuai, memang tak jadi la jawabnya :D

      Delete
  4. start bulan 8 ni aqma paksakan diri update hari2. hehehe. All the best and keep writing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. all the best jg Aqma dan teruskan menulis :D

      Delete
  5. betul sangattt ni, time sibuk nak study buleh plak banyak idea datang, time cuti memanjang tu takda plakk kan. alahaiii =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ni lagi satu sebab.. time study dulu pun rasa juga macam ni..hihi.

      Delete
  6. aah lebih kurang la.. nak update blog tp idea nak updatenye tak sampai2 lagi.. jadi mampu blogwalking je la ke blog2 mana taw dapat ideakan nk tulis pasal ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu..mampu blogwalking ja la kalau tak da idea nak update apa2.. hihi

      Delete
  7. Nak tambah 1, tiada laptop/laptop rosak mcm sayaaaaa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. betul tu.. tabah ja la kalau laptop rosak.. memang tak dapat la nak update

      Delete
  8. hahaha, semua negatif thingy. hehe.

    keep writing seha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..semua negatif..hee

      Tq Eyqa. teruskan menulis jg :D

      Delete
  9. Assalammualaikum.

    Saya selalunya tang no 4 n 5. Tapi lately, lebih pada perubahan cara hidup. Sblm ni bujang, skrg dah berkahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..

      oo tu la..hihi..kalau dah kahwin lagi la jarang update blog sebab dah ada komitmen lain kn.. hee

      Delete