Assalammualaikum. Hi.
Klik banner untuk join
Motivational quote of the day:
" A positive attitude will lead to positive outcomes "
Jemput join semua. Sambil kenal-kenal boleh menang hadiah juga!
Jom support rakan blogger lain. :)
Good luck ❤
Ada rindu yang harus disederhanakan. Perasaan bukanlah sewajarnya selalu dimenangkan. Doalah baik-baik.
— arnamee
Assalammualaikum. Hai.
Klik banner untuk join
Jemput join semua giveaway pertama yang dianjurkan oleh Farah Sanusi.
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi memang menarik semuanya.
Rugi uols tak join! hihi. Untuk lebih info boleh tengok SINI
Good luck dan selamat bersegmen ^_^
Terima kasih.
Assalammualaikum. Hi.
Pernah rasa malas tak nak update blog? Sebab sejak akhir-akhir saya rasa saya macam makin liat nak tulis entri. Dulu bukan main rajin lagi, tiap-tiap hari tulis entri. hihi. Ada juga la update tapi just join beberapa segmen atau giveaway. Tapi tu pun kadang-kadang fikir juga nak join ke tak. Iya la kalau blog asyik penuh dengan join segmen macam tak best juga kan. hihi. Buka juga blog tapi tu la hanya mampu renung, last-last tutup laptop. Rasa macam makin menjadi-jadi pula simptom malas ni .hihi.
So setelah saya renung-renung dan fikir saya dah tahu dah kenapa saya malas update blog. hihi. Ada 5 sebab semuanya.
1. Tiada masa
Macam tak boleh terima je sebab ni kan tapi tu la yang saya rasa. hihi. Kadang nak menulis tapi ada kerja yang lagi penting kena buat so kena la tangguh. Bila dah free pula, dah ada masa nak menulis idea pula hilang entah ke mana.
2. Tiada internet/ internet slow
Ni salah satu lagi sebab kenapa saya malas update blog. Kalau tak dah internet macam mana nak buka blog kan. hihi. Dan kalau internet slow, maka mereput la kau depan laptop tunggu sampai internet tu ok. ..tak ke menghilangkan mood nak menulis kalau begitu..hihi..
3. Tiada idea
Ok yang ni kadang-kadang terjadi juga. Tengah-tengah semangat nak update blog tiba-tiba tak da idea pula nak tulis pasal apa. Ayat nak start pun tak tahu nak tulis apa..ok yang ni memang sedih..membazir masa je menghadap skrin laptop lama-lama..hihi
4. Tiada mood/kurang semangat
Yes, kadang-kadang nak menulis ni kena ikut mood juga tapi tu bagi saya la. tak tau pula korang macam mana. Kalau saya tak da mood atau kurang semangat memang saya tak dapat menulis sebab rasa macam nak tidur ja. Tapi kebanyakan entri saya yang dulu saya tulis masa saya tengah sedih sebab lagi feel tulis time tu. hihi. So memang betul la mood boleh mempengaruhi penulisan seseorang..kan..
5. Malas!
Sebab utama memang malas. Walaupun ada sebab-sebab lain tapi kalau dah penyakit malas ni melanda diri memang semua kerja tak jadi. teruk betul..huhu..
Apa-apa pun tu semua mindset je. Kalau dah set awal-awal yang kita malas, memang malas la jadinya tu kan. So harap-harap lepas ni saya akan lebih rajin untuk update blog. hihi..
Sekarang pun tengah fikir macam mana nak tulis penutup. Ok la tu ja saya nak kongsi malam ni. Macam tak best pula penutup ni. hihi. Tak apa la. Selamat malam.
Bismillah, Assalammualaikum.
Happy Weekend!
Klik banner untuk join.
Jom join dan support first giveaway dari Ena.
Giveaway ini akan berlangsung dari
28 OGOS - 8 SEPT 2015
Good luck! :)
Assalammualaikum. Comelnya banner giveaway ni sebab tu teringin nak join. Dah join pun!..hihi..Jom meriahkan giveaway ni, masih sempat lagi nak join.
Klik banner untuk join giveaway
Hadiah untuk giveaway ini adalah
Tarikh tutup Giveaway adalah pada 31 Ogos 2015 jam 12TghMalam
Saya Tag:
Assalammualaikum. Join giveaway lagi.
