Assalammualaikum. Salam Sejahtera.
Anda seorang yang suka travel? Tetapi mempunyai cabaran yang sama setiap kali ingin pergi bercuti
iaitu tudung jenis apakah yang perlu dibawa? Tudung berwarna apa yang harus
dibawa? Atau perlukah anda membawa seterika sendiri? Cabaran-cabaran ini lah
yang sering menghantui fikiran ramai wanita berhijab lebih-lebih ketika ingin
mengemas barangan untuk dibawa
.
Mengapakah perkara-perkara tersebut begitu penting? Well,
kita semua pastinya ingin kekal selesa sepanjang percutian bukan? Lebih-lebih
lagi bagi mereka yang travel secara backpacking. Mereka kerap bergerak ke satu
tempat ke tempat yang lain dan tentu sahaja mereka ingin memakai pakaian dan
tudung yang selesa. Selain itu, mereka juga ingin memakai pakaian dan tudung
yang simple dan mudah untuk digayakan.
Oleh itu, bagi melancarkan perjalanan trip anda, apa kata
jika anda bercuti atau travel dengan memakai instant shawl. Mengapa? Ini
kerana, instant shawl adalah koleksi tudung yang paling mudah untuk dipakai.
Anda tidak perlukan sebarang brooch atau pin tudung tetapi hanya sarung di
kepala dan siap! Selain itu, koleksi instant shawl ini juga boleh anda temui dalam
pelbagai pilihan fabrik. Pilih fabrik lycra yang tidak mudah renyuk dan anda
tidak perlu lagi bimbang jika hotel yang telah anda tempah menyediakan seterika
atau tidak. Dan sebab yang terakhir adalah kerana rekaan instant shawl yang
cukup selesa dipakai dan versatile untuk digayakan dengan apa jua pakaian yang
anda bawa bersama. Happy travel!
11 Komen
salam , saya pon suka instant tak payah nak gosok gosok :)
ReplyDeletejust letak dalam beg , nak pakai amek je
waalaikumusalam. ya. betul tu. lagipun senang, kalau nak cepat boleh terus pakai ja, tak perlu gosok da :)
Deletehanya ada 2 tudung instant. kalau travel, tetap nak bawa shawl walaupun lepas tu pening kepala nak iron kat mana. dengan iron hotel yang kadang-kadang tidak memenuhi syarat.,maybe kena fikirkan juga untuk tambahkan koleksi instant shawl :)
ReplyDeletehihi. ya, tu la. kalau bercuti kat hotel mesti fikir nak iron macam mana. kalau ada tudung instant boleh je pakai terus :)
DeleteTudung instant paling convinience kalau nak bawa pergi travel. Senang dan cepat! Hehe
ReplyDeleteyup, betul tu. memang senang dan cepat. hihi.
Deletebila travel, tudung instant jenis iron-less mmg pratikal. =)
ReplyDeleteya. sebab tu tiap kali travel atau pergi mana-mana, mesti bawa satu dua tudung instant ni. :)
Deletesaya pula takda koleksi instant ni...memang pakai bwal jer
ReplyDeletesaya pun dulu biasa pakai bawal juga, tapi sekarang dah ada tudung instant, pakai tu ja sebab lagi cepat. hihi. :)
Deleteoooo bagus ini tudung utk mereka yang selalu pergi outstation ye..
ReplyDeleteJalan2 sini.. Jom baca,,
Lajukan Load Blog ni Sekarang> article.