Things End, But Memories Last Forever ♥♥




Assalammmualaikum wtb dan selamat malam...

Malam yang sunyi sepi ini, rasa teringin pula jari jemari ini untuk menaip sedikit entri memandangkan di saat ini masih mencari-cari sebenarnya apa yang sepatutnya dilakukan..jadi, daripada saya tidur lebih baik saya tulis entri kan, sekurang-kurangnya ada juga kerja sikit...

Entri hari ini mungkin taklah panjang sangat, cuma sekadar perkongsian semata-mata. Tadi masa tengah belek-belek album lama, terjumpa gambar dengan kawan-kawan masa belajar kat asasi dulu..sebenarnya taklah lama mana pun, baru setahun lebih tinggalkan asasi tapi terasa macam dah bertahun-tahun lamanya sebab sekarang pun dah tak satu kelas dengan kawan-kawan yang satu asasi dulu..

Apapun, alhamdulillah sebab dapat study satu U dengan mereka semua walaupun sekarang bukan classmate lagi sebab ada yang berlainan kos dan ada juga beberapa orang kawan yang dah study kat luar negara...tapi apa-apa pun kesempatan untuk mengenali mereka semua walaupun dalam tempoh masa yang singkat adalah perkara yang sangat bermakna dalam hidup saya...

Kalau nak cerita masa study kat asasi ni, memang panjanglah nampaknya..maybe tak habis cerita kot malam ni..apapun, waktu study ni lah macam-macam perkara yang akan kita lalui...ada pahit, dan manisnya dan ketika ini juga kita mengenal erti persahabatan, dapat kenal dengan kawan baru, tertawa dan menangis bersama adalah perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan...

So,apa-apa pun terima kasih kepada masa lalu, walaupun di saat ini, semua itu hanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah hidup ini namun ia akan tetap bersemadi indah buat selamanya....THE END...thank you..:)



Share:

0 Komen