Assalammualaikum. Hi.
Pernah rasa malas tak nak update blog? Sebab sejak akhir-akhir saya rasa saya macam makin liat nak tulis entri. Dulu bukan main rajin lagi, tiap-tiap hari tulis entri. hihi. Ada juga la update tapi just join beberapa segmen atau giveaway. Tapi tu pun kadang-kadang fikir juga nak join ke tak. Iya la kalau blog asyik penuh dengan join segmen macam tak best juga kan. hihi. Buka juga blog tapi tu la hanya mampu renung, last-last tutup laptop. Rasa macam makin menjadi-jadi pula simptom malas ni .hihi.
So setelah saya renung-renung dan fikir saya dah tahu dah kenapa saya malas update blog. hihi. Ada 5 sebab semuanya.
1. Tiada masa
Macam tak boleh terima je sebab ni kan tapi tu la yang saya rasa. hihi. Kadang nak menulis tapi ada kerja yang lagi penting kena buat so kena la tangguh. Bila dah free pula, dah ada masa nak menulis idea pula hilang entah ke mana.
2. Tiada internet/ internet slow
Ni salah satu lagi sebab kenapa saya malas update blog. Kalau tak dah internet macam mana nak buka blog kan. hihi. Dan kalau internet slow, maka mereput la kau depan laptop tunggu sampai internet tu ok. ..tak ke menghilangkan mood nak menulis kalau begitu..hihi..
3. Tiada idea
Ok yang ni kadang-kadang terjadi juga. Tengah-tengah semangat nak update blog tiba-tiba tak da idea pula nak tulis pasal apa. Ayat nak start pun tak tahu nak tulis apa..ok yang ni memang sedih..membazir masa je menghadap skrin laptop lama-lama..hihi
4. Tiada mood/kurang semangat
Yes, kadang-kadang nak menulis ni kena ikut mood juga tapi tu bagi saya la. tak tau pula korang macam mana. Kalau saya tak da mood atau kurang semangat memang saya tak dapat menulis sebab rasa macam nak tidur ja. Tapi kebanyakan entri saya yang dulu saya tulis masa saya tengah sedih sebab lagi feel tulis time tu. hihi. So memang betul la mood boleh mempengaruhi penulisan seseorang..kan..
5. Malas!
Sebab utama memang malas. Walaupun ada sebab-sebab lain tapi kalau dah penyakit malas ni melanda diri memang semua kerja tak jadi. teruk betul..huhu..
Apa-apa pun tu semua mindset je. Kalau dah set awal-awal yang kita malas, memang malas la jadinya tu kan. So harap-harap lepas ni saya akan lebih rajin untuk update blog. hihi..
Sekarang pun tengah fikir macam mana nak tulis penutup. Ok la tu ja saya nak kongsi malam ni. Macam tak best pula penutup ni. hihi. Tak apa la. Selamat malam.
Ada hari-hari rasa macam kuat.
Tapi kadang-kadang tak juga.
Entah untuk kali yang ke berapa dah pujuk diri sendiri supaya terus kuat.
Tapi itulah sifat manusia.
ada masa lemah juga.
ada masa rasa down juga.
Tapi apa pun yang terjadi.
walau berkali-kali pun kita jatuh.
Jangan pernah berhenti untuk bangkit semula.
Jangan pernah rasa putus asa.
dan yakinlah dengan Allah.
Ada sebab Dia beri kita rasa tu.
Kuatlah walaupun kau rasa dah tak mampu. :)
Assalammualaikum. Hai.
Kebelakangan ni saya selalu sangat terbaca post-post yang sedih kat tumblr dan twitter. Kadang apa yang dorang tulis mengena juga kat hati..hihi..Sabarlah ya. Hidup ni memang tak pernah menjanjikan untuk sentiasa bahagia. Ada masa kita akan rasa sedih juga. Kecewa, sedih, patah hati, siapa yang tak pernah rasa semua tu. Bukan kita nak pun semua tu terjadi tapi percayalah ada sebab kenapa kita perlu lalui semua tu.
Dari semua kekecewaan tu lah kita belajar untuk bangkit semula dan mungkin jadi seorang yang lebih kuat dari sebelum ni. Kita boleh sedih, menangis atau buat apa sekalipun untuk luahkan apa yang kita rasa tapi janganlah bersedih lama-lama. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Jadi bangkitlah dari kesedihan masa lalu, dah belajarlah untuk bahagia walau sendiri sekalipun. Putus cinta, patah hati sebab cinta bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya. Bangkit setelah kecewa itu adalah yang penting.
