Assalammualaikum.
Hari ini saya teringin nak kongsi sesuatu iaitu tentang bagaimana cara nak cuci hati kita dan sekaligus dapat memberikan ketenangan kepada jiwa kita..Seperti mana yang kita ketahui, kehidupan di dunia bukanlah semudah yang kita sangkakan, dan adakalanya kita akan dilanda dengan bermacam-macam ujian...So, apa yang penting kita kena pandai mengawalnya, dan jangan mudah mengeluh atau mengalah jika sesuatu masalah menimpa diri kita....ambil sedikit masa untuk kita rehatkan fikiran kita, cuci hati kita dan tenangkan jiwa kita...Dengan izinNya, semua masalah pasti akan dapat kita lalui walau sebesar mana sekalipun...apapun yang penting jangan lupa minta pertolongan daripada Allah S.W.T, kerana semua jawapan dari pemasalahan yang kita hadapi ada denganNya....jadi janganlah segan-segan nak berdoa denganNya ya.
Baiklah, dibawah ini adalah beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang telah diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah...
❀ Dirikan solat dan banyakkan berdoa
Ini adalah salah satu kaedah yang paling berkesan kerana sudah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menunaikan solat setiap hari. Jadi , semasa berdoa katakan " Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
❀ Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 x sebelum tidur
Ini merupakan salah satu cara yang paling mudah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak akan menjadi tenang, murah rezeki dan mencetuskan segala kebaikan.
❀Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat juga membantu mencuci hati dan menenangkan minda.
❀Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati, ia juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.
❀Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari
Saling memaafkan juga adalah salah satu cara untuk mencuci hati, dengan cara ini kita tidak akan menyimpan dendam di dalam hati.
❀Bisikkan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
❀Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
❀Berpuasa
Berpuasa dapat menghindar diri kita dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
❀Mengingati mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
p/s : Mungkin dah banyak blog yang share tentang cara nak cuci hati nie, tapi saya pun nak share juga....tak salah kan kita membantu untuk menyebarkan perkara-perkara kebaikan...semoga bermanfaat untuk semua.....so, don't forget renew our heart everyday...❁◕‿◕❁
0 Komen