Assalammualaikum..selamat pagi..waktu sekarang menunjukkan tepat jam 1.44 pagi tapi nampaknya masih belum ada tanda-tanda yang saya akan tidur di waktu sebegini...huhu..what's going on, kenapa saya tak dapat tidur nie...haa, tu la persoalan...kenapa? why, why ??...adakah saya mengalami masalah kesukaran untuk tidur atau secara saintifiknya lebih dikenali sebagai IMSONIA...oh..no, no, no...tak mungkin lah, sebab biasanya hari-hari lain saya akan tidur lagi awal dari ni...ok-ok, nampaknya saya dah lari tajuk...apesal pula tiba-tiba cakap pasal tidur ni.....there are something wrong with my mind today...hehe...
Dah lama tak update blog, pagi ni baru lah ada peluang..sebenarnya sebelum nie pun ada masa juga cuma malas nak update, tak da idea..so, untuk mengisi kekosongan+kebosanan di pagi-pagi ini, saya mengambil keputusan untuk menulis entri baru.....tiba-tiba rasa macam bersemangat pula, nampaknya sampai ke esok lah ni tak tidur...kalau kat rumah, mesti mama dah bising ni sebab tidur lambat....hehe...tapi sekarang tinggal kat hostel, tak da siapa pun yang nak bising kalau tidur lambat...but actually rindu juga nak dengar mama bising-bising, marah-marah manja lah katakan...ye la, mama mana juga tak marah kalau anak online sampai tengah malam, tak pandai tidur ni..hehe..
erm, kenapa saya rasa entri saya nie agak membosakan ya...maaflah kepada siapa-siapa yang membacanya dan menyedari cerita saya pada pagi ini kurang menarik..banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni, kalau nak cerita semuanya pun, saya sangat yakin 100%...cerita saya ni tak kan siap, mungkin dah boleh buat jadi novel dah..hehe....
oklah, straight to the point lah ya......entri kali ni, saya just nak wish HAPPY MOTHER' S DAY!!...to my lovely one....cuba teka siapa??...mestilah my mama tercinta.....hehe..mesti ada yang pelik kenapa baru sekarang nak wish lagipun kan hari ibu 10 Mei....sekerang dah 16 Mei, means 6 hari yang lalu kan..well, tak kisah lah berapa lama pun dah berlalu tarikh tu...for me, setiap hari pun hari ibu....mungkin 10 Mei telah tercatat bahawa ia adalah tarikh istimewa untuk kita meraikan ibu-ibu di seluruh dunia...dan tarikh tu adalah tarikh yang sangat bermakna buat mereka..tapi sebagai seorang anak setiap hari pun kita boleh meraikannya bersama-sama dengan ibu kita....
seorang ibu itu tidak pernah mengharapkan hadiah yang mahal-mahal, cukup bagi mereka kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak dan kasih sayang seorang ibu itu juga sangat luhur dan ikhlas, mereka tidak pernah merungut dengan kerenah anak-anak..bahkan sanggup berkorban nyawa sekalipun demi anak-anak mereka...tetapi mengapa masih ada segelitir manusia yang sanggup melupakan penat lelah, jasa dan pengorbanan seorang ibu demi untuk membesarkan mereka....seorang ibu yang telah bertarung dengan maut selama 9 bulan semata-mata untuk memastikan anak yang dikasihinya dapat lahir ke dunia ini..dan mengapa setelah anak ini dilahirkan ke dunia, dan mengenal erti kesenangan dan kebebasan..mereka dengan senang hati melupakan segala pengorbanan ibu mereka selama ini dan ada yang tergamak mengabaikan ibu yang telah tua dan uzur......tidakkah mereka sedar siapa yang telah melahirkan mereka ke dunia ini, memberi mereka susu, menjaga dan membelai mereka ketika mereka sakit dan menyayangi mereka tanpa syarat........
Khas untuk my mama ( Nulime@Nurenyanne)
For my lovely mama, maafkan anakmu ini kerana sudah terlalu banyak kesalahan yang telah ku lakukan kepadamu..tidak pernah terdetik sedikit pun di hatiku untuk menyakiti insan semulia mu....namun adakala aku lalai dan terlupa dengan kehidupan di dunia ini....
Mama, terima kasih kerana sudi memberikan kasih sayangmu untuk diriku, terima kasih kerana telah menerimaku dalam kehidupanmu, terima kasih kerana mengajar aku erti bahagia dan erti derita, terima kasih atas pengorbananmu membesar dan menjagaku sehingga ke saat ini....tidak terungkap lagi betapa aku sangat berterima kasih kepada dirimu yang sangat bererti buatku...
Mama,jika aku gagal membahagiakanmu....hanya doa mampu ku utus agar Allah mampu membalas segala pergorbananmu, andai masa yang diberi kepadaku untuk bersamamu hanya sementara waktu, maafkan segala kesalahan ku. Aku akan menyayangimu sehingga hembusan nafasku yang terakhir...
❤BIG WISHES FOR MY MAMA❤
❤ Terima kasih tolong bangunkan saya setiap pagi time nak pergi sekolah
❤ Teima kasih sediakan sarapan pagi untuk saya setiap hari
❤ Terima kasih kerana mengorbankan masa untuk menghantar
saya ke sekolah pada awal-awal pagi
saya ke sekolah pada awal-awal pagi
❤ Terima kasih kerana menyediakan makanan tengah hari dan maakan malam untuk saya
❤Terima kasih menjadi peneman setia di waktu saya keseorangan
❤ Terima kasih selalu menemakan saya menonton televisyen
❤ Terima kasih kerana telah menyediakan bubur ayam time saya sakit
❤ Terima kasih kerana selalu mengingatkan dan menasihati saya
❤ Terima kasih kerana selalu mengucapkan selamat malam sebelum saya tidur
❤ Terima kasih kerana sudi memeluk diri ini setiap kali balik ke hostel..
dan
❤ TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA ❤
p/s : Walau sebanyak mana pun harta yang kita miliki, walau sehebat mana pun jawatan yang kita sandang..Ingatlah itu semua berkat doa dan pengorbangan ibu..jangan sesekali kita lupa semua itu...
Hargailah ibu anda selagi masih ada kesempatan....
0 Komen