Banyak cara sebenarnya nak sembuh setelah kecewa tapi tu terpulang dengan diri masing-masing juga. Kalau saya, menulis adalah salah satu cara untuk saya lepaskan semua yang saya rasa. Sebab saya kalau nak bercakap atau luahkan dengan orang lain memang tak pandai. Lain yang nak cakap, lain yang terkeluar..hihi..kalau dulu pula bila saya rasa sedih saya suka post kat facebook kata-kata hikmah atau quotes. Kadang bukan nak orang baca pun, saja nak bagi semangat dengan diri..hihi
Macam mana nak sembuh/bangkit semula setelah kecewa?
1. Fokus dengan cita-cita atau matlamat/goals hidup.
Kalau sebelum ni ada sesuatu yang awak nak buat atau capai, ini lah masa untuk awak fokus semula dan buat sampai berjaya. Kalau yang belum ada apa-apa goals tu, so it is time to start thinking! :D
2. Buat sesuatu yang awak minat dan suka sendiri.
Menyanyi, melukis, menari, menulis, memasak atau apa-apa saja yang boleh buat awak gembira semula atau mungkin boleh cuba sesuatu yang baru, yang awak tak pernah buat sebelum ni contohnya pergi hiking, panjat gunung Kinabalu ka atau ikut rancangan masakan..hihi..Enjoy yourself!
3. Keliling diri dengan orang-orang yang sayang awak.
You are not alone! Ingat tu. Walau macam mana teruk sekalipun awak rasa kecewa, bersyukurlah selagi awak masih ada keluarga dan kawan-kawan di sekeliling yang sentiasa sayang awak. So, selagi ada masa, jangan sia-siakan mereka yang sayang awak. Sayang mereka macam mana mereka sayang awak. Luangkan masa dan buat perkara yang menyeronokkan dengan mereka. Pergi bercuti dengan family, jalan-jalan cari makan sama-sama, travel dengan kawan-kawan. Kan best tu! tiba-tiba rasa macam nak packing pula sekarang ni. :D
4. Forgive and forget.
Belajar untuk maafkan diri sendiri dan orang lain dan belajar untuk lupakan. Mungkin cara ni yang paling susah dan ambil masa sedikit. Tetapi bila kita dah maafkan dan buang segala perasaan marah, benci dan sebagainya dari dalam hati. Insha Allah, hati kita akan lebih tenang.
5. Percaya pada diri sendiri.
Awak kena percaya pada diri sendiri yang awak boleh atasi semua tu. Macam mana remuk pun hati awak, sampai satu masa ia akan pulih juga. Macam orang cakap, bukan saya yang cakap ya, hihi..time will heal. Ada betulnya juga ayat tu. Masa akan menyembuhkan dan percaya bila sampai masanya tu nanti awak akan tersenyum dan fikir betapa kuatnya diri awak dapat lalui semua tu :)
Tapi paling utama sebenarnya, kita kena muhasabah diri semula. Tengok balik kehidupan kita sebelum ni. Macam mana hubungan kita dengan Allah dan orang-orang sekeliling. Mungkin sebelum ni kita terlampau leka, seronok dengan duniawi sampai kita lupa Dia sebab tu Allah bagi kita rasa kecewa supaya kita ingat Dia balik dan hanya pada Dia sahaja tempat kita berharap dan bergantung.
Apa-apapun kalau kita nak sembuh, minta dan doa pada Allah agar sembuhkan hati kita. Jika kita berikan sepenuh hati kita kepada Allah, tak da apa yang dapat kecewakan kita lagi sebab Allah tak kan pernah tinggalkan hamba-hambaNya.
So selagi diberikan masa dan peluang, gunalah sebaik mungkin untuk kita perbaiki diri kita. Contohnya, dekatkan diri dengan majlis-majlis agama atau dengar ceramah kat tv atau radio. Dari situ pasti ada sesuatu yang kita dapat pelajari. Percayalah, bila dah sampai masanya nanti, pasti akan ada seorang insan yang Allah telah takdirkan untuk hadir dalam hidup, yang dapat menerima awak seadanya dan dialah yang terbaik untuk awak.
Tapi paling utama sebenarnya, kita kena muhasabah diri semula. Tengok balik kehidupan kita sebelum ni. Macam mana hubungan kita dengan Allah dan orang-orang sekeliling. Mungkin sebelum ni kita terlampau leka, seronok dengan duniawi sampai kita lupa Dia sebab tu Allah bagi kita rasa kecewa supaya kita ingat Dia balik dan hanya pada Dia sahaja tempat kita berharap dan bergantung.
Apa-apapun kalau kita nak sembuh, minta dan doa pada Allah agar sembuhkan hati kita. Jika kita berikan sepenuh hati kita kepada Allah, tak da apa yang dapat kecewakan kita lagi sebab Allah tak kan pernah tinggalkan hamba-hambaNya.
