Don't Forget To Smile ◠‿◠



“ Senyum ibarat perhiasan batin yang membantu mengindahkan perhiasan luar yang kurang menarik. Dengan senyuman kemana kita pergi, bersinarlah sana sini cahaya kegembiraan. Dan dengan senyuman tiada urusan berat dalam dunia ini…. Semuanya dapat diatasi ” -Hamka-

Senyum....perkara yang tersangatlah mudah untuk dibuat tapi kadang-kadang susah juga nak buat terutama sekali bila diri dah dilanda macam-macam masalah. Betul kan..ye la, ada ka manusia yang masih boleh senyum dalam keadaan tertekan? sedih? kecewa? dan segala macam bentuk kesusahan yang sedang melanda diri. Kalau ada, tahniah untuk diri sebab sebab dalam keadaan apa pun masih mampu tersenyum. Kalau saya memang tak boleh la kot..kalau dah tekanan tu memang akan terbuat juga muka padahal taklah tekanan sangat pun..over ja..hii..

Tapi beruntung kan sebab Allah anugerahkan nikmat yang seindah ini kepada manusia, sebuah SENYUMAN. Senyuman memang indah, dan akan jadi lebih indah bila kita senyum kat orang lain dan time tu pula orang tu tengah sedih tapi disebabkan senyuman yang kita beri tu boleh ubah mood dia jadi gembira. Untunglah kalau dapat membahagiakan orang macam tu. Tapi, kadang-kadang tu lain pula cerita dia..bila kita dah bersungguh-sungguh dah senyum kat seseorang, tiba-tiba pula senyuman kita tak di balas..maka senyum sendiri-sendiri lah nampaknya anda di sana ya..hii..kesian ya kalau kena orang macam ni..tapi tak apa lah..berbaik sangka ja, maybe tengah stress lah tu, atau ada something yang tak kena. Janganlah ambik hati pula bila senyum yang kita berikan tu tak berbalas. Yang penting, kita dah ikhlas nak sedekah senyuman tu.




Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Di sini saya nak kongsikan 15 fakta tentang senyuman. (Sumber:PakarCinta)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Ok..fuhh..dah habis baca? Panjangkan dan nampak sangat saintifik hinggakan senyum pun dibuatkan sebagai kajian. Tapi yang jelas senyuman memang banyak manfaatnya. Jadi, apa lagi..ringan-ringankanlah bibir tu untuk ukirkan senyuman. Kalau susah nak senyum dengan orang lain, pandang cermin dan senyum pada diri sendiri ja lah..hii..^__^

Itu sajalah untuk kali ini. Moga perkongsian ini bermanfaat. Apa-apapun, berbahagialah dengan hidup ini selagi masih diberikan kesempatan, dan senyumlah, pasti dunia akan ikut tersenyum juga.  Don’t forget to smile, ok!  Say 1,2…3..^___^




You Might Also Like

2 Komen

  1. Salam ziarah...

    ya Senyum adalah satu sunnah dan sedekah yang tidak perlu keluarkan duit.. Smile always... :)

    Saya follow sini ya.. jom follow saya kembali..
    Teruskan bertinta. mg bermnfaat buat semua yg berkunjung ke sini ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete