Hikmah di sebalik kekurangan ✿◠‿◠




Bismillahirrahmanirrahim....Assalammualaikum wtb dan selamat malam semua..

Alhamdullillah, sedikit masa yang ada pada malam ini saya gunakan untuk menghasilkan sebuah entri yang sudah lama sebenarnya ingin dihasilkan tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan maka terpaksalah ditangguhkan buat seketika waktu. Mudah-mudahan dengan hasil perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat untuk kebaikan bersama..Insya Allah, amin..

Baiklah, mungkin ramai yang telah sedia maklum, setiap manusia yang diciptakan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Namun, persoalannya di sini, sejauh mana kita mengenal diri kita, kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. Persoalan ini sering juga bermain-main di minda saya, sering tertanya-tanya apa sebenarnya kelebihan diri ini, kadang-kadang merasa diri ini lebih banyak kekurangan berbanding dengan kelebihan. Dan kenyataan memang sebegitu, manusia ini serba kekurangan, tidak ada yang sempurna , dan Allah menciptakan manusia di muka bumi ini untuk saling lengkap melengkapi. 

Sudah jelas, dalam kehidupan ini kita memerlukan orang lain, dan begitu juga sebaliknya dengan diri kita yang juga diperlukan oleh orang lain.



Mustahil untuk kita hidup secara bersendirian, sedangkan dalam kehidupan seharian juga, kita memerlukan orang lain contoh paling mudah; keluarga, mereka yang paling rapat dengan kita. Sudah tentu, di saat kita senang atau susah sekalipun, orang yang paling mengerti dan sedia membantu kita pastinya keluarga kita.Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, banyak perkara yang telah saya pelajari dalam hidup ini.Ternyata ikatan keluarga itu adalah ikatan yang terkuat sekali. Sayang sekali, selama ini saya  tidak pernah memikirkan semua itu.Saya cuba untuk hidup dalam dunia sendiri, menyelesaikan masalah saya sendiri tanpa memberitahu kepada sesiapa dan lebih suka bersendiri namun tidak selamanya saya mampu bertahan seperti itu, saya juga memerlukan mereka. Dalam keadaan apa sekalipun, mereka masih menerima diri saya yang serba kekurangan ini dan saya bersyukur Allah swt masih memberi saya peluang untuk saya membaiki kesilapan-kesilapan saya yang terdahulu.Alhamdullillah, apa yang berlaku dalam kehidupan saya sehingga hari ini adalah suatu hikmah yang telah membuka mata hati untuk saya lebih menghargai keluarga saya sebagai satu sumber kekuatan terpenting yang Allah swt telah anugerahkan kepada saya.

Berbalik pada topik utama iaitu, hikmah di sebalik kekurangan. Seringkali dalam kehidupan kita lebih memandang sesuatu kekurangan itu sebagai simbol kelemahan.Kekurangan yang ada dalam diri kita menjadikan kita mudah berputus asa dan tidak yakin dengan diri sendiri misalnya, sukar berkomunikasi dengan orang lain, ataupun pendiam. Bayangkan , jika anda berada dalam kalangan kawan-kawan yang suka bercerita, sentiasa punya idea untuk memulakan sesuatu perbualan dan anda hanya sekadar mendengar , apa yang anda rasakan di saat itu?..di saat kawan-kawan lain sedang rancak bercerita, ketawa riang, dan diri anda pula hanya menjadi pendengar setia..Mungkin ada yang pernah merasakan hal seperti ini, dan mungkin juga ada yang menganggap perkara ini perkara biasa, tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Ya, sudah tentu , perkara ini hanya perkara biasa, namun bagi mereka yang merasainya akan menganggap perkara ini adalah satu kekurangan buat dirinya.

Terus terang, hal seperti ini juga sering berlaku dalam hidup saya. Kadang-kadang tidak tahu samaada mahu menggangap sifat pendiam yang ada dalam diri ini sebagai suatu kekurangan ataupun kelebihan, namun yang pasti tidak sama sekali pernah menyesalinya. Disebalik kekurangan ini pastinya ada hikmah.Terpulang dengan diri kita sendiri samaada ingin memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut positif ataupun ingin melihat kekurangan itu dari sudut negatif. Insya Allah, saya tidak pernah memandang sifat pendiam yang ada dalam diri ini sebagai suatu kekurangan, bahkan sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi insan yang lebih berjaya di masa hadapan. Dan saya bersyukur kerana telah dipertemukan dengan kawan-kawan yang sangat memahami dan saya tidak pernah merasa sendiri apabila berada dalam kalangan mereka. Bermacam-macam jenis kawan yang telah saya temui dan semua itu sudah cukup untuk melengkapi kekurangan saya dan saya tahu Allah swt sudah mengaturkan semua ini terlebih dahulu. Saya yakin setiap kejadian, perkara dan kekurangan itu Allah swt telah sediakan hikmahnya yang tersediri. Hanya kita sebagai hambaNya, perlu setiap memperbaiki dan menginsafi setiap apapun perkara yang berlaku dalam kehidupan ini. 

Pesanan buat diri ini dan juga yang lain, setiap kita dilahirkan dan dianugerahkan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tidak ada seorang pun yang lebih ataupun kurang, setiap manusia itu sama tarafnya di sisi Allah, yang membezakan hanya iman dan amalan seseorang itu. Jangan jadikan kekurangan itu sebagai satu alasan untuk kita berputus asa dengan kehidupan ini, sebaliknya jadikan kekurangan itu sebagai satu motivasi dalam kehidupan kita, mudah-mudahan dengan kekurangan ini banyak yang dapat kita perbaiki dalam kehidupan ini. Insya Allah...

Baiklah. setakat ini sahaja entri kali ini. Mungkin kurang menarik tapi hanya sekadar ingin berkongsi dan bermuhasabah diri. Ingin mengembalikan cas-cas positif dalam diri ini, kerana kadang-kadanga ada masanya diri ini terleka dengan kesibukan dunia. Teringat sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah saw, baginda menyatakan bahawa sampaikanlah walaupun sepotong ayat. Insya Allah, dengan apa yang disampaikan ini, sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua. Wa'allahualam. Terima kasih..



You Might Also Like

0 Komen