So selagi diberikan masa dan peluang, gunalah sebaik mungkin untuk kita perbaiki diri kita. Contohnya, dekatkan diri dengan majlis-majlis agama atau dengar ceramah kat tv atau radio. Dari situ pasti ada sesuatu yang kita dapat pelajari. Percayalah, bila dah sampai masanya nanti, pasti akan ada seorang insan yang Allah telah takdirkan untuk hadir dalam hidup, yang dapat menerima awak seadanya dan dialah yang terbaik untuk awak.
credit : 2
Assalammualaikum.
Sejak akhir-akhir ni bila baca quote-quote kat facebook macam mengena pula kat hati. Macam tahu-tahu pula ya.. hihi.. korang pernah rasa macam tu ka, bila tengah hadapi sesuatu tiba-tiba terbaca sesuatu yang betul-betul mengena dengan situasi dan perasaan yang tengah korang alami..kalau tak pernah tak apa lah, mungkin saya ja kot yang berperasaan seperti itu..hihi..terfikir juga macam mana mereka boleh hasilkan quote-quote macam tu..mungkin juga mereka pernah lalui semua tu sebab kadang-kadang ada perkara yang kita tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata...jadi penulisan adalah salah satu cara untuk ungkapkannya.
Kadang, saya pun rasa macam tu juga. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata, menulis adalah salah satu cara untuk melepaskan dan melegakan perasaan. Walaupun saya tahu dia tak akan baca juga..ehh..teremosi pula malam ni..hihi.
Untuk penulis-penulis, teruskanlah menulis. Siapa tahu mungkin ada penulisan anda yang dapat memberi semangat dan inpirasi kepada hidup orang lain.
Kadang, saya pun rasa macam tu juga. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata, menulis adalah salah satu cara untuk melepaskan dan melegakan perasaan. Walaupun saya tahu dia tak akan baca juga..ehh..teremosi pula malam ni..hihi.
Untuk penulis-penulis, teruskanlah menulis. Siapa tahu mungkin ada penulisan anda yang dapat memberi semangat dan inpirasi kepada hidup orang lain.
Selamat malam ♥
Bismilllah.
Assalammualaikum. Hai.
Ok nak mulakan cerita, kemarin jalan nak uruskan pendaftaran sekolah. Dari hari tu lagi tak settle sebab asyik tangguh ja. Jadi kemarin dengan harapan semuanya selesai tapi tak juga sebab ada masalah lain pula, macam-macam dugaan pula bila nak berjaya ni..hihi..tapi tak apa, sabar. Tak settle kemarin, boleh urus hari lain. Demi menyembuhkan kesedihan hati, singgah makan kejap kat bakeri. Duduk sorang sambil berangan-angan kejap kalau dapat buka bakeri macam ni, jadi bos, alangkah indahnya hidup! haha..oh ya, sebelum pergi sana ada ternampak sorang makcik ni kat tepi jalan tengah kerja, kutip-kutip sampah dalam cuaca yang panas pula tu. Tiba-tiba macam-macam perasaan pula yang datang time tu. Kesian pun ada, sedih pun ada tapi yang paling penting sebenarnya semangat makcik tu nak kerja walaupun kena berpanas berhujan sekalipun. Tak kisahlah kerja apa sekalipun yang penting halal kan.
Itu lah kadang-kadang mungkin ada sebab Allah tunjukkan semua tu dengan kita. Kadang-kadang orang macam tu hidup dia lagi bahagia sebenarnya, mana kita tahu kan. Mungkin kita nampak susah tapi sebenarnya apa yang mereka ada dah cukup pun.
Itu lah kadang-kadang mungkin ada sebab Allah tunjukkan semua tu dengan kita. Kadang-kadang orang macam tu hidup dia lagi bahagia sebenarnya, mana kita tahu kan. Mungkin kita nampak susah tapi sebenarnya apa yang mereka ada dah cukup pun.
Sebab tu dalam hidup ni kena lebih banyak bersyukur dari mengeluh dan merungut. Bersyukur dan bahagia dengan apa yang kita ada walaupun mungkin nampak benda tu kecil. Memang lah senang nak cakap sebab tak rasa apa yang orang lain rasa kan. Sebab saya pernah rasa lah saya senang nak cakap..hihi..Bila ingat balik, Ya Allah rasa nak nangis sebab dulu saya mengaku saya banyak sangat mengeluh. Susah sikit mengeluh. Penat sikit pun mengeluh. Dulu masa mula-mula kerja, mengajar budak-budak sekolah pun mengeluh juga sebab saya tak minat. Mungkin sebab tu hidup susah nak bahagia dan tenang.
