Ingin berubah tapi tidak kuat.


Bismillahirahmanirrahim, 


Mungkin pernah terdetik seketika dalam hati mahu berubah,
meninggalkan masa lalu, 



Namun masa kita biarkan berlalu,
 tanpa kita sedar, 


dan kita masih seperti yang dulu.



Masih belum kuat,
Masih mencari-cari masa yang sesuai,
Masih memikirkan bagaimana pandangan manusia.



Alangkah bagusnya jika mampu kita kumpul secebis kekuatan dan 
memulakan langkah untuk berubah menjadi 
insan yang baru, 
punya hati yang baru, 
semangat yang baru, 
akhlak baru.




Memulakan sesuatu itu memang sukar,
adakalanya terhenti dipertengahan jalan.




Tetapi apabila kita telah tetapkan niat,
bersungguh-sungguh mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik,



berubahlah. 



Berubahlah kerana Allah. 



In sha Allah, Allah pasti akan bantu. 




p/s: Suatu masa dulu, pernah rasa cemburu tengok mereka-mereka yang bertudung labuh, berjubah. Alangkah beruntungnya mereka punya ilmu agama dibandingkan dengan diri ini yang tidak punya apa-apa, jahil. Malu..menangis sendiri mengenangkan dosa-dosa. Mahu berubah tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Tetapi takdir Allah itu indah. Allah titipkan sahabat-sahabat yang baik buat diri ini yang juga telah menjadi titik permulaan untuk diri ini berubah. Bermula dari join usrah dan perlahan-lahan ubah penampilan diri. Alhamdullilah, rasa tenang. Walaupun pada mulanya rasa tak yakin dengan diri bila mengenangkan betapa jahilnya diri ini. Allah masih nak terima aku ka? Tetapi hati dikuatkan. Sekuat yang mungkin. Kerana yakin kasih sayang Allah itu sentiasa ada. 




Alhamdulillah..terima kasih Allah. :) 





"kerana kau tak pernah tahu, sebanyak mana waktu yang diberikan untukmu" 
(via-tersenyum-melihat-langit.tumblr.com)






You Might Also Like

1 Komen