Bismillah.
Satu perkara yang sejak akhir-akhir ni makin mengganggu fikiran sama ada nak kerja atau sambung belajar. Habis degree hari tu, saya hanya duduk kat rumah ja. Sepanjang tempoh tu saya ada juga lah buat part time mengajar kelas tuisyen dan sampai sekarang masih lagi. Tapi dah makin lama rasa macam masih ada yang tak lengkap dalam hidup ni. Tak tahu lah macam mana nak cakap ya. Perasaan bila kau rasa macam terhimpit dengan keadaan sekeliling. Dengan orang-orang di sekeliling...yang buat semangat kau berkobar-kobar nak capai sesuatu dalam hidup. Haa..perasaan macam tu..hihi..
Tapi sebenarnya hati masih berbelah bagi lagi ni nak sambung belajar atau kerja. Ada juga try apply kerja hari tu. Tapi abah balik-balik dah tanya bila nak sambung study. Saya cakap nak kerja dulu tapi abah cakap nanti dah kerja, dah pegang duit sendiri tak nak dah sambung study balik...ermm..bila fikir-fikir betul juga cakap abah..tapi saya tak nak lah asyik menyusahkan mereka. Lagi-lagi saya ni anak sulung. Kalau saya kerja boleh juga bantu-bantu family kan. Tak lah duk rumah asyik menghabiskan beras mak ja..sebab tu sekarang dah belajar tak makan nasi...haha..
Mungkin saya perlu renung semula, fikir dalam-dalam apa yang saya nak capai dalam hidup ni. Sambung belajar pun ok. Kerja pun ok juga. Keliru betul lah..hihi...Tapi apa-apa pun kita hanya mampu berusaha dan merancang, rancang macam mana pun kalau Allah dah tetapkan itu..maka itulah..
Siapa-siapa yang tengah keliru juga sekarang ni tak tahu nak buat apa, mohon lah doa pada Allah moga-moga Dia tunjukkan jalan. Tanya hati masing-masing nak apa sebenarnya..eh..pandai pula nasihat orang..diri sendiri pun tak tentu lagi..hihi..
Oklah, setakat tu ja nak cerita. Penat dah meluahkan perasaan sendiri hari ni..nak luah dengan adik dia jalan pula..hihi..untuk kawan-kawan yang dah kerja dan yang baru start kerja, tahniah..selamat berkerja. Kerja rajin-rajin ya. ^_^
Assalammualaikum. Salam Jumaat. ♥
14 Komen
Kerja dulu pun okayy, then simpan laa duit tu untuk smbung master ;)
ReplyDeleteya..memang terfikir macam tu juga..hihi..terima kasih :)
Deleteusahakan kedua duanya sekali...selebihnya serah pada Allah..
ReplyDeleteiya..Insha Allah.
Deleteterima kasih :)
semoga dipermudahkan =)
ReplyDeleteInsha Allah..amin.
DeleteTerima kasih :)
semoga dpt buat keputusan yg tebaik :)
ReplyDeleteya..Insha Allah..:)
Deletesinggah + follow sini.. :)
ReplyDeletejemput join GA Shawal.. ^^
http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html
Terima kasih :)
Deletesemoga dapat buat keputusan yang terbaik :)
ReplyDeleteInsha Allah..terima kasih ^^
Deletekalau dah dpt offer keje, baik keje dulu.. sbb susah nk dpt keje skrg.. smoga dpt buat pilihan yg terbaik yer :)
ReplyDeleteya. Insha Allah. . terima kasih :)
Delete