Tapi bila dah lama, perasaan tu dah bertukar. Rasa happy pula mengajar budak-budak ni. Lagi-lagi bila tengok dorang sungguh-sungguh nak belajar. That moment bila dorang ucap terima kasih, semua rasa berat hati tu hilang. Sebab tu sekarang ni dah tak mengeluh dah dengan kerja. Walaupun kerja part time, kena buat sungguh-sungguh juga sebab ada orang lain yang kerja lagi susah semata-mata untuk cari sesuap nasi untuk keluarga.
So, cerita tu berdasarkan pengalaman sendiri, tak melibatkan mana-mana pihak..hihi..tak kisah lah kerja apa sekalipun. Kat dalam ofis, kat luar ofis, kat darat, laut, udara ka semoga kita dapat bekerja dengan ikhlas dan niat bekerja kerana Allah. Insha Allah, dengan redha Allah, kita akan lebih seronok untuk bekerja. Tapi kadang-kadang mesti akan rasa stress kerja juga kan. Tak da manusia yang tak akan rasa tekanan dalam dunia ni. Tapi kalau stress boleh lepak, chill kejap kat kedai kopi sambil minum kopi..ehh...tu gurau ya...hihi :D
Tapi bila dah lama, perasaan tu dah bertukar. Rasa happy pula mengajar budak-budak ni. Lagi-lagi bila tengok dorang sungguh-sungguh nak belajar. That moment bila dorang ucap terima kasih, semua rasa berat hati tu hilang. Sebab tu sekarang ni dah tak mengeluh dah dengan kerja. Walaupun kerja part time, kena buat sungguh-sungguh juga sebab ada orang lain yang kerja lagi susah semata-mata untuk cari sesuap nasi untuk keluarga.
So, cerita tu berdasarkan pengalaman sendiri, tak melibatkan mana-mana pihak..hihi..tak kisah lah kerja apa sekalipun. Kat dalam ofis, kat luar ofis, kat darat, laut, udara ka semoga kita dapat bekerja dengan ikhlas dan niat bekerja kerana Allah. Insha Allah, dengan redha Allah, kita akan lebih seronok untuk bekerja. Tapi kadang-kadang mesti akan rasa stress kerja juga kan. Tak da manusia yang tak akan rasa tekanan dalam dunia ni. Tapi kalau stress boleh lepak, chill kejap kat kedai kopi sambil minum kopi..ehh...tu gurau ya...hihi :D
Selamat berkerja ♥
Bismillah.
Satu perkara yang sejak akhir-akhir ni makin mengganggu fikiran sama ada nak kerja atau sambung belajar. Habis degree hari tu, saya hanya duduk kat rumah ja. Sepanjang tempoh tu saya ada juga lah buat part time mengajar kelas tuisyen dan sampai sekarang masih lagi. Tapi dah makin lama rasa macam masih ada yang tak lengkap dalam hidup ni. Tak tahu lah macam mana nak cakap ya. Perasaan bila kau rasa macam terhimpit dengan keadaan sekeliling. Dengan orang-orang di sekeliling...yang buat semangat kau berkobar-kobar nak capai sesuatu dalam hidup. Haa..perasaan macam tu..hihi..
Tapi sebenarnya hati masih berbelah bagi lagi ni nak sambung belajar atau kerja. Ada juga try apply kerja hari tu. Tapi abah balik-balik dah tanya bila nak sambung study. Saya cakap nak kerja dulu tapi abah cakap nanti dah kerja, dah pegang duit sendiri tak nak dah sambung study balik...ermm..bila fikir-fikir betul juga cakap abah..tapi saya tak nak lah asyik menyusahkan mereka. Lagi-lagi saya ni anak sulung. Kalau saya kerja boleh juga bantu-bantu family kan. Tak lah duk rumah asyik menghabiskan beras mak ja..sebab tu sekarang dah belajar tak makan nasi...haha..
Mungkin saya perlu renung semula, fikir dalam-dalam apa yang saya nak capai dalam hidup ni. Sambung belajar pun ok. Kerja pun ok juga. Keliru betul lah..hihi...Tapi apa-apa pun kita hanya mampu berusaha dan merancang, rancang macam mana pun kalau Allah dah tetapkan itu..maka itulah..
Siapa-siapa yang tengah keliru juga sekarang ni tak tahu nak buat apa, mohon lah doa pada Allah moga-moga Dia tunjukkan jalan. Tanya hati masing-masing nak apa sebenarnya..eh..pandai pula nasihat orang..diri sendiri pun tak tentu lagi..hihi..
Oklah, setakat tu ja nak cerita. Penat dah meluahkan perasaan sendiri hari ni..nak luah dengan adik dia jalan pula..hihi..untuk kawan-kawan yang dah kerja dan yang baru start kerja, tahniah..selamat berkerja. Kerja rajin-rajin ya. ^_^
Assalammualaikum. Salam Jumaat. ♥
"Kau suka kopi?"
Suka...
"Kau suka yang macam mana, manis atau pahit?"
