Assalammualaikum. Hello November!
Saya bukanlah penggemar aiskrim tapi kadang-kadang terasa juga nak makan something yang boleh menenangkan perasaan dan melupakan seketika semua perkara yang kurang menyenangkan, nampak sangat tengah jiwa kacau sekarang..hihi..
Berbalik kepada cerita, setelah sekian lama merancang nak ke Nunpat ni sebab sebelum ni nampak banyak orang share pasal tempat ni kat instagram, jadi agak tertarik juga untuk pergi tengok sendiri apa yang menarik ada kat sana. Jadi, akhirnya tercapai juga hajat di hati nak pergi sana hari ni. :D
Ok, first impression bila masuk ja kafe ni, memang agak menarik. The decoration is very unique. Memang sesuai dijadikan tempat untuk santai-santai dan lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Pemandangan kat sana juga agak cantik, menghadap laut.
Apa yang istimewa kat sini adalah dessertnya, they called it BINGSU, ada pelbagai jenis perisa dengan topping yang berbeza. Ada banyaklah, tak ingat dah nama-nama dia semua..hihi.. Actually dessert ni lebih kurang macam abc juga. Mungkin abc versi korea kot..hihi..

So, beginilah rupa Bingsu yang saya ceritakan tadi tu. Ni nama dia Cheese Bingsu. Sedap, tak manis sangat. Cheese Bingsu dan Honey Lemon. What a perfect combination! hihi..

Kalau nak makan dessert ni better kongsi dengan siapa-siapa, dengan family atau kawan-kawan sebab nanti tak dapat pula nak habiskan sorang-sorang sebab mangkuk dia memang besar dan kuantiti dia memang agak banyak...hihi..

Overall, semuanya ok. The dessert is delicious. Next time nak try Green Tea Bingsu pula. Yummy!!
NUNPAT, kafe pencuci mulut Korea yang pertama di Malaysia.
I just love weekends. It is the only time that I can relax, forget about everything and just eat, eat, eat and eat...hihi..
Good night. ♥


