"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Dalam hidup ini, ada perkara yang kita sendiri tak fahami kenapa ia terjadi...kita tak pernah pun inginkan perkara tu terjadi..tapi anehnya, walau sekuat mana kita cuba untuk mengelak, hakikatnya kita tak mampu untuk lari dari kenyataan itu...dan kita kena hadapinya juga walaupun menyakitkan...
Sekarang ini, ramai orang yang hancur hidupnya kerana cinta, ada yang berputus asa, sesetengah pula hilang kewarasan dan ada yang sanggup bunuh diri gara-gara cinta...apa sebenarnya makna cinta bagi mereka..cinta tu kan suci, cinta juga anugerah terindah dari Illahi tapi manusialah yang telah mencemarkan kesucian cinta...
Putus cinta bukanlah pengakhir kepada segala-galanya. Ia adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta Allah, cinta sejati yang abadi. Ia juga permulaan yang baik jika kita bijak menanganinya, walaupun hakikatnya memang menyakitkan tetapi percayalah semua yang berlaku dah ditentukan oleh Allah, dan walaupun kita sendiri, kita tetap ada Allah...
Semua yang terjadi adalah kehendak Allah, dan kerana itu juga, saya kuatkan diri untuk bangkit semula dari kekecewaan ini dan ikhlaskan semua yang terjadi dan saya yakin suatu hari nanti saya pasti akan tahu hikmah di sebalik semua ini. Semuanya dari Allah, dan segala yang datang dariNya adalah yang terbaik..
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui."
Kita selalu inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita, kalau boleh bersama dengan kita ke alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat, tapi adakah dialah yang terbaik untuk kita??...dan bagaimana jika suatu hari nanti dia berpaling dari kita dan pergi meninggalkan kita...waktu itu mesti kita akan berkata " Ya Allah, kenapa aku yang menerima nasib ini?"...sekiranya iman masih ada, kita tidak mungkin berkata seperti ini, kita seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan, sedangkan semua itu adalah ketentuanNya, sekiranya berlaku seperti ini kita masih boleh berfikir seketika dan yakin yang Allah sentiasa ada bersama kita.
Jangan persoalkan kenapa kita yang kena?..Tetapi katakan kita yang terpilih, dipilih oleh Allah. Kita terpilih untuk putus cinta dengan manusia, tetapi bertuah kerana dipilih bercinta dengan Allah. Pujuklah hati yang kecewa itu dengan apa yang telah ditegaskan oleh Allah bahawa apa yang lebih baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Yang pergi itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita, dan yakinlah Allah telah sediakan yang terbaik untuk kita sebagai gantinya selagi mana kita bersabar.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Saya yakin semua yang terjadi adalah satu proses untuk memperbaiki diri saya, ia adalah satu pelajaran untuk saya mengubah diri saya ke arah yang lebih baik lagi dan saya tahu apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini adalah ujian dan hakikatnya ujian itu bukanlah mudah dan saya harus kuat untuk hadapinya. Insya Allah, saya kuat untuk hadapi semua itu kerana Allah ada bersama saya.
Fahamilah hakikat ini, hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kita kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"..
Saya doakan untuk diri saya dan juga untuk sesiapa sahaja, semoga suatu hari nanti, kita akan bertemu dengan cinta sejati tetapi cinta sejati saya yang kekal abadi tetap cinta Allah yang satu...Subhanallah, yakinlah Allah tidak pernah mengecewakan kita...
Cukuplah untuk hari ini, thanks pada yang sudi membaca sampai habis..semoga bermanfaat...selamat malam..
Assalammualaikum.
3 Komen
rse "tenang" bile bca ayat2 awk ni...walaupn setahun yg lps awk taip ni...
ReplyDeletethanks sbb ayat utk "pujuk hati" ni..
...alhamdulillah, sy sekadar berkongsi..semoga apa yang telah dibaca bermanfaat utk saudari...terima kasih sudi baca...:)
ReplyDeleteHmmm....sye pon prnh mengalami situasi yg sama....mase mula2 putus Cinta tu, kita rasa kita ni Allah x sayang laa...Rasa macam nak mati je...tapi klau pkir2 balik...sbnarnya Allah Sayang sangat ngn kita ..sbb tu Allah takdirkn kita spuya putus Cinta dgn Si dia dan Gantikan dengan cinta Allah...kan?....
ReplyDeletethanks sbb entry nie amat menusuk klbu klau bca....