Aku suka manis...
Aku suka pahit...
Aku pula?....Aku suka yang sedang-sedang...
Macam hidup ni. Kena terima seadanya yang kadang-kadang hidup ni tak selalunya manis, kadang-kadang yang pahit tu perlu juga kau telan. Itulah kehidupan. Kehidupan yang akan mengajar kau erti untuk bangkit dan terus hidup.
Ibarat secawan kopi, bila kau dah biasa, pahit macam mana pun kau akan minum juga.
Ibarat secawan kopi, bila kau dah biasa, pahit macam mana pun kau akan minum juga.
Kadang-kadang,
ada masanya sakit itu tak boleh nak dijelaskan walau dengan kata-kata.
tak mampu nak luah dengan air mata.
tak mampu nak kongsi.
tak mampu nak marah.
Nak dibuang juga tak mampu.
......tak boleh nak buat apa-apa.
Kita sedih,
kita menangis,
kita kecewa,
orang bukan faham pun apa kita rasa.
Tapi kita tetap juga cari manusia.
Tetap juga lebihkan manusia.
Tetap juga berharap mereka akan faham.
Tetapi hakikatnya tidak.
Sedangkan Allah menunggu-nunggu untuk kita datang kepadaNya,
Luah kepadaNya.
Menangis kepadaNya.
Kerana hanya DIA yang sentiasa tahu apa yang kita rasa.
Walau sedalam mana sakit yang kita sembunyikan.
Dia tetap tahu dan rasa.
Sebab Allah itu Maha Memahami.
Lalu apa harus kita lakukan?
Berdoa lah.
Bersujud lah padaNya.
Mohon untuk jadi seorang yang kuat.
Tidak lemah saat disapa ujian.
Bangkit setelah kecewa.
....dan moga terhapus segala rasa sakit dan kecewa.
"kita pun tak faham kita ni dah kenapa" -_-
Assalammualaikum.
"Bila ada masalah atau something berlaku dalam hidup, carilah seseorang yang kau selesa untuk cerita dan kongsi semua. Mungkin ahli keluarga atau kawan kau. Kalau dorang tak dapat tolong pun, at least dorang boleh jadi pendengar, jadi tak perlulah kau nak simpan sorang-sorang kan."
Saya berharap saya boleh nasihatkan diri saya macam ni. -_-
Tapi, bukan semua orang begitu kan. Ada juga yang senang nak berkongsi masalah atau perasaan yang sedang dia alami dengan orang lain, tapi ada juga yang lebih suka pendam perasaan sendiri-sendiri sebab kadang-kadang lagi dia cerita, lagi orang tak faham apa yang dia alami..huhu..
Kalau susah sangat nak kongsi dengan orang, kongsi dengan Allah. Dia yang Maha Mendengar. Ceritalah semua apa yang kau rasa, luahkan semua pada Dia. Kau nak nangis, nangislah. Allah tahu apa yang kau rasa. Kau sedih, kau marah, kau kecewa, kau gembira..semua tu Dia tahu.
Jangan pendam.
p/s: Just a short entry, tak da idea nak tulis panjang-panjang. Sejak akhir-akhir ni status-status kat Fb macam mengena pula kat hati...ka saya yang tak perasan selama ni..hihi..:D
Sealamat malam. ❤
Bismillah.
Kadangkala,
Mungkin kita terlalu berharap,
ada seseorang yang akan memahami kita.
Sehingga terlupa Allah sentiasa ada.
Sentiasa mendengar keluhan kita,
bicara kita,
luahan hati kita,
dan sentiasa memahami kita.
:(
ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali kepadaNya. (Imam Syafi’i)
Pernah tak rasa penat?
Pernah.
Habis tu kau buat apa?
Tak buat apa, cuma diam. Kadang-kadang rasa macam nak nangis.
Kenapa tak luah?
Nak luah dengan siapa?
ALLAH kan ada. :)
Pernah tak berada dalam situasi yang kau rasa dah tak mampu nak senyum. Rasa penat dan letih, tapi kau tak mampu nak buat apa-apa. Cuma mengharap esok paginya kau bangun semua perasaan tu akan hilang dan lenyap. Kalau tak pernah, syukur lah. Tapi kalau pernah, syukur juga sebab mungkin itu ujian yang Allah pilih untuk kau. Nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan dan bersabar dengan semua tu.
Kadang-kadang kita akan rasa sedih. Tapi tak selamanya begitu. Bahagia juga boleh hadir pada masa-masa yang kita tak akan sangka..
Sometimes you just need time to relax. To heal everything. :)
Selamat malam.
Assalammualaikum.
Rasa nak rebah, tapi masih cuba untuk bertahan.