Klik banner untuk join.
Giveaway berlangsung dari 21 Ogos 2015 sehingga 31 Ogos 2015
(jam 11.59 malam)
(jam 11.59 malam)
Banyak hadiah-hadiah menarik menanti anda!
Good luck..:)
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم
Assalammualaikum.
Rindu pula zaman belajar dulu. Dulu masa belajar tak sabar-sabar pula nak cuti. Dilema sungguh lah.
Tips dari saya agar anda tidak dilema ketika cuti:
- Pastikan internet sentiasa ada. (tak wajib pun kena ada ni..hihi)
- Buatlah aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan, join kursus atau program, ikut kelas masakan, atau sebangainya.
- Cari kerja part time.
- Buat blog. Bagi yang tak tahu nak buat apa tu, buat la blog. Boleh lah keluarkan bakat-bakat menulis yang dah lama terpendam tu..hihi.
- Last but not least, paling senang pun, kalau dah dilema sangat, tak tahu da nak buat apa waktu cuti, tolong la mak ayah buat kerja kat rumah, kemas rumah, cuci kain baju, memasak..kan banyak kerja tu.
Pilihan di tangan anda!. :D
p/s: Disebabkan banyak masa lapang, jadi sekarang ni saya dah aktif berblog semula, Jadi, kepada siapa-siapa yang nak, bolehlah tinggalkan link URL blog anda untuk saya follow dan blogwalking..hihi..
Bismillah,
Assalammualaikum.
Ada apa dengan biskut raya? Penting
sangat ka. Kalau tak da biskut raya, raya tak jadi ka? Kalau tanya pendapat
saya of course lah saya cakap raya tak meriah kalau tak da biskut raya. Tapi
tak semestinya raya tu tak jadi kalau tak da biskut raya cuma dah jadi
kebiasaan kan sejak dari dulu biskut raya memang akan ada setiap kali hari
raya. biskut raya tu ibarat penyeri rumah waktu raya.Mana-mana rumah mesti akan
ada dua tiga balang biskut raya, tak kisahlah yang buat sendiri atau beli.
Sekarang ni lagi dah macam-macam jenis biskut raya yang ada kat pasaran,
tinggal nak tunjuk ja yang mana satu. Tapi tu lah, walaupun beli lagi senang
tapi buat biskut raya sendiri sebenarnya lebih seronok dan memuaskan sebab bagi
saya bila kita buat sendiri kuih raya tu baru lah ada suasana nak raya.
Lagi-lagi bila buat ramai-ramai satu family, kan best macam tu. Lagi satu, kita
boleh buat ikut suka hati yang kita nak, nak letak apa yang kita nak, berapa
banyak, terpulang dengan kita yang penting jadi dan sedap..kalau tak jadi, tak
dapat lah nak tolong, belilah kat kedai..hihii..
Oklah, panjang pula intro. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya buat biskut raya untuk raya tahun ni ni. Alhamdullillah tahun ni Allah masih beri kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dan seterusnya dapat merayakan bulan Syawal dan Alhamdulillah juga tahun ni saya dapat habiskan pengajian saya kat universiti sebelum raya so memang best la sebab ada masa untuk buat biskut raya. Kalau sebelum-sebelum memang tak lah, tahun lalu ada praktikal, dapat la cuti raya seminggu. Tapi tu pun tak sempat nak buat apa-apa sebab sehari sebelum raya baru dapat cuti. Jadi tahun ni memang tak nak sia-siakan peluang dan masa yang ada,
Saya tak pernah buat biskut raya
pun sebelum ni, dulu pernah lah tapi tu pun tolong mak tapi disebabkan
keinginan yang kuat nak cuba buat biskut raya sendiri tahun ni, saya cuba la
google cari resepi cari kat buku dan kat mana-mana. So, saya jumpa dua resepi
kat buku. Satu tu biskut Almond London. Ok, yang ni mesti ramai yang dah tahu
kan. Tiap-tiap raya memang wajib kena ada. Tengok rupa macam susah tapi bila
dah buat senang ja rupanys cuma kena sabar..hihii.. sebab nak celup biskut tu
kat dalam coklat, lagi-lagi bagi saya yang tak mahir ni, memang lambat lah nak
siap. Tapi bila dah siap dan nampak hasilnya, memang puas hati la..hihi..