- October 12, 2013
- By Unknown
- 0 Comments
Assalam & Selamat malam~
Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan untuk buka blog setelah berkurun lamanya ditinggalkan sepi blog ni. Sebelum ni tahan hati ja tak buka blog..huhu. Masuk semester baru sebagai pelajar tahun 3 make my life so busy.Actually, semester ni dengan semester sebelum ni lebih kurang ja tahap kesibukan tapi untuk sem ni lagi lagi banyak benda nak di urus sebab next sem saya akan pergi latihan industri. So, sem ni kena urus dah untuk LI nanti..huuu..I can not imagine macam mana nanti, hopefully semuanya berjalan lancar.
Kehidupan seorang pelajar ni bukanlah susah sangat pun kalau kita pandai nak urus. Cuma kadang-kadang tu minda kita yang pengaruhi diri kita sampai kadang-kadang kita rasa hidup sebagai pelajar ni sangat men'stress'kan. Assignment, kuiz, exam tu semua perkara biasa yang akan dilalui oleh semua pelajar. Tak dah beza pun, setiap pelajar pun lalui perkara yang sama tapi yang membezakan ialah bagaimana seseorang tu melalui semua tu, maybe ada yang anggap semua tu senang ja, tapi ada juga yang rasa susah. Semua ni terpulang lah dengan individu tu sendiri macam mana dia nak tangani.
'Rasa nak rebah, tapi masih cuba untuk bertahan'.Perasaan tu yang sedang wujud dalam diri saat ni, kadang-kadang saya persoalkan juga "kenapa banyak sangat kerja ni"? "mampu tak saya nak buat semua ni"? bila nak siap ni? helloo....persoalan apakah itu, dah nama pelajar, dan dah tanggungjawab pelajar tu untuk belajar so no point lah untuk persoalkan kenapa banyak sangat kerja yang perlu dibuat. Buat ja la kerja tu sungguh-sungguh ya. Rasa penat, rasa nak putus asa tu tolak jauh-jauh kat tepi, jangan biar perasaan-perasaan 'negatif' tu datang dekat time tengah semangat nak siapkan kerja.
Susah macam mana sekalipun kehidupan ni, walaupun kadang-kadang kita rasa macam tak mampu, rasa nak mengalah, nak tak nak kita kena hadapi juga. Selagi Allah masih izinkan kita bernafas kat muka bumi ni, selagi tu lah kita kena teruskan hidup. Hidup ni kan satu perjalanan, jadi tak kanlah kita nak terus stay ja, dan tak nak melangkah. So, keep calm and move on!!
Bila rasa putus asa tu datang, rasa penat, nak nanges, kecewa, rasa nak rebah dan tersungkur, cakap macam ni kat diri..."Allah bagi ujian sebab Dia tahu aku mampu hadapinya ".....practice and practice setiap kali "rasa-rasa" negatif tu datang...in sha Allah, Allah pasti akan tolong settelkan semua masalah-masalah tu.
Sharing is caring ^__^
Sharing is caring ^__^
“ Senyum ibarat perhiasan batin yang membantu
mengindahkan perhiasan luar yang kurang menarik. Dengan senyuman kemana kita
pergi, bersinarlah sana sini cahaya kegembiraan. Dan dengan senyuman tiada
urusan berat dalam dunia ini…. Semuanya dapat diatasi ” -Hamka-
Senyum....perkara yang tersangatlah mudah untuk
dibuat tapi kadang-kadang susah juga nak buat terutama sekali bila diri dah
dilanda macam-macam masalah. Betul kan..ye la, ada ka manusia yang masih boleh
senyum dalam keadaan tertekan? sedih? kecewa? dan segala macam bentuk kesusahan
yang sedang melanda diri. Kalau ada, tahniah untuk diri sebab sebab dalam
keadaan apa pun masih mampu tersenyum. Kalau saya memang tak boleh la
kot..kalau dah tekanan tu memang akan terbuat juga muka padahal taklah
tekanan sangat pun..over ja..hii..
Tapi beruntung kan sebab Allah anugerahkan nikmat
yang seindah ini kepada manusia, sebuah SENYUMAN. Senyuman memang indah, dan
akan jadi lebih indah bila kita senyum kat orang lain dan time tu pula orang tu
tengah sedih tapi disebabkan senyuman yang kita beri tu boleh ubah mood dia
jadi gembira. Untunglah kalau dapat membahagiakan orang macam tu. Tapi, kadang-kadang
tu lain pula cerita dia..bila kita dah bersungguh-sungguh dah senyum kat
seseorang, tiba-tiba pula senyuman kita tak di balas..maka senyum
sendiri-sendiri lah nampaknya anda di sana ya..hii..kesian ya kalau kena orang
macam ni..tapi tak apa lah..berbaik sangka ja, maybe tengah stress lah tu, atau
ada something yang tak kena. Janganlah ambik hati pula bila senyum yang kita
berikan tu tak berbalas. Yang penting, kita dah ikhlas nak sedekah senyuman tu.
Sahabat
Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat
seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat
At-Tirmizi)
Di sini saya nak kongsikan 15 fakta tentang
senyuman. (Sumber:PakarCinta)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Ok..fuhh..dah habis baca? Panjangkan dan nampak
sangat saintifik hinggakan senyum pun dibuatkan sebagai kajian. Tapi yang jelas
senyuman memang banyak manfaatnya. Jadi, apa
lagi..ringan-ringankanlah bibir tu untuk ukirkan senyuman. Kalau susah nak senyum
dengan orang lain, pandang cermin dan senyum pada diri sendiri ja lah..hii..^__^
Itu sajalah untuk kali ini. Moga perkongsian ini
bermanfaat. Apa-apapun, berbahagialah dengan hidup ini selagi masih diberikan
kesempatan, dan senyumlah, pasti dunia akan ikut tersenyum juga. Don’t forget to smile, ok! Say 1,2…3..^___^
Tangisan bukan bererti lemah, bukan juga bermaksud menyerah dan berputus asa. Tetapi hanyalah sebagai petanda betapa kuatnya seseorang itu menjalani setiap musibah yang mendatang dalam hidup.
Setiap tangisan membawa pelbagai maksud dalam kehidupan. Tangisan sering saja dikaitkan dengan kesedihan, kekecewaan, dan segala bentuk penderitaan namun ternyata tangisan itu juga membawa maksud kekuatan dan juga ketabahan.
Tidak salahnya jika seseorang itu ingin menangis kerana bukan semua perkara mampu kita nyatakan dengan kata-kata. Setiap apa sahaja yang Allah swt ciptakan di muka bumi ini pasti ada hikmahnya, dan sudah tentulah air mata yang Allah swt ciptakan itu punya hikmahnya yang tersendiri.
Ketika seseorang itu menangis bukanlah kerana dia ingin mengharapkan belas kasihan, bukan juga untuk dia terlihat lemah melainkan untuk dia mencari semula kekuatan agar lebih tabah mengharungi kehidupan.
"Setiap ciptaan itu indah begitu juga dengan air mata".
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Assalammualaikum......mengambil masa yang sungguh lama untuk meng-update blog yang dah berkurun ditinggalkan nie....hampir sebulan dah..fuhh....dan paling tak tahan, first entri untuk bulan november tahun 2011, dimulakan dgn entri jiwang.....apa yg tak kena nie??...hahaa...no answer for that question...just mau layan ni lagu...baru jumpa beberapa hari yang lalu....kalau tak silap, ni lagu tema untuk filem ombak rindu...macam best ja filem tu...siapa yang dah tengok, jangan lupa share dengan saya ye..hee.....oklah, that's all for today.....buku sedang memanggil2 untuk dibaca...next week exam...huhu.....moga Allah permudahkan diri ini dan kepada siapa-siapa yang ada exam juga minggu depan...good luck you all!!...daaaaa...
Assalammualaikum.......erm, hari nie tiba-tiba pula rajin nak tulis entri baru...ya la, exam pun dah habisnya..fuhh,legannya...release juga lah, tapi x boleh over excited relax dulu sebab exam final belum lagi...dan Insya Allah, kalau x da apa-apa halangan awal bulan 5 nie, saya final and hujung bulan 5 juga saya akan mengakhiri pengajian saya..sedih pula..huhu...ok2, x nak cerita panjang2, malam nie just nak share about something yang kadang-kadang kita anggap simple.....
what it is??.....erm, SMILE...yup, senyum...nampak ringkas kan tapi sangat bermakna sebenarnya...saya pernah terbaca kata-kata pujangga, x ingat dah siapa penulis.....dia cakap,jangan meremehkan sesuatu perkara walaupun sekadar senyum..so, everything yang kita lakukan even perkara tu kita anggap remeh, tapi terdapat kebaikan yang tersembunyi di sebalik tu yang kita sendiri pun x tau.....dalam banyak-banyak perkara kat dunia, saya rasa senyum lah paling senang...x perlu dibayar, percuma ja...bila-bila masa yang kita suka, kita boleh senyum..tapi kalau senyum seorang2 tu macam pelik pula kan..hehe...x pe la, yang penting kita happy kan....
senyuman juga kadang-kadang boleh menyembunyikan perasaan yang sedih dan kecewa, ye la....dari luar nampak senyuman, manis ja tapi kita x tau kan apa yang disembunyikan dalam hati...mungkin time tu dia tengah bersedih, kita mana tau kan...tapi Insya Allah, Allah S.W.T. tu Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kita.....walau sesukar mana pun kesusahan yang kita alami, Dia sentiasa bersama-sama kita, yang penting kita sabar dan yakin denganNya..
rasanya entri hari macam pendek ja la...x da idea dah nak tulis apa nie..Insya Allah, akan diperbaiki lagi...harap-harap adalah sendikit manfaat yang dapat saya kongsikan...so, start now..practise yourself to smile...bukan susah juga pun....say cheese..◕‿◕...
rasanya entri hari macam pendek ja la...x da idea dah nak tulis apa nie..Insya Allah, akan diperbaiki lagi...harap-harap adalah sendikit manfaat yang dapat saya kongsikan...so, start now..practise yourself to smile...bukan susah juga pun....say cheese..◕‿◕...