Untuk resepi yang kedua, saya buat
yang paling simple dan cepat siap, biskut cornflakes madu.Ok, kuih ni seriously
senang ja nak buat, campur ja semua bahan-bahan dalam periuk dan paling penting
sekejap ja dah siap. Bahan-bahan pun tak banyak. So, memang senang lah. Ini
memang antara biskut kegemaran saya, tiap-tiap raya, mesti cari ni dulu, jadi
tahun ni saya buat sendiri pula. Nak juga rasa air tangan sendiri kan..hihi..
Raya tahun ni buat 2 resepi dulu,
in sha Allah raya-raya akan datang boleh
tambah resepi lagi.Sebelum tu, saya nak share resepi untuk kedua-dua biskut. Bila-bila masa pun boleh cuba buat ni. Kedua-dua
resepi ni saya rujuk dalam buku resepi Kek & Biskut Chef Hanieliza.
Resepi Biskut Badam Manis (Almond
Sweeties)
Bahan A
- 250 g mentega
- 160 g gula
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 150 g badan kisar
- 300 g tepung gandum
- 60 g tepung jangung
Bahan B (Hiasan)
- 100 g coklat putih
- 250 g coklat masakan
- Acuan kertas hitam
- Gula-gula manik hiasan
Cara Membuat
- Mentega dan gula digaulkan hingga lembut.
- Masukkan telur dan esen vanilla dan gaulkan.
- Masukkan badam kisar, tepung gandum dan tepung jagung, kemudian gaul rata.
- Buatkan seperti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170o C selama 10 minit.
- Bakar selama 20 minit ataupun sehingga masak. Sejukkan dalam loyang.
- Cairkan coklat masakan cara double boiler dan celupkan biskut.
- Masukkan biskut dalam acuan kertas. Biarkan beku.
- Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
- Pamkan atau lorekkan coklat putih atas biskut yang sudah dicelupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut kesukaan.
- Apabila biskut suda sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.
Resepi Biskut Cornflake Madu Chocolate Chip
Bahan A
- 100 g mentega
- 50 g gula kastor
- 8 sudu makan madu
Bahan B
- 200 g cornflakes (dikisar)
- 100 g chocolatechip
- 100 g almond flake (Dipanggang)
Bahan C (Hiasan)
- 100 hingga 150 keping acuan kertas kecil
- 100 g chocolate rice
Cara Membuat
- Panaskan bahan A sehingga mentega cair. Tutup api.
- Masukkan bahan B dan gaulkan rata.
- Sudukan dalam acuan kertas kecil.
- Hiaskan dengan coloring rice atau chocolate rice.
- Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170o C selama 8 hingga 10 minit.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Beberapa tips membuat biskut:
- Jarakkan adunan biskut di Loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
- Panaskan ketuhar sebelum membakar biskur. Selalunya mengambil masa 15 minit. Masa bergantungkepada ketuhar yang anda gunakan.
- Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan biskut benar-benar sejuk bagi menggelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup
- Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan di dalam bekas kedap udara.
Sumber: Buku resepi Kek &
Biskut Chef Hanieliza
Belanja gambar sikit. Memang plan nak buat almond london tapi yang ni almond london versi coklat putih sebab last minit cari bahan hari tu, puas cari merata tempat coklat masakan tu tapi tak jumpa. Punyalah sedih tapi guna coklat putih pun sedap juga sebenarnya ok..hihi..
6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi yang Best!
Belanja gambar sikit. Memang plan nak buat almond london tapi yang ni almond london versi coklat putih sebab last minit cari bahan hari tu, puas cari merata tempat coklat masakan tu tapi tak jumpa. Punyalah sedih tapi guna coklat putih pun sedap juga sebenarnya ok..hihi..
6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi yang Best!
Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015
- August 03, 2015
- By Unknown
- 2 Comments






![[KLIK]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoARzEQ0-OOQn_XwgCQjAqM-6pk_Defo1HRvFlumEtsz_MHdLD9aBR4AbTxEFVCtXlUwTEFGASWYWFobdgou_kpjwlwkHob2Zbe6LKYd850hAu7w3Uesmb64IhtexpoJV5XPtpKekjbqw/s640/AinulMustafa+%25283%2529.png)