Semakin hari saya rasa hidup saya semakin bosan..saya x tau la kenapa semua nie terjadi..
saya dah cuba untuk lari daripada kebosanan nie, tapi saya x dapat..
setiap hari buat rutin yang sama..bangun tido, duduk depan laptop, update blog, makan, then malam tido balik..huhuhu....satu rutin yang amat membosankan sekali.. terkurung dalam bilik ni sangat-sangat
buat jiwa saya terseksa dan menderita!!
Persoalannya, kenapa tak keluar ja jalan2 kalau tak nak terkurung dalam bilik tu??..This is the PROBLEM..
saya memang nak keluar dari bilik nie...tapi FIRST, saya x da kawan nak jalan2..
SECOND, saya x da arah tujuan, x tau nak p mana and nak buat apa..
THIRD, saya x da kereta nak jalan2 sekarang nie..
LAST, saya dah tawar hati nak tengok orang-orang kat luar tu...semuanya pentingkan diri sendiri...oh no, adakah saya sedang marah sekarang...x la, saya x marah cuma saya sangat kecewa
dengan insan yang bergelar sahabat...susah nak cari sahabat sejati sekarang nie..huhu..
Macam x logik ja masalah-masalah saya tu kan...erm, never mind, hanya saya ja yang merasainya sekarang...
saya x nak terus hidup dalam kebosanan nie...let me out from this feeling, I`m suffering..HAHA...
apalah yang aku merepek nie..ish3...x da siapa kah yang sudi temankan saya bercerita,
mana kawan-kawan aku nie..huhu..x pe lah..kadang-kadang rasa macam x wujud pula kat sini..
ada kawan pun tapi x dihiraukan..mengapalah ayat-ayat saya nie macam orang frust pula..
saya x salahkan sesiapa pun, saya x marah pun dengan kawan-kawan saya..
saya sayang mereka semua...
Maybe, semua nie salah saya juga, disebabkan sikap saya yang agak membosankan..sebab tu x ramai yang nak kawan dengan saya....dahlah saya nie pendiam, mestilah bosan kan kawan dengan orang pendiam macam saya nie, nothing special pun..x pe lah...saya terima semua tu, saya dah cuba untuk menjadi seorang sahabat yang disenangi, sahabat yang setia..kalau boleh saya sanggup berkorban asalkan kawan-kawan saya gembira...tapi kadang-kadang apa yang kita korbankan tu, x dihargai pun..saya x harapkan apa-apa balasan pun dalam persahabatan kerana saya tahu sebuah persabahatan yang sejati tu diukur dengan nilai keikhlasan seseorang..nak berkawan, mestilah ikhlas dan bukan rekaan semata-mata...
Macam dah lari topik pula, tiba2 cerita pasal kawan..hehe..sorry erk..I'm too confius now..ok2, now kita sambung balik...saya x pernah menyalahkan takdir, dan nasib saya sebab saya
tahu semua yang berlaku dah ditentukan oleh Allah Taala...saya just manusia biasa, x da apa2 kuasa pun
untuk mempertikaikan semua tu..tapi saya yakin semua yang terjadi dalam hidup nie ada hikmah
yang kita sendiri x tau, cuma Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya..
Cepat atau lambat, Insya Allah hikmah tu akan saya ketahui juga walaupun saya x tau bila..
Rasa macam nak nangis pula, kenapa lah tiba2 ter-feeling sekarang nie..nie lah gara-gara layan lagu2 jiwang nie..haha..."kesunyian ini terlalu indah, walaupun pahit untuk menelan"..antara lirik lagu
yang sempat saya dengar, sangat bermakna ayat2 tu...x tau la apa kena-mengena dengan entri saya nie...
Kenyataan yang amat menyedihkan...saya memerlukan seorang kawan bukan sahaja untuk menemani
kebosanan ini, tapi untuk menemani saya mengharungi perjalanan hidup nie....
Bosannya hidup nie kalau kita x tahu apa nak buat...lalalala...itulah yang terjadi dengan saya sekarang..
Hati berbicara : I'm tired of being like this..☹

























